Thursday, April 30, 2009

babi menyerang dunia!

babi menyerang dunia. bukan babi yang serang, tapi virus babi yang serang manusia. kenapa ya? adakah kerana kerakusan manusia babi-babi ini menyerang? adakah kerana kemurkaan Tuhan? adakah kerana babi ini bertindak mengikut arahan? diingatkan kembali, antara tanda-tanda dekatnya kiamat ialah penyebaran virus-virus di serata dunia. ini tanda kecil tapi tanda-tanda kecil kiamat hampir semua sudah berlaku. bilakah tanda-tanda besar pula akan muncul?
sebab itulah Islam mengharamkan babi. kerajaan mesir sudah menghapuskan 300 000 babi di negara mereka. malaysia bila pula? kalau selsema burung kerajaan boleh menghapuskan segala jenis burung, kenapa pula selsema babi yang hampir menyerang babi belum lagi dihapuskan?
fikir-fikirkan untuk kesejahteraan.

cabar minda kamu!

setiap kali aku mula mahu menulis, aku mahu cabar minda aku tulis se-kreatif mungkin. se-baik mungkin. se-hebat mungkin. se-mantap mungkin. se-puitis habis. ini cabaran untuk aku.

naif

hari ini 30 april. hari terakhir bulan april. hari terakhir bulan 'kematian' aku. lepas ini aku akan bebas melangkah dengan gembira. bebas melangkah ke alam yang aku impikan. namun tidak semua yang diimpikan mampu direalisasikan. aku pulang ke rumah dengan hati yang tenang dan suci. ku lihat rumah yang sedang di ganyang pembangunan manusia. aku lihat juga kehidupan kucing kesayangan aku. jiwa aku runtun dengan airmata. airmata yang menitis di dalam jiwa rasa. aku termangu sendirian. tanpa kata yang mampu terungkap. tanpa lidah yang mampu berbicara. tanpa apa-apa mampu aku lakukan. kuasa bukan terletak ditangan aku. kuasa Tuhan Yang Esa. kuasa manusia yang memegang. kuasa sendiri yang tertanggung.
di sudut rumah aku berjalan ke dalam hati yang runtun memikirkan nasib keluarga aku di masa hadapan. ku pandang wajah bonda yang gigih menjahit. ku pandang wajah ayah yang kusut memikirkan pelbagai masalah. ku pandang wajah adik-adik aku, dia seperti mengerti tapi dibiarkan ditepi sahaja. aku terpandang wajah kakak aku disudut rumah, dia juga sperti wajah ayah kau. saling tak tumpah. wajahnya memandang adik-adiknya dengan penuh sayang dan upaya. lalu aku merenung wajah sendiri dibalik awangan bayang. aku pandah setiap celah wajah aku dengan cukup teliti dan sempurna. masih ada yang tercela dengan keburukan. aku masih sangsi. bingung. dan kecewa dengan keadaan yang memaksa. keadaan memaksa untuk keluarga aku.
aku semahunya cuba lari dari kepahitan yang tercipta. tetapi aku tidak mahu. aku sedar kadang kepahitan itu adalah kemanisan dalam kehidupan. untuk mencari kemanisan hidup perlu rasai kepahitan. aku terasa aku masih tidak mampu merasa kepahitan itu. aku semacam belum bersedia untuk itu semua. nak atau tidak aku terpaksa. terpaksa menempuh apa jua yang datang dihadapan aku. aku pasrah.
setiap kali aku kembali ke rumah, setiap kali itulah aku akan merintih tentang nasib. malang sungguh. aku tahu aku tak perlu ikut sangat perasan ini. boleh bawa syirik. aku perlu redha dengan ketentuan Ilahi. aku cuba. aku sudah boleh terima. mungkin kerana kematangan pemikiran aku membuatkan aku serba tahu dengan kenaifan hidup. ya. keluarga aku memerlukan kekuatan. aku akan jadi kekuatan itu. kekuatan!

Tuesday, April 28, 2009

pembaca-pembaca setia

jika semalam aku bangkit disebabkan tercela dengan sesuatu. tapi hari ini aku bangkit dengan sesuatu yang indah tanpa tercela dengan keburukan. Tuhan itu Maha Adil. sekali lagi aku punyai semangat yang sangat kuat di pagi yang hening ini. aku terkesan dengan penulisan aku sepanjang malam tadi. terlalu banyak idea yang hendak dinukilkan tetapi dibatasi dengan kemampuan aku. aku pasrah. aku perlu perlahan-lahan dalam dunia seperti ini. aku perlu melihat dan merasa dengan penuh keyakinan.

sesuatu yang ditarik. penulisan aku sedikit sebanyak telah menarik beberapa pembaca setia yang cuba menyorokkan diri sebenar daripada pengetahuan aku. mawarsufi, womanizer, dan aku tahu. tiga nama stranger ini aku sangat tidak ketahui. dan yang membaca selain bertiga ini aku tahu siapa mereka. aku tak kesah siapa pun yang membaca penulisan aku. memang aku suka ramai yang baca. aku sangat hargai kerana kesudian membaca penulisan aku. terima kasih ya. aku hargai segala komen yang anda tulis. ia membantu aku dalam penambahbaikan di dalam penulisan aku.

 

 

walau siapa pun yang membaca tolong hargai dengan keikhlasan. jiwa rasa.

sepuluh langkah untuk merasai jiwa rasa

 

satu. aku tak tahu apa-apa.

dua. aku melihat apa-apa.

tiga. aku mula berfikir dengan hati dan jiwa.

empat. aku mula merasa dengan hati dan jiwa.

lima. timbul jiwa rasa.

enam. mula bermain dengan jiwa rasa.

tujuh. cuba merasai jiwa rasa di dalam kehidupan seharian.

lapan. ketemu dengan jiwa rasa sendiri.

sembilan. merasai jiwa rasa orang lain.

sepuluh. aplikasi jiwa rasa orang lain dalam diri sendiri.

 

 

selamat mencuba!

jika aku tak kisah dan peduli. . . . . .

apa kau peduli?

pergi mampus!

what the f**k!

kau sape?

go to the hell!

love is life.

Love is life. All, everything that I understand, I understand only because I love. Everything is, everything exists, only because I love. Everything is united by it alone.

Leo Tolstoy (1828-1910)

 

aku juga rasa seperti Leo Tolstoy kata. walau aku tidak mengenali siapa beliau. kata-katanya sangat terkesan pada aku.

jika aku kisah dan peduli pada semua orang

babak pertama :

sedang buat apa?

sudah makan?

nape tak makan lagi?

kata tak nak diet lagi?

 

babak kedua :

nak ke mana tu?

buat apa ke sana?

lama tak ke sana?

bila nak balik?

 

babak ketiga :

nape tak mesej?

nape tak call?

sibuk sangat ke?

habis saya tak sibuklah?

 

babak keempat :

awak sayang saya tak?

nape awak sayang saya?

masa bila awak paling sayang saya?

awak rindu saya tak?

 

babak kelima :

kenapa awak buat saya macam ni?

teruk sangat kah saya untuuk awak?

buruk sangat ke?

awak dah tak sayang saya?

 

 

kemudian ia pergi berputar kembali ke babak satu tetapi dimulakan dengan kisah yang baru. cinta!

jangan kata pada cinta

jangan kata manusia tak lagi bercinta.

kerana cinta itu selama-lamanya selagi ada hayat.

 

jangan kata manusia dusta pada cinta.

kerana cinta itu adalah keikhlasan.

 

jangan kata manusia lupa pada cinta.

kerana cinta itu didengar dan dilihat.

 

jangan kata manusia senang bercinta.

kerana setia itu adalah kesusahan.

 

jangan kata manusia itu sombong.

kerana cinta tak mengerti itu semua.

 

jangan kata manusia itu bodoh.

kerana cinta itu tidak mengenal darjat.

 

jangan bodoh kerana cinta.

kerana cinta itu tidak memperbodohkan.

 

 

p/s : lame dah tak berfikir sebegini. yeah!

Monday, April 27, 2009

adaptasi jiwa rasa

semalam. aku ketemu sesuatu. yang pastinya ia bukan manusia yang dahagakan cinta. yang juga oasti bukan manusia yang mencekik. yang sentiasa pasti bukan dari golongan manusia ‘bajet bagus’. dan memang bukan manusia seperti aku. aku tertarik dengan kesungguhan yang dipancarkan melalui kelembutan yang semulajadi. aku bukan memuji dan bukan juga menyanjung. tetapi aku merasa aku perlu berkata sebegini untuk aku jadikan sebahagian daripada jiwa rasa aku. sebahagian apa yang jiwa rasa aku temui telah ditafsirkan menjadi sebahagian daripada diri aku. cuba di adaptasi ke dalam jiwa rasa aku. jika jiwa rasa aku sesuai, maka akan terus aku rasai jiwa rasa yang baru ini. jika tidak akan aku terus mencampakkannya ke lembah sampah hati manusia.

yang bagusnya, jiwa rasa aku dapat rasa! seolah-olah kehidupan yang selama aku tempuhi ini rasa seperti angin yang berlalu. sangat nyaman seperti merasa penghawa dingin dikala terik mentari menggigit dengan rakus. aku aman. damai dan senang sekali tatkala ini. tiada yang lain untuk aku membenci dan teriak marah. sebelum ini aku sering dibangkitkan dengan sesuatu yang indah tetapi tercela dengan keburukan. pagi tadi juga begitu. sudah tiga hari berturut-turut aku sebegini. tidak tenang tatkala mata pagi menjenguk sinar matahari pagi. namun aku akui, tidak juga tercela sampai ke petang dan malam. petang dan malam yang tercela itu terus mendiamkan diri. hanya yang indah sahaja terang menerangi malam aku.

 

aku semakin bersemangat dengan jiwa rasa.

shooting filem AMAN di ijok

28 Mei 2009 : Day 1

29 Mei 2009 : Day 2

30 Mei 2009 : Day 3

31 Mei 2009 : Day 4

1 Jun 2009 : Day 5

2 Jun 2009 : Day 6

3 Jun 2009 : Day 7

4 Jun 2009 : Day 8

5 Jun 2009 : Day 9 (OFF DAY)

6 Jun 2009 : Day 10

7 Jun 2009 : Day 11

8 Jun 2009 : Day 12

9 Jun 2009 : Day 13

10 Jun 2009 : Day 14

11 Jun 2009 : Day 15

12 Jun 2009 : Day 16 (OFF DAY)

13 Jun 2009 : Day 17

14 Jun 2009 : Day 18

15 Jun 2009 : Day 19

16 Jun 2009 : Day 20

17 Jun 2009 : Day 21

18 Jun 2009 : Day 22

19 Jun 2009 : Day 23

20 Jun 2009 : Day 24

aku hanya sebahagian kecil di dalam produksi ini. memainkan peranan di bawah pengurus produksi. menyelia penginapan, lokasi, dan keselamatan. sungguh indah ijok. sangat permai. selamat berjuang aku ucapkan kepada kesemua krew produksi dalam menjayakan filem kedua fakulti (kedua atau sudah yang ketiga?).

indah yang dicela dengan keburukan.

bencinya bila pagi-pagi disedarkan melalui mimpi yang pelik dan buruk! sangat tidak selesa. sejak malam aku merasakan diri aku tidak selesa. apakah petanda buruk yang akan datang. rakan bilik yang sangat gam****. aku sangat tidak suka dengan ketidakselesaan ini. seperti sesuatu yang buruk akan menimpa aku sebentar lagi.

aku yang cuba menutup kembali mata ini diganggu dengan perasaan yang sangat meyakitkan dan serba salah. aku tak boleh lakukan. pagi ini sepatutnya aku bermula dengan ketenangan. namun kegelisahan bangkit bersama dengan aku dikala subuh. syukur juga aku bangun subuh hari ini.

kenapa ya manusia tidak pernah mahu memahami manusia lain? ego sangatkah? kalau pun ego kenapa manusia sendiri menafikan keegoan sendiri? ada siapa yang mampu jawap persoalan ini? kalau mampu silakan. dulu aku memang tidak tahu apa-apa tentang kehidupan, namun sekarang aku lebih memahami apa yang manusia mahukan. tidaklaha kata aku ini sempurna. tetapi aku cuba memahami erti  kelazatan semasa hidup di dunia.

 

mampukah sesiapa menjawap persoalan ini?

Sunday, April 26, 2009

hari ini ulangtahun PERTAMA MU Addict.

genap setahun usia MU Addict. kalau dulunya blog lahir dengan nama Kisah Kembara Aku, tetapi setelah beberapa bulan blog ini mampu berjalan sendiri maka ia ditukarkan kepada MU Addict. apa yang blog ini dapat setelah genap setahun? pelbagai dan macam-macam ragam kehidupan yang telah dilalui dan dirasai. MU Addict akan terus merasa apa yang perlu dirasa. MU Addict akan terus berkarya. MU Addict akan terus membantu apa yang dianggap sebagai masalah. MU Addict akan terus memimpin apa yang dianggap sebagai terpimpin dan memimpin. MU Addict akan teruskan semua itu. hati yang sedang dimiliki masih menganggap MU Addict seorang insan yang baru bermula sebagai insan.
MU Addict lahir daripada kekecewaan cinta. dengan MU Addict sahaja hati dan jiwa dapat terus merasa dan berdiri dengan yakin dan megah. MU Addict sebagai penghubung hati jiwa dan raga. jika kewujudan MU Addict ini sebagai madah untuk kalian merasa apa yang MU Addict rasa, maka yakin dab berjayalah ideologi MU Addict. terima kasih semua kerana menyokong MU Addict dan terus setia membaca MU Addict.
SELAMAT ULANG TAHUN PERTAMA
MU ADDICT

Saturday, April 25, 2009

saya termasuk kumpulan pertama yang mendiami Kolej Rafflesia di UiTM Kampus Puncak Alam. . .yeah!

100_2392

100_2379

UiTM Puncak Alam, kampus terbesar UiTM. fasa pertama pun dah sama besar dengan kampus di Shah alam. ada lagi 3 fasa masih dalam pembikinan. wah. sangat seronok. kemudahan kolej yang sangat selesa. gembiralah rakan-rakan dari Office Management, Health Science, dan Pharmacy. hee yeah!

Friday, April 24, 2009

keluar kamu wahai si pengkhianat bangsa yang dilaknat!

selama sebulan undian ini dibuka. seramai tiga puluh empat pembaca saya telah mengundi. terima kasih. pembaca-pembaca saya mahu si pengkhianat ini di buang negeri. yeah. si laknat ini tidak mengenal budi Melayu. tidak mengenal budi Sultan-sultan Tanah Melayu. si tua nak mampus yang tamakkan kuasa. go to the hell!

 

serah pada anda, apakah hukuman yang setimpal dikenakan ke atas karpal singh di atas sikap kurang ajar dia yang melampaui batas terhadap institusi Raja Berpelembagaan?

 

buang negeri! (halau dari tanah Malaysia)

- 22 (64%)

lucutkan kerakyatan!

- 18 (52%)

sumbat dalam ISA sampai mati!

- 16 (47%)

cabut bulu kat tubuh badan dia!

- 11 (32%)

bogelkan dia!(rejam ramai2)

- 12 (35%)

masukkan dalam Hospital Bahagia! (sebab dia dah gila)

- 12 (35%)

rampas segala harta yang dia ada dan sedekahkan kepada mangsa2 perang di Gaza!

- 16 (47%)

ajar balik dia subjek sejarah!(sebab dia buta sejarah Malaysia)

- 16 (47%)

 

jumlah pengundi : 34

p/s : mari kita ramai-ramai halau si laknat ini keluar dari malaysia!

Thursday, April 23, 2009

setelah 23 tahun.

IMG_5535

terima kasih ya. kakak aku, puan mas, encik ezwan, nafishah, saadah, hazwani dan rakan yang selamatkan aku pada hari lahir aku. terima kaseh banyak-banyak.

Wednesday, April 22, 2009

dia telefon aku!

Oh My God! tepat jam 7.34 pagi 22 April 2009, dia telefon aku. tidak disangka.

 

“assalamualaikum”sapa dia.

“waalaikumsalam”aku jawab dengan nada orang baru bangun tidur.

“eh, tidur lagi ke,”dia sedar semacam sahaja dengan suara aku.

“taklah, dah lama dah.”

Happy Birthday.”

“errr, terima kasih ya.”

“sorry la malam tadi nak wish tapi terlupa.”dia semacam alasan.

“terlupa atau tertidur?”tegar aku.

“err, dua-dua sekali kot”ceria semacam dia pagi-pagi ni.

“yelah.”ringkas aku.

takde kelas ke?”

mana ada. tengah study week. eh, silap.ngah exam week la.”aku perbetulkan.

eh, yeke? takde final ke?”

ada. esok.”

esok paper ape?”

ETR.”

“ETR? esok nak final. dah bace buku?”

hah?bace buku.malas.”

yela, orang dah pandai.”

“banyaklah pandainya.”perli nampak.

orang ke berapa wish besday ni?”

banyak dah. tak ingat la.”

yela.orang dah famous kan.”perli dia lagi.

hahahahaha”cis betul.

oklah. assalamualaikum.”

waalaikumsalam. bye.”lega.

 

perbualan ini berlangsung selama 1 minit 3 saat. membuatkan aku terimbas kembali kenangan kami dulu. wtk!

7.50 petang at 22 April 1986 & 22 April 2009

segala puci bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

celiknya mata aku pagi ini, terdengar suara azan subuh mendayu mengejutkan manusia menghadapa Tuhan. celik sahaja aku terus melihat hanfon aku. maxis aku, ada satu nombor yang tidak dikenali sms selamat hari lahir. celcom, nombor aku kenal, sms hari lahir. terima kasih. kemudian aku terus menghadap skrin lcd samsung aku. apa yang aku lihat, ucapan selamat hari lahir dari rakan-rakan YM aku. seseorang telah menjelaskan bahawa aku telah mendapat A- dalam sebuah subjek semester ini. alhamdulillah. dia sudi beritahu aku dengan pantas.

kalau ikut betul-betul hari kelahiran. aku belum lagi masuk 23 tahun. ikut surat beranak aku lahir paa jam 7.50 petang hari isnin 22 april 1986. waktu maghrib tu. aku masih menanti menjelang 7.50 petang 22 april 2009.  terima kasih bonda. bersusah payah melahirkan aku yang sangat nakal dan degil. terima kasih juga kepada ayah kerana benih kau menyatukan aku di dunia ini. terima kasih kepada kedua ibubapa aku kerana tanpa jemu membesarkan aku dengan penuh kesabaran. terima kasih juga kepada kakak dan adik-adik aku kerana sudi membesar bersama-sama aku.

terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi bermain dengan aku ketika aku mahu mengenal dunia. terima kasih kepada semua yang melihat aku mengenal dunia yang sangat indah. aku yang naif dan kecil ini memohon seribu kemaaf sekiranya kesalaham yang dilakukan menyakitkan. minta maaf ya.

already 23.

just turned 23rd.

 

aku semakin rasa.

semakin  rasai kehidupan sebenar.

Allah selamatkan saya.

 

wish me.

Tuesday, April 21, 2009

hadiah sama seperti yang dimiliki.

apa yang anda akan lakukan apabila anda menerima hadiah yang berupa barang yang anda sudah miliki?

 

aku dalam keadaan ini. berbelah bagi. sila bantu aku.

11 tahun.

semalam.aku berada di kampung. kelmarin pun di kampung. rumah aku sedang ditambah di bahagian hadapan. tidak lama lagi aku punyai bilik sendiri. setelah 23 tahun.

tahun 1998, rumah aku pada asalnya kecil. punyai dua bilik dan satu bilik air. satu ruang tamu yang sedepa dan satu dapur yang sekangkang. pada tahun ini juga bapa aku dimurahkan rezeki lebih. rumah aku dipecah bahagian hadapan untuk di tambah bilik dan ruang tamu. akibat berlaku kegawatan ekonomi yang sangat teruk pada ketika itu, rumah aku terbengkalai. sampai la sekarang. baru disambung. dekat 11 tahun beb. sengsara.

berbagai dan bermacam masalah untuk keluarga aku berada di tahap ini. ini pun masih terkapai-kapai. bonda mengharapkan aku. kalau kau dah kerja nanti jgn lupa tolong ayah kau. kata bonda aku.

 

i will mum!

ditagih untuk berperisa tentang cinta.

belum cukup perisa tidak bisa dikeluarkan untuk dijadikan tatapan. namun sekiranya ia dikeluarkan untuk dijadikan tatapan apa akan jadi. cinta itu seakan makanan. jika insan yang merasa sedap, maka jadilah cinta itu. jika dirasanya masih seperti belum apa-apa, maka silaplah cinta itu.

 

perisa cinta aku masih belum sempurna.

ku korek hati yang semakin menghilang

aku korek hati aku. untuk aku fahamkan segala-gala tentang hati aku. aku gali. aku gigih untuk fahami hati sendiri. ketika aku cuba memahami hati yang sangat subjektif ini, ada insan yang cuba mencuri hati ini. tapi benarkah hati ini telah dicuri? rasanya tidak. hati yang sedang merasa ini masih mencari sesuatu yang mampu dimilikinya. yang sudi. yang rasa rendah pabila memiliki hati aku. namun bagaimana pula jika hati aku mahu memiliki hati seseorang? adakah dengan mudah aku mampu memiliki hati seseorang? aku bertanya pada hati sendiri. bagaimana harus kau memiliki hati selain hati ini? hati aku dengan mudah berkata, pengecut! mudah sebegitu sekali rupanya. aku menyelam hati sendiri untuk memahami kata-kata yang terpendam.

seceruk seketika aku menyelam dan berasimilasi dengan hati sendiri. aku temui sesuatu. aku tiada penguat untuk melakukan sekali. lagi-lagi unutk memiliki dua hati. sangat kesepian. kenapa begitu? sekadar merasa apa yang orang lain rasa seperti menyapa angin yang berkunjung. begitulah maksudnya. cinta yang hadir seperti angin yang berkunjung. jika kita tidak dapat memegang angin itu, maka samalah kita seperti insan yang naif. hanya baru mengenal erti kehidupan. sepatutunya tidak berlaku.

22

kembali ketika waktu diri masih naif. banyak perkara tercela telah aku lalui. sangat memeritkan. tidak mahu aku rasai semula. cukup untuk ini sahaja.

Saturday, April 18, 2009

semester 5

semalam. hari kelepasan aku untuk semester ini. tapi di akhiri dengan kesan sakit di hati. mana kan tidak, kawan yang di anggap senang berhubung rupanya hanya menumpang kesenangan aku. tapi tak mengapa, hari-hari yang berlalu masih jauh. masih ada hari untuk aku.masih ada sinar untuk aku tunjukkan diri aku. semester ini sangat menyesakkan jiwa aku. sangat-sangat. sangat menyempitkan ruang untuk aku bernafas.fuh, alhamdulillah semuanya sudah berakhir dengan tak berapa selamat. apa yang aku belajar semester ini?

bengkel & seminar 2
  • sangat cerewet ini pensyarah. very2 details maa. kesanggupan aku untuk memegang pengarah projek uuntuk bengkel kali ini mengundang banyak kesempitan yang terpaksa aku hadapi. banyak tanggungan yang berbelah bagi aku mahu masa kan. biasalah, benda yang kita pegang sebagai amanah kadang orang tak mahu faham. kadang orang kata kita senang-senang letakkan kepentingan peribadi pada jawatan. tidak semua itu bagi aku. aku mempunyai kesungguhan untuk membawa projek ini dengan baik. tapi manusia kan, taksemua manusia kita mampu puaskan. masing-masing punya hal lah. aku hanya mampu berkata apa yang aku mau katakan, yang lain terpulang, samada mereka mahu dengar atau tidak. yeah. Bengkel Penulisan Lirik berjaya dijalankan dengan jayanya. jutaan terima kasih aku ucapkan kepada Habsah Hassan dan Siso Kopratasa kerana kesudian mereka meluangkan masa dengan kami. walaupun disebalik bengkel ini hatiaku banyak terkesan dengan tingkah rakan-rakan. tak mengapa. aku maafkan. belajar.
animasi seni layar
  • setiap minggu menuntut aku mejadi seorang animator. yeah. setiap minggu. walaupun aku mudah faham teknik-teknik yang di ajar, namun kemalasan membataskan aku buat yang terbaik. aku memang malas. yeah. menuntut aku mengenal sifat kesabaran yang sebetul-betulnya. menuntut aku melawan sifat malas aku. semua aku rasa. sedang rakan-rakan ada yang masih meletakkan dirinya seperti dulu, aku di sini sentiasa mahu mengubah diri aku kepada yang terbaik. terima kasih kepada fishah kerana sudi menjadi partner aku dalam menghasilkan final projek animasi. yeah. Cuties Killer.
black box @ staging
  • kelas ini sudah bermula sejak aku di akhir semester 4. yela, pensyarah ini nak semuanya perfect! kami yang menjadi semakin tersepit dan sempit. pertamanya, Promosi Filem. Tale n Time serta Skrip 7707. apa-apa la. benda ni sudah jadi fitrah di FACT. kalau tak buat masak. kami sudah lali. yang cuma tak lali semester ini kami pula yang menjadi pembikin. aku sedar ini semua tuntutan subjek. jadi nak tak nak kena buat beb. cumanya aku sedikit kesal, ada dua ekor parasit yang merosak kan kumpulan kami yang suah sedia ada. dari awal hingga akhir. di sini, ruang aku menulis. aku mahu katakan yang pengalaman bukan mengajar kita segala-galanya. kerana jika kita bersandarkan pada pengalaman semata-mata maka jahil lah kita sebagai manusia. sangat jahil seperti kejahilan zaman jahilliah. fucking shit!pergi jahanam kau berdua. hati aku menjadi seperti pendendam dek kerana dua ekor parasit ini. yeh. dia fikir dia sempurna. manusia tak kan sempurna sampai kiamat la!sudah-sudah. mengucap. kalau difikirkan, sampai kiamat aku sakit hati. yeah. keduanya hari skrin, aku seperti bermain-main pada hari kejadian. yeah.
adaptasi karya
  • bermasalah. bukan aku yang bermasalah. tetapi pensyarahnya. lama sudah aku mengenali beliau. aku rapat dengannya. tapi itu dulu. sekarang tidak. mungkin aku yang mahu menjauhkan diri dari dia. tapi, dengan tiba-tiba subjek ini di ambil alih oleh dia. fuh, mantap la kan.hahahaha. aku suka ilmu yang disampaikan. tetapi kenapa sering kali kelas ini dibatalkan? adakah disebabkan masalah peribadi atau masalah tuntutan di luar? itu aku dan kami tak tahu. kami hanya pelajar yang dahagakan sebuah ilmu. kami pula dituntut untuk menyertai Eksplorasi Penulisan. sudah la tersepit dan sempit, dengan tuntut yang diberi ini, aku semakin lemas. aku faham. masalah aku dan masalah rakan-rakan. tetapi mereka tidak mahu aku fahamkan mereka. jadi sekarang dah timbul satu lagi masalah. bukan berpunca dari aku. dan juga bukan dari rakan-rakan. tapi siapa? jawab sendirilah. semester ini dia mengakhiri kariernya sebagai UiTM. kenapa dia mahu berhenti? aku tak mahu kata apa-apa. tapi aku yaki anda-anda semua ada jawapan masing-masing.
rundingcara karyawan
  • ini lagi satu masalah. sepanjang semester ini, hanya 3 kelas sahaja yang ini pensyarah datang! yang lain hampeh. berapi-api kata-kata yang terhambur. tetapi pengakhirannya kosong. aku tak nak cakap lebih. nanti di pagar. susah la aku. awal semester sekali dia muncul.akhir semester kelam kabut muncul. minta kami hantar semua tugasan. yeah. lagi tersepit dan sempit. hujung-hujung minta. memang berapi lah semua rakan-rakan aku. nasib baik aku sudah mengenal erti kesabaran dengan sedalam-dalamnya. tapi terima kasih lah yang sudi beri kerjasama.
ETR 300
  • english. english. english. saya nampak bodoh bila berkata-kata dalam bahasa inggeris. aku tak suka. tak paham. dalam kelas tidur. tak tidur otak akan fikir keluar kelas. dan satu lagi, otak aku dah jemu fikir 'bisnes'. dah tepu. otak aku bukan otak bisnes. yeah. tertekan. lantaklah. perlu menghadapi final untuk subjek ini. OMG. i'm dead!
praktikal
  • yeah. akhirnya aku praktikal. nantikan kemunculan AMAN di panggung.
semester ini aku sangat terkesan dengan ragam manusia. mengajar aku menjadi manusia yang betul. jumpa pada semester akhir. yeah!

Thursday, April 16, 2009

hari ini 16 april 2009 ; jam 0517

masih aku ingat. hari ini hari lahir kawan sekelas aku. sallehuddin. dekat 11 tahun aku tak jumpa dia. lagi seminggu aku pula. aku nak mati dah. wahai kawan-kawan, siapkan masa aku. aku tiada masa lagi. haaa. mengarut.

au bingung. kenapa seseorang harus mengelak untuk mengaku kesilapan sendiri. adakah cara dia itu bersandarkan keegoan diri sendiri atau pun bersandarkan kelemahan yang cuba dia lindungi. aku masih yakin dia masih ada peluang di sini. tapi kenapa begitu senang dengan keputusan sebegini. ramai yang berkata, dia tidak serik. tidak menjadikan kisah silamnya sebagai panduan tetapi menjadikan pengalamannya sebagai panduan. dibaca seperti betul tetapi cara pembawakannya ada sesuatu yang tidak kena. masih tercalit buruknya perilaku. aku yang terkapai-kapai mencari sesuatu yang baru. mencari makna sebuah pemikiran yang bukan konvensional. masih termangu mencari dasar sebenar.

aku ada terfikir. setiap kali apa yang aku fikirkan mesti ia sebuah persoalan. kenapa begitu. kenapa begini. semua enjadi persoalan aku. soalan-soalan itu bermain-main di dalam otak aku. sebentar tadi, ketika hanyut melayan perasaan. aku bertanya pada hati dan jiwa aku. kau sudah menemui cinta baru? ah, belum lagi. aku masih tercari-cari. tak tahu apa makna cinta di dalam hati dan jiwa sendiri. aku bertanya lagi pada jiwa dan hati. hati kau sudah dimiliki? ah, tentu belum. siapa yang sudi dengan diri aku yang bukan berpandukan pada topeng. keji. jijik. tiada siapa yang sudi.

aku berhenti bertanya seketika. melayan balik filem yang sedang aku tonton di GSC Alamanda. aku cuba hubungkan dengan soalan-soalan aku tadi. sangat kompleks. aku tanya balik, kau ada suka pada sesiapa? ah, tentu ada. kalau ada kenapa tak dituruti hati yang merasa itu? ah, jika dituruti sampai bila-bila aku akan seperti ini. hanya merasa cinta. tetapi kasihnya tiada. betul kata kau. habis apa yang kau mahu lakukan? aku mahu mencari dan terus mencari. pencarian tak kan berakhir selagi aku masih bernafas.

 

sangat terkesan dengan lagu-lagu OST Talentime.

MU Addict Fan Club

Tuesday, April 14, 2009

[UPDATED]marathon

1-5 april 2009 : FESMA

6 april 2009 : submit report bengkel & viva tesis

7 april 2009 : etr presentation & viva tesis & bump in hari skrin

8 april 2009 : hari skrin

9 april 2009 : EKSPEN

10 april 2009 : animation final projek & KPO

10-12 april 2009 : KPO at UiTM Kampus Puncak Alam

13 april 2009 : submit report hari skrin

14 april 2009 : RCK presentation/adaptasi – ayat2 cinta

15 april 2009 : siapkan animation - cutiest killer

16 april 2009 : siapkn animation – cutiest killer

17 april 2009 : submit final projek animation

18 april 2009 : study (kalau rajin)

19 april 2009 : study (kalau rajin)

20 april 2009 : study (kalau rajin)

21 april 2009 : study (kalau rajin)

22 april 2009 : study (kalau rajin)

23 april 2009 : final exam etr

24 april – 4 julai 2009 : praktikal at Aman Film’s

Saturday, April 11, 2009

Kolej Rafflesia

semalam. jam 5 petang. aku menjejaki kaki ditempat baru. menjadi warga pertama yang menginap di Kolej Rafflesia di UiTM Kampus Puncak Alam. kehadiran di sini atas keperluan kursus kepimpinan & pengurusan organisasi. sangat teruja. cantik. sejuk. maklulmah. kampus atas bukit. macam di awangan. bukan fasiliti yang utama tetapi sekililing yang menarik mata aku. menarik untuk aku sentiasa berfikir. berfikir. berfikir. dan berfikir. sentiasa berfikir.

