Thursday, January 29, 2009

Pasca Pilihanraya Kampus @ Puncak Perdana

sudah dekat dua minggu berakhirnya pilihanraya kampus bagi UiTM Malaysia. lanjutan daripada keputusan aku kalah. ya, aku kalah. kecewa, sungguh kecewa. adat orang yang bertanding, ada menang ada kalah. tapi aku tidak menganggap kekalahan sebagai aras kekalahan tetapi aku menganggapnya sebagai aras untuk pemenang dan sememangnya tiada yang pengalah. yang menang aku sampaikan salam tahniah dan yang tewas seperti aku, aku ucapkan salam semangat agar jangan biarkan semangat yang telah dibina menjadi abu.

aku berkira-kira rutin kehidupan aku kembali normal. jika aku menang pasti rutin aku habis berubah. syukur, ada hikmah juga disebalik itu. aku percaya tempat untuk aku berjaya ada di mana-mana. bukan kata di sini tiada, tetapi hanya untuk yang nampak sahaja. syukur juga ramai juga yang semakin mengenali aku. bukan nak meninggi tetapi itu semua aku anggap sebagai aset untuk memajukan diri. alhamdulillah aku semakin senang dengan kehidupan ini. bukan sebelum ini tak senang, cuma ada sedikit kesempitan dalam keterbukaan jiwa dan hati serta naluri.

aku mula mengenali siapa di antara rakan-rakan aku yang betul-betul layak digelar rakan. hikmahnya aku bertanding. banyak yang aku tahu tentang diri dan kehidupan. beruntung rasanya. niat pertama aku cuba cungkil tatkala bersetuju mahu bertanding ialah pengalaman. aku pasti tak semua orang diberi peluang sebegini. rakan-rakan aku di kampung melepaskan tertawanya setelah mengetahui aku bertanding. aku biarkan mereka. mereka pun tahu apa yang aku buat. itulah namanya kawan. mereka paham apa yang kita lakukan. bukan jadi kawan makan kawan. dan juga bukan hanya tempat kawan ketawa. tetapi jadi kawan yang memahami. erti persahabatan yang telah aku cungkil.

tetapi dalam semua apa yang aku lalui, ada sedikti kegagalan. ya, aku gagal dalam memahami hati dan perasaan orang lain. aku gagal mencungkil peranan ini. aku masih keliru memahaminya. atau aku memang tak nak memahaminya. aku uga yakin dengan apa yang aku lakukan. tetapi di pengakhirannya aku rasa begitu kejam kerana menjadikan perasaan yang ada ini zalim. akan aku biarkan ia menjadi. biarlah rakan-rakan menganggap aku yang zalim. biarkan.

masih aku ingat, gelagat rakan-rakan aku tatkala pengumuman keputusan pilihanraya di Kompleks Sukan. macam-macam. aku juga macam-macam. tapi ada yang aku tertarik. tertarik untuk memerhatikan tingkah dan kelakuan orang-orang yang berada di situ. rumusannya, mereka semua hebat-hebat. yang kalah juga tidak kurang hebatnya. masih aku perlukan mereka. hati kecil aku senyum kerana sangat selesa melalui keadaan seperti itu. tak tahulah bila lagi nak rasa macam itu. tak mungkin akan dapat merasainya lagi.

untuk sekian kalinya, aku mengucapkan terima kasih yang melangit kepada jentera-jentera aku, Mira (Pencadang), Imah (Penyokong), Wawa (my CM), Shidot, Najib dan kekasehnya Qamariah, Ijat, Ben, Zam, Zul Mat Zin, dan lain-lain yang aku tak ingat. tanpa anda semua aku tidak menjadi seperti sekarang.

 

Wassalam.

2 comments:

Anonymous said...

jgn cepat putus asa..
i need u to help me..

Unknown said...

tanpa nama : aku tidak pernah berputus asa....

cuma semangat kadang jadi lemah..

biasalah....