Thursday, August 20, 2009

sebuah kebenaran di dalam Laskar Pelangi (2008)

Filem Laskar Pelangi (2008) ini mengangkat tema pendidikan. Karya hasil garapan Riri Riza ini memperlihatkan sesuatu yang menarik untuk ditonton dan dihayati kerana tema pendidikan amat jarang sekali diangkat ke layar perak. Filem berlatarbelakangkan Pulau Belitong pada tahun 1974 yang mana majoriti masyarakatnya menjadi kuli di lombong timah iaitu PN Timah. Telah menjadi satu kebiasaan anak-anak muda belitong akan menjadi kuli dilombong ini. Namun kewujudan SD Muhammadiah yang berdekatan dengan PN Timah seperti tidak diendahkan masyarakat. Masyarakat di situ lebih rela membiarkan keturunannya bekerja sebagai kuli di PN Timah kerana mereka berpendapat masa depan mereka bergantung pada PN Timah. Namun semangat Pak Harfan dan Cikgu Muslimah untuk meneruskan pendidikan di SD Muhammdiah telah mendapat sokongan daripada 10 orang murid barunya. 10 orang inilah yang digelar Laskar Pelangi. Walaupun belajar serba kekurangan, mereka tetap gigih meneruskan usaha ilmu untuk memajukan anak-anak kuli PN Timah. Gaya pengarahan Riri Riza yang begitu mantap berjaya mengangkat filem ini dengan indah. Keindahan darui segi visual, penceritaan, muzik, dan kaitan antara watak-watak. Pertama kali saya menonton filem ini membuatkan saya terasa kekaguman usaha watak-watak meneruskan perjuangan menuntut ilmu. Walaupun secara realitinya tema yang diangkat nampak senang dan mudah namun pendekatan yang disampaikan oleh Riri Riza sangat hebat dan bermakna serta mempunyai maksud yang tersendiri.

Laskar Pelangi diangkat dengan caranya tersendiri. saya tertarik dengan beberapa dialog yang disampaikan. Dialognya sangat terkesan. Sangat dekat dengan masyarakat Melayu. Berfalsafah dan mempunyai maksud yang tersurat dan tersirat. Setiap dialog-dialog yang disampaikan mempunyai nilai-nilai yang di dokong manusia itu sendiri. Pertamanya yang dikenal pasti ialah sifat kepimpinan manusia. Ia dapat dilihat melalui babak di mana Cikgu Muslimah memanggil anak-anak muridnya masuk ke kelas. Kucai yang dipertanggungjawabkan sebagai ketua kelas telah dimarahi Cikgu Mus kerana dikatakan gagal mengawal rakan-rakannya. Dialognya seperti berikut,

Cikgu Mus : Kucai, kau itu ketua kelas! Tugas kau itu membantu ibu membuat kawan-kawan masuk ke kelas.

Kucai : Ibu harus tau, kawan-kawan aku itu kek setan semua. Aku tak nak lagi harus begitu. Mulai sekarang aku nak berhenti jadi ketua kelas.

Cikgu Mus : Kucai, menjadi seorang pemimpin adalah tugas yang mulia.

Sahara : Al-Quran pun kata bahawa kepimpinan seseorang itu akan dipertanggungjawabkan kelak di akhirat.

Jelas dialog di atas menerangkan betapa pentingnya seorang pemimpin. Pemimpin dibentuk semasa kecil. Kaitannya ialah dengan pendidikan. Melalui pendidikan lah akan lahir seorang pemimpin. Filem ini menekankan nilai kepimpinan yang dibentuk melalui pendidikan. Untuk menjadi seorang pemimpin yang dipertanggungjawapkan dengan sesuatu, seseorang itu haruslah mempunyai nilai-nilai peribadi yang tinggi.

Secara dasarnya mesej-mesej yang disampaikan adalah rentetan daripada nilai kemanusiaan yang sudah biasa diangkat di dalam mana-mana filem. Tetapi melalui Laskar Pelangi mesej-mesej ini diangkat mengikut dimensi yang lain. Mesej pertama yang disampaikan seperti yang diterangkan sebelum ini iaitu sifat kepimpinan. Mesej kedua yang cuba disampaikan berkait dengan mesej kepimpinan iaitu kekuasaan. Bila manusia menjadi pemimpin secara automatik kekuasaan pasti dimiliki. Jadi terpulanglah bagaimana kuasa itu digunakan dengan sebaik-baiknya. Babak di mana menunjukkan mesek kekuasaan ialah di mana ketika babak Pak Harfan sedang membetulkan bangku sambil itu dia bersembang dengan Pak Jol, kawan baiknya.

Pak Jol : bagaimana caranya kalian mempertahankan sekolah ini? Biayanya? Gajinya?

Pak Harfan : Jol, sekolah ini adalah sekolah di mana pendidikan agama, pendidikan budi pekerti bukan sekadar pelengkap kurikulum. Kecerdasan dilihat bukan sekadar dari nilai-nilai, dari angka-angka itu, bukan! Tapi dari hati.