wajah-wajah yang dulu berjuang bersama aku pada hari itu, telah ke depan. aku seperti keseorangan ditinggalkan di belakang. sedikit terkilan. aku tak menjadi seperti mereka. perjuangan aku bukan di sini. mungkin. ada rezeki ditempat lain. bukannya di sini. aku seronok dengan mereka. tak perlu rasa segan. bukan rasa setaraf tetapi rasa sahabat itu timbul semula. perasaan 'adik-beradik' yang dulu sering diungkapkan seperti hadir kembali di dalam fikiran aku. tak macam dulu lagi. aku bukan seperti mereka. aku hanya biasa. manusia kecil yang dambakan kebesaran. manusia yang kosong memerlukan kekuatan.

hari baru bermula. malam yang semakin cemburu membuatkan mata aku seakan-akan mahu melupakan hari-hari yang telah berlalu. melupakan untuk menghentikan kesangsian. melupakan untuk hilangkan rasa rindu dihati. lupakan kisah yang menyakitkan. fikirkan kegembiraan yang diraikan.fikirkan kesejahteraan jiwa dan hati. lepaskan sayang di hati untuk yang memerlukan. cuma aku tak mahu hilangkan jatidiri aku sebagai Melayu.

ya. aku rindu. aku sayang. aku kasih. sebagai Melayu. semangat ini sentiasa mengalir seperti darah di dalam tubuh aku.

sekian, selamat malam.

Friday, April 10, 2009

marathon

 

1-5 april 2009 : FESMA

6 april 2009 : submit report bengkel & viva tesis

7 april 2009 : etr presentation & viva tesis & bump in hari skrin

8 april 2009 : hari skrin

9 april 2009 : EKSPEN

10 april 2009 : animation final projek & KPO

10-12 april 2009 : KPO at UiTM Kampus Puncak Alam

13 april 2009 : submit report hari skrin

14 april 2009 : RCK presentation

15 april 2009 : kosong

16 april 2009 : kosong

17 april 2009 : submit final projek animation

18 april 2009 : kosong

19 april 2009 : kosong

20 april 2009 : kosong

21 april 2009 : kosong

22 april 2009 : kosong

23 april 2009 : final exam etr

24 april – 4 julai 2009 : praktikal at Aman Film’s

 

 

 

oh My God. I’M DEAD!

Tuesday, April 7, 2009

alfie elkins

pagi semua. segar. nyaman. rasa yang sungguh selesa. tapi aku mahu mulakan hari ini dengan keselesaan yang diberi hingga ke hari esok. tiada siapa yang tahu esok hari. jangan jadi seperti alfie, tetapi anda boleh mencontohi alfie. kepada yang lelaki sahajalah. perempuan anda jangan sinis dalam perkara ini. bukan kami mahu mempermainkan anda. walau apa yang anda perempuan-perempuan katakan, anda tidak tahu kami. seperti alfie, perempuan-perempuan ini tidak tahu. jadi peringatan kepada perempuan, jangan terlalu skeptikal. sinis anda itu memakan diri sendiri.

Saturday, April 4, 2009

salam tahniah kepada DS Najib – jam 10.11 pagi.

najib

Rahman Abdulrazak Hussein Mahathir Abdullahahmadbadawi Najib

 

sempurna sudah teori RAHMAN. kita sudah ada pemimpin baru. harapan baru. mimpi baru. cinta baru. masa depan baru.

 

harapan, pimpinlah Malaysia sebaik-baiknya. jadikanlah seperti diri kamu, maka amanlah malaysia kembali.

 

tahniah DS Najib.

Thursday, April 2, 2009

birokrasi pemalas.

aku,”saya nak booking lori”

lelaki itu,”hah, kak azah,”sambil menunjuk perempuan di sebelahnya.

wanita ini,”kak azah,kak azah, kak azah'. sikit-sikit kak azah. takde orang lain. yang kena bambu kak azah. kak azah. kak azah. kak azah,’keluh wanita ini dengan mka selamba sambil meneliti ‘punchcard’ pekerja.

lelaki itu sengih sambil membaca suratkhabar.

aku memandang mereka berdua dengan penuh minat.

wanita ini mengabil surat yang aku beri. dicop.

aku,”bila ya saya boleh buat follow-up? isnin depan boleh?”

wanita ini,”sukahati adiklah. orang dalam yang buat kerja. bukan akak,”lelaki itu masih tersengih-sengih memandang wanita ini.

dalam hati aku,”celaka juga mamat ni. dia sedap baca paper.”

macam nilah kerja kerajaan. malas.

Bengkel Penulisan Lirik [Habsah Hassan & Siso Kopratasa]

DSC_0115 DSC_0220     DSC_0419 DSC_0431 DSC_0464 DSC_0468 

DSC_0478