Saturday, May 9, 2009

sebuah kisah tentang perkahwinan.


Majlis akad nikah itu baru sahaja usai. Saya dan beberapa orang sahabat masih menikmati minuman ringan yang disediakan oleh pihak tuan rumah. Tiba-tiba seorang lelaki tua yang memang saya kenali menarik tangan saya dan bertanya, "Kenapa orang sekarang kahwin lambat sangat?”.

Saya lantas bertanya,“Tuk dulu kahwin cepat?" "Umur 15 tahun, nenek kau dah dapat anak seorang..” Terbayang anak perempuan saya yang menuntut di tingkatan 5 sekarang. Sukar nak membayangkan betapalah di usia itu dia sudah mempunyai anak.

“Bahagia Tuk?”

“Tak bahagia apa anak Tuk 12 orang!” Terhibur saya berbual dengannya, semuanya diukur dengan angka.

“Saya berkahwin pada umur 21 tahun. Waktu tu masih menuntut lagi, orang heboh saya tak sabar”, adu saya tanpa dipinta. Sengaja mengundang reaksi.

“Tak sabar? Pelik, kalau zaman Tuk, tu kira terlajak dah tu!”

“Betulkah saya tak sabar Tuk?”, tanya saya semacam mengusik.

“Eh, taklah. Kalau nak buat baik, eloklah cepat. Selamat dari maksiat. Kalau betul tak sabar, Tuk ni lagilah tak sabar, umur 17 tahun dah kahwin. Heh, heh, heh..."

“Setuju tak Tuk kalau dikatakan soal kahwin ni bukan soal cepat lambat, tapi soal dah bersedia atau tidak?”.

“Setuju. Tapi kena hurailah maksud persediaan tu...” tajam Tuk membalas.

“Kalau ikut pandangan Tuk, apa agak-agaknya persediaan tu?”

“Soal ni tak boleh agak-agak. Mesti tepat.” Terkedu saya dibuatnya. Tuk ni bukan sebarang orang.

“Maksud bersedia bukan sahaja dari segi umur. Asal akil baligh dah boleh kahwin. Bukan sahaja diukur oleh badan yang sihat, pendapatan yang cukup, tapi
yang penting kematangan diri. Ertinya, seseorang yang nak kahwin mesti dah mula dapat berfikir dengan baik, dah boleh sedikit sebanyak kawal perasaan, dan
jiwa tu sikit-sikit dah agak tenang.”

Saya menung panjang. Tertikam di sudut hati pertanyaan, sudahkah saya matang sewaktu mula berkahwin dahulu?

“Jangan menung. Tuk cuma kata, dah sedikit sebanyak matang. Tak payah tunggu matang betul, nanti tak kahwin pula!” usik Tuk seperti dapat membaca
fikiran saya. Walau tanpa ijazah, Tuk sebenarnya sedang menjelaskan asas kebahagiaan rumah tangga yang kadang kala tidak dapat ditimba di mana-mana menara gading.

“Macam mana nak matang?” tanya saya perlahan. Malu rasanya untuk diajukan soalan sedemikian di usia 40-an ini. Terasa terlambat!

“Tentulah dengan ilmu. Dulu Tuk dan kawan-kawan, umur sebelas tahun dah khatam Quran. Dah selesai belajar ilmu fardu ain. Rukun, sah, batal dan lain-lain ilmu asas dah OK. Bila sudah baligh buka kitab Muhimmah, baik lelaki, baik perempuan. Dah diterangkan tanggungjawab suami, isteri dan asas-asas kerukunan rumah tangga.”

“Itu sahaja? Ilmu lain?” soal saya pendek.

“Eh, perlu. Mesti ada ilmu untuk cari rezeki. Yang otak baik, jadilah guru, pegawai kerajaan. Ikut keadaan zaman tulah. Tuk ni tak nasib baik. Kerja kampung sahaja, guna tulang empat kerat, buka tanah. Itulah dusun yang Tuk kutip hasilnya sampai sekarang ni.”