Pak Harfan : Lihat diri kau Jol, dari mana kau dapatkan rasa kepedulian itu? orang biasanya kalau terlalu nyaman punya kekuasaan, punya wang banyak, lupa diri. Mahunya tambah kekuasaan, tambah kekayaan dengan menghalalkan segala cara. Kalau perlu seluruh kekayaan negeri ini untuk keluarganya sahaja. Tapi kau tidak Jol.

Di dalam babak ini juga menunjukkan mengapa Pak Harfan masih mempertahankan sekolah ini dari terus ditutup. Kerana sekolah ini merupakan sekolah yang bukan sahaja mengajar kurikulum biasa tetapi mengajar seseorang menjadi lebih bersifat manusia. dengan kuasa dapat melakukan apa saja. Dialog Kalau perlu seluruh kekayaan negeri ini untuk keluarganya sahaja sangat sinonim dengan masyarakat Melayu tidak kira yang berada di Indonesia atau Malaysia. Sebuah realiti di mana mementingkan kerabat sendiri.

Teguhkan pendirianmu. Kalian harus punya ketekunan, harus punya keinginan yang kuat untuk mencapai cita-cita. Kalian harus punya keberanian dan pantang menyerah menghadapi tentangan macam apa. Dan ingat hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya.

Pak Harfan

Dialog Pak Harfan ini merupakan dialog yang membawa maksud sebenar perjalanan sebenar filem ini. Selepas dialog ini habis diucap oleh Pak Harfan dan dia mengumumkan kelas sudah selesai, pelajar-pelajar ini mengeluarkan nada mengeluh. Tanda mereka tidak puas dengan pembelajaran ilmu yang disampaikan oleh Pak Harfan. Dialog hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya ini di ulang sebanyak dua kali. Kali kedua dialog ini diucapkan sewaktu sebelum kematian Pak Harfan secara mengejut. Ketika dialog ini diucap buat kali kedua, Pak Harfan mengucapkannya pada Ikal, Lintang, dan Mahar. Di mana ketiga-tiga mereka ini bercerita mengenai hadiah kemenangan di karnival kesenian. Setelah lima tahun mereka bersekolah, itulah hadiah penghargaan pertama yang mereka perolehi.

Semangat meneruskan perjuangan SD Muhammadiah sedikit terbantut apabila Bakri, guru ketiga SD Muhammadiah telah mendapat tawaran mengajar di sekolah lain. Pak Harfan cuba menghalang Bakrim untuk berpindah tetapi bakri tetap pendirian mahu berpindah kerana dari permulaan cerita pemaparan watak bakri ini sudah dapat dilihat dia tidak senang dan tidak ikhlas untuk mengajar di SD Muhammadiah.

Mus, pernah kau fikir kenapa Cuma satu-satunya Mus? Kerana ngak ada yang peduli Mus...

Bakri

Pada babak ini menunjukkan keikhlasan yang ada pada diri seseorang walaupun sedar kekurangan yang dirasai. Watak Bakri melambang sifat Melayu yang hipokrit, tidak mahu bersusah. Hanya melihat pada kesenangan sahaja.

Cikgu Mus : semua tak percaya anak-anak miskin punya hak untuk belajar.

Pak Harfan : yang penting kita tak boleh putus asa, tugas kita meyakini anak-anak ini bahawa meraka berani punyai cita-cita. ..

Seperti yang diperkatakan, menjadi budaya masyarakat Belitong. Mereka tidak percaya anak miskin tidak punyai hak untuk menuntut ilmu. Cikgu Mus dan Pak Harfan cuba membuktikan pandangan bakri itu silap. Akhirnya setelah Bakri keluar dari SD Muhammadiah, anak-anak ini berjaya memenangi beberapa anugerah mengharumkan nama SD Muhammadiah.

Secara keseluruhannya, tema pendidikan yang cuba di angkat oleh Riri Riza berjaya mendapat perhatian penonton di serata Indonesia dan Malaysia. Hasil garapannya sangat menyentuh hati, beremosi. Setiap karakter yang diwujudkan sangat terkesan. Terutamanya tiga watak utama pelaar iaitu Ikal, Lintang, dan Mahar. Mahar menjadi genius ketika karnival seni. Seorang yang cintakan seni. Lintang seorang yang genius di dalam matematik dan sains. Manakala Ikal punyai peranan tersendiri kerana dia merupakan watak utama yang mengerakkan cerita. Hakikatnya, filem Laskar Pelangi adalah sebuah filem yang mempunyai pemikiran yang bebas dan menyampaikan mesej-mesej yang sudah dominan dengan cara atau dimensi yang berbeza.

Tuesday, August 18, 2009

sebuah ego yang tewas~

 

sejak aku meninggalkan hari-hari lepas, jiwa aku semakin sensitif. sensitif sayang pada keluarga dan seseorang. terlalu sensitif. pulang ke rumah melepaskan hiba yang disimpan. tapi kehibaan itu lesap apabila aku melihat ketidaktentuan jiwa-jiwa yang aku pandang. aku tidak pernah begini. tidak pernah rasa terlalu sepi. tidak pernah menangis keseorangan. tidak pernah merintih sendirian. tidak pernah meluahkan kelemahan pada sesiapa. namun hari itu aku seperti tewas dengan keegoan sendiri. ego aku tewas!

tapi tewas ini aku puas. sebab semua yang palsu di dalam diri aku hampir semua telah terhapus. puas. senang. gembira. sebuah kegembiraan yang tidak dapat digambarkan. terima kaseh kepada yang telah berkongsi.

 

rindu kamu!

 

bebas!

 

aktivis filem @ penentang?

lama sudah aku tidak menulis dari jiwa aku. baru sbentar saja tadi aku meluangkan masa bersama seorang aktivis filem (atas alasan menyelesaikan kerja KALUT). banyak juga aku terfikir tentang kata-kata aktivis ini. paling penting aku banyak terbuak minda untuk melakukan sesuatu ilmu. terbuka minda untuk tidak menuruti tetapi memahami. biar pun dia seorang aktivis penentang tidak salah aku menerima dia dengan terbuka. ilmunya dan pendapatnya menyedarkan aku.

antaranya ialah bahasa tulisan & bahasa visual. memang aku pernah belajar di kelas. tetapi pendekatannya untuk faham teori ini adalah tersangat senang. kenapa dia satu pun pensyarah terfikir seperti yang dia fikir? terlalu banyak dan semakin terbuka. sedar juga aku tentang kebendulan.

Wednesday, August 12, 2009

Selsema Babi adalah Senjata Biologi Amerika & Israel???

 

Penyakit berbahaya ini mula menjadi popular apabila dilaporkan lebih 80 orang telah mati di Veracruz, Mexico akhir April 2009. Kemudian ia terus menyerang dengan pantas dan beberapa kematian lagi dilaporkan di New York, Kanada, New Orleans dan Israel. Swine Flu atau selsema babi bukanlah penyakit baru, ianya telah pun dijumpai pada lewat 1918 di Sepanyol dahulu. Tetapi pada ketika itu, jangkitan hanya merebak dikalangan individu-individu yang terlibat dengan perusahaan khinzir sahaja hanya sedikit terkena kepada orang awam. Sejak kes di Mexico, laporan berita TV khususnya di Malaysia masih melaporkan kegilaan penyakit ini. Malaysia antara negara yang bernasib baik kerana pantas mengambil langkah kawalan di lapangan-lapangan terbang, stesen keretapi dan pelabuhan. Namun, penyebaran penyakit Swine Flu selepas tamatnya konflik Gaza perlu diambil perhatian dari beberapa aspek. Ia mungkin dilihat seperti “kejadian alam” tetapi ia sebenarnya juga boleh dirancang.

Permulaan Konspirasi Selsema Babi
Tidak ramai mahu melihat isu Swine Flu dari sudut konspirasi melainkan seseorang itu sememangnya fanatik fakta konspirasi. Maka teori yang kami bentangkan ini, dikira sebagai agenda permulaan untuk menarik perhatian masyarakat tentang sebarang isu dunia. Semua laporan Swine Flu di akhbar dan TV adalah tepat dan amat meyakinkan dan tiada apa yang perlu dicurigakan. Empat hari sebelum terjumpanya kes Selsema Babi di Mexico, Pengarah Makmal Univerisiti Rockefeller iaitu Dr.Ralph Steinman telah diberi Anugerah Perubatan Albine. Anugerah tersebut diberi beserta saguhati USD500,000. Steimen terpilih kerana sumbangannya dalam penerokaan dendretic cells malah seorang yang pakar dalam penyelidikan imunilogi dan Fisiologi Selular. Imunilogi adalah penyelidikan khusus dalam imunisasi (pencegahan penyakit) dalam bidang bio-perubatan. Kemungkinan Steimen dan rakan-rakannya akan diberi tanggungjawab palsu utk menangani gejala swine flu. Mengapa Perlu Mencurigai Dr. Ralph Steinman? Kita perlu mencurigainya kerana beliau merupakan tenaga atasan di Universiti Rockefeller, New York sedangkan kita sendiri sedia mengetahui
David Rockefeller adalah antara penaja utama Perang Dunia Kedua. Tambahan pula, Rockefeller adalah antara individu yang dijangka akan hadir pada mesyuarat Kelab Bilderberg yang bakal berlangsung pada 14 Mei 2009 di Athens. Selain bertugas di Universiti Rockefeller, Steinman juga memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Institut Trudeau. Institut ini merupakan institut yang dilantik khusus oleh kerajaan Amerika dalam penyelidikan vaksin bersama Kementerian Pertahanan Amerika. Pada 1 Oktober 2008, Presiden Bush telah mengeluarkan suatu dana yang amat besar iaitu USD1.6 juta, khusus untuk menampung kos penyelidikan pemvaksinan. Dengan wang sebanyak itu, Institut Trudeau dan saintis-saintis US Navy telah diarahkan bekerjasama oleh kerajaan Amerika untuk membangunkan satu vaksin jenis Pandemic Influenza. Vaksin ini khusus dalam pencegahan kepada sebarang bentuk selsema yang dibawa oleh binatang. Usahasama antara Institut Trudeau dan US Navy ini dilaporkan sendiri di dalam buletin Institut Trudeau pada Oktober 2008.

Amerika Dalang Wabak Selsema Babi
Seperkara yang perlu kita teliti, sekiranya suatu vaksin yang berkaitan selsema telah dibangunkan pada 1 Oktober 2008, apakah ada kemungkinan kerajaan Amerika telah pun mengetahui bahawa Selsema Babi akan berlaku? atau mereka sendiri yang merancang sebaran wabak itu? Kerajaan Amerika amat disyaki sebagai dalang bagi penyebaran wabak ini. Jika tidak masakan Presiden Institute Trudaeu, Dr. David Woodland boleh mengeluarkan kenyataan di bawah pada suatu sidang akhbar sempena Hari Anugerah Perubatan pada  1 Oktober 2008;


“Clearly we have a consensus that there is significant concern regarding the possibility of another pandemic occurring,”

Jika sekiranya ada di antara rakyat Amerika sendiri yang telah mati kerana Selsema Babi, apakah pula faedahnya bagi kerajaan Amerika menyebarkan Selsema Babi ini? Pada 1 Oktober 2008 lepas, Dr. David Woodland dengan secara tidak sengaja telah memberitahu dia menjangkakan bahawa sejenis wabak selsema kemungkinan akan menyerang masyarakat dunia. Kenyataan itu tidak popular ketika itu kerana dunia sudah lupa dengan isu selsema burung. Namun, kenyataan itu berjaya dihidu sebagai “agenda tersembunyi” oleh seorang penyiasat konspirasi terkenal dari barat iaitu David Icke. Beliau percaya kenyataan Woodland ada agenda tersembunyi yang boleh membangkitkan kesangsian pada masa depan. Melalui forum konspirasinya itu, Icke cuba mempertikaikan mengapa kerajaan Amerika beria-ia menyumbang dana yang begitu besar dalam penyelidikan wabak selsema.

Pembinaan Senjata Biologi
Jika seseorang individu boleh mencipta vaksin bagi sesuatu virus, sudah pastilah individu tersebut tahu segala selok-belok pembiakan virus tersebut. Maka kerja-kerja untuk menyebarkan virus selsema adalah lebih mudah dari membina vaksin. Indvidu seperti Dr. Ralph Steinman disyaki sebagai salah seorang yang terlibat secara aktif dalam agenda tersembunyi ini iaitu penyelidikan dan pembinaan senjata biologi ini. Ralph Steinman disyaki kerana kerja-kerja beliau dibantu oleh saintis-saintis dari pasukan US Navy. Steinman mempunyai ramai pakar-pakar di makmalUniversiti Rockefeller tetapi arahan dari Bush untuk bekerjasama dengan saintis-saintis tentera amat meragukan. Tambahan pula makmal Institute Trudeau berada di lokasi yang sama dengan makmal US Navy iaitu di Saranac Lake, New York. Amerika adalah antara negara yang paling berminat dalam pembinaan senjata biologi sejak 1918 lagi. Keinginan Amerika dalam pembinaan senjata biologi ini menyebabkan kerajaan Amerika menghabiskan lebih USD700 juta sejak zaman Presiden Franklin D. Roosevelt. Pembinaan bioweapons dilihat sebagai satu-satunya cara bagi menghadapi kekuatan negara-negara luar khususnya negara Islam. Senjata biologi tidak memerlukan peperangan, ia hanya memerlukan seorang atau dua orang meletakkan sebaran tersebut di tengah-tengah orang ramai. Walaupun Presiden Amerika, Richard Nixon telah mengumumkan penamatan sebarang projek penyelidikan pembinaan senjata biologi pada 1969, itu semua merupakan helah semata-mata. Tindakan Nixon dilihat seperti seorang pencinta alam. Kita perlu sedar bahawa pengumuman yang dibuat pada 25 November 1969 itu adalah satu helah. Ini kerana pembatalan projek yang sudah menelan lebih USD700 juta secara mengejut amat menghairankan banyak pihak. Analisis kebanyakan penganalisis politik bahawa Amerika akur dengan Protokol Geneva tidak boleh diterima pakai. Memang Amerika menandatangani tetapi, membatalkannya secara mengejut menimbulkannya tanda-tanya. Pandangan kami ialah, pembatalan program bio weapons pada 1969 adalah helah untuk pembinaan senjata biologi pada masa depan. Ini kerana, National Security Advisor bagi Presiden Richard Nixon ketika itu ialah bapak peperangan Yahudi, Dr. Henry Alfred Kissengger.

Pembukaan Semula Program Senjata Biologi
Semenjak berlakunya kejadian 11 September 2001, Amerika mempromosi sepenuhnya istilah “terrorism”. Bagi kes senjata biologi, istilah ini digunakan dimanipulasi oleh pentadbiran George Bush bagi mendesak US Senate membenarkan pembukaan semula Biological Weapons Programme (BWP) yang ditutup oleh Ricahrd Nixon. Senat bersetuju dengan usul pentadbiran Bush atas alasan kemungkinan pengganas menggunakan senjata biologi dalam serangan-serangan gerila. Kes sebaran Antrax, Selsema Burung dan kini Selsema Babi sentiasa digembar-gemburkan dengan pengganas walaupun ia direka-reka. Amerika sehingga hari ini bertindak seperti biasa untuk mencari alasan membuka Program Senjata Biologi mereka. Kaedah yang digunakan adalah sama iaitu menyebarkan wabak, mengorbankan beberapa nyawa di Amerika, kemudian membuat teori kemampuan pengganas menggunakan senjata biologi. Dan teori itu dipopularkan sepenuhnya melalui artikel-artikel dan forum-forum di televisyen dan akhbar.

Kesimpulan
Walaupun selsema babi itu kelihatan seperti serangan alam, tetapi ia tidak mustahil boleh dimanipulasikan bagi kepentingan pihak tertentu. Amerika adalah antara negara yang paling cepat bertindak dalam sebarang kes selsema di dunia.Amerika adalah negara yang paling cepat mendapat vaksin bagi kes-kes selsema sebelum ini. Amerika juga adalah antara negara pelik. Setiap kali berlaku isu selsema di dunia, maka setiap itulah pasukan tenteranya menerima peruntukan tambahan.Kes Anthrax dan Selsema Burung sahaja telah menyebabkan ;

  • Biodefense Medical Research and Development menerima peruntukan USD1.6 juta setahun sejak 2003
  • Program baru National Biodefense Analysis and Countermeasure Center dibentuk.
  • 600,000 orang tentera Amerika diberi imunisasi bagi menahan serangan wabak selsema tetapi rakyat Amerika tidak diberi.

Isu selsema babi amat sesuai dengan kenyataan White House sendiri pada 28 April 2008 yang menyebut;


“Bioterrorism is a real threat to our country. It’s a threat to every nation that loves freedom. Terrorist groups seek biological weapons; we know some rogue states already have them…. It’s important that we confront these real threats to our country and prepare for future emergencies.”


Kita telah pun meneliti akan teori-teori dan fakta yang boleh membawa kita memahami siapakah dalang-dalang di sebalik penyebaran wabak selsema babi. Kita juga mungkin boleh meramalkan adakah wabak ini merebak dengan sendirinya atau ianya direbakkan oleh pihak tertentu? Namun demikian, ada satu pihak lain yang lebih mencurigakan secara tidak sengaja telah membongkar dalang di sebalik merebaknya wabak selsema babi.

Kemungkinan Israel dalang sebenar wabak Selsema
Pada 26 April 2009, kenyataan bekas Pengarah Strategik Israel National Security Council (INSC) iaitu Giora Eiland telah mengejutkan banyak pihak khususnya penyiasat-penyiasat konspirasi. Beliau berkata dengan penuh yakin;


“I will say that Israel has the best solution to this threat in the world,”


Menurut akhbar Jerusalem Post lagi, Eiland juga memberi isyarat bahawa Israel amat serius dalam program Bio-defense atau Senjata Biologi. Eiland menambah dengan mengatakan;


“I can say with certainty that Israel has prepared a series of steps designed to deal with biological warfare.”


Kenyataan Eiland itu boleh menimbulkan pelbagai spekulasi dan teori kerana ia dibuat dalam suasana masyarakat dunia baru sahaja berhadapan dengan kes Selsema Babi. Sedangkan kenyataan yang Eiland keluarkan seolah-olah mereka sudah pun mengetahui bahawa wabak selsema itu akan merebak. Bukan sahaja kenyataan Eiland yang menimbulkan tanda tanya, tetapi statusnyanya sekarang sebagai bekas pengarah amat diragui. Sepatutnya kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pengarah sekarang iaitu Prof. Uzi Arad yang juga bekas perisik Mossad. Giora Eiland merupakan pengarah pada tahun 2005-2006, sekiranya kenyataan Eiland mendahului kenyataan Arad, maka tidak syak lagi pembinaan vaksin untuk wabak ini telah pun berlangsung pada zaman beliau menjadi pengarah INSC.

