Saturday, April 18, 2009

semester 5

semalam. hari kelepasan aku untuk semester ini. tapi di akhiri dengan kesan sakit di hati. mana kan tidak, kawan yang di anggap senang berhubung rupanya hanya menumpang kesenangan aku. tapi tak mengapa, hari-hari yang berlalu masih jauh. masih ada hari untuk aku.masih ada sinar untuk aku tunjukkan diri aku. semester ini sangat menyesakkan jiwa aku. sangat-sangat. sangat menyempitkan ruang untuk aku bernafas.fuh, alhamdulillah semuanya sudah berakhir dengan tak berapa selamat. apa yang aku belajar semester ini?

bengkel & seminar 2
  • sangat cerewet ini pensyarah. very2 details maa. kesanggupan aku untuk memegang pengarah projek uuntuk bengkel kali ini mengundang banyak kesempitan yang terpaksa aku hadapi. banyak tanggungan yang berbelah bagi aku mahu masa kan. biasalah, benda yang kita pegang sebagai amanah kadang orang tak mahu faham. kadang orang kata kita senang-senang letakkan kepentingan peribadi pada jawatan. tidak semua itu bagi aku. aku mempunyai kesungguhan untuk membawa projek ini dengan baik. tapi manusia kan, taksemua manusia kita mampu puaskan. masing-masing punya hal lah. aku hanya mampu berkata apa yang aku mau katakan, yang lain terpulang, samada mereka mahu dengar atau tidak. yeah. Bengkel Penulisan Lirik berjaya dijalankan dengan jayanya. jutaan terima kasih aku ucapkan kepada Habsah Hassan dan Siso Kopratasa kerana kesudian mereka meluangkan masa dengan kami. walaupun disebalik bengkel ini hatiaku banyak terkesan dengan tingkah rakan-rakan. tak mengapa. aku maafkan. belajar.
animasi seni layar
  • setiap minggu menuntut aku mejadi seorang animator. yeah. setiap minggu. walaupun aku mudah faham teknik-teknik yang di ajar, namun kemalasan membataskan aku buat yang terbaik. aku memang malas. yeah. menuntut aku mengenal sifat kesabaran yang sebetul-betulnya. menuntut aku melawan sifat malas aku. semua aku rasa. sedang rakan-rakan ada yang masih meletakkan dirinya seperti dulu, aku di sini sentiasa mahu mengubah diri aku kepada yang terbaik. terima kasih kepada fishah kerana sudi menjadi partner aku dalam menghasilkan final projek animasi. yeah. Cuties Killer.
black box @ staging
  • kelas ini sudah bermula sejak aku di akhir semester 4. yela, pensyarah ini nak semuanya perfect! kami yang menjadi semakin tersepit dan sempit. pertamanya, Promosi Filem. Tale n Time serta Skrip 7707. apa-apa la. benda ni sudah jadi fitrah di FACT. kalau tak buat masak. kami sudah lali. yang cuma tak lali semester ini kami pula yang menjadi pembikin. aku sedar ini semua tuntutan subjek. jadi nak tak nak kena buat beb. cumanya aku sedikit kesal, ada dua ekor parasit yang merosak kan kumpulan kami yang suah sedia ada. dari awal hingga akhir. di sini, ruang aku menulis. aku mahu katakan yang pengalaman bukan mengajar kita segala-galanya. kerana jika kita bersandarkan pada pengalaman semata-mata maka jahil lah kita sebagai manusia. sangat jahil seperti kejahilan zaman jahilliah. fucking shit!pergi jahanam kau berdua. hati aku menjadi seperti pendendam dek kerana dua ekor parasit ini. yeh. dia fikir dia sempurna. manusia tak kan sempurna sampai kiamat la!sudah-sudah. mengucap. kalau difikirkan, sampai kiamat aku sakit hati. yeah. keduanya hari skrin, aku seperti bermain-main pada hari kejadian. yeah.
adaptasi karya
  • bermasalah. bukan aku yang bermasalah. tetapi pensyarahnya. lama sudah aku mengenali beliau. aku rapat dengannya. tapi itu dulu. sekarang tidak. mungkin aku yang mahu menjauhkan diri dari dia. tapi, dengan tiba-tiba subjek ini di ambil alih oleh dia. fuh, mantap la kan.hahahaha. aku suka ilmu yang disampaikan. tetapi kenapa sering kali kelas ini dibatalkan? adakah disebabkan masalah peribadi atau masalah tuntutan di luar? itu aku dan kami tak tahu. kami hanya pelajar yang dahagakan sebuah ilmu. kami pula dituntut untuk menyertai Eksplorasi Penulisan. sudah la tersepit dan sempit, dengan tuntut yang diberi ini, aku semakin lemas. aku faham. masalah aku dan masalah rakan-rakan. tetapi mereka tidak mahu aku fahamkan mereka. jadi sekarang dah timbul satu lagi masalah. bukan berpunca dari aku. dan juga bukan dari rakan-rakan. tapi siapa? jawab sendirilah. semester ini dia mengakhiri kariernya sebagai UiTM. kenapa dia mahu berhenti? aku tak mahu kata apa-apa. tapi aku yaki anda-anda semua ada jawapan masing-masing.
rundingcara karyawan
  • ini lagi satu masalah. sepanjang semester ini, hanya 3 kelas sahaja yang ini pensyarah datang! yang lain hampeh. berapi-api kata-kata yang terhambur. tetapi pengakhirannya kosong. aku tak nak cakap lebih. nanti di pagar. susah la aku. awal semester sekali dia muncul.akhir semester kelam kabut muncul. minta kami hantar semua tugasan. yeah. lagi tersepit dan sempit. hujung-hujung minta. memang berapi lah semua rakan-rakan aku. nasib baik aku sudah mengenal erti kesabaran dengan sedalam-dalamnya. tapi terima kasih lah yang sudi beri kerjasama.
ETR 300
  • english. english. english. saya nampak bodoh bila berkata-kata dalam bahasa inggeris. aku tak suka. tak paham. dalam kelas tidur. tak tidur otak akan fikir keluar kelas. dan satu lagi, otak aku dah jemu fikir 'bisnes'. dah tepu. otak aku bukan otak bisnes. yeah. tertekan. lantaklah. perlu menghadapi final untuk subjek ini. OMG. i'm dead!
praktikal
  • yeah. akhirnya aku praktikal. nantikan kemunculan AMAN di panggung.
semester ini aku sangat terkesan dengan ragam manusia. mengajar aku menjadi manusia yang betul. jumpa pada semester akhir. yeah!

No comments: