Thursday, November 13, 2008

pemikiran mitos kanak-kanak...



baru sahaja tadi aku mendengar berita mengenai pembunuhan seorang nenek. yang dituduhnya pembantu rumahnya yang berusia 16 tahun. amahnya sangat kecil. aku ingat kecilnya seperti kanak-kanak darjah empat. yang paling menarik aku ialah polis menangkap amah ini ketika dai baru sahaja lari dari rumah sejauh 2 KILOMETER.(taknak jauh plak amah ni lari).  nasib baik amah ini ditangkap untuk bantu siasatan maknanya belum disabitkan lagi.

cerita di atas hanya picisan semata. aku pasti akan ada dihati kalian mahu melakukan sesuatu yang ekstrem. aku mahu terbang sehebat superman. ya...aku memang impikan aku punyai kebolehan terbang diawangan. entah kenapa walaupun aku sudah menginjak dewasa namun pemikiran mitos kanak-kanak seperti ini masih lagi bermain sebagai angan-angan. aku juga percaya yang anda juga mempunyai pemikiran mitos yang tersendiri. bergayut seperti spiderman. macam-macam lagi.

setiap kali munculnya 'cuti' di dalam hidup aku, kehidupan aku mula layu. mula lah aku mengisi otak-otak aku dengan angan-angan yang tiada kesudahan. pemikiran mitos kanak-kanak. aku rasa idea yang dibawa hollywood sangat berkesan pada diri aku dan diri anda-anda juga. tapi kenapa apa yang dibawa oleh orang-orang kita susah untuk diikuti malah akan dicaci maki dan langsung tak berkesan menyerap ke dalam otak untuk dijadikan pemikiran mitos kanak-kanak.

mungkin sebab inilah aku begitu teruja apabila filem-filem superhero dari hollywood keluar. pasti aku mahu menontonnya. tak dipanggung aku akan membeli cd cetak rompak. tak mengapa jikalau aku membeli cd cetak rompak hollywood, jangan dibeli cd cetak rompak filem-filem kita sudahlah. sokonglah industri filem tempatan. walaupun sebenarnya aku begitu kecewa dengan produk industri filem tempatan namun aku tetap tegar menyokong. aku yakin satu hari nanti pasti akan ada perubahan.



filem negara Malaysia....bila nak maju?

No comments: