Saturday, September 27, 2008
puas~
sekian kalinya aku merasakan aku perlu kembali. kembali pada yang masih menjemput hati aku. aku merasakan apa yang dirasakan sekarang adalah sesuatu yang keliru. aku tidak pasti samada aku puas atau tidak. namun apa yang terbit dalam sanubari aku adalah sesuatu yang aku anggap sebagai suatu keberanian. aku perlu menyatakan yang aku perlukan rasa cinta yang sejati. tapi aku sangsi utk memilih samada cinta atau nafsu. sekian kalinya aku keliru. aku tak tahu. apa itu cinta. di ramadhan yang mulia ini hati aku diselimuti rasa cinta yang sangat mendalam.
biarkan hati aku terus berkata-kata utk membuktikan bahawa hati aku memerlukan rasa cinta itu. aku pernah di rasakan pelbagai rasa cinta. namun tidak satu pun rasa cinta itu menjiwai aku. aku masih mencari nya. apa yang aku usahakan dan diseliakan ini bukanlah satu omongan kosong seperti kata orang yang mengatakan kelakuan aku ini.
ada satu peristiwa membuatkan hati aku benar2 menjadi liat. liat seperti angin yang berterbangan yang bisa pergi ke mana-mana. pemikiran yang menyatakan cinta itu adalah universal sebenarnya mereka itu menyatakan bahawa cinta itu adalah segalanya. kita juga perlu ingat yang cinta itu mendatang keinsafan di dalam hati manusia. cinta juga merupakan satu landasan untuk manusia memahami kejadian alam. cinta juga memerlukan pelaksanaan yang mendalam dari pemikiran akal hinggalah kepada kata-kata hati seterusnya di fizikal kan oleh kelakuan.
pernah ada rakan-rakan aku mengajuk aku berkenaan persoalan cinta. aku membiarkan mereka berkata-kata pasal cinta. aku hanya mendengar dan melihat. tapi yg aku rasakan kefahaman cinta mereka berbeza dgn aku. aku tidak tahu mengapa aku begitu merasakan mereka sampah disebabkan kata-kata mereka berkaitan pasal cinta. aku tdk bersetuju dgn mereka. malah aku hanya mendiamkan diri dan tdk pula aku membuihkan mulut aku utk bercucuk dgn mereka.
aku tahu aku mahu kembali, namun aku tdk yakin dgn diri aku. aku tdk mahu perkara yg berlalu akan terjadi semula. itu adalah ketidakselesaan aku. biarkan hati aku terus meyakinkan aku. aku percaya yg akal dan hati aku akan membantu perasaan rasa cinta ini akan terus mekar dan tumbuh dgn setia dan ia akan menampakkan lelembutan dan juga mengeluarkan keharuman yg diidamkan aku selama ini.
Amin~
Thursday, September 25, 2008
raya yg kelam~
raya yg disambut dgn rasa senang
namun ada hampa di aidilfitri
tdk semua menyambutdgn senang
raya yg dtg dgn suasana pilu
kemaafan berkumandang di pagi raya
tapi tika itu hanya sementara
kerana manusia bisa melakukannya semula
raya yg muncul bersama2 kemenangan
jihad dalam bulan ramadhan yg mulia
erti syawal disalah ertikan
kerana manusia sering terawang
ramadhan~
kesucian ramadhan amat dinanti...
namun masih ada insan yg tdk mengerti...
melopong mengenal erti ramadhan...
ramadhan ini manusia bersuci....
mengenang perjuangan iman...
iman yg dihati diselimuti nafsu...
sangsi makna erti ramadhan...
manusia masih tegar dgn nafsu..
tiada segan di dalam sanubari
nafsu di dasarkan dg kelakuan...
zalim kelakuan di akali nafsu...
Wednesday, September 24, 2008
azam~
“Pernahkah cinta membawa anda ke suatu tempat yang membahagiakan?”
Aku tidak tahu samada hati ku inginkan sayang ataupun nafsu. Nafsu yg ada pada diriku ini seringkali menerjah hati ku utk melakukan sesuatu yg tidak masuk akal. Tetapi sayang yg sering terpinggir membuatkan aku sedar betapa dalamnya cinta utk didapati walaupun apa yang aku hajati selama ini tidak tergapai. Aku tidak sedar sekiranya minda dan akal aku masih waras memikirkan erti cinta.aku tidak jelas apa makna erti cinta sebenar. aku sangsi walaupun apa yg selama ini aku lalui mengajar aku apa erti cinta.
