Thursday, January 29, 2009

Pasca Pilihanraya Kampus @ Puncak Perdana

sudah dekat dua minggu berakhirnya pilihanraya kampus bagi UiTM Malaysia. lanjutan daripada keputusan aku kalah. ya, aku kalah. kecewa, sungguh kecewa. adat orang yang bertanding, ada menang ada kalah. tapi aku tidak menganggap kekalahan sebagai aras kekalahan tetapi aku menganggapnya sebagai aras untuk pemenang dan sememangnya tiada yang pengalah. yang menang aku sampaikan salam tahniah dan yang tewas seperti aku, aku ucapkan salam semangat agar jangan biarkan semangat yang telah dibina menjadi abu.

aku berkira-kira rutin kehidupan aku kembali normal. jika aku menang pasti rutin aku habis berubah. syukur, ada hikmah juga disebalik itu. aku percaya tempat untuk aku berjaya ada di mana-mana. bukan kata di sini tiada, tetapi hanya untuk yang nampak sahaja. syukur juga ramai juga yang semakin mengenali aku. bukan nak meninggi tetapi itu semua aku anggap sebagai aset untuk memajukan diri. alhamdulillah aku semakin senang dengan kehidupan ini. bukan sebelum ini tak senang, cuma ada sedikit kesempitan dalam keterbukaan jiwa dan hati serta naluri.

aku mula mengenali siapa di antara rakan-rakan aku yang betul-betul layak digelar rakan. hikmahnya aku bertanding. banyak yang aku tahu tentang diri dan kehidupan. beruntung rasanya. niat pertama aku cuba cungkil tatkala bersetuju mahu bertanding ialah pengalaman. aku pasti tak semua orang diberi peluang sebegini. rakan-rakan aku di kampung melepaskan tertawanya setelah mengetahui aku bertanding. aku biarkan mereka. mereka pun tahu apa yang aku buat. itulah namanya kawan. mereka paham apa yang kita lakukan. bukan jadi kawan makan kawan. dan juga bukan hanya tempat kawan ketawa. tetapi jadi kawan yang memahami. erti persahabatan yang telah aku cungkil.

tetapi dalam semua apa yang aku lalui, ada sedikti kegagalan. ya, aku gagal dalam memahami hati dan perasaan orang lain. aku gagal mencungkil peranan ini. aku masih keliru memahaminya. atau aku memang tak nak memahaminya. aku uga yakin dengan apa yang aku lakukan. tetapi di pengakhirannya aku rasa begitu kejam kerana menjadikan perasaan yang ada ini zalim. akan aku biarkan ia menjadi. biarlah rakan-rakan menganggap aku yang zalim. biarkan.

masih aku ingat, gelagat rakan-rakan aku tatkala pengumuman keputusan pilihanraya di Kompleks Sukan. macam-macam. aku juga macam-macam. tapi ada yang aku tertarik. tertarik untuk memerhatikan tingkah dan kelakuan orang-orang yang berada di situ. rumusannya, mereka semua hebat-hebat. yang kalah juga tidak kurang hebatnya. masih aku perlukan mereka. hati kecil aku senyum kerana sangat selesa melalui keadaan seperti itu. tak tahulah bila lagi nak rasa macam itu. tak mungkin akan dapat merasainya lagi.

untuk sekian kalinya, aku mengucapkan terima kasih yang melangit kepada jentera-jentera aku, Mira (Pencadang), Imah (Penyokong), Wawa (my CM), Shidot, Najib dan kekasehnya Qamariah, Ijat, Ben, Zam, Zul Mat Zin, dan lain-lain yang aku tak ingat. tanpa anda semua aku tidak menjadi seperti sekarang.

 

Wassalam.

Wednesday, January 28, 2009

ego wanita . . .

selalu orang berkata lelaki lebih ego daripada wanita. benarkah kenyataan tersebut sehinggakan tiada siapa berani menyatakan sebaliknya? secara jujurnya aku memang seorang lelaki yang ego. ya, aku memang ego. ego untuk menyatakan aku adalah seorang lelaki! wanita mengatakan keegoaan lelaki adalah penyebab kehancuran sesebuah hubungan. tapi kenapa wanita selalu menyalahkan lelaki dalam masalah perhubungan? kenapa mereka ini senang sahaja melabelkan lelaki ini pencetus masalah kerana ego? aku rasa seperti disentap melalui atas. banyak sangat persoalan yang timbul apabila benda klise ini terjadi. sering kali terjadi, sering sahaja berlaku yang sama berulang-ulang kali. kenapa dan apa sebabnya sangat kompleks untuk diungkap dengan kata-kata. walaupun dia yang telah berbelas-belas kali gagal dalam bercinta tetapi dia masih sangsi kenapa dan apa sebab dia sering gagal dalam bercinta.

aku bukan mahu menimbulkan persepsi buruk terhadap kaum wanita. tetapi adalah wanita-wanita diluar sana sedar bahawa kaum lelaki juga punyai perasaan dan jiwa yang halus untuk difahami dan dikagumi! adakah wanita-wanita yang sedang membaca entri ini sedar bahawa lelaki juga punyai naluri dan kehendak yang sensitif untuk disayangi dan dijiwai! masih ingat aku pada seseorang yang menyatakan cinta hanya sebuah dugaan. cinta yang ditagih hanya akan kekal apabila pasangan memahami apa itu cinta. cinta tidak membawa kita kepada kehancuran. tetapi cinta hanya tempat manusia melepaskan perasaan yang terbuku dan terpendam di dalam hati masing-masing.

tegar aku mengatakan bahawa wanita memang sangat ego. ego nya sama dengan kaum lelaki. tak tahulah macam mana nak dikatakan ego wanita itu. sisipan baru dalam kehidupan aku. sisipan yang mengatakan wanita itu ego. rasuk aku setelah dia mengeluarkan egonya di depan aku. aku tidak tertekan dan tidak rasa bersalah walaupun hati kecil aku berkata aku kejam. kejam melakukan dia sedemikian rupa. tapi aku terpaksa. terpaksa melupakan kepura-puraan aku yang selama ini aku bebankan ke atas diri aku dan dia.

biarkan yang telah berlaku. atasi nya dengan perilaku yang baru tanpa ada sebarang dendam dan hasutan. jangan jadikan kata-kata yang di dengar sebagai tohmahan untuk di sebarkan. jangan juga merasakan mimpi untuk dijadikan sebuah tempat persembunyian. dan akhir kata buat kau, maafkan aku sebagai insan yang pernah menyayangi kau!


sekian, luahan kata-kata ikhlas. wassalam.

Wednesday, January 21, 2009

cinta halus . . .

maknanya cinta sememangnya sangat mendalam. kita tak dapat memaknakan cinta untuk orang lain. cinta itu adalah diri sendiri. cinta yang dilihat hanyalah sebuah cinta yang manusia itu sendiri rasa. kita hanya melihat luaran cinta itu sahaja. dalamannya hanya diri semdiri yang rasa. cinta tidak membawa kita menjadi lupa. tetapi yang melupakan diri sendiri adalah sifat manusia. cinta juga tidak menyalahkan sesiapa tetapi manusia itu sering menyalahkan diri sendiri. tapi mengapa manusia sering menodai cinta yang dibina? kerana cinta itu adalah pendorong. pendorong yang membawa manusia kepada segala-galanya.

jika manusia mengatakan cinta itu membawa kemusnahan, katakan pada manusia itu, dunia ini wujud kerana cinta. manusia wujud kerana cinta. tanpa cinta siapalah kita ini. tanpa cinta meragukan kita hidup sebagai manusia. Tuhan sangat Pengasih kerana mengurniakan perasaan cinta kepada setiap kita. tanpa cinta kita tidaka akan kenal siapa Tuhan. cinta manusia kepada Tuhan adalah mengabdikan atau menghambakan diri kepada Pencipta. secara fitrahnya di dalam hati manusia terdapat secebis untuk mempercayai Tuhan. tidak kira kepercayaannya itu waras atau tidak waras. ini membuktikan manusia mempunyai cinta terhadap Yang Maha Esa. cinta yang dibawa ini mendorong kepada penghidupan yang abadi di akhirat nanti.

cinta yang dirasai semasa manusia menjadikan manusia itu kenal apa itu dunia dan sekitarnya. manusia tidak akan hidup tanpa cinta. keluarnya manusia dari rahim ibunya sudah terbit perasaan cinta yang sangat suci. ikatan cinta yang wujud menyebabkan manusia itu sering rasa dihargai dan disenangi.kalau cinta yang dibawanya indah, maka indahlah penghidupannya di dalam pecintaan. kalau kata buruk cinta manusia itu, maka buruklah dunia yang sedang dilaluinya. cinta sangat halus maknanya. manusia akan sentiasa bercakap mengenai cinta. manusia tidak akan berhenti bercakap mengenai cinta. cinta akn terus melakuakan apa yang patut dilakukannya ke ats muka bumi terhadap manusia.

 

p/s : cinta yang halus susah di makna kan oleh sesiapa….

kasih ibu. . .SELAMAT ULANG TAHUN BONDA!

Ketika aku dibelai
Kasih sayang mu terindah
Kau tersenyum bila melihat diri ini


Kini ku telah dewasa
Kasih dirimu tak berbelah bagi
Hanya pada diriku


Seharum bunga indah
Pelukanmu itu sayang
Bak awan biru melindungiku


Hanyalah kasihmu
Yang aku perlu
Tiada duanya untuk kubandingkan darimu


Hanyalah kasihmu.... ohh ibu
Biarlah bersemadi dalam hati
Buat selamanya ohhhh


Kau ternilai bagi diri
Kesungguhanmu mendewasakanku
Andai semua berubah akhirnya
Sinarmu hilang selamanya

 

hari ini 21 januari 2009. SELAMAT HARI JADI BONDA!betul, hari ini harijadi mak aku.tapi aku tidak bersama2 dengan mak.terasa rindu mahu mengucup tangan mak. genap mak aku berumur 48 tahun.kasih pada mak tiada tandingannya. walaupun aku jarang berada dirumah dan aku tidak suka duduk dirumah, namun kesengsaraan menanggung beban adalah lebih menyesak kan aku.aku sangat sayang pada bonda ku.

“mak, maafkan aku sekiranya kau terasa hati dengan caraku.maafkan aku sekiranya kata2 ku membuatkan kau berjauh hati.mak,percayalah pada ku,aku selalu mendoakan dirimu.mak, i love u so much!”

 

p/s : kupohon doa agar keluarga ku tenang dan aman sentiasa…amin

Monday, January 19, 2009

bukit kepong VS ayat-ayat cinta

VS


ayat-ayat cinta, sebuah bingkisan percintaan mekar tanpa mengabungkan unsur2 klise.novelnya amat mendalam.terdapat banyak yang tersirat.malah amat membanggakan pabila dibaca dengan teliti.namun filemnya seakan-akan kosong.walaupun masih ada insan yang menyatakan filemnya sangat bagus, tapi jika dibandingkan dengan novelnya ia masih terdapat banyak lompong.memang hebat kedua2nya.semester ini saya akan menjadikan novel ini sebagai bahan kajian. saya akan kaji dari segi adaptasinya ke dalam filem.mencari mana yang dikatakan lompongan2nya.apa yang dikatakan romantis dan harmonis dalam kedua2nya.saya sgt ternanti2....................


bukit kepong, sebuah catatan sejarah berdasarkan kisah sejarah Malaysia.semasa di tingkatan empat, saya membaca novel ini sebanyak 2 kali.sangat suka pada penceritaannya di dalam novel.namun filemnya masih lagi meragukan.mungkin kerana ia dibuat ketika era filem 1980an.dimaafkan la.secara jujurnya novelnya lagi hebat berbanding dengan filemnya.ingin juga aku membuka ruang utk memikirkan kelebihan novel dan filem bukit kepong.jika berjaya akan aku belajar sebuah perkara yang sangat baru dan hebat.juga aku ternanti2............





p/s:aku masih x mampu menulis novel...apatah lagi sebuah cerpen....kecilnya aku di dunia penulisan....ermmm....


Wednesday, January 14, 2009

kasih ataupun cinta yang akan matang....

kasih kita adalah pada diri sendiri. tapi adakah kita kisah juka hati sendiri kasih pada orang lain? jangan berpura2 di sini! kasih yang tercipta mampu menjalankan diri menjadi sebuah yang agung. adakah kasih yang dijunjung akan membinasakan? bukan membinasakan tetapi ia akan meleraikan diri sendiri yang kusut. namun apakah kematangan dalam berkasih akan membawa kita kepada kebahagiaan hidup? mampukah kita sebagai seorang insan mengasihi diri dan orang lain dalam satu masa yang bergerak seiringan? cuba tanya pada cermin yang menampakkan muka anda yang begitu suci. adakah anda bersedia jika kasih itu diambil dengan rakus. adakah anda rela kasih itu hilang seperti angin yang mendatang dan pergi? adakah anda mampu menanggungnya?fikirlah wahai anda2 sekalian.......


cinta. cinta kita pada bangsa sendiri. bukan kasih yang menguatkan bangsa tetapi cinta yang akan lebih menguatkan bangsa. bangsa yang di bina bersama2 dengan cinta akan utuh jika cinta itu sentiasa disemai dan dibajai. turun temurun kita mewarisi bangsa ini tanpa ada satu orang pun mampu mengganggu gugat bangsa kita. tapi apa yang kita lihat hari ini? bangsa kita senang di cucuh dengan bara sendiri. bangsa kita senang di tarik kesana ke mari. untuk apa kita mempertahankan bangsa sendiri? anda pergi pada cermin besar yang boleh melihat keseluruhan tubah anda. anda berbogel depan cermin dan perhatikan apakah bangsa anda?adakah anda layak dan mampu membela bangsa anda? jika anda rasakan anda MELAYU, pakai kembali pakaian anda kerana bangsa MELAYU tidak seperti itu. bangsa kita adalah bangsa berdaulat! bangsa kita perlu menjadi raja di bumi sendiri. jangan suatu hari nanti anak bangsa kita menagih simpati pada bangsa asing!



wassalam.

sangat berpuashati!!

GLORY GLORY MAN UNITED!!!

Tuesday, January 13, 2009

ada sebuah kisah .....

kisah dicipta bersama dengan sebuah impian yang halus. kisahnya adalah menceritakan bagaimana  seorang manusia membahagikan antara kehidupan dengan kemanusiaan. apa bezanya antara kemanusiaan dan kehidupan? jauh sangat ke bezanya atau dekat sangat bezanya? selainnya tiada perbezaan?

fade in.

seorang lelaki memakai serban hitam berbaju gamis putih dan berseluar hitam singkat. lelaki ini memaki selipar putih. dia memeluk sebuah bungkusan di dadanya. dia berjalan di balik sebuah sampan yang rosak. dia nampak lemah. susuk tubuhnya juga kurus dan kulitnya seperti dibakar terik mentari. dia terjatuh. airmatanya mengalir perlahan-lahan. tangisan lelaki ini mula kedengaran. dia mengengsotkan tubuhnya lalu bersandar di balik sampan yang rosak. dia mengambil bungkusan yang dipegangnya dan membuka bungkusan itu.

cut to/

sebuah kereta nissan fairlady masuk dan berhenti betul2 dihadapan pintu masuk utama. enjin masih kuat menderum. cermin gelap menghalang untuk melihat siapa pemandunya. enjin berhenti menjerit. pintu kereta dibuka dan sepasang kaki kelihatan. pemuda2 disekitar mula memandang ke arah kereta itu. seorang wanita berdiri dengan lagaknya. dia memakai kacamata hitam dan berpakaian pejabat. tangannya memegang sebuag beg berwarna hitam. bau wangian mula menerjah ke uadara. langkahnya sangat angkuh. pemuda2 memandangnya sangat agung. tiba di pintu utama, seorang pemuda berlari ke arah pintu utama dan terlanggar wanita itu. mereka berdua jatuh.

cut to/

di dalam bungkusan itu terdapat sebuah Al-Quran dan sejadah serta sedikit roti yang sudah berkulat. lelaki itu mengambil roti itu. tangannya menggeletar. dia menyuapkan roti itu ke dalam mulutnya. tangisan masih kedengaran. dengan secara tidak sengaja roti itu jatuh dari tangannya. dia memejamkan matanya lalu mengambil Al-Quran. helaian demi helaian diselak tanpa dibaca. tiba pada helaian yang tertera Surah As-Sajadah, dia semakin kuat menangis. dia membaca surah itu dengan nada yang sangat halus. hanya tangisan yang kedengaran. tangisan dan terus menangis tanpa menghiraukan air laut semakin pasang.

cut to/

wanita itu terus memukul kepala pemuda itu dengan beg tangannya. pemuda itu ketakutan dan terus beredar dari tempat kejadian. wanita itu merungut sendirian. pemuda2 yang memerhatikanya hanya sinis memberi reaksi. wajah wanita itu merah padam. bajunya koyak di lengan. seluarnya koyak di lutut. dia memaki sendirian. bangun da terus melangkah dengan wajah yang bengis tanpa sedar kunci keretanya jatuh ke lantai. dia terus masuk ke dalam lif.

cut to/

mata pemuda itu semakin malap. air laut sudah sampai ke sampan rosak. matanya pejam dan Al-Quran yang dipegangnya jatuh ke pasir yang sudah dibasahi air laut. air sedikit demi sedikit menutup tubuh pemuda itu dan akhirnya pemuda itu terapung-apung dan di atik2 oleh ombak yang mengganas. dia hilang disebalik ombak yang kunjung tiba.

cut to/

pemuda yang melanggarnya mengambil kunci kereta itu dan terus berlari masu ke tandas.

fade out.




p/s : adakah terungakai perbezaan kemanusiaan dan kehidupan melalui kisah di atas?

UNDILAH CALON FAKULTI ANDA!


"KEMAHUAN YANG TINGGI AKAN MENGUBAH PERSEPSI SESEORANG TERHADAP SESUATU SEHINGGA YANG MUSTAHIL PUN BISA TERJADI..."

saya berpegang kata2 ini. kata2 ini menjadikan saya seperti ini. saya yakin. untuk yang terhebat dan terbaik UNDI FARIZ. untuk memantapkan lagi aspirasi UiTM dan FACT ke arah sebuah matlamat yang jaya dan cemerlang.....VOTE FOR FARIZ!

jika anda beri saya kepercayaan, akan saya beri kepercayaan itu kepada anda semula.buatlah pilihan yang tepat dan terbaik untuk bangsa Melayu dan juga fakulti. ingat wahai sahabat, UiTM adalah benteng terakhir untuk orang Melayu memartabatkan maruah bangsa ke pentas dunia. jangan jadikan Melayu asing di bumi sendiri.

saya di sini sebagai anak Melayu yang sayangkan bangsa sendiri. saya tidak sanggup melihat Melayu diperkotak katik kan. buat pilihan yang terbaik jika anda sayangkan bangsa Melayu.


wassalam.

Thursday, January 8, 2009

tazkirah berantai....

umum kita serba maklum, manusia perlukan niat untuk hidup dan melakukan sesuatu. "innama 'amalu binniat".ayat ini sudah klise dengan kita yang dewasa ini. besar makna niat dalam kehidupan seorang manusia.  niat yang dipasang bukan untuk dibicara akan keikhlasan. bukan juga untuk dibicara akan kesuciannya tetapi niat yang dipasang akan menentukan kiblat hati masing2.

niat itu maruah....

niat itu kesenangan....

niat juga sebuah keburukan.....

niat adalah peribadi....

niat adalah kita.....

niat itu lambangan kita....

niat juga kelakuan....

niat lambangan manusia....

untuk kesudahan tentang niat ini, aku mengungkapkan bahawasanya apa yang kita lakukan adalah yang terbaik daripada kita tidak melakukan apa2 dengan niat.....



aku fikir berdasarkan rasa hati aku....

'condifent' or keyakinan.........



bangkit dengan keyakinan yang tara...

tidak terkesan apa2 ketika memulakan penulisan ini setelah agak lama aku tidak sentuh laman ini. aku terlalu sibuk. tapi kesibukan itu telah membawa banyak erti kepada diri aku kerana ia terkesan dalam pemikiran dan kelapangan aku.

bermula lembaran baru dalam fitrah aku. aku cuba sesuatu yang baru. ia amat tidak menyenangkan orang lain. tapi sejenak aku bermunasabah tentang apa yang aku lakukan sekarang ini, ia seperti menjentik2 dan menikam dada sendiri. aku rasa gementar dan sangsi samada ini adalah jalan yang betul sebagai pilihan aku.

aku tahu jauh di sudut otak kanan dan kiri aku, aku masih berada di jalan yang betul dan masih yakin dengan keupayaan sendiri. ramai yang suka merendah2kan aku tapi kali ini akan aku buktikan bahawasanya aku yakin!



apa2pun wish me luck!








to be continued.....................