Monday, October 27, 2008

bakat mangu~


"bakat itu tidak turun pada orang yang mahu,
tapi ia turun pada orang mangu "

ketika aku diajak oleh kakak aku pergi ke down town, aku macam berbelah bagi. dari pukul 5 petang aku online semata-mata mahu menunggu seseorang. jam menunjukkan jam 12 something.entah kenapa mata aku seperti menunjukkan riak setuju. aku terus off laptop. tiba-tiba maxis aku masuk mesej. "nape out?" .alamak. aku serba salah.aku off je dia online. rasa hampeh sangat. aku replay mesej itu seringkas mungkin.just aku bagi tau mahu online kembali sekembalinya aku ke rumah. aku turun dari tingkat 11.fuh, aku memang gayat giler.jejak tanah aku lega dan terus menuju ke kereta.

perjalanan ke down town tak la lama sangat. tapi semasa perjalanan ke sana aku sangat tertarik dengan gaya-gaya geng rempit. sungguh aku bengkek giler tgk budak2 rempit ni. macam bagus. dalam lubuk hati aku mahu sahaja aku turunkan tingkap dan jerit
"fuck rempit" sambil jari kiri aku menunjukkan isyarat lucah. sampai jugak ke down town yang tak pernah aku jejaki. macam teruja la sangat. berjalan2 sambil mata aku memandang banyak barangan yang aku mahu beli. tapi bila teringatkan jumlah wang di dompet aku, aku jadi simpati pada diri sendiri. nak beli beg yang dijual rm10 pun tak cukup. aku gagahkan mata aku untuk melihat semua. ada sesuatu yang betul2 menghiburkan aku di down town. tiba2 semasa aku sedang membelek2 sebuah minyak wangi aku terdengar koleksi lagu2 yang aku suka. lagu Matta-Jatuh Cinta Lagi. aku baru nak layan lagu ni, tapi bila vokal masuk, sungguh aku x sangka. suara budak. mula2 aku sangkakan lagu itu hanya putaran komputer yang telah di edit. tapi aku sangsi kerana keramaian mula bersorak seperti sangat teruja melihat prsembahan tersebut. aku ingat kt pentas tu tak da orang buat persembahan. leher aku mula memanjang kerana mahu melihat siapa kah gerangan yang menyanyikan lagu Matta ini. wah2...sungguh aku tak sangka. memang betul budak kecil yang menyanyikan lagu ini. aku ingat budak ini dalam umur 5 or 6 tahun kot.dia punya ligat atas pentas sebijik macam artis dewasa profesional.dan gaya nyanyian seperti playboy berpengalaman. dia bukan berkaraoke tapi dia hafal lirik lagu tu. sungguh aku respect ini budak kicik! aku menonton dengan senyuman yang manis.hahahahahahahaha....budak kecil ini dapat tepukan yang sangat gemuruh.aku terus beredar.jalan2 aku pun blah. kakak aku mengajak pula pergi ke danau kota.aku ikut ajelah.

perjalan ke danau kota adalah dalam 20 min.time tu mata aku dh memang rabak. tak tau kenapa. selalu aku dapat tahan. tapi kali ini ada semacam jampi yang mengantukkan aku. aku melangkah masuk ke danau kota. ini tempat juga 1st time aku masuk. terujalah sangat aku. seperti apa yang aku lakukan di down town. lihat2 sahaja. di sini juga aku tertarik dengan sesuatu. pertamanya kakak aku mengajak aku masuk ke dalam kedai haiwan kesayangan.dari jauh aku sudah nampak seekor kucing yang sangat comel dan nampak seperti sedang bermalas-malasn duduk di dalam sangkar. aku lajukan langkah aku. masuk terus dan aku mula menggosok2 kucing itu. aku bertanyakan kepada kakak aku, kucing untuk dijual ke?kakak aku pun tak tahu untuk dijual atau tidak.geram aku tengok kucing ni. walaupun terdapat 3 ekor lagi kucing di dalam kedai itu, tapi aku paling geram dgn kucing yang aku lihat ini. ada juga tedapat haiwan2 eksotik seperti ular sawa dan apa ntah.hamster pun ada.setelah puas melihat kucing yang digeramkan itu aku pun blah.sambung balik lihat2 dan pandang sahaja.

perkara kedua yang menarik perhatian aku. aku dengar lagu Saleem dinyanyikan. suara memang sebijik macam Saleem. so aku tak heranlah sebab yang lihat persembahan itu ramai. aku memang ingat betul2 Saleem yang nyanyi. so aku buat tak endah sahaja. tapi bila aku semakin dekat dengan pentas, aku ada dengar penonton menjerit
"cayalah macha!" "macha, satu lagi lagu!" "macha, esok deepavali lu talak laya ka?". aku pun megalihkan pandangan ke atas pentas. aku lihat seorang lelaki berbangsa india sedang melayan penonton. aku lihat dengan bersahaja. sebelum dia mahu menyanyi dia menjerit "tolong jangan curang dengan lelaki!". tiba masuk vokalnya, sekali lagi aku sangat terkejut.punyalah sedap suara macha ni. sebijik macam Saleem, serak2 basah. rupa2nya yang nyanyi lagu saleem tadi dialah!wah....sangat teruja. dalam hati aku macha ini boleh join Alleycats. wa cakapo samalu....dia punye suara sebijik macam orang melayu. kalo tak pandang sape yang nyanyi confirm memang ingat orang melayu. respect wa sama ini macha! selepas itu aku terus keluar dari danau kota.

jam aku lihat sduag pukul 1 lebih. kakak aku ajak makan lak. aku layankan aje sebab aku tgk adik2 aku dh kebulur. entah mane entah tunang kakak aku bawa. tempat makan tu memang punyalah ramai umat. kakak aku cakap yang lepak kat sini semua budak2 TAR College.patutla ramai.tempat dah la kotor.aku menolak ajakan kakak aku utk order makanan.aku nk minum jer coz x selera makan kt situ. kotor!dah la semua kene layan diri.aku pergi ke kaunter air.ada 6 air yang mahu aku order.aku lihat di kaunter air, sudah tersedia air2 yang di isi air teh o, milo dan macam2 lagi. air2 ini di isi setengah cawan. lepas tu dibiarkan terdedah. pergh...aku pikir ntah bersih tak air minuman ni.aku paksakan jugak beli.awek yang jaga kaunter ni aku tgk senang giler kerja dia.tinggal tambah ais dalam air2 yang terdedah tadi.aku pasrah jer minum air sirap limau.kakak aku order char kew teow. adik aku makan x habis, so aku kenela habiskan. sumpah tak sedap langsung!aku rasa lagi sedap char kew teow TTDI Shah Alam.aku pikir macam mane lah budak2 TAR College ni boleh selera makan kt situ. kandang pun x kotor macam ni. at least kat kandang ada gak selera nak makan. ni hampeh!pas makan aku terus blah!sumpah taknak makan kt sini lagi.

dalam kereta perjalan balik aku mesej kt orang yang aku tunggu nk online tadi.
"online lagi x?". dia katakan sudah tutup laptop coz katanya lama sangat tunggu aku.lantaklah. dalam otak aku sudah berkira2 utk tulis entri ini. sebelum sampai ke rumah, sekali lagi terserempak dengan sekumpulan beruk rempit.sungguh menyusahkan orang!

apa yang aku cuba mahu sampaikan di dalam entri ini ialah terjumpanya aku dua bakat yang berbeza. pertama seorang budak berumur 5 or 6 menyanyi seperti orang dewasa dam keduanya seorang india yang menyanyi seperti seorang melayu. sangat aku kagum.sekian terima kasih.





p/s : mata aku sudah rabak sangat....macam nak kene 'timbilen'

2 comments:

UnGu said...

ini-lah malam kejadian di-mana seseorang telah tersinggung gara-gara menerima kejutan wish deepavali...

sape yang tak bole gurau skang?

*wink

fariziskan said...

sonok sambut deepavali ungu?