Saturday, December 27, 2008

sejuk yang membakar. . .

hangat yang dirasakan seperti angin sejuk yang menggigit.

sejuk yang dirasakan pula seperti api yang membakar.

sebelum sejuk yang membakar dan hangat yang menggigit, badan yang ditanggung manusia perlu bersedia untuk dimamah oleh kelakuan manusia itu sendiri.

hangatnya dan sejuknya sentiasa akan dapat dirasa ketika kita sendiri ingin mencari diri dalam kekalutan kehidupan.
adakah kita sedar bahawasanya apa yang kita cari ada dalam jiwa. namun ia akan tercabar sekiranya ketuanan dicabar.

kita adalah pemilik yang dilahirkan di tanahair sendiri.namun apakah kita sanggup mengorbankan apa yang kita pertahankan selama ini?

jangan dicabar ketuanan yang kita miliki. kita perlu sedar. bukan mahu menjadi tuan yang punyai hamba tetapi ia adalah pengorbanan untuk mereka juga.

fikir apa yang sepatutnya jadi milik kita.

melayu itu melayu dan akan tetap melayu selagi tanah ini kita miliki.



p/s : kami melayu bukan mahu menjadi tuan tetapi kami mahu hak kami yang telah dicerobohi.

Wednesday, December 17, 2008

otak Afdlin memang cerdik!

akhirnya dapat juga aku menonton LOS DAN FAUN. rasanya puas. rasanya perut aku betul2 ketawa. sangat bijak otak afdlin. walaupun sebenarnya filem ini banyak mengetengah watak2 yang pelik tetapi aku sangat terpegun dengan garapan dan susunan plot cerita yang sangat bijak dari afdlin. walaupun pada montaj nya seakan klise tapi aku x kisah yang penting ceritanya bukan montajnya. bagi aku filem ini harus ditonton berulang kali kerana banyak maksud yang tersirat disebalik watak dan plotnya. sekali aku menonton aku hanya ketawa dengan lawaknya. aku belum puas menonton filem ini lagi.





p/s : jum tonton!

Saturday, December 6, 2008

wahai dunia.........pasrahnya wahai kau dunia......

aku dihimpit...
aku ditekan...
aku disengal...
aku disangsi...
aku disinis...
aku di....di macam2 lagi la...ntah apa ntah yang di aku kan lagi...banyak...

malah semakin aku mempercayainya timbul satu perasaan dihati yang kosong ini kenapa aku perlu terus menghukum tanpa terus bertanya. kenapa ia perlu disegani jika memang ia sebegitu. aku masih tidak paham mana satu yang benar dan mana satu yang palsu.sungguh pasrah aku melihat keadaan yang berlaku.sungguh aku tidak tahu apa yang sebenar-benarnya yang telah berlaku.aku benar2 tidak tahu. yang ini itu.yang itu ini. mana satu yang yang betul aku pun tidak tahu. hanya dunia sahaja yang menyaksikan sebenar2nya.

wahai dunia...
kenapa....
mengapa...
apakah...
bagaimana...
dan siapa......


kenapa ia berlaku?

Tuesday, December 2, 2008

[UPDATED]retorik hidup

"dunia yang penuh dengan merapu dan di bayangi dengan masa silam yang di bawa bersama2 dengan masa sekarang"


tapi sekadar apa yang diingini di isi melalui nafsu serakah. kenapa ya manusia sanggup melakukan sedemikian setelah masa yang dialaminya berlaku sedemikian. tidak serikkah manusia ini. masakan apa yang dituruti ini adalah sebahagian daripada ego dan kebodohan yang ketara. tidak pernah terlintas untuk memikirkan masa dulu sebagai teladan tetapi di ambil sebagai pengalaman. salah tu. pengalaman dijadikan sebagai pedoman dan petunjuk kehidupan supaya tidak akan melakukan kesilapan yang sama. tetapi kenapa melakukan juga perkara yang sama detelah diri diab secara membuta dan dicaci hina secara halus.


tidak malukah dengan kami yang dianggap sebagai rakan dan juga peminta ilmu mu. mengapa sanggup menggadaikan maruah dek kerana apa yang diingini dicapai. kenapa sanggup meninggalkan kesetiaan yang suci dan menghancurkan sebuah syurga dunia.bagaimana pula dengan zuriat yang ditinggalkan. adakah tahu bahawa apa yang ditinggal akan melangsungkan kebencian dan kekejaman. siapa yang patut dipersalahkan sekiranya terkena balik kepada zuriat. sungguh kejam dan derita ini akan berlangsung sehingga tujuh generasi!


tulisan yang bermegah dengan pemikiran yang tinggi rupa2nya adalah topeng yang membelakangi kepandaiannya. segala yang dicurah seperti sia2 dek perbuatannya yang melampau dan tidak ada pemikiran. sesungguhnya manusia takkan bisa menikmati semua tanpa ikhlas dariNYA. sesungguhnya manusia tak bisa melakukan semua tanpa restu ILAHI. sesungguhnya juga manusia hanya secebis daripada kekuasaan ALLAH. sungguh kerdil manusia. takkan tak sedar yang dilakukan itu hanyalah sebuah penipuan.


fikir2kanlah dan selamat berfikir.

[UPDTAED]surrealist?



Monday, December 1, 2008

tidak kesepian aku dihimpit rasa bersalah dan kecuaian....CERITA RAMPAS SUAMI ORANG!!!

rasanya sudah lama juga aku tidak buat entri baru. maklumlah, aku dalam bulan bercuti. lagipun baru-baru ini mak aku baru sahaja selesai menjalani pembedahan kanser rahimnya.alhamdulillah selamat. agaknya aku kena lah jaga mak aku sepanjang cuti ini berlangsung.bosan sebenarnya aku dihimpit kesunyian di dalam percutian yang ada ini.sekejap sahaja aku berlagu dengan si kamal dan saufi dan juga sepupu aku apai. kami sentiasa berlagu lagu yang sama tatkala zafarullah menjadi tempat rasmi. aku dah muak dan bosan.tak tahan dengan perjalanan hidup sekarang ini.sangat membosankan.


berlagunya si kamal ini adalah sentiasa sama. tiada lagu yang baru. tapi aku agak seronok berlagu dengannya mungkin dah lama tak bersua muka. saufi kata si kamal ini semacam sombong sejak memiliki ratu hati yang sangat seksi. tetapi aku dan si saufi acap kali berlagu dan berirama mengikut gerak hati yangb sentiasa inginkan kelainan dalam berkarya.aku senang dengan mereka. si arham pula dengar kata mahu melangsungkan dirinya ditabalkan sebagai raja sehari. tapi aku tak dengar lagi khabar seterusnya apa yang dia beri.
ada satu berita yang buatkan aku benar2 menyampah dan meluat serta terasa hilang respect aku terhadap orang ini!aku rasa semua ini berpunca dari seorang perempuan ini.berani aku katakan yang dia yang menggoda lelaki yang telah beristeri dan beranak 2+.meluat aku lihat peranagai dia.kenapa sanggup hilangkan maruah diri untuk merampas suami orang sedangkan kau tahu dia macam seorang bapa kepada kau. dan dia juga pendidik kau!kau tak rasa bersalah ke melakukan perkara yang paling hina di dunia ini?aku selalu mengatakan 'pukimak' kepada orang yang mempunyai perangai begini. sebelum aku kenal si betina tiada maruah ini, aku dengar dia memang suka kepada lelaki yang sudah berumahtangga atau lelaki yang tua. tak sangka pulak aku dia sanggup untuk melakukan perkara yang terkutuk ini.aku jatuh simpati terhadap si suami ini. dia dipergunakan. dan bila dingatkan kembali tak tahu pula siapa yang betul dan siapa yang salah. biarlah keadaan yang menentukan.kepada si isteri aku harap dia tabah sebab dia memang seorang yang setia.
p/s : dunia yang penuh dengan kemeluatan......

Friday, November 14, 2008

belajar dari satu perkara

pembelajaran adalah perkara yang sentiasa dilakukan oleh manusia selagi dia masih hidup. bagi aku pembelajaran yang paling berkesan adalah belajar dari kesilapan diri sendiri. ia sangat berkesan untuk kita lebih menjiwai watak diri sendiri di dalam kehidupan. memang benar jika kita belajar dari yang lebih tua atau yang lebih berpengalaman ia menjadikan kita lebih selesa menempuhi kehidupan. tetapi ia akan menjadikan kita sangsi tentang makna kehidupan lebih-lebih lagi apa yang kita rasa ketika kita melakukan kesalahan atas pembelajaran kita.

cuba anda fikir bila kita melakukan kesalahan atas kesilapan sendiri, pasti kita yakin dan berazam tidak mahu melakukannya semula. ia akan menjadi satu motivasi pada diri sendiri dan ia adalah guru atau pendidik yang paling berkesan bagi manusia. manusia tidak semestinya melakukan sesuatu perkara dengan sangat sempurna. ia akan ada salah satu yang akan dicaci maki. pada dasarnya manusia akan terasa kecil apabila mereka ini dicaci maki. macam yang biasa kita rasakan, apabila kita melakukan kesilapan dan terus dipersalahkan pasti kita akan terasa kecil sangat. ia adalah kebiasaan.

pada mulanya sifat manusia yang suka akan perubahan akan membawa diri mereka ke sebuah tempat yang akan menyenangkan diri sendiri. tetapi harus diingat untuk sampai ketempat itu adalah sesuatu yang paling sakit untuk ditanggung di dunia yang penuh khayalan ini. lmrahnya manusia sering melupakan yang lama. apa yang nak dikatakan adalah menjadi apa yang nak dilakukannya. jadi sekiranya manusia mahu melakukan sesuatu pasti mereka ini akan berkata di dalam hati tentang perkara yang akan dilakukannya kemudian.



p/s : sangat sukar mahu membuat keputusan dan sangat sukar untuk kita keluar dari belenggu kesilapan yang diri sendiri lakukan......

berkesankah content filem di Malaysia?


"bolehkah filem kita adakan content yang menitikberatkan permasalahan sex, perkauman, agama, politik haluan kiri atau pro yahudi? jika ya, maka akan berkembang pesatlah filem Melayu dilitar antarabangsa" -Mamat Khalid(Filmmaker)


adakah benar apa yang dikatakan oleh Mamat Khalid. jika benar apakah industri filem kita sudah bersedia?adakah pihak kerajaan dan Finas mahukan perubahan?banyak persoalan yang ditimbul jika isu kemajuan filem Malaysia diutarakan. kenapa ya filem2 Malaysia tidak setanding dengan Hollywood? sebab utama ialah teknologi. kita memang tak mampu. jika itu faktor utama, cuba kita lihat content-content filem Hollywood yang sama dengan filem2 Malaysia seperti content yang sudah klise contohnya cinta, komedi romantis, seram, sejarah, budaya dan lain2. kenapa filem2 ini masih tidak mampu bersaing diperingkat antarabangsa?

teringat kata-kata Yasmin Ahmad ketika dia menghadiri perbincangan mengenai pengantarabangsan filem Malaysia di UiTM. Yasmin mengatakan unsur kemanusiaan adalah yang akan mengantarabangsakan filem kita. lihat sahaja filem2 beliau, sudah antarabangsa. filem2 malaysia tak mampu bersaing kerana masih kekurangan nilai kemanusiaan jika dibandingkan dengan filem2 dari Hollywood. ini benar. contohnya kita ambil filem Hollywood yang mudah iaitu filem Monster In Law (2005) arahan Robert Luketic. ia sebuah filem komedi romantis. sebuah content yang sudah klise di Malaysia. tapi garapan dan nilainya sangat terkesan di dalam jiwa penonton. sangat menghiburkan. unsur dan nilai kemanusiaannya sangat berkesan di dalam jiwa penonton. tetapi jika dibandingkan filem dari Malaysia contohnya filem Duyung, jauh panggang dari api. filem ini juga sebuah komedi romantis tetapi jiwa filem ini tidak sampai. banyak juga nilai kemanusiaan cuba disampaikan, tetapi ia dikaburi dengan komedi yang sangat bodoh. ia harus dipuji kerana mencapai box office. tapi harus ingat bahawasanya rakyat Malaysia menonton filem untuk berhibur bukan untuk fikir panjang. sebab itulah Duyung mampu capai box office. tetapi kualitinya tiada. tidak berguna jika kuantiti ada tetapi kualiti tiada. 

agaknya bila ya filem Malaysia akan mampu bersaing?bukan tiada yang mampu tetapi yang mampu itu ibarat si semut berlawan dengan si gajah. sangat kecil nilainya. walauapapun kita harus membantu industri filem kita. hormatilah filem Malaysia walau seburuk mana pun karyanya. ia tetap filem kita. wajah kita.

Thursday, November 13, 2008

pemikiran mitos kanak-kanak...



baru sahaja tadi aku mendengar berita mengenai pembunuhan seorang nenek. yang dituduhnya pembantu rumahnya yang berusia 16 tahun. amahnya sangat kecil. aku ingat kecilnya seperti kanak-kanak darjah empat. yang paling menarik aku ialah polis menangkap amah ini ketika dai baru sahaja lari dari rumah sejauh 2 KILOMETER.(taknak jauh plak amah ni lari).  nasib baik amah ini ditangkap untuk bantu siasatan maknanya belum disabitkan lagi.

cerita di atas hanya picisan semata. aku pasti akan ada dihati kalian mahu melakukan sesuatu yang ekstrem. aku mahu terbang sehebat superman. ya...aku memang impikan aku punyai kebolehan terbang diawangan. entah kenapa walaupun aku sudah menginjak dewasa namun pemikiran mitos kanak-kanak seperti ini masih lagi bermain sebagai angan-angan. aku juga percaya yang anda juga mempunyai pemikiran mitos yang tersendiri. bergayut seperti spiderman. macam-macam lagi.

setiap kali munculnya 'cuti' di dalam hidup aku, kehidupan aku mula layu. mula lah aku mengisi otak-otak aku dengan angan-angan yang tiada kesudahan. pemikiran mitos kanak-kanak. aku rasa idea yang dibawa hollywood sangat berkesan pada diri aku dan diri anda-anda juga. tapi kenapa apa yang dibawa oleh orang-orang kita susah untuk diikuti malah akan dicaci maki dan langsung tak berkesan menyerap ke dalam otak untuk dijadikan pemikiran mitos kanak-kanak.

mungkin sebab inilah aku begitu teruja apabila filem-filem superhero dari hollywood keluar. pasti aku mahu menontonnya. tak dipanggung aku akan membeli cd cetak rompak. tak mengapa jikalau aku membeli cd cetak rompak hollywood, jangan dibeli cd cetak rompak filem-filem kita sudahlah. sokonglah industri filem tempatan. walaupun sebenarnya aku begitu kecewa dengan produk industri filem tempatan namun aku tetap tegar menyokong. aku yakin satu hari nanti pasti akan ada perubahan.



filem negara Malaysia....bila nak maju?

sayang pada kekasih...

sayang, jika aku mengenali kamu dahulu pasti aku akan melupakan kamu begitu pantas. tapi sekiranya aku tak mengenali kamu pasti aku akan mencari insan seperti kamu. apa yang aku rasakan sekarang adalah aku sangat sayang pada kamu wahai kekasih. kenapa kau sering menerbitkan kesangsian yang remeh dalam sayang kita? bukan aku meremehkan kamu tetapi aku sering berkecil hati dengan apa yang kamu lakukan sejak akhir-akhir ini. bukan maksud aku mahu menidakkan kamu, tetapi aku mahu ruang untuk aku bernafas dengan bebas. izinkan aku bebas menyelami hati kau dan hati aku sendiri. 

sayang, selalu aku berkata sendirian, tegarkah aku menyayangi kau? tegarkah aku dengan pendirian kamu? tegarkah aku menempiaskan cinta kepada kamu? persoalan itu yang sering bermain difikiran aku setiap kali dirimu bermain dikepala aku. aku sangat tak mahu apa yang berlaku sebelum ini. ia sangat menyakitkan dan sangat menghibakan. aku tahu kau begitu tegar menyayangi aku. aku tahu kau begitu tegar setia pada aku. dan aku tahu juga tanpa aku kau bagaikan kehilangan. maafkan aku sayang sekiranya tingkah aku akhir-akhir ini membuatkan kamu berjauh hati dan terbang. aku tetap sayang kamu.

sayang, jika kita ditakdirkan akan bertemu lagi akan aku sematkan didalam kepala bahawa sayamg yang mengisi kekosongan hati kita akan terisi.  jika aku menegnali kamu sewaktu aku mencari kehidupan, maka akan aku meyintai dan menyayangi kamu sepenuh jiwa. maafkan aku sayang. aku cuba menerima kau seadanya. tidak terlintas niat aku mahu mengecewakan kamu. ikhlas dari jiwa seorang pencari.



rindu pada kekasih~

surrealist artwork?


The Chaos Angel


The Beckham's Legend


Tuesday, November 11, 2008

[UPDATED]komputer riba ku......

sungguh ajaib hidup ini. aku sungguh tak menyangka komputer riba ku sudah kembali pulih. nampaknya cina kopet tu cuba menipu aku. aku tanyakan masalah aku kepada seorang kenalan Melayu. dia katakan hanya masalah bateri.hahahahaha...kembali aku tersenyum menyiapkabn assignmnt dengan senang hati.







p/s : terima kasih Tuhan....kerana masih menyayangi diriku ini.....

Monday, November 10, 2008

aku punyai hati yang tegar dengan MANCHESTER UNITED!

tak kisah la apa orang nak cakap
aku memang giler fanatik ngan MU
habis fanatik
habis suma rival MU aku fuck kan
peduli ape aku
aku punya suka
yang penting hati aku puas
orang cakap
'kalo ye pun fanatik ngan MU toksah la nak fuck2'
'men bola pun tak reti nak fuck yang lain'
'cibai ko...fuck MU'
hahahahahha...
peduli ape aku ngan kata2 orang
yang penting diri aku dan MU
MU adalah kesenangan aku
mau mati aku tak tgk MU main
mau suma aku maki kalo MU kalah
sejak kecil lagi aku minat MU
aku teringat
macam mana aku fanatik nak mampus ngan MU
masa tu aku darjah empat kalo x silap aku
bapak aku time punyalah baik
belikan aku bola dan kasut bola yang ada cop MU
punya suka aku coz aku emmang suka bokla
tp time tu minat selangor
sejak tu aku mula memnyiasat apa cop yang ada kat kasut n bola aku tu
mula aku minat kt MU
time tu aku still xdapat tgk MU men
tgk kt paper jela result2 nyer
bila aku menginjak usia skola menengah
umah sebelah aku ada astro
kalo nk tgk MU men aku g la umah sebelah
itu pun x slalu coz aku dok asrama
pas hbs skola
aku mula membeli magazine MU
macam2 aku beli
sampai mak aku nak muak tgk aku baca magazine MU
akhirnya umah aku ada astro
hahahahahah
bermaharajalela lah aku tgk MU men
sampai aku gadoh ngan bapak aku bile nak tgk MU men
bapak aku x suka tgk bola
bila aku tgk bola dia marah
tp aku heran
dialah yang bertanggungjawab memfanatikkan aku terhadap bola sepak
lagi2 MU
dia yang kenalkan aku ngan MU
hahahahahahaha
bila MU men aku sanggup bersengkang mata
macam2 aku wat asalkan aku dapat MU men
x senang duduk aku tak dapat tgk MU men
heheheheheh
begitulah kisah hidup aku bersama MU
lastly....
FUCK ARSENAL
FUCK ARSENE WENGER TOO
FUCK CHELSEA
FUCK SCOLARI TOO
FUCK LIVERPOOL
FUCK BENITEZ TOO
p/s ; aku lebih rela sokong team len utk tgk kekalahan rival MU....Glory Glory Man United!

kosong yang membelakangi ku sepanjang cuti.......sungguh!!!

perkara yang aku tak suka.....cuti!
perkara yang aku tak suka.....bosan!
perkara yang aku tak suka.....tak dapat tgk MU men!(nak memberontak....)
perkara yang aku tak suka.....MU kalah!(terasa bingai....)
perkara yang aku tak suka.....stick at home!
perkara yang aku tak suka.....diperbodohkan!
perkara yang aku tak suka.....komputer riba aku rosak!

sejak cuti menjengah, aku dah tau apa yang akan berlaku pada diriku. penuh dengan kebosanan dan kepura-puraan. lagi2 komputer riba aku baru sahaja rosak (habis mengamuk aku!). mane aku tak mengamuk. ada lagi satu assignmnt belum aku siapkan. adoi....biol aku dalam beberapa hari. dah la kene melukis. aku tak punyai bakat melukis. aku tak punya bakat mengeluarkan idea-idea yang kreatif. tapi aku betul2 tak paham, kenapa lah komputer riba aku rosak dikala ini.(kalo nak rosak pas assignmnt suma siap xpela...ni tak...time2 mcm ni nak rosak...babi betol!!!!). gamaknya aku kena beli komputer riba baru semester depan.(uncle cina kopet kedai comp city tu kate "u punya supply power sudah losak maa...mother board sulah terbakar woo...better u beli laptop baru dali u mahu tuka mother board....mother board sangat mahal woo.... "). aku dah agak dah. memang makan duit betul. aku tanya sama itu cina ada tak casing hard disk. dia kata ada. aku tanya bape puluh. dia kata RM60.00. (mak aih...bapak mahal...kat pas x sampai pun rm30...lahanat betul cina kopet ni...betul2 nak makan duit aku....sekali lagi babi betol!). aku balik dengan hampa. ape punya malang la nasib aku ni. bingai........





p/s : tolong belikan akun casing hard disk....malas aku nak g pas....tolong la...assignmnt xsiap lagi ni....adoi.....

Tuesday, November 4, 2008

hanya memandang suka...


Aku suka kamu
Aku betul2 suka kamu
Debar jantungku jika aku melihat kamu
Teruja hatiku jika aku melihat kamu
Tapi aku hanya mampu menyukai kamu
Aku tak mampu mengenali kamu
Kerana jika aku mula kenal kamu
Akan terbit sayang dalam hati aku
Aku tak mampu memiliki kamu
Aku akan alpa jika kamu milik aku
Hanya aku mampu menatap wajah kamu
Yang sering bermain2 di kepala aku
Aku sangat suka kamu
Aku tidak cuba berbohong
Aku cuba tepis perasaan itu
Tapi aku x mampu
Aku menahan perasaan ini sekian lama
Terasa seperti seksa menahan hati
Aku seperti dikepung bayangan sendiri
Takut utk memulakan kata sayang
Semakin lama aku simpan
Semakin meronta suka ini
Semakin aku tepis
Semakin jijik rasanya hati
Itu sahaja yang aku mampu
Hanya menyukai kamu
Namun x bisa kata kamu
Hanya mata bisa kata kamu

Sunday, November 2, 2008

sekarang mataku lebih selesa...


kembali mataku senang memandang laman aku...
nampaknya aku lebih selesa dengan warna ini...
mataku dan fikiranku rasa lebih tenang dan nyaman...
rasa sedap dan aman...

Friday, October 31, 2008

semester empat di fakulti.....

  1. setiap kali aku masuk kelas ni, pasti aku akan lihat koleksi barang kemas yang menghiasi tubuhnya. dari tudungnya yang berbunga2. dia punya neklace. baju dia berbunga2. jari jemarinya yang tidak kurang dari 5 cincin yang gedabak besar (kalau x silap akulah). macam ak datin aku tgk. suka sangat expose barang kemas. jelek aku tgk. kelas pun boring. aku hantar assignmnt utk subjek ni dua kali kene reject. macam 'hawau' (bak kata uyah). dia lah salah satu contoh rtm sangat memboringkan~PENULISAN SKRIP RADIO.
  2. pertama kali aku menjejak kaki ke kelas dia ni, aku semacam tak suke. dari permulaan ceritanya, aku tau dia ni betul2 materialistik. terlalu keduniaan. suka sangat mengutuk bdk2 kelas aku secara live. adoi. aku kadang2 terkena gak. tapi yang paling slalu kena zul. dia yang jd mangsa tiap kali kelas. aku rasa subjek ini mudah. tapi dia buat subjek ni susah nak lulus. ramai gak senior aku yang gagal subjek ni. boleh plak dia kata majoriti kelas aku ni akan repeat paper ni sem depan. berbulu jer aku dengar. macam hawau!~COPYWRITING
  3. sudah 4 semester berturut2 aku bersama pak agi. aku senang belajar dengannya. tiap kali kelas pasti ada kata2 tentang kehidupan dari dia. aku suka dengar. apa2 pun aku senang tiap kali hadir ke kelasnya.~PENULISAN LIRIK
  4. kelas yang banyak melukis. aku benci melukis sebab aku tak punya bakat utk melukis. sem lepas aku ada kelas ngn dia. assignmnt pun x banyak dia bagi. tapi sem ni dia bagi banyak plak assignmnt. kelam kabut aku melukis. walau macam haram aku lukis, dia terima gak. kerana assignmnt dialah aku mengalami kemalangan selepas menghantar tugasan ke bilik dia.~STORYBOARD
  5. sebelum aku belajar dengan dia, aku punyai pengalaman shooting bersama dengan dia. apa yang aku boleh cakap, diasangat hebat. aku sukadia walau pun aku lihat dia seperti dipinggirkan di dunia seni.ktika hadir ke kelas nya, dia sangat mementing jiwa melayu. tapi sayang, aku hanya belajar dengan dia separuh jalan sahaja kerana dia telah menerima tawaran dari aswara menjadi timbalan reaktor. so kelas ini di takeover oleh prnsyarah tutorial.~FALSAFAH SENI PERSEMBAHAN
  6. sem lepas aku ada kelas dgn dia. sem ni ada gak. dua2 jatuh pada hari jumaat kelas dia. senang juga belajar dengan dia. subjek ini agak mencabar kengantukan dalam kelas sebab setiap kali penayangan file, pasti aku tertidur kerana x berapa nak paham filem2 yang ditayangkan. biasalah, karya eksperimental memang macam tu.~EKSPERIMENTASI KARYAWAN
  7. kelas kadang ada kadang xde. pensyarah ni part time jer. tapi bapak dia full time lecturer kt teka. suka2 hati dia nak wat kelas bile2. ramai rakan2 aku gagal hadir kelas dia. selalunya dia akan lambat 45 minit datang ke kelas. satu hari tu hanya 8 orang shaja yang hdir ke kelas dia. habis mengamuk dia.hahhahaha.......terus dia cepatkan test mgu depannya.~LAW & PERFORMING ARTS

p/s : sem depan aku bakal sibuk dan pecah sebab kene pikir tesis, praktikal, black box dan banyak lagi.....sudah tahu suasana semester depan...

Wednesday, October 29, 2008

Tanpa Arah Tuju Short Film By fariziskan

dipeluk oleh kesunyian....

sejuk.

termangu.

terpinggir.

tegang.


perasaan yang aku rasa ketika sedang duduk memikirkan pasal mimpi dan makna. perasaan yang aku rasa seperti sesuatu yang cuba menidakkan diri sendiri bahawa apa yang aku lakukan seperti sia-sia. tidak pernah aku rasa bahawa apa yang aku lakukan adalah sesuatu yang akan berjaya.

tegang rasanya jika sering memikirkan hal ini. sejuk mengecut jika selalu disogok hal ini. terpinggir diri jika dipeluk oleh kesunyian. termangu seperti orang gila yang tiada tujuan.

tapi apa yang dirasakan seperti malam yang terang tanpa apa-apa yang difikirkan. tapi kita sering terpinggir dengan makhluk yang palat.








p/s : palat sungguh hidup ini. seperti pantat yang menusuk.

Monday, October 27, 2008

bakat mangu~


"bakat itu tidak turun pada orang yang mahu,
tapi ia turun pada orang mangu "

ketika aku diajak oleh kakak aku pergi ke down town, aku macam berbelah bagi. dari pukul 5 petang aku online semata-mata mahu menunggu seseorang. jam menunjukkan jam 12 something.entah kenapa mata aku seperti menunjukkan riak setuju. aku terus off laptop. tiba-tiba maxis aku masuk mesej. "nape out?" .alamak. aku serba salah.aku off je dia online. rasa hampeh sangat. aku replay mesej itu seringkas mungkin.just aku bagi tau mahu online kembali sekembalinya aku ke rumah. aku turun dari tingkat 11.fuh, aku memang gayat giler.jejak tanah aku lega dan terus menuju ke kereta.

perjalanan ke down town tak la lama sangat. tapi semasa perjalanan ke sana aku sangat tertarik dengan gaya-gaya geng rempit. sungguh aku bengkek giler tgk budak2 rempit ni. macam bagus. dalam lubuk hati aku mahu sahaja aku turunkan tingkap dan jerit
"fuck rempit" sambil jari kiri aku menunjukkan isyarat lucah. sampai jugak ke down town yang tak pernah aku jejaki. macam teruja la sangat. berjalan2 sambil mata aku memandang banyak barangan yang aku mahu beli. tapi bila teringatkan jumlah wang di dompet aku, aku jadi simpati pada diri sendiri. nak beli beg yang dijual rm10 pun tak cukup. aku gagahkan mata aku untuk melihat semua. ada sesuatu yang betul2 menghiburkan aku di down town. tiba2 semasa aku sedang membelek2 sebuah minyak wangi aku terdengar koleksi lagu2 yang aku suka. lagu Matta-Jatuh Cinta Lagi. aku baru nak layan lagu ni, tapi bila vokal masuk, sungguh aku x sangka. suara budak. mula2 aku sangkakan lagu itu hanya putaran komputer yang telah di edit. tapi aku sangsi kerana keramaian mula bersorak seperti sangat teruja melihat prsembahan tersebut. aku ingat kt pentas tu tak da orang buat persembahan. leher aku mula memanjang kerana mahu melihat siapa kah gerangan yang menyanyikan lagu Matta ini. wah2...sungguh aku tak sangka. memang betul budak kecil yang menyanyikan lagu ini. aku ingat budak ini dalam umur 5 or 6 tahun kot.dia punya ligat atas pentas sebijik macam artis dewasa profesional.dan gaya nyanyian seperti playboy berpengalaman. dia bukan berkaraoke tapi dia hafal lirik lagu tu. sungguh aku respect ini budak kicik! aku menonton dengan senyuman yang manis.hahahahahahahaha....budak kecil ini dapat tepukan yang sangat gemuruh.aku terus beredar.jalan2 aku pun blah. kakak aku mengajak pula pergi ke danau kota.aku ikut ajelah.

perjalan ke danau kota adalah dalam 20 min.time tu mata aku dh memang rabak. tak tau kenapa. selalu aku dapat tahan. tapi kali ini ada semacam jampi yang mengantukkan aku. aku melangkah masuk ke danau kota. ini tempat juga 1st time aku masuk. terujalah sangat aku. seperti apa yang aku lakukan di down town. lihat2 sahaja. di sini juga aku tertarik dengan sesuatu. pertamanya kakak aku mengajak aku masuk ke dalam kedai haiwan kesayangan.dari jauh aku sudah nampak seekor kucing yang sangat comel dan nampak seperti sedang bermalas-malasn duduk di dalam sangkar. aku lajukan langkah aku. masuk terus dan aku mula menggosok2 kucing itu. aku bertanyakan kepada kakak aku, kucing untuk dijual ke?kakak aku pun tak tahu untuk dijual atau tidak.geram aku tengok kucing ni. walaupun terdapat 3 ekor lagi kucing di dalam kedai itu, tapi aku paling geram dgn kucing yang aku lihat ini. ada juga tedapat haiwan2 eksotik seperti ular sawa dan apa ntah.hamster pun ada.setelah puas melihat kucing yang digeramkan itu aku pun blah.sambung balik lihat2 dan pandang sahaja.

perkara kedua yang menarik perhatian aku. aku dengar lagu Saleem dinyanyikan. suara memang sebijik macam Saleem. so aku tak heranlah sebab yang lihat persembahan itu ramai. aku memang ingat betul2 Saleem yang nyanyi. so aku buat tak endah sahaja. tapi bila aku semakin dekat dengan pentas, aku ada dengar penonton menjerit
"cayalah macha!" "macha, satu lagi lagu!" "macha, esok deepavali lu talak laya ka?". aku pun megalihkan pandangan ke atas pentas. aku lihat seorang lelaki berbangsa india sedang melayan penonton. aku lihat dengan bersahaja. sebelum dia mahu menyanyi dia menjerit "tolong jangan curang dengan lelaki!". tiba masuk vokalnya, sekali lagi aku sangat terkejut.punyalah sedap suara macha ni. sebijik macam Saleem, serak2 basah. rupa2nya yang nyanyi lagu saleem tadi dialah!wah....sangat teruja. dalam hati aku macha ini boleh join Alleycats. wa cakapo samalu....dia punye suara sebijik macam orang melayu. kalo tak pandang sape yang nyanyi confirm memang ingat orang melayu. respect wa sama ini macha! selepas itu aku terus keluar dari danau kota.

jam aku lihat sduag pukul 1 lebih. kakak aku ajak makan lak. aku layankan aje sebab aku tgk adik2 aku dh kebulur. entah mane entah tunang kakak aku bawa. tempat makan tu memang punyalah ramai umat. kakak aku cakap yang lepak kat sini semua budak2 TAR College.patutla ramai.tempat dah la kotor.aku menolak ajakan kakak aku utk order makanan.aku nk minum jer coz x selera makan kt situ. kotor!dah la semua kene layan diri.aku pergi ke kaunter air.ada 6 air yang mahu aku order.aku lihat di kaunter air, sudah tersedia air2 yang di isi air teh o, milo dan macam2 lagi. air2 ini di isi setengah cawan. lepas tu dibiarkan terdedah. pergh...aku pikir ntah bersih tak air minuman ni.aku paksakan jugak beli.awek yang jaga kaunter ni aku tgk senang giler kerja dia.tinggal tambah ais dalam air2 yang terdedah tadi.aku pasrah jer minum air sirap limau.kakak aku order char kew teow. adik aku makan x habis, so aku kenela habiskan. sumpah tak sedap langsung!aku rasa lagi sedap char kew teow TTDI Shah Alam.aku pikir macam mane lah budak2 TAR College ni boleh selera makan kt situ. kandang pun x kotor macam ni. at least kat kandang ada gak selera nak makan. ni hampeh!pas makan aku terus blah!sumpah taknak makan kt sini lagi.

dalam kereta perjalan balik aku mesej kt orang yang aku tunggu nk online tadi.
"online lagi x?". dia katakan sudah tutup laptop coz katanya lama sangat tunggu aku.lantaklah. dalam otak aku sudah berkira2 utk tulis entri ini. sebelum sampai ke rumah, sekali lagi terserempak dengan sekumpulan beruk rempit.sungguh menyusahkan orang!

apa yang aku cuba mahu sampaikan di dalam entri ini ialah terjumpanya aku dua bakat yang berbeza. pertama seorang budak berumur 5 or 6 menyanyi seperti orang dewasa dam keduanya seorang india yang menyanyi seperti seorang melayu. sangat aku kagum.sekian terima kasih.





p/s : mata aku sudah rabak sangat....macam nak kene 'timbilen'

Saturday, October 25, 2008

"Tanpa Arah Tuju" By fariziskan...


adakah ini satu retorik?

adakah ini sebuah kehidupan?

adakah ini sebuah kejangalan?

adakah ini sebuah kebencian?

adakah ini sebuah puisi?

adakah ini sebuah kemanisan?

apakah yang anda dapat tafsirkan tentang ganbar ini?


gambar ini telah aku hasilkan ketika jiwa aku begitu kosong. aku hasilkan ketika mendengar kawan2 aku sedang presentation law. aku meminta sehelai kertas daripada nisa. dan aku tulis menari2 kan jari ku bersama pena aku. aku menggaris2 sehingga lah terbentuk nya lukisan ini. aku pun xtahu ia akan jadi seperti ini.


lukisan ini adalah jiwa aku~

Tuesday, October 21, 2008

retorik aku sebagai seorang pelajar....

"Retorik merupakan seni atau teknik memujuk melalui bahasa lisan, visual atau tulisan. Definisi retorik sudah diperluas sejak retorik dijadikan satu bidang kajian di universiti. Oleh itu, retorik klasik berbeza dengan retorik kontemporari yang turut melibatkan analisis teks tulisan dan visual."

secara retoriknya, kehidupan aku penuh dengan keretorikan (entah ada x istilah keretorikan ni dlm dewan bahasa). aku banyak berfikir mengenai bahasa yang perlu aku tuturkan setiap hari. aku pening memikirkan hal ini. aku seperti tiada keyakinan untuk menuturkan kata2 kerana aku sedar retorik kata-kata aku selalu tidak kena pada tempatnya. sering saja aku terdiam apabila menyertai sesuatu kelompok. aku cube utk mempelajari retorik kehidupan mereka tetapi aku rasa xbleh. sebab tu aku hanya diam saja jika aku menyertai sesuatu kelompok retorik yang baru.aku memang janggal jika bertemu dengan gaya retorik lain yang baru. retorik aku mcm mengambil masa utk menerima gaya retorik yang lain.

rasanya disekeliling aku suma tidak sedar kehidupan adalah pemujukan. seperti makna retorik itu juga. manusia sangatlah fleksibel. mereka mampu buat apa saj dlm kehidupan.tapi perbuatan mereka dibataskan TUHAN. seperti aku juga. aku mampu melakukan semua perkara. cuma aku tiada keyakinan utk menterjemahkan makna retorik dlm kehidupan. aku mahu tahu semua perkara tetapi tahap retorik aku belum sampai tahap yang diharapkan. cara retorik aku tidak boleh diterima oleh orang sekeliling.

aku selalu mengharapkan apa yang aaku lakukan akan menjadi suatu retorik yang sangat hebat. harapan adalah suatu yang mebawa kepada apa yang kita impikan,









p/s : kita selalu mengharapkan impian menjadi kenyataan.....

Monday, October 20, 2008

Al-Quran masih SUCI sehingga kiamat walaupun si kafir laknat mengotorkan nya...


anda perhatikan betul2 ayat2 di atas. ia nampak seperti ayat2 Al-Quran.YANG PASTI INI BUKANNYA AYAT AL-QURAN!!!!!!!!

tolong jangan benarkan diri anda diperbodohkan kafir laknat. tgk betul2...

ini adalah agenda Kristian. mereka mahu umat Islam murtad. jangan terpedaya. memang ia nampak cantik untuk dijadikan hiasan dinding dirumah anda. tapi ingat, ia bukan ayar al-Quran tetapi ia sebenanya ayat2 dr Bible.

menurut sumber yang aku percayai, bermula 21 Ogos 2006, sebuah gereja di Damansara telah mengedarkan kitab injil di dalam bahasa melayu yang dinamakan AL_KITAB. jangan anda terpedaya. selain itu terdapat juga 3 jenis air mineral yang juga telah diedarkan di pasaran. air mineral tersebut adalah BESTARI, AL-BARAKAH, AL-MANSUR. 3 jenis air mineral ini telah dicampur dengan HOLY WATER (air jampi kristian). dikatakan MUSLIM yang terminum holy water, dia tidak akan berupaya mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH!ingat jgn ambil walau diberi percuma......




p/s: banyak dah muslim2 yg telah dimurtadkan...jangan anda tergolong seperti mereka...amin!!!!

Tuesday, October 14, 2008

kepenatan dalam bercinta


penat nya kalau kita sering bercakap tentang cinta.
penat otak.
terseksa akal.
tersepit hati.

penatnya kalau kita sering lupa tentang cinta.
terseksa jiwa.
terselubung diri.
terperangkap kata-kata.

penatnya kalau kita bermain tentang cinta.
rasa tertipu hati.
rasa terkena jiwa.
rasa tertekan akal.


penatnya kalau kita asyik bercinta dan bercanda.
tanpa tahu pengakhiran cinta.
tanpa tahu makna cinta.
tanpa tahu sucinya cinta

penatnya kalau tidak mengenal cinta sejati.
sering terluka.
sering dipermainkan.
sering diberi janji kosong.

penatnya...
sungguh cinta itu penat!

Monday, October 13, 2008

kisah keinsafan yang tiada kemaafan...


Aku tidak tahu dimana berada. Meski sekian banyak manusia berada disekelilingku, namun aku tetap merasa sendiri dan ketakutan. Aku masih bertanya dan terus bertanya, tempat apa ini, dan buat apa semua manusia dikumpulkan. Mungkinkah, ah aku tidak mau mengira-ngira.

Rasa takutku makin menjadi-jadi, tatkala seseorang yang tidak pernah kukenal sebelumnya mendekati dan menjawab pertanyaan hatiku. "Inilah yang disebut Padang Mahsyar," suaranya begitu menggetarkan jiwaku. "Bagaimana ia bisa tahu pertanyaanku," batinku. Aku menggigil, tubuhku terasa lemas, mataku tegang mencari perlindungan dari seseorang yang kukenal.

Kusaksikan langit menghitam, sesaat kemudian bersinar kemilauan. Bersamaan dengan itu, terdengar suara menggema. Aku baru sadar, inilah hari penentuan, hari dimana semua manusia akan menerima keputusan akan balasan dari amalnya selama hidup didunia. Hari ini pula akan ditentukan nasib manusia selanjutnya, surgakah yang akan dinikmati atau adzab neraka yang siap menanti.

Aku semakin takut. Namun ada debar dalam dadaku mengingat amal-amal baikku didunia. Mungkinkah aku tergolong orang-orang yang mendapat kasih-Nya atau jangan-jangan .........

Aku dan semua manusia lainnya masih menunggu keputusan dari Yang menguasai hari pembalasan. Tak lama kemudian, terdengar lagi suara menggema tadi yang mengatakan, bahwa sesaat lagi akan dibacakan daftar manusia-manusia yang akan menemani Rasulullah SAW di surga yang indah. Lagi-lagi dadaku berdebar, ada keyakinan bahwa namaku termasuk dalam daftar itu, mengingat banyaknya infaq yang aku sedekahkan. Terlebih lagi, sewaktu didunia aku dikenal sebagai juru dakwah. "Kalaulah banyak orang yang kudakwahi masuk surga, apalagi aku," pikirku mantap.

Akhirnya, nama-nama itupun mulai disebutkan. Aku masih beranggapan bahwa namaku ada dalam deretan penghuni surga itu, mengingat ibadah-ibadah dan perbuatan-perbuatan baikku. Dalam daftar itu, nama Rasulullah Muhammad SAW sudah pasti tercantum pada urutan teratas, sesuai janji Allah melalui Jibril, bahwa tidak satupun jiwa yang masuk kedalam surga sebelum Muhammad masuk. Setelah itu tersebutlah para Assabiquunal Awwaluun. Kulihat Fatimah Az Zahra dengan senyum manisnya melangkah bahagia sebagai wanita pertama yang ke surga, diikuti para istri-istri dan keluarga rasul lainnya.

Para nabi dan rasul Allah lainnya pun masuk dalam daftar tersebut. Yasir dan Sumayyah berjalan tenang dengan predikat Syahid dan syahidah pertama dalam Islam. Juga para sahabat lainnya, satu persatu para pengikut terdahulu Rasul itu dengan bangga melangkah ke tempat dimana Allah akan membuka tabirnya. Yang aku tahu, salah satu kenikmatan yang akan diterima para penghuni surga adalah melihat wajah Allah. Kusaksikan para sahabat Muhajirin dan Anshor yang tengah bersyukur mendapatkan nikmat tiada terhingga sebagai balasan kesetiaan berjuang bersama Muhammad menegakkan risalah. Setelah itu tersebutlah para mukminin terdahulu dan para syuhada dalam berbagai perjuangan pembelaan agama Allah.

Sementara itu, dadaku berdegub keras menunggu giliran. Aku terperanjat begitu melihat rombongan anak-anak yatim dengan riang berlari untuk segera menikmati kesegaran telaga kautsar. Beberapa dari mereka tersenyum sambil melambaikan tangannya kepadaku. Sepertinya aku kenal mereka. Ya Allah, mereka anak-anak yatim sebelah rumahku yang tidak pernah kuperhatikan. Anak-anak yang selalu menangis kelaparan dimalam hari sementara sering kubuang sebagian makanan yang tak habis kumakan.

"Subhanallah, itu si Parmin tukang mie dekat kantorku," aku terperangah melihatnya melenggang ke surga. Parmin, pemuda yang tidak pernah lulus SD itu pernah bercerita, bahwa sebagian besar hasil dagangnya ia kririmkan untuk ibu dan biaya sekolah empat adiknya. Parmin yang rajin sholat itu, rela berpuasa berhari-hari asal ibu dan adik-adiknya di kampung tidak kelaparan. Tiba-tiba, orang yang sejak tadi disampingku berkata lagi, "Parmin yang tukang mie itu lebih baik dimata Allah. Ia bekerja untuk kebahagiaan orang lain." Sementara aku, semua hasil keringatku semata untuk keperluanku.

Lalu berturut-turut lewat didepan mataku, mbok Darmi penjual pecel yang kehadirannya selalu kutolak, pengemis yang setiap hari lewat depan rumah dan selalu mendapatkan kata "maaf" dari bibirku dibalik pagar tinggi rumahku. Orang disampingku berbicara lagi seolah menjawab setiap pertanyaanku meski tidak kulontarkan, "Mereka ihklas, tidak sakit hati serta tidak memendam kebencian meski kau tolak."

Masya Allah murid-murid pengajian yang aku bina, mereka mendahuluiku ke surga. Setelah itu, berbondong-bondong jamaah masjid-masjid tempat biasa aku berceramah. "Mereka belajar kepadamu, lalu mereka amalkan. Sedangkan kau, terlalu banyak berbicara dan sedikit mendengarkan. Padahal, lebih banyak yang bisa dipelajari dengan mendengar dari pada berbicara," jelasnya lagi.

Aku semakin penasaran dan terus menunggu giliranku dipanggil. Seiring dengan itu antrian manusia-manusia dengan wajah ceria, makin panjang. Tapi sejauh ini, belum juga namaku terpanggil. Aku mulai kesal, aku ingin segera bertemu Allah dan berkata, "Ya Allah, didunia aku banyak melakukan ibadah, aku bershodaqoh, banyak membantu orang lain, banyak berdakwah, izinkan aku ke surgaMu."

Orang dengan wajah bersinar disampingku itu hendak berbicara lagi, aku ingin menolaknya. Tetapi, tanganku tak kuasa menahannya untuk berbicara. "Ibadahmu bukan untuk Allah, tapi semata untuk kepentinganmu mendapatkan surga Allah, shodaqohmu sebatas untuk memperjelas status sosial, dibalik bantuanmu tersimpan keinginan mendapatkan penghargaan, dan dakwah yang kau lakukan hanya berbekas untuk orang lain, tidak untukmu," bergetar tubuhku mendengarnya.

Anak-anak yatim, Parmin, mbok Darmi, pengemis tua, murid-murid pengajian, jamaah masjid dan banyak lagi orang-orang yang sering kuanggap tidak lebih baik dariku, mereka lebih dulu ke surga Allah. Padahal, aku sering beranggapan, surga adalah balasan yang pantas untukku atas dakwah yang kulakukan, infaq yang kuberikan, ilmu yang kuajarkan dan perbuatan baik lainnya. Ternyata, aku tidak lebih tunduk dari pada mereka, tidak lebih ikhlas dalam beramal dari pada mereka, tidak lebih bersih hati dari pada mereka, sehingga aku tidak lebih dulu ke surga dari mereka.

Jam dinding berdentang tiga kali. Aku tersentak bangun dan, ASTAGHFIRULLAH ternyata Allah telah menasihatiku lewat mimpi malam ini.

"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka“

(QS. Al-Baqarah : 201)

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).“

(QS. Ali Imran : 8)


p/s : termasuk dalam golongan manakah kita?