@fariziskan
Tuesday, August 28, 2012
ruang yang terjalin dan terputus.
sudah berzaman tak menulis di sini. banyak dah aku ketinggalan di dalam ruang ini.
bukan tak mahu menulis tapi kadang kadang bila sesuatu perkara banyak tersimpan dalam kepala otak membuatkan kita rasa menyampah untuk meluahkan.
tapi sejak dapat tasa kembali apa itu cinta, aku mula tertarik untuk menulis di ruang ini. ahh klise sangat perangai aku ni.
banyak dah jalan yang ditemui setelah setahun lebih menyepi di ruang ini. banyak dah perkara yang berubah. banyak jugak lah perkara yang terjalin, terputus dan sebagainya. cuma aku tak berpeluang untuk berkongsi.
cuma kalian semua doakan aki untuk bergiat aktif semula di ruang ini dan memberi ruang ruang yang bijak dan berkualti untuk di kongsi bersama.
sekian. wassalam.
Saturday, May 21, 2011
I'm not gay and I have no girlfiends but I'm ok with that~
Tuesday, May 17, 2011
terlajak kata, padan muka, terlajak laku, sendiri tahu~
Thursday, May 12, 2011
Wednesday, May 11, 2011
i want my life back~
Monday, May 9, 2011
Astro First vs Tauke Panggung~
3 filem ini gua tengok kat Astro first.
memang gua takde hati tengok filem melayu kat panggung (walaupun gua terlibat secara langsung dalam pembikinan filem2 melayu)
menangislah tauke2 panggung!
bila jiwa mahu memberontak nak kahwin...
Gua ada lagi satu lagi cerita nak kongsi, dulu mase gua final year kat UiTM, gua ada suka sgt2 kat awek ni, gua sayang hbs, dia terima gua tapi dalam keadaan yang sangsi. Gua layankan jer. Tapi setelah 3 bulan, dia buang gua tanpa sebarang alasan, gua kecewa giler, then, gua berubah 360 dalam hidup gua sendiri, la ni awek ni dtg balik nak sayang gua balik. Gua tapaham, dulu lu ludah gua, sekarang lu nak jilat ludah lu balik, maruah lu letak mane? Sekarang bila gua dah jadi setan baru lu nak menyesal, padan muka sama lu la!
Banyak gua dah lalui, gua punyai satu tekad yang guan nak buat, g mampos dgn lu org yang gila duit.
Ok gua nak tulis surat resign. Muktamad!
Tuesday, March 8, 2011
tibanya aku mahu menulis pasti aku lupa apa yang aku nak tulis.
bicara aku kali ini mahu berkata tentang kebosanan. aku dah bosan. bilamana kita bosan dengan sesuatu pasti kita akan selamber jer. tak kisah lah, awek kita ker, job kita ker, handphone kita ker, kita akan tinggalkan semua ini apabila kita bosan! kebosanan aku sampai aku jatuh saket, sorang pun tak peduli (kecuali rakan-rakan setan aku). itu pun dah dipaksa 'next job'. what the jerk............... dah macam-macam aku dengar, ramai dah yang lari. aku nak lari pun tak boleh sebab dah disumbat macam-macam buatkan aku mengalah (permainan halus).
rindu zaman belajar, jum sambung master!
Monday, December 27, 2010
gadis comel memandu myvi biru
senyumanmu tatkala aku melihatmu,
persoalan siapa dirimu,
buat aku tercari gerangan namamu.
aku tak tau, kenapa aku begitu terkesan dengan gadis comel memandu myvi biru ini. sampai sekarang terkenang senyuman dia. comel, lembut, seri, suma ada. secebis senyuman dia sangat nampak keikhlasan. aku tak tau nama dia. aku tak tau mana dia tinggal. aku tak sempat tengok nombor plat myvi dia. semua ini sebab aku terkejut.
aku kagum.
siapakah kamu wahai gadis comel memandu myvi biru?
Sunday, December 5, 2010
Tuhan bayar cash.
Monday, November 29, 2010
material kemewahan
pertama, begitu teruja dengan kemenangan besar United. Thanks Abg Atov. damn u good!
kedua, selepas konvo, sudah 2 drama bersiri aku tempuh, 2 filem aku rasa. tapi kebanyakannya benda-benda ini buatkan aku rasa meluat dengan industri kita. nak diluahkan tade sape yang nak faham. bila diluahkan tade sape yang peduli. berterusan lah aku jadi macai kat sini.
ketiga, hidup aku sudah upgrade. banyak material kemewahan sudah aku miliki namun poket masih kosong papa kedana. hutang bertimbun.
keempat, sudah 2 tahun pencarian isteri mithali masih belum sempurna.
itu sahaja.selamat kembali.
Saturday, September 4, 2010
sisi gelap yang terhijab.
bila manusia dihambat kesempitan, tanpa menjadikan iman dan akal sebagai tunjang, makanya buruklah manusia itu. sisi yang buruk di dalam dirinya sudah terhijab!
syaitan tiada. tetapi pengikut dan pembawa syaitan masih ada dalam diri kita. sedih aku. dalam hidup aku terjumpa dengan situasi begini, manusia yang bengap dan bahlul. dihambat perasaan tamak. hamba duit!
kenapalah aku boleh jumpa manusia begini, sampai sanggup mencaci dan memaki orang yang tak bersalah, sampai sanggup mengeluarkan kata-kata kesat di dalam bulan ramadhan.
sisi gelap yang terhijab.
Monday, July 26, 2010
disebalik kehidupan yang hitam ada putih untuk diri sendiri
Monday, June 14, 2010
Aku Tak Tengok Bola Sangat
walaupun kecil, tapi ia sebuah fenomena. bola tidak lagi jadi bualan. tiada had nak tengok. tapi apakan daya, bila upaya yang ditanggung tidak termampu terjangkau. selamat maju jaya England.
Wednesday, June 9, 2010
Hikayat Penunggang Motor Kelas Pertama
Wednesday, May 12, 2010
I am different now!!!
cerita begini dan begitu, seperti bermulanya sebagai kain putih yang mahu dicorakkan. belajar, menuntut, teroka, cari, fikir, dan berterusan sampai dapat corak yang sesuai!
sejak zaman Qabil & Habil lagi sudah menunjukkan pemikiran manusia ini sentiasa berbeza. sampai kiamat! walau sama tapi tak serupa. kalau serupa tapi tak sama!
yes, i am different!
jadi apa hal pula kau nak tentukan.
let me free!
Thursday, April 15, 2010
perkara-perkara bangang yang berlaku dalam Industri Filem Malaysia~
1. masalah utama : pasaran kreatif yang sangat kecil (sampai ada yg kata kita xde industri). dari 27 juta rakyat Malaysia hanya 600 000 orang saja penonton tegar di panggung wayang.
2. dan muncul masalah-masalah seterusnya : para penerbit tidak berani melabur wang yang banyak. (sebab takut rugi, industri kecik beb!)
3. mereka menonton utk hiburan bkn utk berfikir.(sebab tu adnan sempit laku habis, JPB laku sebab org suka benda tahyul!)
4. dari situ muncullah cerita-cerita yang berulang-ulang, naratif longgar, struktur yg bodoh dan seterusnya.....
5. para pembikin buat filem berdasarkan tuntutan komersial maka lahirlah karya-karya yg sedap je mata memandang (yg mata x sedap pandang terus sepi tanpa publisiti, kalo dah harumkan nama Malaysia baru a dpt publisiti...tipikal!)
6. orang yang dlm industri pun saling bercakaran, tuduh menuduh, ego masing2 nak ditunjuk...macam mana nak maju!
7. bila pengkritik mengkritik dah mula menggelabah then kuar statement kat media suh pengkritik jgn sibuk lepas tu pulak suh pengkritik buat filem...ape ke hal???(woi bangang!dah nama pengkritik..so dia pengkritik jela...bodoh bahlul sgt nape....dia belajar ilmu mengkritik...kau belajar ilmu nak buat filem...so masing2 la....bodoh!)
8. bila buat studio yang tercanggih kat asia, takde tenaga buruh nak gerakkan studio tu...(ko bangga la sampai mati!)
masalah-masalah ini menjadi peranan mengapa industri kita begini jadinya. ada beberapa penyelesaian yang dirasakan sesuai sangat kot. ADAPTASI. sejak malaysia mula buat filem pada tahun 1930an, hanya 9 buah filem yg di adaptasi dari novel. untuk pengetahuan pembaca KITA PUNYAI NOVEL-NOVEL YANG KUAT DAN KUKUH NARATIFNYA! tgk saja karya-karya Hlovate, Ramlee Awang Murshid, Areila Hashim, Faisal Tehrani, banyaka lg la.....cuma kita tade keberanian utk ke arah itu. tgk saja Indonesia, bagaimana kejayaan laskar Pelangi....
jadi anda sebagai penonton, pengkritik, pembaca, pelajar filem, pengarah dan sebagainya, anda mampu mengubah keadaan ini. JANGAN TAKUT UTK PUNYAI CITA-CITA~
Monday, February 15, 2010
mahu review filem [Percy Jackson & The Olympians : The Lightning Thief]
sebuah filem yang di adaptasi darisebuah novel karya Rick Riordan yang di arahkan oleh pengarah terkenal Hollywood iaitu chris Colombus.
1. filem ini ternyata memperbodoh-bodohkan tuhan-tuhan orang Yunani.
2. sangat menarik sebab menekankan mitos orang yunani tetapi naratifnya sangat kurang menyenangkan.
3. sangat tidak logik naratifnya. memperbodoh-bodohkan penonton. (aku tak bodoh, gelak untuk hiburkan hati)
4. ternyata Hollywood mempunyai agenda tersendiri. (diorg bajet kat USA semua ada, sampaikan olympus pun diorg buat kat USA, kesian org2 yunani, sejarah mereka telah diperkosa.)
5. filem ini adalah filem komedi yang sangat sinis!
6. ideologi orang buat filem kadang-kadang sangat kejam untuk diterima.
7. ini saja. (aku suka filem-filem berunsurkan fantasi)
chill.(^_^)