ketika kaki berbicara
apakah kita sedar bahawa mata sedang memandang
ketika tangan sedang mencari
adakah kita sedar bahawa telinga sedang mendengar
ketika badan menanggung beban
adakah kita sedar bahawa akal sedang terbeban
ketika hati sedang memahami
adakah kita sedar bahawa mulut terkunci rapat
ketika kata-kata sedang menari
adakah kita sedar bahawa jari jemari sedang menggeletar
ketika kita sedang melakukan apa yang kita suka
adakah kita sedar bahawa apa yang kita suka adalah sesuatu yang mendatangkan keburukan
kita tidak pernah fikir apa yang kita lakukan
p/s : walau apa jua yang terlintas, walau apa jua yang tersentak, walau apa jua yang terfikir, walau apa jua yang diingini, kita mesti fikir siapa dan kenapa dilakukan.
No comments:
Post a Comment