Saturday, May 30, 2009

janji kosong!

genggam janji biar sampai tertunai. . .
jangan genggam janji dengan kosong. . .
kau faham tak? ? ?

situasi Melayu!


aku bagi kau sebuah situasi. . .

5 rakan pahlawan Melaka. Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu, dan diketuai Hang Tuah. kau tahu atau tidak sebenarnya mereka berlima ini mempunyai seorang lagi rakan yang telah mengkhianati Melayu! yeah, mereka sebenarnya 6 sekawan. oleh kerana sifat tamak dan kedekut si ketua Hang Tuah menyingkirkan rakan yang ke-6 ini. dia adalah HANG TEN!

kau bayangkan, bila diberi peluang untuk berdikari dan membuktikan kehebatan diri sendiri dimata manusia, au pasti suka. mana tidaknya, inilah masanya kita mahu tunjuk Melayu itu boleh. tapi kerana sifat pentingkan diri sendiri dan tamak, peluang itu dibuang begitu sahaja.

bayangkan sekali lagi, jika kau beada ditempat Hang Tuah dan rakan-rakannya. bagaimana kau rasa bila Hang Ten belot pada Melayu? rasa Melayu itu dicabar. Melayu makan Melayu. akhirnya Hang Tuah menyingkirkan Hang Ten. Hang Tuah mahu menyeamatkan Melayu.

tabik pada Hang Tuah. f**k pada Hang Ten!

situasi ini ada kena mengena dengan kisah di blog ini http://www.aidirahimi.blogspot.com/. sila sila rujuk untuk kefahaman lebih lanjut.

Friday, May 29, 2009

finaly beb.

esok akan bermulanya pengambaran Filem AMAN setelah merintangi pelbagai masalah. alhamdulillah berkat kesabarab bersama semuana dapat di atasi dengan tenang.
dimulakan dengan senyuman. . . .PEACE ;-)

Thursday, May 28, 2009

berteka-teki~sila jawap ya!


sejak kelmarin, kami telah tertekan. ombak yang melanda semalam semakin membuatkan kami tertekan. tapi 'Abg Teka Teki' cuba untuk hiburkan keadaan dengan teka tekinya. katanya untuk lawan si Fimie.


dalam banyak2 pelam,
pelam apa tak boleh makan?

masuk 3 segi,
keluar gulung2, apa?

dalam byk negeri di Malaysia,
negeri mana paling padat?

dalam tembikai ada biji hitam,
dalam nanas ada apa?

masa kecil hitam,
dah besar putih, apa dia?

dalam banyak2 kutu,
kutu apa yang takkan mati?

kenapa siput babi bila jalan berlendir?



hah, silalah jawap. ada banyak lagi sebenarnya. tak larat dah ni. . . . . .thanks to Abg Teka Teki!

ditekan-tekan


kerja tertekan. . .
otak ditekan. . .
badan tekan. . .
nak tekan apa lagi?


jum tengok wayang!

  1. Terminator Salvation
  2. Night At Museum 2
  3. Angels & Demons
  4. Wolverine

aku nak tengok semua. . . . .
siapa nak join?


saket jiwa~



hari ini khamis. diceritakan hati yang saket takkan sudah. kalau dikira berapa kali saket jari pun tak cukup. tapi begitulah cerita yang sering dibawa oleh manusia yang malang. hanya mengambil kesempatan ke atas kepakaran orang. bukan aku. dan bukan kamu. tapi ini memang terjdi. ditegah kerana kita tidak mempunyai kuasa. tapi apakah ia? kuasa? wang? wanita? dunia?




rasanya anda tahu apakah ia......

Wednesday, May 27, 2009

put-on-hold!

. . . . . . . . . . . .. .............................................. . . . . . . . . . . .............
. . . ..................... . . . . . . . . . . . .. . . . . . . .................... ... . . . . . . . . .
.......... . . . . . . . . . .  ..................................... . . . . . . . . . . ..................
. . . . . . . . . ........................................... . . . . ...................... . . . . . . . . . 
............................. . . . . . . . . . . . . . ................ . . . . . . . . ................ . . . . .
shooting AMAN . . . . . . . . . . . . . ............................ . . . . . . ...............
. . . . . . . . . . . . ................ . . . . . ........................ . . . . . . . . . ..................... . . . .
. . . . . ......................... . . .. . . . . ........................... . . . . . . . . . . ..........................put-on-hold!

menanti hari esok

esok start shooting. malamnya ada final CL, Barca VS Man Utd. macam tak tidur untuk hari pertama shooting.

tak pernah aku buat kerja macam ini.(uber amazing blog award)


1. nama aku Fariz Iskandar

- dilihat di dunia pada 22 april 1986 pada hari selasa jam 7.50 petang
- dilahirkan sebagai seorang jawa.(proud to be javanese)
- suka berkata jawa kt orang yg xpaham jawa
- makan apa aje, tak memilih. sangat suka sambal belacan & tempe
- sejak menemui penuilsan maya(blog), terus jatuh cinta, addicted!
-peminat setia MANCHESTER UNITED. united rulez!
- gila pada bola sepak walaupun xtau sangat main bola.(bukan kaki bangku)
- tak bole sebut huruf 'R' dengan sempurna. (bukan OKU tau)
- kadang2 kata2 tersasul
- suka tengok orang.

2. Sopi Dzali
- kawan sejubur aku.
- asal cuti mesti melekat dengan dia.
- sedang mencari cinta.
- hati baru sahaja kecewa sebab cinta ddia ditolak.(relax bro aku ada)
- mendapatkan stok siri prison break kat dia.

3. Kendawang Mancha
- dia asal sarawak.
- hati dia sukar dijangka
- senang berkawan dengannya.(penah gak aku x tegur dia.gaduh)
- suka kelihatan cantek
- nak duduk satu rumah dengan aku semester depan


3. Kamal Da Drummer

- satu lagi kawan sejubur aku
- sejak ada awek yg sgt cantek, jarang meluangkan mase dgn aku dan rakan2.
- dia pandai urut
- dulu orang panggil dia DR.(Dongeng Rakyat)
- dah berbulan2 aku tak jumpe dia


4. Arham Hilmi
- dah kawen
- member sejubur gak
- selalu belanja kami se geng(sebab dia dah keje.byk duit)
- tak kisah sangat asalkan dapat ber geng dengan kami
- selalu ajak lepak sampai larut malam


5. Amat Gemok

- kawan sejubur gak
- baru je habis belajar
- cita2 nak buka ladang lembu sendiri
- sedang apply keje kt UiTM
- emak dia kenal family aku


6. Hadif Hariri & Haddad Khulaif
- kedua2nya sepupu aku yang sangat comel dan sporting
- suka dtg umah aku dan lepak2
- haddad selalu ikut abangnya, hadif kemana2
- hadif sangat kisah dengan adiknya
- selalu menghiburkan aku


7. Fisha
- skandal (orang kata)
- kami rapat, kawan jer
- sangat lembut walaupun punyai sifat yang garang
- gembeng (mudah nangis)
- MPP TEKA


8. Minah
- dia nak kawen 31 mei ni
- sori min, aku xdapat dtg
- seorang yang happy go lucky
- mase sekolah ramai yg minat dia
- nanti aku kawen ko dtang ek.


9. wani

- very ambitiuos
- tidak percaya pada cinta dan lelaki
- sangat concern pada org yang rapat padanya
- sangat pandai berkata2
- suka tolong orang


10. LyaFarhana

- dialah yang tag aku, paksa aku jawab
- seoarang yang terlalu bergantung pada CINTA
- aku kenal dia waktu MMS
- hati yang sukar dijangka
- jarang reply mesej2 aku


11. Imah
- suka komen blog2 aku, timakaseh.
- ayat2nya sangat puitis
- paling kecik dalam kelas(walaupun umur dh tua)
- suka pakai baju kurung
- susah nak tgk dia pakai seluar atau t-shirt


12. Herni
- kenal waktu MMS
- kadang2 aku tak paham dengan dia, pening.
- selalu kene kutuk dengan aku
- rapat dengan nuar
- rajin dtg puncak(tanpa ajak aku lepak)


13. Abby
- saje je letak gambar awek ni.hehehehehehehehe....



p/s : sesiapa yang kene aku tak harapkan di balas.

Sunday, May 24, 2009

Song For The Champions



theres only One United (4x)
(Manchester United are champion again, the trophy stayed at Old Trafford for the 4 times in 5 season)

Champione, Champione oh wey oh wey (2x)

we retained the premier league
last year on the merseyside (3x)

Ryan Giggs, Ryan Giggs runnin down the wing (2x)
feared by the blues loved by the reds
Ryan Giggs (3x)

oh Teddy (6x)
Sheringham

oh Gary (6x)
Pallister

Andy Cole (4x)
he hits the ball
he scores a goal
Andy, Andy Cole

what a goal (2x)
from Andy Andy Cole
he hits the ball
he scores a goal
Andy Andy Cole

you are my Solskjaer
my only Solskjaer
you make us happy
when skies are grey
coz when it's pouring
you just keep scoring
please dont take our Solskjaer away

oh Roy Keane
he's a demon
he wears he saw Old Trafford
he said "i fancy that"
the rest all tried to sign him
but he chose the red and white
of world famous Man United
coz we're always dynamite

Glory, Glory Man United (3x)
and the reds go marching on! on! on!

sing up for the champions (8x)

(Manchester United are still Champions!!)




once more in may!!


we are seventeen going on eighteen
scousers are history
better than them at least we've got ten
and in moscow we made it three
we're going to rome to make it four
and the fifth is on it's way. . .

champions of england!!
champions of europe!!
again once more in may!!


Majlis Pelancaran Filem AMAN di Saloma Bistro

semuanya lancar-lancar aja.

Wednesday, May 20, 2009

anda mampu?

A person can't have everything in this world; and it was a little unreasonable of her to expect it.

Kate Chopin (1851-1904)


aku mampu memiliki apa yang aku hajati....yeah!

ditegah untuk mengaku ego


aku seorang lelaki. bukan half2 tau!. aku didekati dengan satu soalan berkaitan tentang ego.  yang mana soalan-soalan sebegini sudah biasa dengan aku. dia tanya kenapa lelaki susah sangat untuk mengaku keegoan sendiri. kenapa lelaki susah sangat mahu mengalah dalam bercinta. benarkah? aku sebagai lelaki akan jawab berdasarkan keegoan aku. sebagai lelaki aku memang tidak terlepas dari keegoan diri. bukan aku nak bangga dengan ego sendiri. tetapi aku tak mampu nak halang ego sendiri. aku mengaku aku memang ego. itu pendirian aku. siapa nak kata aku poyo silakan. siapa nak kata aku memburukkan diri sendiri silakan jika anda tak suak anda bole pergi dari sini.

aku sangat terkesan dengan keadaan sebegini. aku tidak maksudkan sesiapa tetapi keadaan seperti ini kerap berlaku. dengan ego perkara apa-apa pun takkan sudah! dengan ego, lelaki dan perempuan akan saling menyalahkan. dengan ego cinta dan benci akan wujud.

jadi, jangan senang nak kata lelaki lebih ego. semua sama sahaja. perempuan pun ego. tetapi perempuan mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan keegoannya. begitu juga lelaki. sama-sama menyimpan ego. dalam keadaan sebegini perlu ada yang mengalah. itu yang penting. nasiblah. terpulang kepada budi bicara sendiri.

sudahlah. setakat ini sahaja. jika anda tak suka dengan apa yang dikatakan di sini anda boleh pergi dari sini.



ego, benci, cinta, telinga menjadi perit. . . . .

durasi menanti AMAN


21 Mei 2009, jam 10.00 pagi aku dan Azri pergi recee di ijok. mencari rumah yang ‘under construction’. jam 3.00 petang pual ada Majlis Doa Selamat untuk semua krew produksi filem AMAN.

22 Mei 2009, calltime di Puncak Perdana jam 9.30 pagi untuk ke Saloma Bistro. hari ini hari penting, Launching Day. majlis bermula jam 3.00 petang. kami semua sudah berada seawal jam 10 pagi di sana. macam biasalah sebagai host, kami kena buat sedikit persiapan apa yang patut.

23 & 24 Mei 2009, dua hari ini agak seronok. shopping time! berjalan-jalan di Tesco untuk membeli barang-barang produksi. shopping sakan.

25 Mei 2009, taklimat khas oleh Executive Producer iaitu Mr. Mahantheran Maxwell. penting ni beb. semua krew wajib hadir.

26 Mei 2009, script reading di Ijok. semua artis akan berkampung seketika di Ijok untuk script reading. untuk Production Assistant, anda perlu reconfirm balik dengan semua lokasi yang telah dikenalpasti. double check double confrim!

27 Mei 2009, check-in penginapan di Ijok. aku sudah siap sedia.

28 Mei 2009penggambaraan bermula!yeeaaaaahhhhhhh!!!!!!!! 


Tuesday, May 19, 2009

cinta dan benci ditangan yang salah


kalau cinta diletakkan ditangan kiri, sedangkan cinta yang ikhlas sepatutnya berada ditangan kanan.

tetapi yang berada ditangan kanan adalah kebencian diri sendiri yang sepatutnya kebencian itu berada ditangan kiri dan perlu dilontar jauh-jauh.

jadi andaikan anda dibebani kedua-dua itu di tangan yang salah, apa yang anda akan lakukan?



cinta dan benci tak boleh disatukan. . . .

Monday, May 18, 2009

pisau cukur



kalau lelaki jahat dipanggil buaya, atau buaya darat. bila perempuan yang jahat nak panggil apa? setuju tak kalau kita panggil mereka ini pisau, atau pisau cukur?

aku setuju! perempuan yang jahat dipanggil pisau cukur. jika anda tak setuju sila tinggalkan komen.

yeah!


sedikit perbualan :

fariziskan: kalo lelaki kata buaya..
fariziskan: kalau pompuan?
fariziskan: pisau?
poison_gadisdirga: pisau pe plak??
fariziskan: pisau cukur.
poison_gadisdirga: Oooo..
poison_gadisdirga: dah lme xjdi pisau cukur dowh!
poison_gadisdirga: sekalisekale ape salahne
poison_gadisdirga: asek aku je yg terkene ann...
fariziskan: dunia...
fariziskan: hhahahha


p/s : jangan marah ya....yeah!


terasing


kita dicipta dengan penuh sempurna. tanpa apa-apa kesulitan untuk hidup. tanpa apa-apa kecelakaan. dengan ciptaan yang sempurna oleh Tuhan, mengapa kita harus pertikai tentang kejadian alam? mengapa kita selalu berontak menilai kesenangan orang lain? mengapa ya?

bukankah kita dijadikan untuk saling tolong menolong dan membantu antara satu sama lain? tapi kita sering mengambil mudah apa yang terjadi. mengambil kesempatan di atas kelemahan lain. sangat hina. sehina babi yang di haramkan. babi memang babi. sampai Tuhan pun mengharamkan babi. sampaikan kiamat nanti semua babi akan dihapuskan. mahu kah kita menjadi sedemikian? anda tahu. . .

dengan sepenuh hati, aku semakin terasing di dunia yang dicipta. . . . . . . . . .


Barclays Premier League CHAMPIONS 09








p/s : so fans liverfool? ape korang nak cakap lagi? korang looser. . . . .

Thursday, May 14, 2009

kesedihan yang tertimpa


Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.."Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu.Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ..."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah
Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa.

Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa
mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa..

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi.Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri.."Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri.. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu"marah Zakri.

"Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh .....heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri.

"Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis. Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya
apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah.

Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa. Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa....dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya.

Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sanauntuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi,Nisa cuma nak ingatkan Abang saja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding. Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya."YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis. Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak. Treet,Treet, Treet, Treet.... bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je...."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri.. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri......... ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri. "Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan
Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata DoktorJohari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru. Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering...membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. .


Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"...

Assalamualaikum. Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa..

Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin....Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja.. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian
untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA. Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa
melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang.

Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging Nisa...tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama.

Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam...

Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.

Doakan Nisa.

Ikhlas dari,
Nur Nisa


"Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis....

"HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa.

Sewaktu jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf"...bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya. Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya
termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka.

Amat sedih ketika itu. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa...


 

kenangan kasih



kasih, kenangan itu. masihkah kau ingat. aku masih melihat bayangan cintamu. aku merasa jiwa yang ditinggalkan kamu. hati aku yang kosong menanti kasih yang mampu singgah. hanya sanubari yang termimpi. kasih.

Haddad Khulaif



Glory Glory Man United

Tuesday, May 12, 2009

penghubung manusia.

aku mahu menjadi sebuah penghubung antara manusia. layakkah aku?

peminat or admire?

pening dan pelik. rasa seperti ditambat di tepi tiang bendera. di sebelah ada selambak rumput kering yang enak dibaring. aku bukan tak biasa dengan keadaan sperti ini. aku sudah biasa sampai dah lali dengan keadaan seperti ini. sejak zaman aku bersekolah ia mula dijejaki aku. wah. sangat kompleks dan berlipat-lipat. aku terkesima seketika. dan juga terdiam untuk berfikir.

kadang aku rimas. kadang aku suka. malah gembira dilakukan sebegini. ah. peduli la dengan mereka. biarkan mereka dengan kesenangan sendiri. selagi tak kacau kehidupan aku, biarkan saja.

kenapa orang muda sekarang tidak berminat dengan kerajaan?


dari pemerhatian aku sebagai seorang yang sangat naif tentang dunia politik sekarang. apa kurangnya kerajaan sekarang? adakah pendekatan kerajaan sekarang sudah tidak relevan? ataupun tiada pelaksanaan yang mantap dan tepat? apa yang aku tahu kini, remaja sekarang bukan lagi remaja dahulu kala.

dari segi pelaksanaan, tiada kurangnya. tapi kekurangan yang ada adalah dari dalam diri setiap ahli. apa yang kurang dengan mereka? bukankah mereka ini merupakan orang-orang yang hebat dan ternama? bukankah mereka mempunyai satu tahap di mana mampu mengubah dasar negara? tapi perkara ini juga yang terjadi.

kalau dulu setiap kali mereka masuk kampung-kampung kecil, mereka pasti mendapat perhataian yang menyeluruh. tapi sekarang apa yang terjadi? merka masih mendapat perhatian tetapi perhatian yang diberikan bukanlah secara menyeluruh tetapi hanya untuk dipandang sahaja.

aku bukannya mahu memprovokasi mana-mana pihak, tetapi aku hanya mahu mencari kepastian. banyak sangat anak-anak muda yang bercerita. mereka bukan bercerita kosong seperti selalu. mereka berkata apa yang benar dan nyata di depan mata mereka. bukan senang kita mahu meyakinkan masyarakat sekarang. bukan senang juga kita mahu memperkatakan ssuatu yang sensitif. bukan semua orang tahu keadaan yang sebenar. aku juga tak tahu mana yang benar. aku tulis apa yang aku rasa benar. untuk kepastian sahaja. bukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak.

aku kesal. kerana politik masyarakat sekarang banyak berpecah. berpecah kerana ego masing-masing. berpecah kerana nama. berpecah kerana pangkat. berpecah kerana apa? apa yang diperkatakan menegnai politik sekarang bukan sahaja menjadi perbualan yang hangat, tetapi menjadi sebagai bahan untuk akademik. layakkah?

aku bukannya seoarang yang percaya pada politik. aku bukan seorang yang bangga dengan politik. aku juga bukan seoarang yang mendokong mana-mana fahaman politik. aku seorang pendokong pejuang Melayu. itu yang sangat terkesan.

layakkah aku berkata tentang politik?

Saturday, May 9, 2009

masa yang tak sudah. . .


demi masa yang tercipta. . .

demi masa yang memaksa. . .
demi masa yang terseksa. . .
demi masa yang terpaksa. . .





adakah masa yang menentukan kehidupan?

atau kehidupan menentukan masa?

jika manusia berhenti menggunakan masa?


jawapan yang tak sudah. . . . .

darah pun nak makan jugak.





sebuah kisah tentang perkahwinan.


Majlis akad nikah itu baru sahaja usai. Saya dan beberapa orang sahabat masih menikmati minuman ringan yang disediakan oleh pihak tuan rumah. Tiba-tiba seorang lelaki tua yang memang saya kenali menarik tangan saya dan bertanya, "Kenapa orang sekarang kahwin lambat sangat?”.

Saya lantas bertanya,“Tuk dulu kahwin cepat?" "Umur 15 tahun, nenek kau dah dapat anak seorang..” Terbayang anak perempuan saya yang menuntut di tingkatan 5 sekarang. Sukar nak membayangkan betapalah di usia itu dia sudah mempunyai anak.

“Bahagia Tuk?”

“Tak bahagia apa anak Tuk 12 orang!” Terhibur saya berbual dengannya, semuanya diukur dengan angka.

“Saya berkahwin pada umur 21 tahun. Waktu tu masih menuntut lagi, orang heboh saya tak sabar”, adu saya tanpa dipinta. Sengaja mengundang reaksi.

“Tak sabar? Pelik, kalau zaman Tuk, tu kira terlajak dah tu!”

“Betulkah saya tak sabar Tuk?”, tanya saya semacam mengusik.

“Eh, taklah. Kalau nak buat baik, eloklah cepat. Selamat dari maksiat. Kalau betul tak sabar, Tuk ni lagilah tak sabar, umur 17 tahun dah kahwin. Heh, heh, heh..."

“Setuju tak Tuk kalau dikatakan soal kahwin ni bukan soal cepat lambat, tapi soal dah bersedia atau tidak?”.

“Setuju. Tapi kena hurailah maksud persediaan tu...” tajam Tuk membalas.

“Kalau ikut pandangan Tuk, apa agak-agaknya persediaan tu?”

“Soal ni tak boleh agak-agak. Mesti tepat.” Terkedu saya dibuatnya. Tuk ni bukan sebarang orang.

“Maksud bersedia bukan sahaja dari segi umur. Asal akil baligh dah boleh kahwin. Bukan sahaja diukur oleh badan yang sihat, pendapatan yang cukup, tapi
yang penting kematangan diri. Ertinya, seseorang yang nak kahwin mesti dah mula dapat berfikir dengan baik, dah boleh sedikit sebanyak kawal perasaan, dan
jiwa tu sikit-sikit dah agak tenang.”

Saya menung panjang. Tertikam di sudut hati pertanyaan, sudahkah saya matang sewaktu mula berkahwin dahulu?

“Jangan menung. Tuk cuma kata, dah sedikit sebanyak matang. Tak payah tunggu matang betul, nanti tak kahwin pula!” usik Tuk seperti dapat membaca
fikiran saya. Walau tanpa ijazah, Tuk sebenarnya sedang menjelaskan asas kebahagiaan rumah tangga yang kadang kala tidak dapat ditimba di mana-mana menara gading.

“Macam mana nak matang?” tanya saya perlahan. Malu rasanya untuk diajukan soalan sedemikian di usia 40-an ini. Terasa terlambat!

“Tentulah dengan ilmu. Dulu Tuk dan kawan-kawan, umur sebelas tahun dah khatam Quran. Dah selesai belajar ilmu fardu ain. Rukun, sah, batal dan lain-lain ilmu asas dah OK. Bila sudah baligh buka kitab Muhimmah, baik lelaki, baik perempuan. Dah diterangkan tanggungjawab suami, isteri dan asas-asas kerukunan rumah tangga.”

“Itu sahaja? Ilmu lain?” soal saya pendek.

“Eh, perlu. Mesti ada ilmu untuk cari rezeki. Yang otak baik, jadilah guru, pegawai kerajaan. Ikut keadaan zaman tulah. Tuk ni tak nasib baik. Kerja kampung sahaja, guna tulang empat kerat, buka tanah. Itulah dusun yang Tuk kutip hasilnya sampai sekarang ni.”

“Tapi sekarang Tuk dah senang. Dengarnya dah dua kali naik haji”.

“Tak senang. Tapi mudah-mudahan tenang. Tulah doa Tuk, biar hidup kita tenang”.

“Agaknya sebab kurang matang nilah orang sekarang kahwin lambat?” cuit saya, kembali ke tajuk asal.

“Ni agak Tuklah. Budak sekarang tak macam dulu. Mereka ni macam lambat matang. Kalau dulu umur 13 dah boleh pikul tugas. Dah berdikari, dah boleh harap jaga emak bapak. Setakat jadi imam dan baca berzanji tu lancar. Tapi sekarang lain, umur dah 23 tahun pun masih bergantung kepada emak bapak. Nak jadi imam? Jauh sekali”. Terbayang kekesalan di wajahnya.

Dia menyambung, “Sekali tu Tuk tengok betul-betul dengan mata kepala ni macam mana seorang bakal pengantin tersekat-sekat mengucap kalimah syahadah
depan tuk kadhi. Bila tanya rukun sembahyang, geleng kepala. Yang dihafalnya rukun nikah saja”.

“Kalau macam tu macam mana?”

“Baik tak usah kahwin. Macam mana dia nak pimpin isteri dan anak-anaknya nanti? Tu baru ilmu yang paling asas, belum lagi ilmu... apa orang kata, Parenting Skill”.

“Tuk pun tahu Parenting Skill?”

“Sekarang ni macam-macam sumber ilmu ada. Di radio, tv, ceramah, buku-buku... ah, macam-macam”.

“Tapi Tuk, kalau tak kahwin pun susah juga.. Nanti
terjebak dengan maksiat”, kilas saya.

“Tulah, ajaran Islam ni macam mata rantai. Lepas satu disambung satu. Bermula dengan yang paling utama, diikuti yang kedua, ketiga dan seterusnya... Ilmu tauhid, fekah dan akhlak perlu diasak di awal usia. Diiring ilmu akademik. Jadi, bila dah nak kahwin nanti, ilmu tu semua dah ada. Persediaan agama ada, persediaan material ada”.

“Macam mana kalau ada yang lambat-lambatkan kahwin kerana katanya belum bersedia, dari segi material dan agama?”

“Apapun biarlah berpada-pada. Kalau nak diikutkan ilmu agama, sampai mati pun tak akan habis dituntut. Cukuplah sekadar keperluan dulu dan tambah lagi selepas kahwin. Begitu juga soal material, soal kerja, profesion... Ni pun tak akan habis-habis. Ukurlah ikut keperluan dan kemampuan diri. Jangan sampai terlanjut usia sudahlah. Jangan nanti ilmu ada, matang ada, duit ada, calon pulak tak ada...”

“Tuk lihat macam mana keadaan anak muda masa kini?” terluncur soalan yang berbau akademik tanpa saya sedari.

“Akibat tak ikut tertib dalam menghayati ajaran Islam, keadaan jadi agak lintang-pukang sekarang. Yang berkat jadi mudarat. Tak dikahwinkan, membuat maksiat. Bila dikahwinkan, tak bertanggungjawab”.

“Antara dua keadaan ni, yang mana patut kita pilih?”

“Perlukah kita buat pilihan? Pada Tuk, pilihlah keadaan yang tidak memaksa kita membuat pilihan!”
Saya terdiam. Kagum. Kata-kata tersirat itu boleh mengundang seribu wacana para sarjana!


'pisang' is banana

Assalammualaikum ;)

Wahai org2 yg beriman! jauhilah byk drpda prasangka, sesungguhnya sebhgian berprasangka itu dosa, dan jgnlah kmu mencari-cri kesalahan org lain, dan jgnlah ada diantra kmu menggujing sbhgian yg lain. Apakah ada diantara kamu yg suka memakan daging saudara yg telah mati? tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha penerima taubat dan Maha penyayang.[ Al-Hujurat, 12]


Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.


Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

"igtlah kebaikan org lain lebih drpda kebaikan diri sendiri, tapi igtlah kekurgan diri sendiri lebih drpada kekurangan org lain"


Daily decisions made by couples







thanks to Beelah. . . .;-)

Thursday, May 7, 2009

tiga yang juga tiga.

tiga malam aku berlari tanpa kaki.
tiga siang aku berkata tanpa lidah.
tiga tempat aku berlalu tanpa rasa.
tiga masa aku berkira dengan mata.
tiga kali aku disangsi sebegini.
bullshit!

Monday, May 4, 2009

sudahkah?

sudah merasai jiwa rasa?

sudah memahami langkah-langkah untuk rasai jiwa rasa?

kalau belum kenapa tunggu lagi. . . . . .

tidur yang pelik

pernah kah anda semua merasa sesuatu yang sangat pelik apabila anda bangkit dari tidur anda?
sejak berada di rumah, aku kerap bermimpikan yang pelik. sangat pelik. pelik yang bukan biasa tetapi pelik yang ditarik jiwa dan roh aku. aku bagaikan bayangan yang pergi dan kembali.
mimpi ku sangat pelik.