Tuesday, April 21, 2009

ku korek hati yang semakin menghilang

aku korek hati aku. untuk aku fahamkan segala-gala tentang hati aku. aku gali. aku gigih untuk fahami hati sendiri. ketika aku cuba memahami hati yang sangat subjektif ini, ada insan yang cuba mencuri hati ini. tapi benarkah hati ini telah dicuri? rasanya tidak. hati yang sedang merasa ini masih mencari sesuatu yang mampu dimilikinya. yang sudi. yang rasa rendah pabila memiliki hati aku. namun bagaimana pula jika hati aku mahu memiliki hati seseorang? adakah dengan mudah aku mampu memiliki hati seseorang? aku bertanya pada hati sendiri. bagaimana harus kau memiliki hati selain hati ini? hati aku dengan mudah berkata, pengecut! mudah sebegitu sekali rupanya. aku menyelam hati sendiri untuk memahami kata-kata yang terpendam.

seceruk seketika aku menyelam dan berasimilasi dengan hati sendiri. aku temui sesuatu. aku tiada penguat untuk melakukan sekali. lagi-lagi unutk memiliki dua hati. sangat kesepian. kenapa begitu? sekadar merasa apa yang orang lain rasa seperti menyapa angin yang berkunjung. begitulah maksudnya. cinta yang hadir seperti angin yang berkunjung. jika kita tidak dapat memegang angin itu, maka samalah kita seperti insan yang naif. hanya baru mengenal erti kehidupan. sepatutunya tidak berlaku.

No comments: