Tuesday, May 12, 2009

kenapa orang muda sekarang tidak berminat dengan kerajaan?


dari pemerhatian aku sebagai seorang yang sangat naif tentang dunia politik sekarang. apa kurangnya kerajaan sekarang? adakah pendekatan kerajaan sekarang sudah tidak relevan? ataupun tiada pelaksanaan yang mantap dan tepat? apa yang aku tahu kini, remaja sekarang bukan lagi remaja dahulu kala.

dari segi pelaksanaan, tiada kurangnya. tapi kekurangan yang ada adalah dari dalam diri setiap ahli. apa yang kurang dengan mereka? bukankah mereka ini merupakan orang-orang yang hebat dan ternama? bukankah mereka mempunyai satu tahap di mana mampu mengubah dasar negara? tapi perkara ini juga yang terjadi.

kalau dulu setiap kali mereka masuk kampung-kampung kecil, mereka pasti mendapat perhataian yang menyeluruh. tapi sekarang apa yang terjadi? merka masih mendapat perhatian tetapi perhatian yang diberikan bukanlah secara menyeluruh tetapi hanya untuk dipandang sahaja.

aku bukannya mahu memprovokasi mana-mana pihak, tetapi aku hanya mahu mencari kepastian. banyak sangat anak-anak muda yang bercerita. mereka bukan bercerita kosong seperti selalu. mereka berkata apa yang benar dan nyata di depan mata mereka. bukan senang kita mahu meyakinkan masyarakat sekarang. bukan senang juga kita mahu memperkatakan ssuatu yang sensitif. bukan semua orang tahu keadaan yang sebenar. aku juga tak tahu mana yang benar. aku tulis apa yang aku rasa benar. untuk kepastian sahaja. bukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak.

aku kesal. kerana politik masyarakat sekarang banyak berpecah. berpecah kerana ego masing-masing. berpecah kerana nama. berpecah kerana pangkat. berpecah kerana apa? apa yang diperkatakan menegnai politik sekarang bukan sahaja menjadi perbualan yang hangat, tetapi menjadi sebagai bahan untuk akademik. layakkah?

aku bukannya seoarang yang percaya pada politik. aku bukan seorang yang bangga dengan politik. aku juga bukan seoarang yang mendokong mana-mana fahaman politik. aku seorang pendokong pejuang Melayu. itu yang sangat terkesan.

layakkah aku berkata tentang politik?

No comments: