Saturday, May 21, 2011

I'm not gay and I have no girlfiends but I'm ok with that~

saya ok saya ok saya ok dengan keadaan sekarang~

saya tak ok dengan diri sendiri, sering tak puas dengan diri sendiri, sering mengeluh, sering berfikir bagaimana untuk kaya dan orang pandang best. itu saja yang saya tak ok. saya tiada awek, saya ok tapi saya sering gembira bila mana melihat anda semua berkasih. kasih itu sememangnya memantapkan hidup seseorang. saya masih mencari. tetapi saya bukan desperate sangat. 

saya sendiri sedang menyelesaikan masalah dalaman yang sangat mengganggu hidup saya. saya tidak berputus asa malah ada sesuatu hikmah bila mana perkara ini terjadi. masalah yang sangat peribadi, tak boleh dikongsi dengan sesiapa pun kecuali diri sendiri sudah bersedia. maaf anda tidak dibenarkan sesekali mencampuri urusan peribadi saya.

saya juga ok bila mana kawan-kawan dan sepupu-sepupu menamatkan zaman bujang. saya ok. saya ok. dan saya sekali lagi ok. saya tak terasa dengan semua itu sebab saya tahu tahap diri saya sendiri. saya tak bersedia untuk itu semua.

saya mencari seseorang yang kontra dengan sifat saya. sebab saya tahu saya tak akan bahagia dengan seseorang yang tidak memahami saya. saya perlukan sifat yang berlawanan untuk kebahagiaan saya. saya masih ok.

bila mana saya bekerja, saya perlu memikirkan tentang diri sendiri. perkara ini tidak akan terlepas pandang. saya perlu memikirkan bagaimana untuk menaikkan tahap keupayaan saya. saya perlukan penguasaan untuk kepuasan diri sendiri. saya perlukan kawan-kawan yang memahami. tidak ada gunanya jika apa yang saya lakukan ketika ini tidak dihargai. itu saya tak ok.

setiap apa yang saya lakukan saya punyai hak untuk tidak menerangkan apa-apa kepada anda. jangan menilai sesuatu yang anda belum pasi tahu berdasarkan apa yang anda lihat. perkara ini akan mendatangkan konflik terhadap diri saya. dont mess with me.

saya sudah mengalami perkara-perkaraburuk dan ngeri dalam hidup saya. cukuplah dengan apa yang saya lalui, saya puas dengan penghinaan, saya puas dengan kebodohan, saya puas dengan sistem hamba anda. sudah tiba masanya saya perlu dibumi sendiri. saya akui.

saya akui saya punyai kehidupan yang tak best. keluarga yang sangat membingungkan. ketika mana saya sudah boleh berdikari, ketika itulah saya perlu berfikir untuk orang lain. saya terima dengan terbuka. itu keluarga saya. saya sayang mereka walau saya sering kecewa denga mereka.

p/s : tak semua akan memahami apa yang kita tahu, tetapi semua memahami apa yang kita tak tahu~

Tuesday, May 17, 2011

terlajak kata, padan muka, terlajak laku, sendiri tahu~

saya bukan sesiapa untuk menuntut cinta itu kembali. tetapi saya masih sangsi dengan cinta yang diraih kembali~


tahukah anda, bulan lima ini sahaja gua dapat banyak invitation wedding dari kawan-kawan, serba salah jadinya. kalau kawan lelaki yang kahwin tak datang pun takpe, ni pulak perempuan, kena datang sebab nanti dia ingat sampai mati kita tak datang. sebab ape kalau kawan lelaki kahwin tak datang takpe, sebab nanti gua akan cakap macam ni, "gua tak datang sekarang tapi gua akan datang untuk wedding lu yang lain," ingat, kuota lelaki empat. kah kah kah

hujung bulan ni gua jadi pengapit wedding sepupu gua. orang kata sesiapa yang jadi pengapit ni suwey, susah nak kahwin katanya. gua peduli apa, lantaklah kah kah kah

malam tadi gua mengalami situasi yang sangat serba salah. ex gua merayu-rayu nak kembali ke pangkuan gua. macam mana ni, gua malas nak berdrama lagi. entahlah, gua serba salah. itu kes pasal dia punya kawan.

kalau nak dikatakan sayang tak jugak, benci dan kecewa lebih menjadi topik utama dalam kes ini. gua bukan sombong dan jual mahal, beb ini semua maruah gua. gua lelaki kot. ego mestilah tinggi. lantak lu orang nak cakap apa. janji gua suka dengan apa yang gua buat. tapi gua masih terima teguran kawan-kawan. ingat, kawan-kawan. 

ok, gua nak load footage. jumpa lagi~

Thursday, May 12, 2011

Rare Item~

tak sangka, air 'setan' sampai kat sini
Glory Glory Man United!

