Monday, February 15, 2010

mahu review filem [Percy Jackson & The Olympians : The Lightning Thief]

percy2  percy

sebuah filem yang di adaptasi darisebuah novel karya Rick Riordan yang di arahkan oleh pengarah terkenal Hollywood iaitu chris Colombus.

1. filem ini ternyata memperbodoh-bodohkan tuhan-tuhan orang Yunani.

2. sangat menarik sebab menekankan mitos orang yunani tetapi naratifnya sangat kurang menyenangkan.

3. sangat tidak logik naratifnya. memperbodoh-bodohkan penonton. (aku tak bodoh, gelak untuk hiburkan hati)

4. ternyata Hollywood mempunyai agenda tersendiri. (diorg bajet kat USA semua ada, sampaikan olympus pun diorg buat kat USA, kesian org2 yunani, sejarah mereka telah diperkosa.)

5. filem ini adalah filem komedi yang sangat sinis!

6. ideologi orang buat filem kadang-kadang sangat kejam untuk diterima.

7. ini saja. (aku suka filem-filem berunsurkan fantasi)

chill.(^_^)

Friday, February 12, 2010

sudut pandang kaum hawa terhadap hensem lelaki melalui kata-kata kaum adam.

yang pertama adalah daya tarikan. dapat dirujuk dengan kata-kata dari seorang teman di facebook. beliau memberi pandangan mengatakan rambut memainkan peranan penting untuk menarik perhatian kaum hawa. orang kata first impression adalah penting untuk tahu sesuatu. bila ada satu tarikan pada seseorang lelaki, makanya akan melekatlah lelaki itu di mata seorang perempuan. benarkah? kacak atau tidak tidak kiralah. mata manusia kan, suka melihat benda yang cantik. tak akan terlepas pandang lah katanya!

pandangan di atas seakan-akan klise. memang klise pun. pandangan dari hawa yang kebanyakan. salah tak aku berkata sebegini? lantaklah. bukan senang nak buat orang tertarik dengan kita. nampak mudah tapi yang mudahnya hanya pada pandangan. yang sebaliknya tidak siapa tahu. takde orang akan peduli.

ada sebuah ayat yang sangat klise dari hawa yang selalu aku dengar. mereka berkata sebegini, ORANG PEREMPUAN KALO DAH SAYANG SEHABIS IKHLAS KAT LELAKI ITU, DIA AKAN CURAHKAN KASIH SAYANG TANPA RAGU-RAGU, DAN DIA AKAN JADI ORANG YANG SANGAT MEMAHAMI UNTUK LELAKI KESAYANGAN DIA. wah-wah. sangat klise bukan. ada benarnya kata-kata ini. tapi ada yang aku perlu rasa menyampah terhadap benda-benda macam ni.

bila adam berkata tidak pada hawa, janganlah nak salahkan semua pada adam. cinta itu bukan paksaan. bila dipaksa, cinta jadi buta. cuba tanya pada hawa, adakah mereka kisah dengan apa yang adam lakukan untuk mereka tanpa pengetahaun mereka? tidak sebenarnya. hawa hanya memikirkan diri mereka kerana mereka berfikir menggunakan nafsu. perlu ingat, hawa ada 9 nafsu 1 akal. adam ada 9 akal 1 nafsu.

tiada siapa yang akan menang kalau dibanding-bandingkan dengan benda ini. masing-masing ada kelebihan bukan?

mari kita berfikir seperti ini, pernah tak anda terfikir mengapa lelaki-lelaki lembut bila menjadi somebody mereka nampak hebat? sebab mereka itu lelaki, ada 9 akal. dan pernah anda fikir mengapa seorang perempuan yang bersifat keras seperti lelaki menjadi somebody mereka sangat hebat? sebab mereka ada 9 nafsu. tapi bila kedua-duanya tidak menggunakan akal dan nafsu yang 9 itu, maka wujudlah golongan mak nyah yang bersidai di lorong-lorong untuk melacur. juga wujudlah golongan pengkid yang mengaku jantan menyintai wanita dengan sepenuh hati.

anda tak setuju dengan pendapat saya? terpulang, tapi ini kebenaran. sila berfikir dengan lebih dalam.

berkarya untuk lupakan kesepian.(^_^)

Thursday, February 4, 2010

feminine, feminisme, & feminist!

* taksub pasal filem menyusutkan rasa cinta terhadap sosial. jadinya kehidupan seperti 'anti-sosial'.

* taksub pasal cinta menyusutkan pemikiran anda tentang sosial. kebodohan melata di dalam kehidupan.

kenapa filem itu wujud? mungkin kerana kemahuan manusia. kenapa cinta itu wujud? sudah sememangnya fitrah manusia perlukan cinta. ia sebuah keperluan. keperluan boleh jadi kemahuan. kemahuan boleh jadi keperluan.

bila bercakap pasala filem, tak kan sudah. semua yang berkata pasti cuba tegakkan pendapat sendiri. tak salah. tiada siapa nak larang pun selagi tiada undang-undang melarang. filem itu seni, seni itu jiwa. bila jiwa merasa tentang seni maka seni itu pasti di angkat. bila jiwa tidak rasa seni itu pasti seni itu ditolak. situasi ini sering terjadi di dalam industri kita. industri filem dunia. mana-mana pun sama. orang kata, kalau nak filem di angkat di dalam sebuah festival, tengok jurinya. kekaburan di dalam seni itu kadang bagus. bila kekaburan itu dapat ditafsir maka ia angkat di angkat. bila yang dungu cuba menafsir yang kabur itu, maka dungulah jadinya seni itu. dungu mendungu, tuju menuju, tiada siapa mengaku salah.

bila tiba tentang cinta, semua jadi indah. bila cinta di dusta, semua jadi benci. hati manusia sangat sensitif. walau macam mana pun anda kata anda kuat, hati manusia tak pernah tipu. hati sangat sensitif. yang bezanya cuma cara anda mengawal sensitif itu. bercakap pasal cinta memang seronok. orang kata terbaik! macam kitalah yang handal pasal cinta. tetapi sebaliknya kitalah yang dahagakan cinta. hilang cinta. orang yang bercakap pasal cinta sebenarnya tidak tahu sangat pasal cinta. apa yang mereka katakan adalah berdasarkan pengalaman mereka. seperti Dr. Love la!

seronok dapat merapu!

Wednesday, February 3, 2010

something happen lah!

dimulakan dengan ini, [jangan bajet kau sempurna!]

bukan nak kata apa-apa pun. anggap diri seperti Adolf Hitler yang jahanam. kenal anda sama itu Adolf Hitler yang jahanam? setaraf dengan Benito Mussolini, setaraf dengan Vladimir Lenin.

jangan jadi seperti mereka. anjing-anjing yang menganggap diri sempurna. anjing-anjing yang menyalak seperti merdunya suara Marilyn Monroe.

jangan jadi anjing orang! bila anda naik. jangan jadi anjing! jadilah seperti manusia yang sedar diri.

ok chow!