“Tapi sekarang Tuk dah senang. Dengarnya dah dua kali naik haji”.

“Tak senang. Tapi mudah-mudahan tenang. Tulah doa Tuk, biar hidup kita tenang”.

“Agaknya sebab kurang matang nilah orang sekarang kahwin lambat?” cuit saya, kembali ke tajuk asal.

“Ni agak Tuklah. Budak sekarang tak macam dulu. Mereka ni macam lambat matang. Kalau dulu umur 13 dah boleh pikul tugas. Dah berdikari, dah boleh harap jaga emak bapak. Setakat jadi imam dan baca berzanji tu lancar. Tapi sekarang lain, umur dah 23 tahun pun masih bergantung kepada emak bapak. Nak jadi imam? Jauh sekali”. Terbayang kekesalan di wajahnya.

Dia menyambung, “Sekali tu Tuk tengok betul-betul dengan mata kepala ni macam mana seorang bakal pengantin tersekat-sekat mengucap kalimah syahadah
depan tuk kadhi. Bila tanya rukun sembahyang, geleng kepala. Yang dihafalnya rukun nikah saja”.

“Kalau macam tu macam mana?”

“Baik tak usah kahwin. Macam mana dia nak pimpin isteri dan anak-anaknya nanti? Tu baru ilmu yang paling asas, belum lagi ilmu... apa orang kata, Parenting Skill”.

“Tuk pun tahu Parenting Skill?”

“Sekarang ni macam-macam sumber ilmu ada. Di radio, tv, ceramah, buku-buku... ah, macam-macam”.

“Tapi Tuk, kalau tak kahwin pun susah juga.. Nanti
terjebak dengan maksiat”, kilas saya.

“Tulah, ajaran Islam ni macam mata rantai. Lepas satu disambung satu. Bermula dengan yang paling utama, diikuti yang kedua, ketiga dan seterusnya... Ilmu tauhid, fekah dan akhlak perlu diasak di awal usia. Diiring ilmu akademik. Jadi, bila dah nak kahwin nanti, ilmu tu semua dah ada. Persediaan agama ada, persediaan material ada”.

“Macam mana kalau ada yang lambat-lambatkan kahwin kerana katanya belum bersedia, dari segi material dan agama?”

“Apapun biarlah berpada-pada. Kalau nak diikutkan ilmu agama, sampai mati pun tak akan habis dituntut. Cukuplah sekadar keperluan dulu dan tambah lagi selepas kahwin. Begitu juga soal material, soal kerja, profesion... Ni pun tak akan habis-habis. Ukurlah ikut keperluan dan kemampuan diri. Jangan sampai terlanjut usia sudahlah. Jangan nanti ilmu ada, matang ada, duit ada, calon pulak tak ada...”

“Tuk lihat macam mana keadaan anak muda masa kini?” terluncur soalan yang berbau akademik tanpa saya sedari.

“Akibat tak ikut tertib dalam menghayati ajaran Islam, keadaan jadi agak lintang-pukang sekarang. Yang berkat jadi mudarat. Tak dikahwinkan, membuat maksiat. Bila dikahwinkan, tak bertanggungjawab”.

“Antara dua keadaan ni, yang mana patut kita pilih?”

“Perlukah kita buat pilihan? Pada Tuk, pilihlah keadaan yang tidak memaksa kita membuat pilihan!”
Saya terdiam. Kagum. Kata-kata tersirat itu boleh mengundang seribu wacana para sarjana!


'pisang' is banana

Assalammualaikum ;)

Wahai org2 yg beriman! jauhilah byk drpda prasangka, sesungguhnya sebhgian berprasangka itu dosa, dan jgnlah kmu mencari-cri kesalahan org lain, dan jgnlah ada diantra kmu menggujing sbhgian yg lain. Apakah ada diantara kamu yg suka memakan daging saudara yg telah mati? tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha penerima taubat dan Maha penyayang.[ Al-Hujurat, 12]


Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.


Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

"igtlah kebaikan org lain lebih drpda kebaikan diri sendiri, tapi igtlah kekurgan diri sendiri lebih drpada kekurangan org lain"


Daily decisions made by couples







thanks to Beelah. . . .;-)

Thursday, May 7, 2009

tiga yang juga tiga.

tiga malam aku berlari tanpa kaki.
tiga siang aku berkata tanpa lidah.
tiga tempat aku berlalu tanpa rasa.
tiga masa aku berkira dengan mata.
tiga kali aku disangsi sebegini.
bullshit!

Monday, May 4, 2009

sudahkah?

sudah merasai jiwa rasa?

sudah memahami langkah-langkah untuk rasai jiwa rasa?

kalau belum kenapa tunggu lagi. . . . . .

tidur yang pelik

pernah kah anda semua merasa sesuatu yang sangat pelik apabila anda bangkit dari tidur anda?
sejak berada di rumah, aku kerap bermimpikan yang pelik. sangat pelik. pelik yang bukan biasa tetapi pelik yang ditarik jiwa dan roh aku. aku bagaikan bayangan yang pergi dan kembali.
mimpi ku sangat pelik.

berblog.

Baru dapat ber blog kembali. Minta maaf kepada rakan-rakan yang mencari bacaan terbaru aku. Aku dihimpit kesibukan. Tiada apa yang nak dikatakan. Tiada jiwa rasa yang dikenalpasti semasa dikampung. Cuma yang terasa hanya sekilas. Dan ia hilang bersama mimpi aku.



Bosan.

Thursday, April 30, 2009

babi menyerang dunia!

babi menyerang dunia. bukan babi yang serang, tapi virus babi yang serang manusia. kenapa ya? adakah kerana kerakusan manusia babi-babi ini menyerang? adakah kerana kemurkaan Tuhan? adakah kerana babi ini bertindak mengikut arahan? diingatkan kembali, antara tanda-tanda dekatnya kiamat ialah penyebaran virus-virus di serata dunia. ini tanda kecil tapi tanda-tanda kecil kiamat hampir semua sudah berlaku. bilakah tanda-tanda besar pula akan muncul?
sebab itulah Islam mengharamkan babi. kerajaan mesir sudah menghapuskan 300 000 babi di negara mereka. malaysia bila pula? kalau selsema burung kerajaan boleh menghapuskan segala jenis burung, kenapa pula selsema babi yang hampir menyerang babi belum lagi dihapuskan?
fikir-fikirkan untuk kesejahteraan.

cabar minda kamu!

setiap kali aku mula mahu menulis, aku mahu cabar minda aku tulis se-kreatif mungkin. se-baik mungkin. se-hebat mungkin. se-mantap mungkin. se-puitis habis. ini cabaran untuk aku.

naif

hari ini 30 april. hari terakhir bulan april. hari terakhir bulan 'kematian' aku. lepas ini aku akan bebas melangkah dengan gembira. bebas melangkah ke alam yang aku impikan. namun tidak semua yang diimpikan mampu direalisasikan. aku pulang ke rumah dengan hati yang tenang dan suci. ku lihat rumah yang sedang di ganyang pembangunan manusia. aku lihat juga kehidupan kucing kesayangan aku. jiwa aku runtun dengan airmata. airmata yang menitis di dalam jiwa rasa. aku termangu sendirian. tanpa kata yang mampu terungkap. tanpa lidah yang mampu berbicara. tanpa apa-apa mampu aku lakukan. kuasa bukan terletak ditangan aku. kuasa Tuhan Yang Esa. kuasa manusia yang memegang. kuasa sendiri yang tertanggung.
di sudut rumah aku berjalan ke dalam hati yang runtun memikirkan nasib keluarga aku di masa hadapan. ku pandang wajah bonda yang gigih menjahit. ku pandang wajah ayah yang kusut memikirkan pelbagai masalah. ku pandang wajah adik-adik aku, dia seperti mengerti tapi dibiarkan ditepi sahaja. aku terpandang wajah kakak aku disudut rumah, dia juga sperti wajah ayah kau. saling tak tumpah. wajahnya memandang adik-adiknya dengan penuh sayang dan upaya. lalu aku merenung wajah sendiri dibalik awangan bayang. aku pandah setiap celah wajah aku dengan cukup teliti dan sempurna. masih ada yang tercela dengan keburukan. aku masih sangsi. bingung. dan kecewa dengan keadaan yang memaksa. keadaan memaksa untuk keluarga aku.
aku semahunya cuba lari dari kepahitan yang tercipta. tetapi aku tidak mahu. aku sedar kadang kepahitan itu adalah kemanisan dalam kehidupan. untuk mencari kemanisan hidup perlu rasai kepahitan. aku terasa aku masih tidak mampu merasa kepahitan itu. aku semacam belum bersedia untuk itu semua. nak atau tidak aku terpaksa. terpaksa menempuh apa jua yang datang dihadapan aku. aku pasrah.
setiap kali aku kembali ke rumah, setiap kali itulah aku akan merintih tentang nasib. malang sungguh. aku tahu aku tak perlu ikut sangat perasan ini. boleh bawa syirik. aku perlu redha dengan ketentuan Ilahi. aku cuba. aku sudah boleh terima. mungkin kerana kematangan pemikiran aku membuatkan aku serba tahu dengan kenaifan hidup. ya. keluarga aku memerlukan kekuatan. aku akan jadi kekuatan itu. kekuatan!

Tuesday, April 28, 2009

pembaca-pembaca setia

jika semalam aku bangkit disebabkan tercela dengan sesuatu. tapi hari ini aku bangkit dengan sesuatu yang indah tanpa tercela dengan keburukan. Tuhan itu Maha Adil. sekali lagi aku punyai semangat yang sangat kuat di pagi yang hening ini. aku terkesan dengan penulisan aku sepanjang malam tadi. terlalu banyak idea yang hendak dinukilkan tetapi dibatasi dengan kemampuan aku. aku pasrah. aku perlu perlahan-lahan dalam dunia seperti ini. aku perlu melihat dan merasa dengan penuh keyakinan.

sesuatu yang ditarik. penulisan aku sedikit sebanyak telah menarik beberapa pembaca setia yang cuba menyorokkan diri sebenar daripada pengetahuan aku. mawarsufi, womanizer, dan aku tahu. tiga nama stranger ini aku sangat tidak ketahui. dan yang membaca selain bertiga ini aku tahu siapa mereka. aku tak kesah siapa pun yang membaca penulisan aku. memang aku suka ramai yang baca. aku sangat hargai kerana kesudian membaca penulisan aku. terima kasih ya. aku hargai segala komen yang anda tulis. ia membantu aku dalam penambahbaikan di dalam penulisan aku.

 

 

walau siapa pun yang membaca tolong hargai dengan keikhlasan. jiwa rasa.

sepuluh langkah untuk merasai jiwa rasa

 

satu. aku tak tahu apa-apa.

dua. aku melihat apa-apa.

tiga. aku mula berfikir dengan hati dan jiwa.

empat. aku mula merasa dengan hati dan jiwa.

lima. timbul jiwa rasa.

enam. mula bermain dengan jiwa rasa.

tujuh. cuba merasai jiwa rasa di dalam kehidupan seharian.

lapan. ketemu dengan jiwa rasa sendiri.

sembilan. merasai jiwa rasa orang lain.

sepuluh. aplikasi jiwa rasa orang lain dalam diri sendiri.

 

 

selamat mencuba!

jika aku tak kisah dan peduli. . . . . .

apa kau peduli?

pergi mampus!

what the f**k!

kau sape?

go to the hell!

love is life.

Love is life. All, everything that I understand, I understand only because I love. Everything is, everything exists, only because I love. Everything is united by it alone.

Leo Tolstoy (1828-1910)

 

aku juga rasa seperti Leo Tolstoy kata. walau aku tidak mengenali siapa beliau. kata-katanya sangat terkesan pada aku.

jika aku kisah dan peduli pada semua orang

babak pertama :

sedang buat apa?

sudah makan?

nape tak makan lagi?

kata tak nak diet lagi?

 

babak kedua :

nak ke mana tu?

buat apa ke sana?

lama tak ke sana?

bila nak balik?

 

babak ketiga :

nape tak mesej?

nape tak call?

sibuk sangat ke?

habis saya tak sibuklah?

 

babak keempat :

awak sayang saya tak?

nape awak sayang saya?

masa bila awak paling sayang saya?

awak rindu saya tak?

 

babak kelima :

kenapa awak buat saya macam ni?

teruk sangat kah saya untuuk awak?

buruk sangat ke?

awak dah tak sayang saya?

 

 

kemudian ia pergi berputar kembali ke babak satu tetapi dimulakan dengan kisah yang baru. cinta!

jangan kata pada cinta

jangan kata manusia tak lagi bercinta.

kerana cinta itu selama-lamanya selagi ada hayat.

 

jangan kata manusia dusta pada cinta.

kerana cinta itu adalah keikhlasan.

 

jangan kata manusia lupa pada cinta.

kerana cinta itu didengar dan dilihat.

 

jangan kata manusia senang bercinta.

kerana setia itu adalah kesusahan.

 

jangan kata manusia itu sombong.

kerana cinta tak mengerti itu semua.

 

jangan kata manusia itu bodoh.

kerana cinta itu tidak mengenal darjat.

 

jangan bodoh kerana cinta.

kerana cinta itu tidak memperbodohkan.

 

 

p/s : lame dah tak berfikir sebegini. yeah!

Monday, April 27, 2009

adaptasi jiwa rasa

semalam. aku ketemu sesuatu. yang pastinya ia bukan manusia yang dahagakan cinta. yang juga oasti bukan manusia yang mencekik. yang sentiasa pasti bukan dari golongan manusia ‘bajet bagus’. dan memang bukan manusia seperti aku. aku tertarik dengan kesungguhan yang dipancarkan melalui kelembutan yang semulajadi. aku bukan memuji dan bukan juga menyanjung. tetapi aku merasa aku perlu berkata sebegini untuk aku jadikan sebahagian daripada jiwa rasa aku. sebahagian apa yang jiwa rasa aku temui telah ditafsirkan menjadi sebahagian daripada diri aku. cuba di adaptasi ke dalam jiwa rasa aku. jika jiwa rasa aku sesuai, maka akan terus aku rasai jiwa rasa yang baru ini. jika tidak akan aku terus mencampakkannya ke lembah sampah hati manusia.

yang bagusnya, jiwa rasa aku dapat rasa! seolah-olah kehidupan yang selama aku tempuhi ini rasa seperti angin yang berlalu. sangat nyaman seperti merasa penghawa dingin dikala terik mentari menggigit dengan rakus. aku aman. damai dan senang sekali tatkala ini. tiada yang lain untuk aku membenci dan teriak marah. sebelum ini aku sering dibangkitkan dengan sesuatu yang indah tetapi tercela dengan keburukan. pagi tadi juga begitu. sudah tiga hari berturut-turut aku sebegini. tidak tenang tatkala mata pagi menjenguk sinar matahari pagi. namun aku akui, tidak juga tercela sampai ke petang dan malam. petang dan malam yang tercela itu terus mendiamkan diri. hanya yang indah sahaja terang menerangi malam aku.

 

aku semakin bersemangat dengan jiwa rasa.

shooting filem AMAN di ijok

28 Mei 2009 : Day 1

29 Mei 2009 : Day 2

30 Mei 2009 : Day 3

31 Mei 2009 : Day 4

1 Jun 2009 : Day 5

2 Jun 2009 : Day 6

3 Jun 2009 : Day 7

4 Jun 2009 : Day 8

5 Jun 2009 : Day 9 (OFF DAY)

6 Jun 2009 : Day 10

7 Jun 2009 : Day 11

8 Jun 2009 : Day 12

9 Jun 2009 : Day 13

10 Jun 2009 : Day 14

11 Jun 2009 : Day 15

12 Jun 2009 : Day 16 (OFF DAY)

13 Jun 2009 : Day 17

14 Jun 2009 : Day 18

15 Jun 2009 : Day 19

16 Jun 2009 : Day 20

17 Jun 2009 : Day 21

18 Jun 2009 : Day 22

19 Jun 2009 : Day 23

20 Jun 2009 : Day 24

aku hanya sebahagian kecil di dalam produksi ini. memainkan peranan di bawah pengurus produksi. menyelia penginapan, lokasi, dan keselamatan. sungguh indah ijok. sangat permai. selamat berjuang aku ucapkan kepada kesemua krew produksi dalam menjayakan filem kedua fakulti (kedua atau sudah yang ketiga?).

indah yang dicela dengan keburukan.

bencinya bila pagi-pagi disedarkan melalui mimpi yang pelik dan buruk! sangat tidak selesa. sejak malam aku merasakan diri aku tidak selesa. apakah petanda buruk yang akan datang. rakan bilik yang sangat gam****. aku sangat tidak suka dengan ketidakselesaan ini. seperti sesuatu yang buruk akan menimpa aku sebentar lagi.

aku yang cuba menutup kembali mata ini diganggu dengan perasaan yang sangat meyakitkan dan serba salah. aku tak boleh lakukan. pagi ini sepatutnya aku bermula dengan ketenangan. namun kegelisahan bangkit bersama dengan aku dikala subuh. syukur juga aku bangun subuh hari ini.

kenapa ya manusia tidak pernah mahu memahami manusia lain? ego sangatkah? kalau pun ego kenapa manusia sendiri menafikan keegoan sendiri? ada siapa yang mampu jawap persoalan ini? kalau mampu silakan. dulu aku memang tidak tahu apa-apa tentang kehidupan, namun sekarang aku lebih memahami apa yang manusia mahukan. tidaklaha kata aku ini sempurna. tetapi aku cuba memahami erti  kelazatan semasa hidup di dunia.

 

mampukah sesiapa menjawap persoalan ini?

Sunday, April 26, 2009

hari ini ulangtahun PERTAMA MU Addict.

genap setahun usia MU Addict. kalau dulunya blog lahir dengan nama Kisah Kembara Aku, tetapi setelah beberapa bulan blog ini mampu berjalan sendiri maka ia ditukarkan kepada MU Addict. apa yang blog ini dapat setelah genap setahun? pelbagai dan macam-macam ragam kehidupan yang telah dilalui dan dirasai. MU Addict akan terus merasa apa yang perlu dirasa. MU Addict akan terus berkarya. MU Addict akan terus membantu apa yang dianggap sebagai masalah. MU Addict akan terus memimpin apa yang dianggap sebagai terpimpin dan memimpin. MU Addict akan teruskan semua itu. hati yang sedang dimiliki masih menganggap MU Addict seorang insan yang baru bermula sebagai insan.
MU Addict lahir daripada kekecewaan cinta. dengan MU Addict sahaja hati dan jiwa dapat terus merasa dan berdiri dengan yakin dan megah. MU Addict sebagai penghubung hati jiwa dan raga. jika kewujudan MU Addict ini sebagai madah untuk kalian merasa apa yang MU Addict rasa, maka yakin dab berjayalah ideologi MU Addict. terima kasih semua kerana menyokong MU Addict dan terus setia membaca MU Addict.
SELAMAT ULANG TAHUN PERTAMA
MU ADDICT