Aku mengerti akhiran ini aku berfalsafah makna cinta. aku ingin mencari sesuatu yg dapat memuaskan hati aku sehinggalah aku berhenti menarikan jariku di atas skrin menulis rasa cinta yg terbuku.bila aku berbicara rasa cinta, hati aku mula merasakan sunyi dan kosong.rasa cinta ini membuatkan aku rimas dan lemas.kelemasan yg diragui walaupun sekarang aku inginkan rasa cinta itu.
Cinta adalah universal.walaupun ramai manusia mengatakan cinta itu saling bergantungan lelaki dan wanita, aku merasakan apa yg dihajati dalam bercinta itu terlalu kompleks sehinggakan mewujudkan keregangan.
Tuesday, September 23, 2008
KEHARUMAN WANITA~
"kesempatan seminggu sebelum raya. macam2 rasa cinta aku lalui. tapi apakah yg datang itu adalah satu fitrah atau kebetulan yang selalu sangat dilupakan manusia"
secara fitrahnya wanita adalah rusuk lelaki.tanpa lelaki wanita tiada.tanpa rasanya sunyi di hati Adam maka wanita tak kan wujud.Adam yg sunyi hidupnya Allah ciptakan Hawa dr tulang rusuknya.begitu istimewa nya wanita dijadikan dr tulang rusuk lelaki.begitu besar pengorbanan seorang lelaki.wanita hanya memandang sebelah mata sahaja.
keegoan lelaki adalah untuk menjaga maruah diri sendiri dan yg plg penting maruah manusia yg berada bersamanya iaitu wanita.semua lelaki akui yg mana lelaki fitrahnya perlukan wanita an begitu sebaliknya.tetapi adakah wanita sedar bahawa lelaki sentiasa inginkan wanita itu menjadi permata hatinya yg suci.bukan kesempurnaan yg diharapkan dr seorang wanita tetapi ketulusan dlm mengenal erti hati dan akal.lelaki mahukan dari seorang wanita yg tulus dan suci.
wanita sangat emosional.sebab itu lelaki yg mempunyai budi yg tenang senang menangani emosi wanita.tak salah rasanya wanita nak beremosi.tetapi emosi wanita itu selalu mencabar keegoaan lelaki.kegoaan lelaki itulah yg menyelamatkan wanita itu.wanita adalah punca segala maksiat(menurut hadis).mana puncanya apabila lelaki digelar jantan jongos?dr wanita yg mahukan lelaki itu hancur.dr wanita yg mahukan lelaki itu tiada apa-apa.
apabila tulisan lelaki sangat istimewa berdiri.semua wanita melatah.kenapa ya?tulisan itu sangat lah benar faktanya.tetapi wanita2 itu mahu mencari silapnya.sungguh emosianal wanita ini.baru saja tulisan ini berdiri tetapi wanita2 ini sudah mula mengatakan lelaki itu patriaki.siapa yang menegakkan feminisme kalau tidak wanita.siapa yg tak rasa wanita itu adakalanya suka sangat menyalahkan lelaki.tapi perlu ingat lelaki tidak mudah melatah dengan apa2 yg ditembak pada mereka.
tulisan ini merasakn bahawa wanita yg disebutkan adalah merupakan wanita yg sangat agung.wanita adalah manusia.tangan yg dilihat memotong kuku suaminya bisa menghukum dunia.itulah wanita, pada dasarnya suka bertindak mengikut emosi.
Thursday, September 18, 2008
serlah kerana nama
nama diangkat kerana manusia
manusia sentiasa dahagakan nama
kuasa dibebani tanggungjawab
selalu diabaikan oleh manusia
amanah itu dipikul kerana nama
nama cantik yang dianggap gah
tetapi ditatap oleh si keji
buah yang jatuh tidak akan jauh dari pangkalnya
LELAKI TERSANGAT ISTIMEWA
Mengapa lelaki tersangat istimewa?:
1. Kerana dia adalah pemimpin dalam rumahtangga
2. Kerana Rasul dan Nabi adalah kaum lelaki
3. Kerana bila seorang anak perempuan bernikah walinya adalah kaum lelaki..dan anak lelaki yang kawin dia tak perlu wali..(wah istimewanya...)
4. Kalau seorang lelaki hebat dikatakan anak jantan...tetapi kalau perempuan tak baik dikatakan betina betul dia tu....
5. Lelaki dibenarkan bernikah 4 kalau mampu,tapi perempuan hanya dibenarkan kahwin seorang lelaki sahaja kerana memang kalau nak kawin lebih satu memang kudrat wanita tak mampu hehehehe.....
kalau perempuan kata dia istimewa boleh beranak katakanlah kalau tak lelaki berikan air mani yang subur, sesubur macam mana pun wanita dia tak kan jadi ibu atau syurga kepada anak-anaknya.
kalau wanita kata telur perempuan tersembunyi lelaki nampak, katakanlah sebab kalau tengok telur perempuan tak menimbulkan ghairah.
wanita selalu kata dia istimewa tetapi dia selalu lupa lelaki yang selalu nasihat dan tegur wanita adalah kerana lelaki sentiasa nak wanita yang ada keistimewaan tidak hilang keistimewaan itu, tetapi wanita selalu bersifat cemburu dan jeles, sengaja tutup mata terhadap keistimewaan lelaki dan selalu tak nak akui keistimewaan lelaki.
lelaki sangat istimewa kerana nak wanita jadi istimewa, tetapi wanita selalu tengok kekurangan lelaki.
wanita bila di tegur dia kata kita ada yang lain, padahal kalau kita ada yang lain pun tak salah sebab boleh ada 4 isteri. girlfriend lebih pun digalakkan supaya kita lebih pengalaman dan power.
wanita itu pelengkap lelaki. ia memang betul. tetapi wanita tanpa lelaki buakn sahaja tak lengkap tapi hidupnya tak bermakna kerana perutnya tak boleh mengandung.
KESIMPULANNYA: JADI SAYANGILAH DAN HORMATILAH LELAKI YANG SELALU MENASIHATI DAN MENEGURMU KERANA SESUNGGUHNYA DIA TELAH BERKONGSI KEISTIMEWAANNYA DENGANMU....
Tuesday, September 16, 2008
REUNION EX-SAMJ BATCH 1999-2003
mr.Nafsu~
jika lelaki dikatakan buaya...kenapa wanita masih tegar menyintai lelaki ini?
kenapa akal yang sangat agung diciptakan Tuhan sanggup tunduk pada nafsu?
adakah wanita lebih terasa berbanding lelaki didalam rasa cinta dan nafsu?
akal yang diciptakan Tuhan sangat la suci dan agung.nafsu pula adalah simpulan atau bayangan si laknat.cinta adalah fitrah yang di dalam setiap hati manusia.namun cinta nafsu sangat sukar hendak dibezakan.cinta sekarang berlandaskan nafsu semata-mata.jika nafsu menguasai akal maka cinta itu menjadi satu takungan yang tidak membawa erti pada hati dan perasaan.
seorang wanita yang dapat menyintai lelaki yang gagah akan menjadikan lelaki itu tunduk kepadanya.ia satu fakta di mana wanita mempunyai naluri yang sensitif di dalam rasa cinta dan nafsu.wanita memandang jijik kepada lelaki yang berpersepsi wanita adalah untuk seks semata-mata. namun perlu diingat, kenapa wanita-wanita ini masih tegar menyintai golongan lelaki seperti ini? siapa harus dipersalahkan? lelaki atau wanita? bagi rasa cinta nafsu dan akal lah yang membawa segala-galanya.
cinta itu buta kerana dibutakan oleh nafsu.nafsu membutakan mata hati orang yang bercinta melebihi akal fikiran. apabila nafsu menguasai cinta maka timbullah suatu perasaan yang mahu memberontak inginkan kesempurnaan dan kesenangan di dalam rasa cinta.sejatinya rasa cinta itu semakin jauh dalam dakapan pasangan.
rasa cinta yang dirasai akan menjadikan manusia dalam keadaan yang sangat menyedihkan. perasaan dan hati berada dibawah separuh sedar kerana dipengaruhi oleh nafsu. manakala akal yang dugunak utk berfikir serta hati yang bertindak sebagai kata-kata akal akan terus membisu.maka terjadilah rasa cinta yang tiada penghujung.
rasa cinta ini diibaratkan seperti keropok ikan.