Thursday, January 28, 2010

only one united!

waynerooneyceleb20100127_412x232

middle finger for tevez (quote from erk888)

kerajaan telah mengubah aku : ini barulah 1Malaysia!

IMG_5908

IMG_5912

IMG_5915

IMG_5934

IMG_5959

SNC00113

Government Transformation Programme

Location : Magellan Grand Ballroom Sutera Harbour, Kota Kinabalu, Sabah

Date : 20 – 23 January 2010

benar kata ini : kalau duduk kat dalam saja mana nak tahu luarnya…

IMG_0118

 IMG_1089IMG_1199

pertama kali aku mengikuti produksi luar. pengalaman yang bagus. tiga tahun lebih mendalami ilmu filem. bermacam-macam teori telah terpaksa masuk dalam kepala otak aku. makin bengong aku berfikir tatkala menonton filem-filem yang dikatakan ‘art’. entah kenapa entah aku bole terjun ke bidang ini. nak kata ‘family background’, takde sorang pun ahli-ahli MarLiSa Heritage (rujuk di Facebook) ada dalam bidang ini. kira aku boleh berbanggalah sebab generasi pertama yang menjurus ke arah bidang ‘art’ ini. memang susur galur keluarga aku tiada yang berminat atau tiada yang tahu tentang bidang ini.

aku masuk fakulti, diorang terkejut. “kau habis belajar ada kerja ke?”, “pergh, kau boleh jadi director box office!”, “kau buang tebiat ke? sekolah agama belajar filem!”, “bila nak panggil aku berlakon?”, “eh, kau belajar dengan profesor yang buat filem hampeh tu ke?”, bilanya kau nak shooting kat kampung?”.

haaa, sekarang aku dah bawa team produksi Senario Asam Garam shooting di sekitar Ijok dan Bukit Badong. satu kampung tahu. semua baru nak pandang aku.

apa-apa pun team produksi fakulti terbaik!

Sunday, January 17, 2010

pesan atok!



dengar wahai kawan-kawan dan sahabat handai...


  1. Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
  2. Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
  3. Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.
  4. Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.
  5. Apabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya.
  6. Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
  7. Percayailah cinta pandang pertama.
  8. Usah tertawakan impian orang lain.Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa. 
  9. Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini. 
  10. Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar. 
  11. Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka. 
  12. Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas. 
  13. Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin tahu?' 
  14. Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar. 
  15. Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin. 
  16. Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.  
  17. Berpeganglah kepada tiga R: Rasa hormat pada diri sendiri; Rasa hormat kepada orang lain; Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda.
  18. Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar. 
  19.  Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu. 
  20. Tersenyumlah ketika menjawab telefon.. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar. 
  21. Ada ketikanya anda perlu bersendirian. 

mencari kembali keghairahan dalam menulis.

rasa-rasanya sudah dekat 4 bulan aku biarkan MU Addict. tanpa dijaga. tanpa dijenguk. sudah merajuk agaknya MU Addict ni. entah kenapa sejak 4 bulan lepas aku sudah tidak ketagih untuk menulis apa-apa. tahu kenapa? aku tidak tahu. mungkin sebab aku semakin ketagih jadi facebooker, atau aku semakin ketagih dengan hal-hal dunia. Wallahualam.


aku tak mahu hilang ini. aku suka ber idea. aku suka berfikir. dan aku suka melihat. daripada itu aku perlu menulis. aku mahu menulis kembali!


dalam sehari boleh jadi seribu perkara. 4 bulan entah berapa perkara yang berlaku. dalam 4 bulan ini aku menjadi saksi perubahan diri. semakin hilang keyakinan. semakin hilang kesempurnaan. seperti nikmat yang selama ini aku miliki di ambil satu persatu. nak mati kah?


aku masih mencari yang hilang.


Sabah, here i come!


(^_^)