Saturday, August 30, 2008

malam yang membawa kesenian


berirama kerana lagunya.berpuitis kerana puisinya.harum semerbak kerana kopinya.



hati aku sangat senang pabila berakhirnya majlis.tapi ketika majlis berlangsung, aku sangat tertarik dengan sajak yang dibaca oleh timbalan dekan kita iaitu Prof Madya Rosini Jonit. kalau ingatan aku tak silap tajuk sajaknya MERDEKA yang dikarang oleh anak saudaranya.

dimulakan dengan antara merdeka dengan mentega mana satu harus aku pilih?. sungguh mendalam maksudnya itu.sangat2 menarik hati aku untuk mendengar.aku tidak ingat keseluruhan bait2 sajak yang ditutur oleh prof rosini tp aku sangat suka akan sajak yang dibacanya.

kemudian ia disambung semula denga pembacaan sajak oleh ketua program penulisan artistik kita iaitu Abdul Rahman Hanafiah atau dikenali dengan nama deejay nya iaitu Wiramanja. tajuk sajaknya ialah Lihatlah Peta.sangat menarik juga.sajaknya menggunakan pendekatan seorang guru yang mengajar muridnya tentang peta yang akhirnya melahirkan semangat merdeka.

kenapa entah apabila merdeka dibicarakan hati dan semangat aku seakan-akan terlonjak2 dan sangat prihatin. aku suka jiwa merdeka.disusuli pula persembahan oleh Drs Bambang Suhartono yang diiringi 2 orang musician. Pak Bambang membaitkan sajak Wahai Anak2 Merdeka. persembahan ini berlainan sedikit. ada unsur2 jawa diselitkan didalam persembahan.juga sangat menarik seperti aku kaakan tadi.akan aku tumpukan segala perhatian apabila dibicarakan merdeka.

ketua program teater pula mendendang kan sebuah lagu bertajuk Menanti Senja.sungguh merdu dan lunak suara Hafiz Askiak. kami sudah biasa dengan dendangan Encik Hafiz. dia juga mendendangkan lagu tema Wayang iaitu Kaulah Cahaya di mana trailer filem ini sering diputar2 semasa majlis belum bermula.pandai sungguh dekan promote filemnya.

satu lagi kelainan dapat aku lihat pada malam ini melalui persembahan Norman Yusoff dimana ketua program skrin ini mempersembahkan sebuah puisi video bertajuk A Valentine To Malay Movies.ia disampaikan dlm bahasa inggeris membuatkan aku tak berapa faham sangat.tapi aku suka dengan cara ini.

Pak Agi memang terkenal cara pembacaan puisinya yang berlainan dr pemuisi2 lain.pada malam itu dia membawa sebuah sajak bertajuk Ramadhan Bulan Mulia.macam biasa.aku sudah biasa dan lali persembahan Pak Agi.diakhir persembahannya Pak Agi buat sujud syukur.wow!Pak Agi selalu buat kejutan.

wakil ofis TEKA membaca sajak diberi nama Cinta Damai. Encik Amirul Rashidi membaca dengan baik sekali walaupun aku merasa cara pembacaannya sangatlah biasa.kemudian disusuli pula sebuah tarian puisi oleh Iman amandus Paul.senior aku.dia juga baru memeluk Islam.

pasangan suami isteri ini sekali lagi bergabung membuat persembahan monolog puisi bertajuk Cinta Hang Kasturi & Nurani Hang Kasturi.semua orang serba tahu pasangan suami isteri ini sangat kreatif.persembahan mereka berdua tidak menhampakan semua tetamu yang hadir.

seterusnya giliran pensyarah tamu pula membuat persembahan.Associate Prof Erica Tobolsky mendendangkan sajak bertajuk Inaugural Poem.menurut kawan2 aku, Prof Erica ini merupakan pensyarah Dekan semasa dekan masih belajar.

kemudian Karyawan Tamu TEKA pula mempersembahkan sajak Erti Kemerdekaan. Ahmad Yatim menyampaikan dengan bersahaja sambil duduk diatas pentas.namun aku menghayati maksud bait2 sajaknya yang sangat mendalam menjiwai jiwa merdeka ku.

seperkara yang buat diri aku menjadi seperti 'kenapa x percaya' ialah apabila Maszalida hamzah membuat persembahan.tutor subjek falsafah aku ini menyampaikan sebuah lagu puisi bertajuk Vincent-Stary Starry Night.sedap n merdu.baru aku tau Cik Mas ini ada bakat yang terpendam.

kemudian kumpulan Serambi mengambil alih pentas.aku jga sudah biasa dengan persembahan Serambi.jadi aku tak amik port sangat bila diorang ni perform.aku bersama2 kerol terus stanby untuk persembahan seterusnya iaitu persembahan oleh seorang lagi Karyawan Tamu TEKA iaitu Hasan Mutalib. dia menyampaikan sebuah deklamasi penceritaan puisi bertajuk Pemberontakaan Indonesia Terhadap Kolonial Belanda.

slot terakhir majlis di isi dengan tarian dari kumpulan FESKA.di awal majlis di isi tarian juga oleh kumpulan TEKAS.awal dan akhir pengakhirannya adalah Tarian.


JUMPA LAGI DI MALAM LAGU, PUISI & KOPI 3

Thursday, August 28, 2008

ketidaksempurnaan...




sempurna
satu jalinan kemesraan
setelah ia dipintal menjadi sempurna
kesempurnaan itu membawa erti yang takjub
sempurna adalah kesenangan yang diimpikan

sempurna
satu simpulan kegigihan
dipikul dengan keringat
kesempurnaan membawa kepuasan
sempurna paparan hidup manusia

sempurna
satu ikatan keteguhan
kesabaran dalam kehidupan
dugaan menghalang kesempurnaan
sempurna batasan sengsara hidup

sempurna
satu luahan perasaan
hati penuh kebebasan
tahap yang dicabar telah terlaksana
kesempurnaan itu adalah kejayaan

Friday, August 22, 2008

panglima cinta

"cinta itu boleh diumpamakan bagai makan sambal belacan,
walau pedas hingga mengalir airmata masih mahu di makan jua"

cinta adalah fitrah

cinta itu pengalaman

cinta bukan dosa

yang dosa itu nafsu

jangan samakan cinta dan nafsu

cinta ialah pengalaman yang membawa kepada kebaikan

jangan didustakan cinta

cinta adalah penyambung manusia

cinta adalah erti kehidupan

tanpa cinta manusia kosong

manusia perlukan cinta

cinta didampingi kekuatan

kekuatan yang hakiki

cinta adalah anugerah Ilahi

cinta sejati adalah sukar

namun kesukaran itu adalah cinta

cinta dilihat sebagai keunikan manusia

cinta adalah harapan

cinta adalah kebahagian

cinta adalah kesempurnaan

cinta adalah keselesaan

cinta adalah kesenangan

tanpa cinta manusia kosong

cinta

cinta

cinta

sang panglima cinta

ENCANG 3 ENCANG

encang 3 encang...

encang 3 encang...

encang 3 encang!!!!!


semangat melayu telah diterapkan di dalam diri aku ketika aku menghadiri revolusi minda 2 anjuran uitm.aku kenal ramai anak2 melayu yang tidak penah aku pikir akan kenal.ya...mereka semua anak melayu seperti aku yang dahagakan ilmu dan ketuanan melayu.mereka juga mempunyai semangat juang melayu yang lebih tinggi dari aku.mereka sangat bersemangat.aku kagum dengan mereka.semangat ini yang aku perlu contohi.orang sekeliling aku akan kata aku buang tebiat sekiranya aku mengamalkan semangat melayu seperti mereka.mereka semua adalah saudara melayu se Islam aku.aku suka dikatakan aku ni sebagai jawa.sebab aku anak jawa yang asalnya dari rumpun melayu juga.

encang 3 encang!!!!

pada mulanya aku sangatla rasa bosan dengan kehadiran aku di uitm dungun.pengisian program aku rasakan seperti aku diperbudakkan.aku seperti mahu memberontak.rasa macam nak pukul jer semua urusetia yang seperti belagak pandai dan poyo nak mampus.tapi lama kelamaan fikiran aku mula berubah.aku mula menerima pengisian program ini.aku mula merasakan semangat melayu aku dinaikkan.ya!melayu aku mula menjiwai hati kau yang sememangnya sudah melayu tetapikan hanya bertopeng sahaja.aku mula merasakan betapa bertuahnya aku dilahirkan sebagai melayu Islam yang beranak di bumi melayu.aku mulai melayu.

encang 3 encang!!!

seperti rakan2 yang baru aku kenali, kami seperti sudah lama berkenalan.aku biasanya susah nak bermesra dengan orang yang baru aku kenali.tetapi disana tidak.aku rasa ikatan kemelayuan yang terjalin di antara kami semua.aku sangat selesa.aku memang anak melayu yang bertuah.semangat melayu itu lebih meluap apabila kami sama2 berganding bahu.aku rasakan bahawa dunia melayu yang aku kini lalui masih panjang.

encang 3 encang!!!

rindu aku terhadap kemelayuan mereka mengingatkan aku kepada pahlawan2 melayu dahulu.hang tuah, hang jebat, datuk bahaman dan byk lagi.semangat melayu merdeka mulai menjiwai dan merantai diri aku.aku sangat sayangkan bangsa aku.aku sangat sayangkan tanahair aku.aku takut akan kehilangan bangsaku dan tanahairku.aku akan jadi melayu selamanya.semangat melayu akan terus menjiwai aku.

encang 3 encang...

encang 3 encang....

encang 3 encang!!!!!

Thursday, August 21, 2008

tafsiran mimpi

"kalau kita mimpi gigi kita patah atau reput,
itu tandanya ada ahli keluarga kita akan meninggal dunia"


aku tak berapa percaya sangat statement tu. tapi sejak awal januari 2008 aku selalu mimpi sedemikian. mimpi gigi aku patah. mimpi gigi aku reput.nak dikatakan hari2 la macam tu. sepanjang berbulan2 aku macam mimpi sedemikian.

aku rasa seperti dihimpit perasaan bersalah. aku ceritakan mimpi aku yang sedemikian kepada seorang rakan yang arif. dia kata dia penah mimpi macam tu. berulang2 kali katanya. selepas beberapa bulan ayah dia meninggal dunia. aku tergamam. tapi aku still tak berapa nak percaya dgn tafsiran mimpi yang dikatakan itu.

aku tanya lagi pada beberapa orang yang arif.jawapan mereka sama sahaja. lama kelamaan aku buat tak endah sahaja. aku sebenarnya risau gak dengan tafsiran mimpi seperti itu. tapi aku tak nak layan sangat kerisauan itu sebab ia pasti akan menganggu kehidupan aku kelak.

selepas beberapa bulan. aku tak lagi dapat mimpi ssdemikian. aku pun hampir2 lupa yang aku telah bermimpi sedemikian.sehinggalah pada suatu hari iaitu dalam beberapa minggu yang lalu.ketika itu aku berada di ukm bersama2 dengan pak agi dan rakan2 aku.aku dikejutkan dengan panggilan dari mak akau yang mengatakan nenek tiri aku meninggal dunia. aku betul2 tersentap langsung aku teringat akan mimpi aku yang lalu itu.aku rasakan ia cuma kebetulan.aku biarkan.

selepas beberapa hari nenek tiri aku meninggal.aku menjalani kehidupan seperti biasa.sehinggalah pada suatu hari, pada waktu tengahari.aku tertidur kepenatan.dalam tidur itu, sekali lagi aku mimpi yang semua gigi aku reput dan gugur kesemuanya.aku langsung terjaga.aku mula rasakan seprti dihantui oleh sesuaru persaan yang sangta bersalah.aku biarkan mimpi itu bermain2 dikepala aku.