Wednesday, May 11, 2011

All about Dynamic Views for Readers - Blogger Help

All about Dynamic Views for Readers - Blogger Help

i want my life back~

fizikal dan mental tak stabil , teruk dan gila, itu yang boleh aku terangkan keadaan aku sekarang, nekad dan berani tanpa sebab. 

i dont know what to do right now, i am confuse. satu persatu masalah dan setan datang dan lalu depan mata. jiwa kosong tanpa pengharapan dari sesiapa pun, tiada yang peduli malahan apa yang perlu dihadapai hanya perlu penyelesaian yang sangat kompleks. 

itulah, manusia dulu-dulu pernah bersenada pasal benda ini, jiwa semakin teruk, kehidupan semakin teruk, no girl, no money, no car, no life. i want my life back, itu yang aku sedang cuba buat sekarang. lantak apa mereka nak kata. my life, my own life. jangan jaga orang kalau diri sendiri pun tak terjaga. 

ya aku tau apa yang aku buat sekarang ini sangat berisiko, no money! itu pilihan aku. hidup kalau tiada pilihan jiwa akan terkongkong. terkongkong dek keputusan orang lain. siapa yang suka dikongkong, tiada. bangang juga kalau kau tahu ada manusia yang suka dikongkong. 

just realized i had a happy family, ya, aku baru sedar, sebelum ini terhijab dengan keegoan. tapi aku masih perlu hidup berseorang tanpa kewujudan keluarga. maaf untuk itu. bersendirian ketika ini akan membahagiakan aku. 

tahun ini tahun makan nasi minyak kawan-kawan. korang semua kahwin lah dulu. aku masih menunggu seseorang yang masih diam untuk bercinta. kehidupan sangat terumbang ambing tanpa kewujudan cinta, aku akui semua itu, i need love to solve my problems but i just cant. damn it! dituduh loser sebab perkara ini. biarkan, mereka tak tahu apa yang aku tahu, dan mereka tak tahu apa yang aku mahu, sebab aku tak berkongsi dengan sape-sape.

tersasar jauh, please guide me back~

Monday, May 9, 2011

Astro First vs Tauke Panggung~

gua dah malas nak tengok filem melayu kat panggung. sebab apa, sebab ada Astro First.




3 filem ini gua tengok kat Astro first.
memang gua takde hati tengok filem melayu kat panggung (walaupun gua terlibat secara langsung dalam pembikinan filem2 melayu)

menangislah tauke2 panggung!

My Lovely Dania

Saya sayang Dania Qashrina

bila jiwa mahu memberontak nak kahwin...

Gua tak tahu nak cakap macam mana, jiwa gua memberontak nak kahwin, tapi gua rasa diri gua masih tak ready. Gua tengok kawan dan sedara gua selaber jer kawen waktu-waktu begini. Gua tau gua sangat sibuk, sampaikan gua takde masa untuk diri sendiri, jadi maafkan gua sekiranya gua tak dapt datang wedding lu orang, harini je ex gua kawen, dia paksa gua datang, tapi gua x datang pun, sebab gua wat sibuk tolong geng-geng gua wat short film 'Epal Hijau di Luar pagar'. Gua heran, peralihan gua zaman belajar ke zaman bekerja mengajar gua satu perkara, 'kawan bia sampai mati'. Sebetulnya gua dah tak paham ngn puak gua yg jadi geng ngeteh, bila gua 'innocent' lu org setan, bila gua setan lu org innocent. Gua tau lu orang nak nganjing gua. Gua ape dehal, gua malas nak layan. Gua happy ngn puak gua sekarang. Lu orang kene igt, kawan2 gak, hati masing2 kena la jage. Kata kawan sampai mati. Satu hal jer yg gua temui dlm persahabatan, 'walau macamane pun kita berkawan, jangan sesekali lu sailang kawan2'. Gua tak tau nak ckp ape dah, gua happy happy happy. Walaupun ada segelintir pihak cuba menidak kan kewujudan gua. Itu suma gua sipi je pandang.

Gua ada lagi satu lagi cerita nak kongsi, dulu mase gua final year kat UiTM, gua ada suka sgt2 kat awek ni, gua sayang hbs, dia terima gua tapi dalam keadaan yang sangsi. Gua layankan jer. Tapi setelah 3 bulan, dia buang gua tanpa sebarang alasan, gua kecewa giler, then, gua berubah 360 dalam hidup gua sendiri, la ni awek ni dtg balik nak sayang gua balik. Gua tapaham, dulu lu ludah gua, sekarang lu nak jilat ludah lu balik, maruah lu letak mane? Sekarang bila gua dah jadi setan baru lu nak menyesal, padan muka sama lu la!

Banyak gua dah lalui, gua punyai satu tekad yang guan nak buat, g mampos dgn lu org yang gila duit.

Ok gua nak tulis surat resign. Muktamad!

Tuesday, March 8, 2011

tibanya aku mahu menulis pasti aku lupa apa yang aku nak tulis.

dekat seminggu aku demam, tak kebah-kebah. tak pernah aku demam macam ni kecuali masa tahun 2009 (suspek H1N1), seminggu aku demam. macam sekarang ni lah. 


bicara aku kali ini mahu berkata tentang kebosanan. aku dah bosan. bilamana kita bosan dengan sesuatu pasti kita akan selamber jer. tak kisah lah, awek kita ker, job kita ker, handphone kita ker, kita akan tinggalkan semua ini apabila kita bosan! kebosanan aku sampai aku jatuh saket, sorang pun tak peduli (kecuali rakan-rakan setan aku). itu pun dah dipaksa 'next job'. what the jerk............... dah macam-macam aku dengar, ramai dah yang lari. aku nak lari pun tak boleh sebab dah disumbat macam-macam buatkan aku mengalah (permainan halus). 


rindu zaman belajar, jum sambung master!