Monday, April 27, 2009

indah yang dicela dengan keburukan.

bencinya bila pagi-pagi disedarkan melalui mimpi yang pelik dan buruk! sangat tidak selesa. sejak malam aku merasakan diri aku tidak selesa. apakah petanda buruk yang akan datang. rakan bilik yang sangat gam****. aku sangat tidak suka dengan ketidakselesaan ini. seperti sesuatu yang buruk akan menimpa aku sebentar lagi.

aku yang cuba menutup kembali mata ini diganggu dengan perasaan yang sangat meyakitkan dan serba salah. aku tak boleh lakukan. pagi ini sepatutnya aku bermula dengan ketenangan. namun kegelisahan bangkit bersama dengan aku dikala subuh. syukur juga aku bangun subuh hari ini.

kenapa ya manusia tidak pernah mahu memahami manusia lain? ego sangatkah? kalau pun ego kenapa manusia sendiri menafikan keegoan sendiri? ada siapa yang mampu jawap persoalan ini? kalau mampu silakan. dulu aku memang tidak tahu apa-apa tentang kehidupan, namun sekarang aku lebih memahami apa yang manusia mahukan. tidaklaha kata aku ini sempurna. tetapi aku cuba memahami erti  kelazatan semasa hidup di dunia.

 

mampukah sesiapa menjawap persoalan ini?

6 comments:

Aidi Rahimi Ibrahim said...

happy birthday, fariz.

Unknown said...

to aidirahimi : terimakseh en. aidi.

Huzaimah Mat Razaly said...

org yg ego tu...sbnrnya pengecut!!! dia x nak mengaku silap, takut reputasinya jatuh @ dia xkan nampak hebat lagi di mata org lain. dia nak org lain tahu yang dia boleh buat semuanya... sedangkan ada sesetengah perkara dia x tahu dan dia mmg lemah. tapi kerana ego, dia buat jg asalkan org lain nmpk kebolehan dan kemampuan dia untuk melakukannya...
dan kdg2 hanya akan memalukan diri sendiri...

p/s tapi ada juga org yg buat sesuatu itu sbb dia mmg ikhlas nak buat. segala sesuatu itu adalah bergantung dengan niat. tetapi apa yg diniat biasanya akan terpancar dan terbias dari amalannya...

Unknown said...

to imah : aku sudah kenal pasti manusia yang kau katakan. aku rasa aku juga tak terlepas dr kata2 kau.

Huzaimah Mat Razaly said...

sama-sama mengenali dan berhati-hati, bukan maksud membenci, sekadar motivasi dlm diri...

Unknown said...

to imah : btl kata2 kau. aku seperti itu.