Saturday, December 27, 2008

sejuk yang membakar. . .

hangat yang dirasakan seperti angin sejuk yang menggigit.

sejuk yang dirasakan pula seperti api yang membakar.

sebelum sejuk yang membakar dan hangat yang menggigit, badan yang ditanggung manusia perlu bersedia untuk dimamah oleh kelakuan manusia itu sendiri.

hangatnya dan sejuknya sentiasa akan dapat dirasa ketika kita sendiri ingin mencari diri dalam kekalutan kehidupan.
adakah kita sedar bahawasanya apa yang kita cari ada dalam jiwa. namun ia akan tercabar sekiranya ketuanan dicabar.

kita adalah pemilik yang dilahirkan di tanahair sendiri.namun apakah kita sanggup mengorbankan apa yang kita pertahankan selama ini?

jangan dicabar ketuanan yang kita miliki. kita perlu sedar. bukan mahu menjadi tuan yang punyai hamba tetapi ia adalah pengorbanan untuk mereka juga.

fikir apa yang sepatutnya jadi milik kita.

melayu itu melayu dan akan tetap melayu selagi tanah ini kita miliki.



p/s : kami melayu bukan mahu menjadi tuan tetapi kami mahu hak kami yang telah dicerobohi.

Wednesday, December 17, 2008

otak Afdlin memang cerdik!

akhirnya dapat juga aku menonton LOS DAN FAUN. rasanya puas. rasanya perut aku betul2 ketawa. sangat bijak otak afdlin. walaupun sebenarnya filem ini banyak mengetengah watak2 yang pelik tetapi aku sangat terpegun dengan garapan dan susunan plot cerita yang sangat bijak dari afdlin. walaupun pada montaj nya seakan klise tapi aku x kisah yang penting ceritanya bukan montajnya. bagi aku filem ini harus ditonton berulang kali kerana banyak maksud yang tersirat disebalik watak dan plotnya. sekali aku menonton aku hanya ketawa dengan lawaknya. aku belum puas menonton filem ini lagi.





p/s : jum tonton!

Saturday, December 6, 2008

wahai dunia.........pasrahnya wahai kau dunia......

aku dihimpit...
aku ditekan...
aku disengal...
aku disangsi...
aku disinis...
aku di....di macam2 lagi la...ntah apa ntah yang di aku kan lagi...banyak...

malah semakin aku mempercayainya timbul satu perasaan dihati yang kosong ini kenapa aku perlu terus menghukum tanpa terus bertanya. kenapa ia perlu disegani jika memang ia sebegitu. aku masih tidak paham mana satu yang benar dan mana satu yang palsu.sungguh pasrah aku melihat keadaan yang berlaku.sungguh aku tidak tahu apa yang sebenar-benarnya yang telah berlaku.aku benar2 tidak tahu. yang ini itu.yang itu ini. mana satu yang yang betul aku pun tidak tahu. hanya dunia sahaja yang menyaksikan sebenar2nya.

wahai dunia...
kenapa....
mengapa...
apakah...
bagaimana...
dan siapa......


kenapa ia berlaku?

Tuesday, December 2, 2008

[UPDATED]retorik hidup

"dunia yang penuh dengan merapu dan di bayangi dengan masa silam yang di bawa bersama2 dengan masa sekarang"


tapi sekadar apa yang diingini di isi melalui nafsu serakah. kenapa ya manusia sanggup melakukan sedemikian setelah masa yang dialaminya berlaku sedemikian. tidak serikkah manusia ini. masakan apa yang dituruti ini adalah sebahagian daripada ego dan kebodohan yang ketara. tidak pernah terlintas untuk memikirkan masa dulu sebagai teladan tetapi di ambil sebagai pengalaman. salah tu. pengalaman dijadikan sebagai pedoman dan petunjuk kehidupan supaya tidak akan melakukan kesilapan yang sama. tetapi kenapa melakukan juga perkara yang sama detelah diri diab secara membuta dan dicaci hina secara halus.


tidak malukah dengan kami yang dianggap sebagai rakan dan juga peminta ilmu mu. mengapa sanggup menggadaikan maruah dek kerana apa yang diingini dicapai. kenapa sanggup meninggalkan kesetiaan yang suci dan menghancurkan sebuah syurga dunia.bagaimana pula dengan zuriat yang ditinggalkan. adakah tahu bahawa apa yang ditinggal akan melangsungkan kebencian dan kekejaman. siapa yang patut dipersalahkan sekiranya terkena balik kepada zuriat. sungguh kejam dan derita ini akan berlangsung sehingga tujuh generasi!


tulisan yang bermegah dengan pemikiran yang tinggi rupa2nya adalah topeng yang membelakangi kepandaiannya. segala yang dicurah seperti sia2 dek perbuatannya yang melampau dan tidak ada pemikiran. sesungguhnya manusia takkan bisa menikmati semua tanpa ikhlas dariNYA. sesungguhnya manusia tak bisa melakukan semua tanpa restu ILAHI. sesungguhnya juga manusia hanya secebis daripada kekuasaan ALLAH. sungguh kerdil manusia. takkan tak sedar yang dilakukan itu hanyalah sebuah penipuan.


fikir2kanlah dan selamat berfikir.

[UPDTAED]surrealist?



Monday, December 1, 2008

tidak kesepian aku dihimpit rasa bersalah dan kecuaian....CERITA RAMPAS SUAMI ORANG!!!

rasanya sudah lama juga aku tidak buat entri baru. maklumlah, aku dalam bulan bercuti. lagipun baru-baru ini mak aku baru sahaja selesai menjalani pembedahan kanser rahimnya.alhamdulillah selamat. agaknya aku kena lah jaga mak aku sepanjang cuti ini berlangsung.bosan sebenarnya aku dihimpit kesunyian di dalam percutian yang ada ini.sekejap sahaja aku berlagu dengan si kamal dan saufi dan juga sepupu aku apai. kami sentiasa berlagu lagu yang sama tatkala zafarullah menjadi tempat rasmi. aku dah muak dan bosan.tak tahan dengan perjalanan hidup sekarang ini.sangat membosankan.


berlagunya si kamal ini adalah sentiasa sama. tiada lagu yang baru. tapi aku agak seronok berlagu dengannya mungkin dah lama tak bersua muka. saufi kata si kamal ini semacam sombong sejak memiliki ratu hati yang sangat seksi. tetapi aku dan si saufi acap kali berlagu dan berirama mengikut gerak hati yangb sentiasa inginkan kelainan dalam berkarya.aku senang dengan mereka. si arham pula dengar kata mahu melangsungkan dirinya ditabalkan sebagai raja sehari. tapi aku tak dengar lagi khabar seterusnya apa yang dia beri.
ada satu berita yang buatkan aku benar2 menyampah dan meluat serta terasa hilang respect aku terhadap orang ini!aku rasa semua ini berpunca dari seorang perempuan ini.berani aku katakan yang dia yang menggoda lelaki yang telah beristeri dan beranak 2+.meluat aku lihat peranagai dia.kenapa sanggup hilangkan maruah diri untuk merampas suami orang sedangkan kau tahu dia macam seorang bapa kepada kau. dan dia juga pendidik kau!kau tak rasa bersalah ke melakukan perkara yang paling hina di dunia ini?aku selalu mengatakan 'pukimak' kepada orang yang mempunyai perangai begini. sebelum aku kenal si betina tiada maruah ini, aku dengar dia memang suka kepada lelaki yang sudah berumahtangga atau lelaki yang tua. tak sangka pulak aku dia sanggup untuk melakukan perkara yang terkutuk ini.aku jatuh simpati terhadap si suami ini. dia dipergunakan. dan bila dingatkan kembali tak tahu pula siapa yang betul dan siapa yang salah. biarlah keadaan yang menentukan.kepada si isteri aku harap dia tabah sebab dia memang seorang yang setia.
p/s : dunia yang penuh dengan kemeluatan......