Saturday, May 30, 2009
janji kosong!
situasi Melayu!
aku bagi kau sebuah situasi. . .
5 rakan pahlawan Melaka. Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu, dan diketuai Hang Tuah. kau tahu atau tidak sebenarnya mereka berlima ini mempunyai seorang lagi rakan yang telah mengkhianati Melayu! yeah, mereka sebenarnya 6 sekawan. oleh kerana sifat tamak dan kedekut si ketua Hang Tuah menyingkirkan rakan yang ke-6 ini. dia adalah HANG TEN!
kau bayangkan, bila diberi peluang untuk berdikari dan membuktikan kehebatan diri sendiri dimata manusia, au pasti suka. mana tidaknya, inilah masanya kita mahu tunjuk Melayu itu boleh. tapi kerana sifat pentingkan diri sendiri dan tamak, peluang itu dibuang begitu sahaja.
bayangkan sekali lagi, jika kau beada ditempat Hang Tuah dan rakan-rakannya. bagaimana kau rasa bila Hang Ten belot pada Melayu? rasa Melayu itu dicabar. Melayu makan Melayu. akhirnya Hang Tuah menyingkirkan Hang Ten. Hang Tuah mahu menyeamatkan Melayu.
tabik pada Hang Tuah. f**k pada Hang Ten!
situasi ini ada kena mengena dengan kisah di blog ini http://www.aidirahimi.blogspot.com/. sila sila rujuk untuk kefahaman lebih lanjut.
Friday, May 29, 2009
finaly beb.
Thursday, May 28, 2009
berteka-teki~sila jawap ya!
sejak kelmarin, kami telah tertekan. ombak yang melanda semalam semakin membuatkan kami tertekan. tapi 'Abg Teka Teki' cuba untuk hiburkan keadaan dengan teka tekinya. katanya untuk lawan si Fimie.
pelam apa tak boleh makan?
masuk 3 segi,
keluar gulung2, apa?
dalam byk negeri di Malaysia,
negeri mana paling padat?
dalam tembikai ada biji hitam,
dalam nanas ada apa?
masa kecil hitam,
dah besar putih, apa dia?
dalam banyak2 kutu,
kutu apa yang takkan mati?
kenapa siput babi bila jalan berlendir?
ditekan-tekan
kerja tertekan. . .
otak ditekan. . .
badan tekan. . .
nak tekan apa lagi?
jum tengok wayang!
- Terminator Salvation
- Night At Museum 2
- Angels & Demons
- Wolverine
aku nak tengok semua. . . . .
siapa nak join?
saket jiwa~
hari ini khamis. diceritakan hati yang saket takkan sudah. kalau dikira berapa kali saket jari pun tak cukup. tapi begitulah cerita yang sering dibawa oleh manusia yang malang. hanya mengambil kesempatan ke atas kepakaran orang. bukan aku. dan bukan kamu. tapi ini memang terjdi. ditegah kerana kita tidak mempunyai kuasa. tapi apakah ia? kuasa? wang? wanita? dunia?
rasanya anda tahu apakah ia......
Wednesday, May 27, 2009
put-on-hold!
menanti hari esok
tak pernah aku buat kerja macam ini.(uber amazing blog award)


- dilahirkan sebagai seorang jawa.(proud to be javanese)
- suka berkata jawa kt orang yg xpaham jawa
- makan apa aje, tak memilih. sangat suka sambal belacan & tempe
- sejak menemui penuilsan maya(blog), terus jatuh cinta, addicted!
-peminat setia MANCHESTER UNITED. united rulez!
- gila pada bola sepak walaupun xtau sangat main bola.(bukan kaki bangku)
- tak bole sebut huruf 'R' dengan sempurna. (bukan OKU tau)
- kadang2 kata2 tersasul
- suka tengok orang.
2. Sopi Dzali

- asal cuti mesti melekat dengan dia.
- sedang mencari cinta.
- hati baru sahaja kecewa sebab cinta ddia ditolak.(relax bro aku ada)
- mendapatkan stok siri prison break kat dia.
3. Kendawang Mancha

- hati dia sukar dijangka
- senang berkawan dengannya.(penah gak aku x tegur dia.gaduh)
- suka kelihatan cantek
- nak duduk satu rumah dengan aku semester depan
3. Kamal Da Drummer

- sejak ada awek yg sgt cantek, jarang meluangkan mase dgn aku dan rakan2.
- dia pandai urut
- dulu orang panggil dia DR.(Dongeng Rakyat)
- dah berbulan2 aku tak jumpe dia
4. Arham Hilmi

- member sejubur gak
- selalu belanja kami se geng(sebab dia dah keje.byk duit)
- tak kisah sangat asalkan dapat ber geng dengan kami
- selalu ajak lepak sampai larut malam
5. Amat Gemok
- baru je habis belajar
- cita2 nak buka ladang lembu sendiri
- sedang apply keje kt UiTM
- emak dia kenal family aku
6. Hadif Hariri & Haddad Khulaif
- suka dtg umah aku dan lepak2
- haddad selalu ikut abangnya, hadif kemana2
- hadif sangat kisah dengan adiknya
- selalu menghiburkan aku

- kami rapat, kawan jer
- sangat lembut walaupun punyai sifat yang garang
- gembeng (mudah nangis)
- MPP TEKA
8. Minah

- sori min, aku xdapat dtg
- seorang yang happy go lucky
- mase sekolah ramai yg minat dia
- nanti aku kawen ko dtang ek.
9. wani
- tidak percaya pada cinta dan lelaki
- sangat concern pada org yang rapat padanya
- sangat pandai berkata2
- suka tolong orang
10. LyaFarhana

- seoarang yang terlalu bergantung pada CINTA
- aku kenal dia waktu MMS
- hati yang sukar dijangka
- jarang reply mesej2 aku

- ayat2nya sangat puitis
- paling kecik dalam kelas(walaupun umur dh tua)
- suka pakai baju kurung
- susah nak tgk dia pakai seluar atau t-shirt
12. Herni
Sunday, May 24, 2009
Song For The Champions
theres only One United (4x)
(Manchester United are champion again, the trophy stayed at Old Trafford for the 4 times in 5 season)
Champione, Champione oh wey oh wey (2x)
we retained the premier league
last year on the merseyside (3x)
Ryan Giggs, Ryan Giggs runnin down the wing (2x)
feared by the blues loved by the reds
Ryan Giggs (3x)
oh Teddy (6x)
Sheringham
oh Gary (6x)
Pallister
Andy Cole (4x)
he hits the ball
he scores a goal
Andy, Andy Cole
what a goal (2x)
from Andy Andy Cole
he hits the ball
he scores a goal
Andy Andy Cole
you are my Solskjaer
my only Solskjaer
you make us happy
when skies are grey
coz when it's pouring
you just keep scoring
please dont take our Solskjaer away
oh Roy Keane
he's a demon
he wears he saw Old Trafford
he said "i fancy that"
the rest all tried to sign him
but he chose the red and white
of world famous Man United
coz we're always dynamite
Glory, Glory Man United (3x)
and the reds go marching on! on! on!
sing up for the champions (8x)
(Manchester United are still Champions!!)
once more in may!!
we are seventeen going on eighteen
scousers are history
better than them at least we've got ten
and in moscow we made it three
we're going to rome to make it four
and the fifth is on it's way. . .
champions of england!!
champions of europe!!
again once more in may!!
Wednesday, May 20, 2009
anda mampu?
A person can't have everything in this world; and it was a little unreasonable of her to expect it.Kate Chopin (1851-1904)
aku mampu memiliki apa yang aku hajati....yeah!
ditegah untuk mengaku ego
durasi menanti AMAN
21 Mei 2009, jam 10.00 pagi aku dan Azri pergi recee di ijok. mencari rumah yang ‘under construction’. jam 3.00 petang pual ada Majlis Doa Selamat untuk semua krew produksi filem AMAN.
22 Mei 2009, calltime di Puncak Perdana jam 9.30 pagi untuk ke Saloma Bistro. hari ini hari penting, Launching Day. majlis bermula jam 3.00 petang. kami semua sudah berada seawal jam 10 pagi di sana. macam biasalah sebagai host, kami kena buat sedikit persiapan apa yang patut.
23 & 24 Mei 2009, dua hari ini agak seronok. shopping time! berjalan-jalan di Tesco untuk membeli barang-barang produksi. shopping sakan.
25 Mei 2009, taklimat khas oleh Executive Producer iaitu Mr. Mahantheran Maxwell. penting ni beb. semua krew wajib hadir.
26 Mei 2009, script reading di Ijok. semua artis akan berkampung seketika di Ijok untuk script reading. untuk Production Assistant, anda perlu reconfirm balik dengan semua lokasi yang telah dikenalpasti. double check double confrim!
27 Mei 2009, check-in penginapan di Ijok. aku sudah siap sedia.
28 Mei 2009, penggambaraan bermula!yeeaaaaahhhhhhh!!!!!!!!
Tuesday, May 19, 2009
cinta dan benci ditangan yang salah
kalau cinta diletakkan ditangan kiri, sedangkan cinta yang ikhlas sepatutnya berada ditangan kanan.
tetapi yang berada ditangan kanan adalah kebencian diri sendiri yang sepatutnya kebencian itu berada ditangan kiri dan perlu dilontar jauh-jauh.
jadi andaikan anda dibebani kedua-dua itu di tangan yang salah, apa yang anda akan lakukan?
cinta dan benci tak boleh disatukan. . . .
Monday, May 18, 2009
pisau cukur
kalau lelaki jahat dipanggil buaya, atau buaya darat. bila perempuan yang jahat nak panggil apa? setuju tak kalau kita panggil mereka ini pisau, atau pisau cukur?
aku setuju! perempuan yang jahat dipanggil pisau cukur. jika anda tak setuju sila tinggalkan komen.
yeah!
sedikit perbualan :
fariziskan: kalau pompuan?
fariziskan: pisau?
poison_gadisdirga: pisau pe plak??
fariziskan: pisau cukur.
poison_gadisdirga: Oooo..
poison_gadisdirga: dah lme xjdi pisau cukur dowh!
poison_gadisdirga: sekalisekale ape salahne
poison_gadisdirga: asek aku je yg terkene ann...
fariziskan: dunia...
fariziskan: hhahahha
terasing
kita dicipta dengan penuh sempurna. tanpa apa-apa kesulitan untuk hidup. tanpa apa-apa kecelakaan. dengan ciptaan yang sempurna oleh Tuhan, mengapa kita harus pertikai tentang kejadian alam? mengapa kita selalu berontak menilai kesenangan orang lain? mengapa ya?
bukankah kita dijadikan untuk saling tolong menolong dan membantu antara satu sama lain? tapi kita sering mengambil mudah apa yang terjadi. mengambil kesempatan di atas kelemahan lain. sangat hina. sehina babi yang di haramkan. babi memang babi. sampai Tuhan pun mengharamkan babi. sampaikan kiamat nanti semua babi akan dihapuskan. mahu kah kita menjadi sedemikian? anda tahu. . .
dengan sepenuh hati, aku semakin terasing di dunia yang dicipta. . . . . . . . . .
Thursday, May 14, 2009
kesedihan yang tertimpa
kenangan kasih
Tuesday, May 12, 2009
peminat or admire?
kadang aku rimas. kadang aku suka. malah gembira dilakukan sebegini. ah. peduli la dengan mereka. biarkan mereka dengan kesenangan sendiri. selagi tak kacau kehidupan aku, biarkan saja.
kenapa orang muda sekarang tidak berminat dengan kerajaan?
dari pemerhatian aku sebagai seorang yang sangat naif tentang dunia politik sekarang. apa kurangnya kerajaan sekarang? adakah pendekatan kerajaan sekarang sudah tidak relevan? ataupun tiada pelaksanaan yang mantap dan tepat? apa yang aku tahu kini, remaja sekarang bukan lagi remaja dahulu kala.
dari segi pelaksanaan, tiada kurangnya. tapi kekurangan yang ada adalah dari dalam diri setiap ahli. apa yang kurang dengan mereka? bukankah mereka ini merupakan orang-orang yang hebat dan ternama? bukankah mereka mempunyai satu tahap di mana mampu mengubah dasar negara? tapi perkara ini juga yang terjadi.
kalau dulu setiap kali mereka masuk kampung-kampung kecil, mereka pasti mendapat perhataian yang menyeluruh. tapi sekarang apa yang terjadi? merka masih mendapat perhatian tetapi perhatian yang diberikan bukanlah secara menyeluruh tetapi hanya untuk dipandang sahaja.
aku bukannya mahu memprovokasi mana-mana pihak, tetapi aku hanya mahu mencari kepastian. banyak sangat anak-anak muda yang bercerita. mereka bukan bercerita kosong seperti selalu. mereka berkata apa yang benar dan nyata di depan mata mereka. bukan senang kita mahu meyakinkan masyarakat sekarang. bukan senang juga kita mahu memperkatakan ssuatu yang sensitif. bukan semua orang tahu keadaan yang sebenar. aku juga tak tahu mana yang benar. aku tulis apa yang aku rasa benar. untuk kepastian sahaja. bukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak.
aku kesal. kerana politik masyarakat sekarang banyak berpecah. berpecah kerana ego masing-masing. berpecah kerana nama. berpecah kerana pangkat. berpecah kerana apa? apa yang diperkatakan menegnai politik sekarang bukan sahaja menjadi perbualan yang hangat, tetapi menjadi sebagai bahan untuk akademik. layakkah?
aku bukannya seoarang yang percaya pada politik. aku bukan seorang yang bangga dengan politik. aku juga bukan seoarang yang mendokong mana-mana fahaman politik. aku seorang pendokong pejuang Melayu. itu yang sangat terkesan.
layakkah aku berkata tentang politik?
Saturday, May 9, 2009
masa yang tak sudah. . .
demi masa yang tercipta. . .
demi masa yang memaksa. . .
demi masa yang terseksa. . .
demi masa yang terpaksa. . .
adakah masa yang menentukan kehidupan?
atau kehidupan menentukan masa?
jika manusia berhenti menggunakan masa?
jawapan yang tak sudah. . . . .
sebuah kisah tentang perkahwinan.
Majlis akad nikah itu baru sahaja usai. Saya dan beberapa orang sahabat masih menikmati minuman ringan yang disediakan oleh pihak tuan rumah. Tiba-tiba seorang lelaki tua yang memang saya kenali menarik tangan saya dan bertanya, "Kenapa orang sekarang kahwin lambat sangat?”.
Saya lantas bertanya,“Tuk dulu kahwin cepat?" "Umur 15 tahun, nenek kau dah dapat anak seorang..” Terbayang anak perempuan saya yang menuntut di tingkatan 5 sekarang. Sukar nak membayangkan betapalah di usia itu dia sudah mempunyai anak.
“Bahagia Tuk?”
“Tak bahagia apa anak Tuk 12 orang!” Terhibur saya berbual dengannya, semuanya diukur dengan angka.
“Saya berkahwin pada umur 21 tahun. Waktu tu masih menuntut lagi, orang heboh saya tak sabar”, adu saya tanpa dipinta. Sengaja mengundang reaksi.
“Tak sabar? Pelik, kalau zaman Tuk, tu kira terlajak dah tu!”
“Betulkah saya tak sabar Tuk?”, tanya saya semacam mengusik.
“Eh, taklah. Kalau nak buat baik, eloklah cepat. Selamat dari maksiat. Kalau betul tak sabar, Tuk ni lagilah tak sabar, umur 17 tahun dah kahwin. Heh, heh, heh..."
“Setuju tak Tuk kalau dikatakan soal kahwin ni bukan soal cepat lambat, tapi soal dah bersedia atau tidak?”.
“Setuju. Tapi kena hurailah maksud persediaan tu...” tajam Tuk membalas.
“Kalau ikut pandangan Tuk, apa agak-agaknya persediaan tu?”
“Soal ni tak boleh agak-agak. Mesti tepat.” Terkedu saya dibuatnya. Tuk ni bukan sebarang orang.
“Maksud bersedia bukan sahaja dari segi umur. Asal akil baligh dah boleh kahwin. Bukan sahaja diukur oleh badan yang sihat, pendapatan yang cukup, tapi
yang penting kematangan diri. Ertinya, seseorang yang nak kahwin mesti dah mula dapat berfikir dengan baik, dah boleh sedikit sebanyak kawal perasaan, dan
jiwa tu sikit-sikit dah agak tenang.”
Saya menung panjang. Tertikam di sudut hati pertanyaan, sudahkah saya matang sewaktu mula berkahwin dahulu?
“Jangan menung. Tuk cuma kata, dah sedikit sebanyak matang. Tak payah tunggu matang betul, nanti tak kahwin pula!” usik Tuk seperti dapat membaca
fikiran saya. Walau tanpa ijazah, Tuk sebenarnya sedang menjelaskan asas kebahagiaan rumah tangga yang kadang kala tidak dapat ditimba di mana-mana menara gading.
“Macam mana nak matang?” tanya saya perlahan. Malu rasanya untuk diajukan soalan sedemikian di usia 40-an ini. Terasa terlambat!
“Tentulah dengan ilmu. Dulu Tuk dan kawan-kawan, umur sebelas tahun dah khatam Quran. Dah selesai belajar ilmu fardu ain. Rukun, sah, batal dan lain-lain ilmu asas dah OK. Bila sudah baligh buka kitab Muhimmah, baik lelaki, baik perempuan. Dah diterangkan tanggungjawab suami, isteri dan asas-asas kerukunan rumah tangga.”
“Itu sahaja? Ilmu lain?” soal saya pendek.
“Eh, perlu. Mesti ada ilmu untuk cari rezeki. Yang otak baik, jadilah guru, pegawai kerajaan. Ikut keadaan zaman tulah. Tuk ni tak nasib baik. Kerja kampung sahaja, guna tulang empat kerat, buka tanah. Itulah dusun yang Tuk kutip hasilnya sampai sekarang ni.”
“Tapi sekarang Tuk dah senang. Dengarnya dah dua kali naik haji”.
“Tak senang. Tapi mudah-mudahan tenang. Tulah doa Tuk, biar hidup kita tenang”.
“Agaknya sebab kurang matang nilah orang sekarang kahwin lambat?” cuit saya, kembali ke tajuk asal.
“Ni agak Tuklah. Budak sekarang tak macam dulu. Mereka ni macam lambat matang. Kalau dulu umur 13 dah boleh pikul tugas. Dah berdikari, dah boleh harap jaga emak bapak. Setakat jadi imam dan baca berzanji tu lancar. Tapi sekarang lain, umur dah 23 tahun pun masih bergantung kepada emak bapak. Nak jadi imam? Jauh sekali”. Terbayang kekesalan di wajahnya.
Dia menyambung, “Sekali tu Tuk tengok betul-betul dengan mata kepala ni macam mana seorang bakal pengantin tersekat-sekat mengucap kalimah syahadah
depan tuk kadhi. Bila tanya rukun sembahyang, geleng kepala. Yang dihafalnya rukun nikah saja”.
“Kalau macam tu macam mana?”
“Baik tak usah kahwin. Macam mana dia nak pimpin isteri dan anak-anaknya nanti? Tu baru ilmu yang paling asas, belum lagi ilmu... apa orang kata, Parenting Skill”.
“Tuk pun tahu Parenting Skill?”
“Tapi Tuk, kalau tak kahwin pun susah juga.. Nanti
terjebak dengan maksiat”, kilas saya.
“Tulah, ajaran Islam ni macam mata rantai. Lepas satu disambung satu. Bermula dengan yang paling utama, diikuti yang kedua, ketiga dan seterusnya... Ilmu tauhid, fekah dan akhlak perlu diasak di awal usia. Diiring ilmu akademik. Jadi, bila dah nak kahwin nanti, ilmu tu semua dah ada. Persediaan agama ada, persediaan material ada”.
“Macam mana kalau ada yang lambat-lambatkan kahwin kerana katanya belum bersedia, dari segi material dan agama?”
“Apapun biarlah berpada-pada. Kalau nak diikutkan ilmu agama, sampai mati pun tak akan habis dituntut. Cukuplah sekadar keperluan dulu dan tambah lagi selepas kahwin. Begitu juga soal material, soal kerja, profesion... Ni pun tak akan habis-habis. Ukurlah ikut keperluan dan kemampuan diri. Jangan sampai terlanjut usia sudahlah. Jangan nanti ilmu ada, matang ada, duit ada, calon pulak tak ada...”
“Tuk lihat macam mana keadaan anak muda masa kini?” terluncur soalan yang berbau akademik tanpa saya sedari.
“Akibat tak ikut tertib dalam menghayati ajaran Islam, keadaan jadi agak lintang-pukang sekarang. Yang berkat jadi mudarat. Tak dikahwinkan, membuat maksiat. Bila dikahwinkan, tak bertanggungjawab”.
“Antara dua keadaan ni, yang mana patut kita pilih?”
“Perlukah kita buat pilihan? Pada Tuk, pilihlah keadaan yang tidak memaksa kita membuat pilihan!”
Saya terdiam. Kagum. Kata-kata tersirat itu boleh mengundang seribu wacana para sarjana!
'pisang' is banana
Wahai org2 yg beriman! jauhilah byk drpda prasangka, sesungguhnya sebhgian berprasangka itu dosa, dan jgnlah kmu mencari-cri kesalahan org lain, dan jgnlah ada diantra kmu menggujing sbhgian yg lain. Apakah ada diantara kamu yg suka memakan daging saudara yg telah mati? tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha penerima taubat dan Maha penyayang.[ Al-Hujurat, 12]
Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.
Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.
"igtlah kebaikan org lain lebih drpda kebaikan diri sendiri, tapi igtlah kekurgan diri sendiri lebih drpada kekurangan org lain"
Thursday, May 7, 2009
tiga yang juga tiga.
Monday, May 4, 2009
sudahkah?
sudah memahami langkah-langkah untuk rasai jiwa rasa?
kalau belum kenapa tunggu lagi. . . . . .