Friday, November 14, 2008

belajar dari satu perkara

pembelajaran adalah perkara yang sentiasa dilakukan oleh manusia selagi dia masih hidup. bagi aku pembelajaran yang paling berkesan adalah belajar dari kesilapan diri sendiri. ia sangat berkesan untuk kita lebih menjiwai watak diri sendiri di dalam kehidupan. memang benar jika kita belajar dari yang lebih tua atau yang lebih berpengalaman ia menjadikan kita lebih selesa menempuhi kehidupan. tetapi ia akan menjadikan kita sangsi tentang makna kehidupan lebih-lebih lagi apa yang kita rasa ketika kita melakukan kesalahan atas pembelajaran kita.

cuba anda fikir bila kita melakukan kesalahan atas kesilapan sendiri, pasti kita yakin dan berazam tidak mahu melakukannya semula. ia akan menjadi satu motivasi pada diri sendiri dan ia adalah guru atau pendidik yang paling berkesan bagi manusia. manusia tidak semestinya melakukan sesuatu perkara dengan sangat sempurna. ia akan ada salah satu yang akan dicaci maki. pada dasarnya manusia akan terasa kecil apabila mereka ini dicaci maki. macam yang biasa kita rasakan, apabila kita melakukan kesilapan dan terus dipersalahkan pasti kita akan terasa kecil sangat. ia adalah kebiasaan.

pada mulanya sifat manusia yang suka akan perubahan akan membawa diri mereka ke sebuah tempat yang akan menyenangkan diri sendiri. tetapi harus diingat untuk sampai ketempat itu adalah sesuatu yang paling sakit untuk ditanggung di dunia yang penuh khayalan ini. lmrahnya manusia sering melupakan yang lama. apa yang nak dikatakan adalah menjadi apa yang nak dilakukannya. jadi sekiranya manusia mahu melakukan sesuatu pasti mereka ini akan berkata di dalam hati tentang perkara yang akan dilakukannya kemudian.



p/s : sangat sukar mahu membuat keputusan dan sangat sukar untuk kita keluar dari belenggu kesilapan yang diri sendiri lakukan......

berkesankah content filem di Malaysia?


"bolehkah filem kita adakan content yang menitikberatkan permasalahan sex, perkauman, agama, politik haluan kiri atau pro yahudi? jika ya, maka akan berkembang pesatlah filem Melayu dilitar antarabangsa" -Mamat Khalid(Filmmaker)


adakah benar apa yang dikatakan oleh Mamat Khalid. jika benar apakah industri filem kita sudah bersedia?adakah pihak kerajaan dan Finas mahukan perubahan?banyak persoalan yang ditimbul jika isu kemajuan filem Malaysia diutarakan. kenapa ya filem2 Malaysia tidak setanding dengan Hollywood? sebab utama ialah teknologi. kita memang tak mampu. jika itu faktor utama, cuba kita lihat content-content filem Hollywood yang sama dengan filem2 Malaysia seperti content yang sudah klise contohnya cinta, komedi romantis, seram, sejarah, budaya dan lain2. kenapa filem2 ini masih tidak mampu bersaing diperingkat antarabangsa?

teringat kata-kata Yasmin Ahmad ketika dia menghadiri perbincangan mengenai pengantarabangsan filem Malaysia di UiTM. Yasmin mengatakan unsur kemanusiaan adalah yang akan mengantarabangsakan filem kita. lihat sahaja filem2 beliau, sudah antarabangsa. filem2 malaysia tak mampu bersaing kerana masih kekurangan nilai kemanusiaan jika dibandingkan dengan filem2 dari Hollywood. ini benar. contohnya kita ambil filem Hollywood yang mudah iaitu filem Monster In Law (2005) arahan Robert Luketic. ia sebuah filem komedi romantis. sebuah content yang sudah klise di Malaysia. tapi garapan dan nilainya sangat terkesan di dalam jiwa penonton. sangat menghiburkan. unsur dan nilai kemanusiaannya sangat berkesan di dalam jiwa penonton. tetapi jika dibandingkan filem dari Malaysia contohnya filem Duyung, jauh panggang dari api. filem ini juga sebuah komedi romantis tetapi jiwa filem ini tidak sampai. banyak juga nilai kemanusiaan cuba disampaikan, tetapi ia dikaburi dengan komedi yang sangat bodoh. ia harus dipuji kerana mencapai box office. tapi harus ingat bahawasanya rakyat Malaysia menonton filem untuk berhibur bukan untuk fikir panjang. sebab itulah Duyung mampu capai box office. tetapi kualitinya tiada. tidak berguna jika kuantiti ada tetapi kualiti tiada. 

agaknya bila ya filem Malaysia akan mampu bersaing?bukan tiada yang mampu tetapi yang mampu itu ibarat si semut berlawan dengan si gajah. sangat kecil nilainya. walauapapun kita harus membantu industri filem kita. hormatilah filem Malaysia walau seburuk mana pun karyanya. ia tetap filem kita. wajah kita.

Thursday, November 13, 2008

pemikiran mitos kanak-kanak...



baru sahaja tadi aku mendengar berita mengenai pembunuhan seorang nenek. yang dituduhnya pembantu rumahnya yang berusia 16 tahun. amahnya sangat kecil. aku ingat kecilnya seperti kanak-kanak darjah empat. yang paling menarik aku ialah polis menangkap amah ini ketika dai baru sahaja lari dari rumah sejauh 2 KILOMETER.(taknak jauh plak amah ni lari).  nasib baik amah ini ditangkap untuk bantu siasatan maknanya belum disabitkan lagi.

cerita di atas hanya picisan semata. aku pasti akan ada dihati kalian mahu melakukan sesuatu yang ekstrem. aku mahu terbang sehebat superman. ya...aku memang impikan aku punyai kebolehan terbang diawangan. entah kenapa walaupun aku sudah menginjak dewasa namun pemikiran mitos kanak-kanak seperti ini masih lagi bermain sebagai angan-angan. aku juga percaya yang anda juga mempunyai pemikiran mitos yang tersendiri. bergayut seperti spiderman. macam-macam lagi.

setiap kali munculnya 'cuti' di dalam hidup aku, kehidupan aku mula layu. mula lah aku mengisi otak-otak aku dengan angan-angan yang tiada kesudahan. pemikiran mitos kanak-kanak. aku rasa idea yang dibawa hollywood sangat berkesan pada diri aku dan diri anda-anda juga. tapi kenapa apa yang dibawa oleh orang-orang kita susah untuk diikuti malah akan dicaci maki dan langsung tak berkesan menyerap ke dalam otak untuk dijadikan pemikiran mitos kanak-kanak.

mungkin sebab inilah aku begitu teruja apabila filem-filem superhero dari hollywood keluar. pasti aku mahu menontonnya. tak dipanggung aku akan membeli cd cetak rompak. tak mengapa jikalau aku membeli cd cetak rompak hollywood, jangan dibeli cd cetak rompak filem-filem kita sudahlah. sokonglah industri filem tempatan. walaupun sebenarnya aku begitu kecewa dengan produk industri filem tempatan namun aku tetap tegar menyokong. aku yakin satu hari nanti pasti akan ada perubahan.



filem negara Malaysia....bila nak maju?

sayang pada kekasih...

sayang, jika aku mengenali kamu dahulu pasti aku akan melupakan kamu begitu pantas. tapi sekiranya aku tak mengenali kamu pasti aku akan mencari insan seperti kamu. apa yang aku rasakan sekarang adalah aku sangat sayang pada kamu wahai kekasih. kenapa kau sering menerbitkan kesangsian yang remeh dalam sayang kita? bukan aku meremehkan kamu tetapi aku sering berkecil hati dengan apa yang kamu lakukan sejak akhir-akhir ini. bukan maksud aku mahu menidakkan kamu, tetapi aku mahu ruang untuk aku bernafas dengan bebas. izinkan aku bebas menyelami hati kau dan hati aku sendiri. 

sayang, selalu aku berkata sendirian, tegarkah aku menyayangi kau? tegarkah aku dengan pendirian kamu? tegarkah aku menempiaskan cinta kepada kamu? persoalan itu yang sering bermain difikiran aku setiap kali dirimu bermain dikepala aku. aku sangat tak mahu apa yang berlaku sebelum ini. ia sangat menyakitkan dan sangat menghibakan. aku tahu kau begitu tegar menyayangi aku. aku tahu kau begitu tegar setia pada aku. dan aku tahu juga tanpa aku kau bagaikan kehilangan. maafkan aku sayang sekiranya tingkah aku akhir-akhir ini membuatkan kamu berjauh hati dan terbang. aku tetap sayang kamu.

sayang, jika kita ditakdirkan akan bertemu lagi akan aku sematkan didalam kepala bahawa sayamg yang mengisi kekosongan hati kita akan terisi.  jika aku menegnali kamu sewaktu aku mencari kehidupan, maka akan aku meyintai dan menyayangi kamu sepenuh jiwa. maafkan aku sayang. aku cuba menerima kau seadanya. tidak terlintas niat aku mahu mengecewakan kamu. ikhlas dari jiwa seorang pencari.



rindu pada kekasih~

surrealist artwork?


The Chaos Angel


The Beckham's Legend


Tuesday, November 11, 2008

[UPDATED]komputer riba ku......

sungguh ajaib hidup ini. aku sungguh tak menyangka komputer riba ku sudah kembali pulih. nampaknya cina kopet tu cuba menipu aku. aku tanyakan masalah aku kepada seorang kenalan Melayu. dia katakan hanya masalah bateri.hahahahaha...kembali aku tersenyum menyiapkabn assignmnt dengan senang hati.







p/s : terima kasih Tuhan....kerana masih menyayangi diriku ini.....

Monday, November 10, 2008

aku punyai hati yang tegar dengan MANCHESTER UNITED!

tak kisah la apa orang nak cakap
aku memang giler fanatik ngan MU
habis fanatik
habis suma rival MU aku fuck kan
peduli ape aku
aku punya suka
yang penting hati aku puas
orang cakap
'kalo ye pun fanatik ngan MU toksah la nak fuck2'
'men bola pun tak reti nak fuck yang lain'
'cibai ko...fuck MU'
hahahahahha...
peduli ape aku ngan kata2 orang
yang penting diri aku dan MU
MU adalah kesenangan aku
mau mati aku tak tgk MU main
mau suma aku maki kalo MU kalah
sejak kecil lagi aku minat MU
aku teringat
macam mana aku fanatik nak mampus ngan MU
masa tu aku darjah empat kalo x silap aku
bapak aku time punyalah baik
belikan aku bola dan kasut bola yang ada cop MU
punya suka aku coz aku emmang suka bokla
tp time tu minat selangor
sejak tu aku mula memnyiasat apa cop yang ada kat kasut n bola aku tu
mula aku minat kt MU
time tu aku still xdapat tgk MU men
tgk kt paper jela result2 nyer
bila aku menginjak usia skola menengah
umah sebelah aku ada astro
kalo nk tgk MU men aku g la umah sebelah
itu pun x slalu coz aku dok asrama
pas hbs skola
aku mula membeli magazine MU
macam2 aku beli
sampai mak aku nak muak tgk aku baca magazine MU
akhirnya umah aku ada astro
hahahahahah
bermaharajalela lah aku tgk MU men
sampai aku gadoh ngan bapak aku bile nak tgk MU men
bapak aku x suka tgk bola
bila aku tgk bola dia marah
tp aku heran
dialah yang bertanggungjawab memfanatikkan aku terhadap bola sepak
lagi2 MU
dia yang kenalkan aku ngan MU
hahahahahahaha
bila MU men aku sanggup bersengkang mata
macam2 aku wat asalkan aku dapat MU men
x senang duduk aku tak dapat tgk MU men
heheheheheh
begitulah kisah hidup aku bersama MU
lastly....
FUCK ARSENAL
FUCK ARSENE WENGER TOO
FUCK CHELSEA
FUCK SCOLARI TOO
FUCK LIVERPOOL
FUCK BENITEZ TOO
p/s ; aku lebih rela sokong team len utk tgk kekalahan rival MU....Glory Glory Man United!

kosong yang membelakangi ku sepanjang cuti.......sungguh!!!

perkara yang aku tak suka.....cuti!
perkara yang aku tak suka.....bosan!
perkara yang aku tak suka.....tak dapat tgk MU men!(nak memberontak....)
perkara yang aku tak suka.....MU kalah!(terasa bingai....)
perkara yang aku tak suka.....stick at home!
perkara yang aku tak suka.....diperbodohkan!
perkara yang aku tak suka.....komputer riba aku rosak!

sejak cuti menjengah, aku dah tau apa yang akan berlaku pada diriku. penuh dengan kebosanan dan kepura-puraan. lagi2 komputer riba aku baru sahaja rosak (habis mengamuk aku!). mane aku tak mengamuk. ada lagi satu assignmnt belum aku siapkan. adoi....biol aku dalam beberapa hari. dah la kene melukis. aku tak punyai bakat melukis. aku tak punya bakat mengeluarkan idea-idea yang kreatif. tapi aku betul2 tak paham, kenapa lah komputer riba aku rosak dikala ini.(kalo nak rosak pas assignmnt suma siap xpela...ni tak...time2 mcm ni nak rosak...babi betol!!!!). gamaknya aku kena beli komputer riba baru semester depan.(uncle cina kopet kedai comp city tu kate "u punya supply power sudah losak maa...mother board sulah terbakar woo...better u beli laptop baru dali u mahu tuka mother board....mother board sangat mahal woo.... "). aku dah agak dah. memang makan duit betul. aku tanya sama itu cina ada tak casing hard disk. dia kata ada. aku tanya bape puluh. dia kata RM60.00. (mak aih...bapak mahal...kat pas x sampai pun rm30...lahanat betul cina kopet ni...betul2 nak makan duit aku....sekali lagi babi betol!). aku balik dengan hampa. ape punya malang la nasib aku ni. bingai........





p/s : tolong belikan akun casing hard disk....malas aku nak g pas....tolong la...assignmnt xsiap lagi ni....adoi.....

Tuesday, November 4, 2008

hanya memandang suka...


Aku suka kamu
Aku betul2 suka kamu
Debar jantungku jika aku melihat kamu
Teruja hatiku jika aku melihat kamu
Tapi aku hanya mampu menyukai kamu
Aku tak mampu mengenali kamu
Kerana jika aku mula kenal kamu
Akan terbit sayang dalam hati aku
Aku tak mampu memiliki kamu
Aku akan alpa jika kamu milik aku
Hanya aku mampu menatap wajah kamu
Yang sering bermain2 di kepala aku
Aku sangat suka kamu
Aku tidak cuba berbohong
Aku cuba tepis perasaan itu
Tapi aku x mampu
Aku menahan perasaan ini sekian lama
Terasa seperti seksa menahan hati
Aku seperti dikepung bayangan sendiri
Takut utk memulakan kata sayang
Semakin lama aku simpan
Semakin meronta suka ini
Semakin aku tepis
Semakin jijik rasanya hati
Itu sahaja yang aku mampu
Hanya menyukai kamu
Namun x bisa kata kamu
Hanya mata bisa kata kamu

Sunday, November 2, 2008

sekarang mataku lebih selesa...


kembali mataku senang memandang laman aku...
nampaknya aku lebih selesa dengan warna ini...
mataku dan fikiranku rasa lebih tenang dan nyaman...
rasa sedap dan aman...