Saturday, September 27, 2008

puas~



sekian kalinya aku merasakan aku perlu kembali. kembali pada yang masih menjemput hati aku. aku merasakan apa yang dirasakan sekarang adalah sesuatu yang keliru. aku tidak pasti samada aku puas atau tidak. namun apa yang terbit dalam sanubari aku adalah sesuatu yang aku anggap sebagai suatu keberanian. aku perlu menyatakan yang aku perlukan rasa cinta yang sejati. tapi aku sangsi utk memilih samada cinta atau nafsu. sekian kalinya aku keliru. aku tak tahu. apa itu cinta. di ramadhan yang mulia ini hati aku diselimuti rasa cinta yang sangat mendalam.

biarkan hati aku terus berkata-kata utk membuktikan bahawa hati aku memerlukan rasa cinta itu. aku pernah di rasakan pelbagai rasa cinta. namun tidak satu pun rasa cinta itu menjiwai aku. aku masih mencari nya. apa yang aku usahakan dan diseliakan ini bukanlah satu omongan kosong seperti kata orang yang mengatakan kelakuan aku ini.

ada satu peristiwa membuatkan hati aku benar2 menjadi liat. liat seperti angin yang berterbangan yang bisa pergi ke mana-mana. pemikiran yang menyatakan cinta itu adalah universal sebenarnya mereka itu menyatakan bahawa cinta itu adalah segalanya. kita juga perlu ingat yang cinta itu mendatang keinsafan di dalam hati manusia. cinta juga merupakan satu landasan untuk manusia memahami kejadian alam. cinta juga memerlukan pelaksanaan yang mendalam dari pemikiran akal hinggalah kepada kata-kata hati seterusnya di fizikal kan oleh kelakuan.

pernah ada rakan-rakan aku mengajuk aku berkenaan persoalan cinta. aku membiarkan mereka berkata-kata pasal cinta. aku hanya mendengar dan melihat. tapi yg aku rasakan kefahaman cinta mereka berbeza dgn aku. aku tidak tahu mengapa aku begitu merasakan mereka sampah disebabkan kata-kata mereka berkaitan pasal cinta. aku tdk bersetuju dgn mereka. malah aku hanya mendiamkan diri dan tdk pula aku membuihkan mulut aku utk bercucuk dgn mereka.

aku tahu aku mahu kembali, namun aku tdk yakin dgn diri aku. aku tdk mahu perkara yg berlalu akan terjadi semula. itu adalah ketidakselesaan aku. biarkan hati aku terus meyakinkan aku. aku percaya yg akal dan hati aku akan membantu perasaan rasa cinta ini akan terus mekar dan tumbuh dgn setia dan ia akan menampakkan lelembutan dan juga mengeluarkan keharuman yg diidamkan aku selama ini.


Amin~

1 comment:

Anonymous said...

Rasa cinta pasti ada pada makhluk yang bernyawa..namun cinta bergantung pada hati yg suci memberi dan redha menerima.

tadahlah tanganmu tika kau rasa cinta itu masih belum hadir..

ingatlah Dia selalu andai kau rasa cinta semakin hampir..

sujudlah padaNya saat kau syukur cinta diperoleh..

redhalah atas kehendakNya di masa cintamu dicabar..

sesungguhnya dustur illahi tiada siapa berani menyangkal..jika semua itu telah kau penuhi..dan cinta itu masih belum kau temui..sedarlah bahawa mungkin cintamu bukan disitu dan yakinlah pada diri bahawa tuhan sedang memberi sesuatu yang lebih baik dari itu..kerana setiap pemberianNya adalah suatu rahmat yang yang bisa terungkai andai kau sentiasa mensyukurinya..

-jejarimanis-
>> IMA <<