Siapa sebenarnya Giora Eiland?
Jeneral Mejar Giora Eiland merupakan warganegara Israel yang telah berkhidmat dengan Israel Defense Forces (IDF) lebih 34 tahun. Pada 1999, beliau secara rasminya telah dinaikkan pangkat ke status Jeneral Mejar dan diamanahkan sebagai Pengarah Operasi IDF. Giora Eiland adalah antara individu yang amat berpengaruh di dalam setiap perencanaan dasar peperangan Israel dan Palestin selain
Ehud Barak. Beliau juga merupakan antara orang yang bertanggungjawab dalam program pembinaan Senjata Biologi di Israel. Pada 4 Mei 2009 (Isnin) baru-baru ini, akhbar Los Angeles Times melaporkan hakim mahkamah tinggi Sepanyol iaitu Fernando Andreu telah mengeluarkan kenyataan bahawa mahkamah tinggi Sepanyol akan meneruskan siasatan terhadap jenayah kemanusiaan yang dilakukan oleh 7 orang pegawai tentera Israel berkenaan pengeboman orang awam di Gaza.

Program Pembinaan Senjata Biologi Israel
Program senjata biologi Israel bukan satu program baru dan ianya langsung tidak berpaksikan alasan kejadian 11 September 2001 di New York. Tarikh itu adalah kepunyaan Amerika sebagai modal menjaja akta-akta keselamatan negara khususnya dalam mendapatkan peruntukan membina senjata biologi. Dalam permulaan pembinaan senjata biologi, Israel menggunakan alasan berbeza daripada Amerika. Alasan yang digembar-gemburkan di media-media antarabangsa ialah peristiwa Holocaust. Istilah “holocaust” bukan sahaja dibina untuk memalsukan sejarah Israel tetapi ia berfungsi untuk menjadi modal kertas-kertas kerja kementerian pertahan Israel dalam meyakinkan masyarakat Israel sendiri terhadap sebarang persediaan perang. Pada 1948, Perdana Menteri pertama Israel, David Ben Gurion telah melancarkan satu program pertahanan jangka panjang iaitu program pembinaan senjatan biologi. Program itu dibina atas dasar memastikan peristiwa Holocaust tidak berlaku lagi kepada masyarakat Yahudi dan ia juga dijadikan alasan sebagai melindungi Israel dari ancaman pengganas. Langsungan dari propaganda itu, Ben Gurion telah menubuhkan Israel Institute for Biological Research (IIBR) pada 1952. Individu pertama yang diberi tanggungjawab mengendalikan penyelidikan- penyelidikan di IIBR ialah Prof. Ernest Bregmann. Keunikan IIBR ialah, institut ini diletakkan terus bidang kuasanya di bawah Perdana Menteri Israel disamping menerima sokongan daripada Kementerian Pertahanan. Kini, IIBR mempunyai lebih dari 150 saintis yang berkerja di dalamnya.

Kerapuhan Sistem Keselamatan Israel
Walaupun Israel maju dalam pembinaan sistem pertahanan dan teknologi yang cangih, namun ia masih tetap rapuh dan merisaukan banyak pihak di Israel. Pada 1983, bekas Pengarah IIBR iaitu Marcus Klingberg telah ditangkap kerana disyaki menjadi perisik kepada Soviet Union. Namun begitu, penangkapannya dirahsiakan oleh pihak Israel sehinggalah ianya didedahkan pada 1998. Kerapuhan ini menimbulkan satu tanda tanya, bagaimanakah pihak Israel tidak sedar mereka telah melantik perisik di dalam organisasi sulit mereka iaitu IIBR.? Persoalan kedua, sekiranya kerajaan Soviet Union mengarahkan perisiknya menyamar sebagai pegawai atasan IIBR, maka sudah pastilah IIBR adalah satu unit kecil yang menjadi ancaman besar kepada dunia. Jika tidak masakan Soviet Union mengambil berat tentang IIBR. Kes terbaru yang berlaku di Israel baru-baru ini pula amat meyakinkan kita bahawa IIBR adalah punca penyebaran pelbagai wabak selsema selain dari Amerika. Pada 20 April 2009, seorang lagi bekas saintis IIBR ditangkap iaitu Dr. Yehoshua Gozas oleh unit keselamatan kementerian pertahanan Israel. Gozas disyaki telah membocorkan beberapa maklumat rahsia dari IIBR dan kini ia masih ditahan di Tel Aviv. Sehingga sekarang kerajaan Israel tidak mendedahkan dengan siapakah Gozas bekerja.

Kesimpulan
Penyebaran wabak selsema burung, antrax dan selsema babi sekarang ini telah mentakrifkan tujuan tindakan Soviet Union mengintip IIBR sejak 26 tahun dahulu. Pengintipan Soviet Union terhadap IIBR, kes penangkapan Gozas dan kenyataan Giora Eiland dilihat relevan dengan teori bahawa;


“Israel adalah dalang pelbagai wabak dunia.”


Kami amat pasti bahawa ada sesuatu yang dilakukan oleh IIBR yang menjadikan negara lain berebut-rebut menyelongkar rahsia-rahsia di dalamnya dalam apa jua cara sekali pun. Dan sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa ke atas sesuatu kejadian dan perancangan Allah itu sentiasa benar dalam membatalkan segala niat jahat makhluk-makhlukNya.

 

Thursday, August 6, 2009

Happy Birthday Ayah!!!