setelah beberapa minggu.pada masa itu aku baru sahaja sampai di puncak perdana kira2 pukul 1230 malam.aku baru blk dari uitm dungun.penat teramat sangat menempuh perjalanan selama 7 jam.aku pilang ke rumah sewa dan terus mandi.kira2 jam 2 pagi aku baru nak lelap mata tetapi hanfon celcom aku tetiba menjerit2.tertera nama bonda.dalam hati kau fikir apa la mak aku nak malam2 buta macam ni. aku jawab call tersebut.mak aku gtau pak ngah dah xde.baru meninggal td.hati2 aku betul2 takut dan tersentap seluruh badan. langsung sekali lg aku teringatkan mimpi aku mingu lepas.kali ni aku betul2 percaya tafsiran mimpi aku.aku tidak bercerita tentang mimpi itu kepada ahli keluarga aku.

kini sesuatu perasaan yang tenang sedang menjiwai aku.aku terkenangkan arwah pak ngah aku.aku terkenangkan arwah nenek tiri aku.semoga roh mereka berdua ditempatkan bersama2 orang yang di redhai Allah.........

Al-Fathihah......

AKU PEWARIS MELAYU

Melayu tetap Melayu

tiada Melayu selain Melayu

Melayu adalah pewaris

pewaris bangsa yang berdaulat

Melayu perwira Tanah Melayu

Melayu itu jiwa bangsa

Melayu itu darah bangsa

Melayu itu jiwa kita

jangan goncang jiwa Melayu

jangan di tetak bangsa Melayu

jangan di usik darah Melayu

kerana Melayu adalah ketuanan kita

jangan kau jadi bangsat Melayu

aku adalah pewaris Melayu

Melayu adalah jiwa aku

Melayu adalah bangsa aku

Melayu adalah darah aku

Melayu adalah aku

aku Melayu

takkan Melayu hilang di mata kita

Melayu

Melayu

Melayu

jangan di usik hati yg bernama Melayu

Friday, August 15, 2008

surrealism vs MELAYU

what is surrealism?

- pemikiran fantasi dibawah & atas sedar

- mix of fact & fantasy

- unconscious mind, for example by the irrational juxtaposition of images


"surrealism sebenarnya sudah sinonim dengan MELAYU"

"kami tau apa pepatah melayu yang boleh dikategorikan sebagai surrealisme?"

semua terdiam seketika. sambil otak masing2 sedang mencari apa yang dikehendaki.

"bagai aur dan tebing?"

"itu realist!bkn surrealism..."

"air dicincang tidak akan putus?"

"itu juga realist!"

"kura2 & arnab?"

"still realist..."

senyap seketika kembali.semua kembali berfikir.

"bagai pungguk rindukan bulan?"

"yeah!itu surrealism! logik ke pungguk rindukan bulan?"

"that is surrealism thinking"

"cari tajuk lagu yg surrealisme?"

semua kembali memerah otak.

"di ambang watie?"

"yes...di ambang watie.....x logik!"

"fantasia bulan madu?"

"ape maksud tu?itu surrealisme...."

"kalau 'kaki bangku'?"

"hah!bagus2...bagus jawapan kamu!itu lg surrealisme.kalau kamu lukis kangki bangku menampak seseorang itu berkaki bangku"

"orang MELAYU bijak!oleh itu sy x setuju ada pihak2 tertentu mengusik org MELAYU!buat nak usik kita?kita x usik diorg pun.yang dok diam biarkan.watpe nak diusik.jgn jd pengkhianat."

tetiba masuk bab politik. kami faham apa yang cuba dia perkatakan. related kat isu semasa (UiTM perlu dibuka 10% utk non-bumiputera).kami semua senyum sinis.

itu bukan keutamaan entri ini. apa yang cube diperkatakan, kami betul2 berminat apa yang disampaikan oleh dia dalam kelas eksperimental.very interesting.

Wednesday, August 13, 2008

bermulanya aku sebagai insan....





bermulanya aku sebagai seorang insan di tempat ini. tanpa mereka siapa lah aku.siapalah aku sekarang.........

Tuesday, August 12, 2008

ABC The Movie – Part 2



Apis, seorang berpewatakan lembut. Berumur 21 tahun.bekerja sebagai pembantu kedai di warung Wak Korji. Apis merupakan pembantu Wak Korji yang paling berjaya. Kerana Apis lah warung Wak Korji semakin laris dikunjungi pelanggan. Hal ini disebabkan perwatakan Apis yang lemah lembut dan peramah malahan dia teramatlah rajin. Wak Korji senang dengan sikap yang ditunjukkan Apis.

Setiap kali kedatangan Fiq dan Pejol ke kedai Wak korji, pasti Apis akan melayan mereka berdua kerana Fiq dan Pejol gemar mengusik Apis. Apis memainkan peranan penting dalam penubuhan syarikat pejol yang berasaskan ABC. Apis lah yang memujuk Fiq supaya menyertai Pejol.

Cerita bermula apabila Pejol sedang sibuk mencari tapak untuk membina kedainya. Manakala Fiq pula sedang membuat penyelidikan resepi2 ABC di seluruh dunia. Manakala Apis secara senyap2 membantu Pejol dan Fiq dalam survey pelanggan. Apis melakukannya secara rahsia kerana Wak Korji adalah antara individu yang paling kental membantah penubuhan syarikat pejol. Ini kerana Wak Korji takut perniagaannya akan lingkup. Pada masa yang sama, Apis banyak terhutang budi dengan pejol kerana pejol banyak membantunya dalam meneruskan kehidupan (Apis dulu bekas Mak Nyah sepenuh masa).

Akhirnya pejol telah mengenal pasti sebuah kawasan tapak perniagaan yang strategic. Kawasan itu berdekatan dengan kampus UNISEL Bestari Jaya dan bersebelahan dengan kawasan perniagaan utama pekan Batang Berjuntai. Dengan modal yang serba mencukupi, pejol dan Fiq membeli terus bangunan itu. Mereka mula mengumpul rakan2nya untuk renovated kedai barunya itu. Antara rakan2nya ialah Shah, seorang interior designer, Arul, pakar Feng Shui, Totok, pengusaha perabot jati, Ang, pembekal makanan mentah, Shira, seorang chef ternama dan akhir sekali fariz, pakar dalam membuat ABC.

Maka dengan bertungkus lumus dan berhempas pulas mereka menyiapkan kedai Fiq dan Pejol. Shah sedang memikirkan design dan konsep kedai itu. Totok pula memilih perabot yang sesuai dengan konsep kedai itu. Arul pula berserabut memikirkan ‘ong’ kedai itu dengan kemahiran feng shui nya. Manakala Shira sudah mencongak2 resepi yang akan menjadi sajian kedai mereka. Begitu juga denga Ang dan Fariz, mereka berdua sudah bersedia.

Adakah mereka berjaya?nantikan..part3...coming soon...

Monday, August 11, 2008

Kepalsuan dan Kebenaran


TUNGGUL DAN BAYANG - Menurut Kamus Pelajar tunggul mebawa tiga maksud iaitu pangkal pokok kayu yg masih tertinggal setelah pokok ditebang ; batang padi, lalang yg tertinggal setelah padi dituai, lalang disabit ; pancang atau tonggak utk menambat perahu. manakala menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga tunggul didefinisikan sebagai pangkal pokok kayu yg masih tertinggal dlm tanah ; batang padi (lalang) yg tertinggal setelah dituai atau disabit ; pancang, tongkat (utk menambatkan perahu).

Bayang pula didefinisikan di dalam Kamus Pelajar sebagai tempat yang tidak dapat cahaya kerana dilindungi sesuatu ; bentuk hitam yang terjadi daripada sesuatu benda yang menahan cahaya ; gambar sesuatu benda yang dapat dilihat di dalam cermin ; lembaga yang kelihatan di dalam gelap tetapi tidak berapa jelas. Manakala Kamus Dewan Edisi Ketiga mendefinisikan bayang sebagai tempat yang tidak kena sinar kerana terlindung daripada sesuatu ; lembaga gelap yang wujud pada suatu latar belakang kerana sesuatu benda menahan sinar ; gambar pada cermin ; rupa yang tidak jelas dalam gelap ; ki gambaran dalam fikiran, khayalan.

Tunggul disamakan dengan sifat manusia yang selalu kene suruh baru mahu hendak melakukan sesuatu perkara. Bila malam kembali, bayang pun muncul dengan jelas. hidup manusia memang tidak lepas dari bayang dan tunggul. bayangan manusia itu muncul dari sifat manusia yang diibaratkan seperti tunggul. tungul itu sentiasa membayangi kehidupan manusia yang acap kali terlajak dari kehidupan yang hakiki. bayang juga membawa kepada kepercayaan mistik pada manusia dahulu kala. kita dapat lihat manusia menganggap kejadian gerhana matahari dan bulan adalah kemurkaan Tuhan. manusia juga menganggap tunggul sebagai tempat yang mempunyai kuasa mistik sehingga mereka sanggup menyempah tunggul.

Adakalnya bayang adalah sifat sebenar manusia yang berselindung disebalik tunggul. lihat sahaja keadaan politik kita sekarang. tersangat la kotor. ramai pemimpin sekarang berselindung disebalik tunggul untuk melindungi sifat atau kelakuan sebenarnya. bayangan mereka ini akan memakan diri sendiri pada masa akan datang.

Tunggul itu palsu dan yang benar itu bayang. seperti manusia juga.fizikal manusia itu palsu dan yang benar itu hati. renungkan dan fikirkanlah............

jam 0234 - 11 August 2008

mataku sedang menatap skrin laptop.tiba2 aku sedar yg hp aku berkelip2.aku pelik.tertera u_faliq call aku.aku lg pelik.xpenah pun mamat sekor ni call aku.apetah lg mlm bute maca, ni.

"halo...ahh"aku jawab

"wei fariz....."suara si joe palk yg kuar.lg aku pelik.

"apahal beb?"

kerol dah tido ek?"

"dah..."

"wei...ada x beg aku kat umah ko?haritu aku bg kerol suh simpankan kat umah korang...."

"rasenyer ada.haritu aku ada nampak.jap aku check"

"kalo ada nanti ko sms aku"

"ok2"

aku pun ambik beg joe kat bilik kerol.warna hitam.aku kejutkan kerol.

"wei kerol...ni beg joe ke?"tanyer aku utk dptkan kepastian.

"#@^$&#^%$^%#%^&*"ntah ape ntah yg dicarutkan si kerol.ngigau agaknye.

aku menghantar sms kat joe.sms mcm ni......

'beg ko jenama brothers ek?'

'aah.ok.jp g aku dtg amik.tq bro.tq sgt2.sory gngu'joe reply.

aku pun terus melayan fs n menulis blog aku.lame aku tunggu si joe ni.aku bajet umah dia kat bt 3 leh sampai sini dlm mase 20 minit.tp sampai kul 3 aku tunggu x dtg2.aku pun tutup laptop.bajet diorg dh nak sampai.pastu leh la aku tdo.

jam 0310 - mamat ni x dtg2.aku bukak laptop aku blk.aku send mesej kat joe...

'ko jd dtg x ni?'

'jadi..aku odw, umah ko ade pompuan x, pastikan pompuan da bersedia hahahaha'joe reply.

