Thursday, April 16, 2009

hari ini 16 april 2009 ; jam 0517

masih aku ingat. hari ini hari lahir kawan sekelas aku. sallehuddin. dekat 11 tahun aku tak jumpa dia. lagi seminggu aku pula. aku nak mati dah. wahai kawan-kawan, siapkan masa aku. aku tiada masa lagi. haaa. mengarut.

au bingung. kenapa seseorang harus mengelak untuk mengaku kesilapan sendiri. adakah cara dia itu bersandarkan keegoan diri sendiri atau pun bersandarkan kelemahan yang cuba dia lindungi. aku masih yakin dia masih ada peluang di sini. tapi kenapa begitu senang dengan keputusan sebegini. ramai yang berkata, dia tidak serik. tidak menjadikan kisah silamnya sebagai panduan tetapi menjadikan pengalamannya sebagai panduan. dibaca seperti betul tetapi cara pembawakannya ada sesuatu yang tidak kena. masih tercalit buruknya perilaku. aku yang terkapai-kapai mencari sesuatu yang baru. mencari makna sebuah pemikiran yang bukan konvensional. masih termangu mencari dasar sebenar.

aku ada terfikir. setiap kali apa yang aku fikirkan mesti ia sebuah persoalan. kenapa begitu. kenapa begini. semua enjadi persoalan aku. soalan-soalan itu bermain-main di dalam otak aku. sebentar tadi, ketika hanyut melayan perasaan. aku bertanya pada hati dan jiwa aku. kau sudah menemui cinta baru? ah, belum lagi. aku masih tercari-cari. tak tahu apa makna cinta di dalam hati dan jiwa sendiri. aku bertanya lagi pada jiwa dan hati. hati kau sudah dimiliki? ah, tentu belum. siapa yang sudi dengan diri aku yang bukan berpandukan pada topeng. keji. jijik. tiada siapa yang sudi.

aku berhenti bertanya seketika. melayan balik filem yang sedang aku tonton di GSC Alamanda. aku cuba hubungkan dengan soalan-soalan aku tadi. sangat kompleks. aku tanya balik, kau ada suka pada sesiapa? ah, tentu ada. kalau ada kenapa tak dituruti hati yang merasa itu? ah, jika dituruti sampai bila-bila aku akan seperti ini. hanya merasa cinta. tetapi kasihnya tiada. betul kata kau. habis apa yang kau mahu lakukan? aku mahu mencari dan terus mencari. pencarian tak kan berakhir selagi aku masih bernafas.

 

sangat terkesan dengan lagu-lagu OST Talentime.

2 comments:

Abg Botak said...

Nak tanyo, kamu ni blajor drama ko? Abg ni baru melayor blog blog.

Unknown said...

blaja filem.