6 Ogos 1958

6 Ogos 1983

6 Ogos 2009

Selamat Harijadi Ayah.

Selamat Ulangtahun Ayah & Emak.

Sayang Ayah. . .

Sayang Emak...


Friday, July 31, 2009

CASTING untuk FILEM KALUT~




assalamualaikum. . .

kepada sesiapa yang minat untuk berlakon, sila datang ke CASTING FILEM KALUT.

Tempat : Dupa Chendana, Bangunan Akademik,
UiTM Kampus Puncak Perdana
Tarikh : 4 Ogos 2009
Waktu : 9.oo pagi - 5.00 petang

sila bawa bersama RESUME YANG LENGKAP beserta GAMBAR-GAMBAR bersaiz 4R dan yang bersesuaian untuk ujibakat lakonan.

watak-watak yang akan ditawarkan semasa ujibakat berlangsung ialah :

  1. Selamat - berusia 35 tahun, pemandu teksi yang beristeri dua
  2. Bibi - berusia 39 tahun, isteri pertama Selamat (pemilik salon)
  3. Mimi 1 - berusia 26 tahun, isteri kedua Selamat (profesyen doktor)
  4. Mimi 2 - akhir 2oan, kawan Mimi 1 yang menyamar sebagai Mimi 1.
  5. Amy - 20an, lelaki lembut
  6. Sarjan Hassan - 40an, pegawai polis
  7. Sarjan Man Misai - 40an, pegawai polis
  8. watak-watak sampingan (peragut, couple tua, penjual asikrim, budak2 liar, dan ekstra)
untuk maklumat lanjut sila hubungi Fariz-017 3283667, Faliq-017 2876393, Zul-012 9402653, Ajun-012 2789352.


sekian, terima kaseh~


Saturday, July 25, 2009

kuarantin~

 

 

 

 

ramai yang kisah dan peduli. . . . .terima kaseh~

 

 

 

 

 

 

Thursday, July 23, 2009

Ketuanan Melayu – Tuan & Hamba?

Malaysia punyai wajah-wajah Melayu, Cina, India, dan wajah-wajah minoriti kaum lain. Tidak kurang juga dihiasai dengan wajah-wajah bangla yang bekerja di stesen minyak, warga indonesia yang bekerja ditapak pembinaan, rakyat nepal yang bekerja di kilang, rakyat india yang bekerja di restoren, dan bermacam-macam wajah. Tapi secara realitinya penduduk asal Malaysia atau Tanah Melayu adalah orang Melayu. Disebabkan proses penjajahan yang berlaku selama 446 tahun, maka berlaku lah banyak migrasi penduduk dari hampir seluruh pelosok dunia.

Kedatangan orang portugis, belanda dan inggeris. Untuk apa? Kemudian kedatangan warga cina dan india. Untuk apa? Tapi seluruh dunia tahu Malaysia mengamalkan demokrasi berpelembagaan. Menerima mereka sebagai warga negara. Melindungi hak-hak Melayu melalui Akta 153. Tapi sejak akhir-akhir ini ramai yang mempertikaikan hak-hak keistimewaan Orang Melayu. Bukan saja cina dan india dok bising buat huru hara pasal kerelevenan Akta 153, malah orang Melayu sendiri dok sokong mereka. Untuk apa semua ini? Adakah mereka tak tahu malu? Adakah Ketuanan Melayu sudah tidak relevan? Patutkah dimansuhkan?

Peristiwa 13 mei sudah cukup memberi pengajaran kepada rakyat Malaysia. Adakah dengan mempersoalkan Ketuanan Melayu akan berlaku lagi peristiwa 13 mei? Ramai yang tidak tahu maksud sebenar ketuanan Melayu, yang mereka tahu hanya menyelak Kamus Dewan dan menterjemahkannya setiap ayat. Maka terjadilah salah faham dengan secara kasar mereka faham yang Ketuanan Melayu itu adalah bersifat Melayu akan jadi tuan dan kaum-kaum lain akan jadi hamba. Fahaman inilah yang dijaja merata-rata tempat dan cuba juga dimasukkan kedalam otak-otak orang Melayu.

Mereka mahukan perubahan. Kalau US sudah boleh menerima presiden dari orang yang berkulit hitam, Malaysia pun boleh. Apa sudah jadi? Apa cara sekalipun perubahan yang diminta dan dituntut, rakyat Malaysia tetap memilih cara yang aman.

Tuesday, July 21, 2009

bila manusia mula menitiskan sejumlah airmata~

hanya sedetik, untuk membuat manusia menangis. tapi untuk menyimpan airmata itu, bukan sedetik. jika kamu rasa menangis adalah cara yang dapat memuaskan diri, keluarkan lah airmatamu selaju mungkin kerana dengan linangan airmata lah baru manusia sedar yang kita sedang terseksa. diseksa dengan manusia sesama manusia.

Thursday, July 16, 2009

NAUSEA~. . . . .Kejelekan & Kemualan!

 

tahniah team produksi. anda telah berjaya menyerlahkan kejelekan & kemualan filem pendek ini. benci! memaparkan dua watak yang mendokong ideologi ‘punk’. sangat kotor. jijik. menjelekkan. tapi yang sangat aku terkesan ialah dengan ceritanya.

Nausea memaparkan bagaimana dua orang pengamal punk ini mengislamkan seorang ‘apek jalanan’ (watak apek ini tunjukkan seperti orang yang bodoh dan tak tahu apa-apa), walaupun kalau dilihat dua watak punk ini langsung tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya. bertatu. tidak solat. minum arak. pegang anjing. mandi pun tak. kelakuan yang tidak senonoh. tapi mempunyai naluri belas kasihan yang agak bagus. sayang pada haiwan (bela kucing dua ekor).

sakit yang dialami apek ini semakin tenat. dua watak ini cuba mencari tempat tinggal lain untuk keselesaan apek. mereka meninjau rumah-rumah kebajikan dan rumah-rumah orang tua. sehinggalah mereka berjumpa dengan sekumpulan alim (yang lengkap berjubah dan serban). fikiran mereka berubah.

apa yang mereka buat ialah mengislamkan apek ini! eksploitasi agama! (bak kata sang director~Ares Bahar)

 

aku tidak begitu senang dengan eksploitasi agama di dalam filem. terutamanya apabila ia melibatkan Islam! di dalam Islam tiada paksaan. apa yang aku nampak di dalam Nausea ini, apek ini di Islam kan secara paksa sebab apek ini seperti menuruti apa sahaja suruhan dua watak punk ini. memeluk Islam bukan secara rela hati. memeluk Islam bukan dengan keikhlasan. kerana tidak mahu terbeban  dua watak punk ini sanggup melakukan apa sahaja untuk melepaskan beban mereka. aku sangat tidak setuju dengan hali ini. ini kerana ia menggambarkan yang Islam itu adalah agama paksaan.

betul kata Bebra Mailin, jika orang bukan Islam yang menonton mereka pasti terguris! sebenarnya aku mengambarkan yang pengIslaman apek ini adalah datang dari kesedaran dia sendiri tapi sebaliknya berlaku. sangat tidak diduga. malah apabila apek mualaf ini diserahkan kepada sekumpulan alim, kedua-dua mereka bersorak kegembiraan. ingatkan ia akan mendatangkan keinsafan. sangat sedih. apa gunanya jikalau diri sendiri masih berada ditakuk yang lama.

 

maaf. ini adalah seratus peratus pandangan peribadi aku. jika ada tersalah dan tersinggung harap diterima dengan keterbukaan. maaf ya team produksi Nausea. penambahbaikan.

 

 

Sunday, July 12, 2009

catatan diari 11 Julai 2009

 

 

aku ke Kuala Lumpur-Mid Valley

 

 

kepenatan

 

 

tiba di Shah Alam

 

 

kunci motor hilang

 

 

entah tercicir di mana

 

 

sangat serabut!

 

 

Friday, July 3, 2009

senang. . . .

tepuk untuk pusat?
dari luar nampak cantiknya. . .
tetapi di dalam penuh dengan kekeliruan. . . .
siapa?
kami kah?

Monday, June 15, 2009

jerebu yang datang ke Lembah Klang~



sejak kebelakangan ini, keadaan politik semasa negara kita begitu menarik perhatian aku. sangat tertarik. kenapa? mungkin kerap sekali menyebut tentang Melayu. aku sangat terkesan dengan Melayu. apa-apa yang dilakukan mereka adalah untuk kesenangan Melayu. bukan mahu wujudkan isu perkauman, tetapi realitinya memang milik Melayu. anda setuju?




politik?




Kerajaan Perpaduan. . .setuju?






Sunday, June 14, 2009

Friday, June 12, 2009

keputusan peperiksaan sudah dilampirkan.


aku lega.

lega dan puas dengan aku punya keputusan.

yeah~!





terima kaseh kepada semua pensyarah yang mengajar~!


Wednesday, June 10, 2009

Melayu + Islam?




UMNO+PAS. . . . . .setuju?




makan,makan,makan!



bila aku bosan. . .makan.
bila aku runsing. . .makan.
bila aku bengang. . .makan.
bila aku lapar makan. . .makan.
bila aku kt kampung. . .makan.

bila lak aku tak makan?

adoi. . .tak sabar nak masuk semester baru. . . .!!!

Monday, June 8, 2009

ketakutan manusia di dalam mimpi

fuck. di serang dengan mimpi yang penuh dengan makna psikologi tentang manusia. ditangkap dan otak didedahkan dengan sebuah ideologi yang sangat menjijikkan. sangat tidak logik. dikejar seperti peluru-peluru manusia. berlari bagai manusia dalam keadaan ketakutan. psikologi ketakutan di umpamakan dengan manusia yang gila dan mereng. psikologi gila manusia. akibat tamakkan kehidupan.fuck!