'adam dah ready jd pompuan!'ajuk aku blk.

aku pun tunggu seperti menunggu kepastian yg tiada harapan.seperti x kunjung tiba.tiba2 aku dgr adam bgn.mamat ni memang macam tu.macam burung hantu.aku agak pasni mesti dia x tdo coz dia bgn trus cedok nasi dr periuk dan makan ngan kicap.

sedang aku lihat gelagat adam aku nampak sebauh satria brenti kat depan umah.aku jenguk.samapai gak mamat ni.aku lihat ada 2 org dlm keta tu.aboy driver n joe duduk dgn senang hati kat seat sebelah driver.aku bukak pintu pagar dan mempersilakan diorg masuk.

tepat jam 0334 diorg jejal masuk pintu umah aku.aku bukak lampu.joe dh penah dtg umah aku.aboy kali pertama.1st aku dgr aboy ckp macam ni.

'pergh!besar giler corner lot korg!'

mamat dorg ni terus menegur adam.joe terus kejut kerol.kerol dgn mamainyer membuka mate n terkejut dgn kedatanga mamat 2 ekor tu malam bute.mereka berdua bersembang.aku terus melayan fs n ym aku sambil2 check blog aku.

setelah beberapa ketika diorg pun minta diri nak blk.sebelum blk joe minta maaf byk2 kat aku coz ganggu aku tgh2 malam.aku jawab tara hal la beb.akunpun x tdo lg.diorg pun blk.selepas aku kunci suma pintu aku pun terua duduk depan laptop dan terus menulis entry ini.hah!siap!!!!

aku nak tido.esk pagi2 kene jd bodyguard encik hanafiah (fishah ckp) utk g unit fasiliti kat induk.terbantit hasrat aku nak wat x-ray.

Sunday, August 10, 2008

Glory2 Man United

video

United Rules

video

ABC The Movie-part 1


ABC The Movie - filem ini mengisahkan dua orang sahabat baik iaitu fiq dan pejol. fiq seorang yg stereotaip dan dia tidak mahu terima apa peubahan dalam hidupnya. manakala pejol seorang yg kreatif dan berinovasi. pejol mempunyai daya fikiran yang tajam dan dia juga seorang yang genius dalam perniagaan. walaupun kedua2nya mempunyai perwatakan yang berbeza2, namun ikatan persahabatan mereka berdua amat kuat sehinggakan diibaratkan seperti merpati dua sejoli @ pasangan gay.
kedua2 sahabat baik ini mempunyai hobi yang sam iaitu makan abc di kedai wak korji. pada suatu hari, sedang mereka menikmati abc di kedai wak korji, pejol mempunyai satu idea. pejol memberitahu kepada fiq yg dia nak mengusahakan sebuah perniagaan berasaskan abc dan dia mengajak fiq sebagai rakan kongsi. namun fiq sinis memandang pejol. dia xnak join venture. pejol cube meyakinkan fiq....
adakah pejol berjaya meyakinkan fiq utk mengusahakan perniagaan berasaskan abc?adakah fiq still seperti wataknya iaitu stereotaop?nantikan ABC The Movie Part 2....akan datang...

manchester united 2008/2009


ben foster


rio ferdinand


darren fletcher


ryan giggs


thomas kuzscazk


luis nani


owen hargreaves


anderson


wes brown


michael carrick


patrice evra


mikael silvestre


paul scholes


louis saha


wayne rooney


cristiano ronaldo

carlos tevez


edwin van der sar


nemanja vidic

gary neville-captain

sir alex ferguson - the manager

won't go home without you

video

save the last dance for me

video

Wednesday, August 6, 2008

assalamualaikum kepada kawan2 aku di kampung...
kawan2 aku yg bersama2 duduk di kelas tingkatan 6...
kawan2 aku yg kat shah alam...
semua kawan2 aku yg aku kenal...




14 & 15 Jun 2008 di Pantai Purnama, Port Dickson.....
aku, gwan, arul, pejol,shah, totok, bad, fiq, hamsah(kepala),
toyen, samsiah, hanum, azura, anis...