Friday, October 30, 2009

Malique feat Tun Dr.Mahathir-Layu

Sesungguhnya

tidak ada lebih menyayangi

dari melihat bangsaku dijajah

tidak ada lebih menyedihkan

dari membiarkan bangsaku hilang

 

Aku lihat layu dalam Melayu

Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak

Ada juga bercadang bertanya tuan punya

Tapi bercampur risau dengan tak tergamak

 

Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri

Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui yang kita sendiri

Membiarkan bunga raya melayu ke kanan

Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu

 

Tanah air kita yang punya

Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa

Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa

Kita lupa nenek moyang kaya-raya

Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

 

Ku lihat layu dalam Melayu

Ku lihat layu dalam Melayu

Ku lihat layu dalam Melayu

 

Takkan Melayu hilang di dunia

Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia

Kalau kewujudan tidak dirasa

Petah berbahasa kudrat tak berjasa

Orang berbudi kita hanya tahu merasa

 

Selalu lari bila dirapat

Selalu malu bila soalan diaju

Selalu segan memberi pendapat

Rela mengikut dari meneraju

 

Belum nyanyi sudah bersorak

Suka berjanji dalam borak

Bukan kata tak ada otak

Cuma tak berfikir di luar kotak

 

Ku lihat layu dalam Melayu

Ku lihat layu dalam Melayu

Ku lihat layu dalam Melayu

 

Aku jadi sayu

Bunga menangis dia mendayu

Mahu jadi cantik tetapi ragu

Aku merayu

 

Bangunlah semula hidup kembali

Jangan tunggu matahari mati

Cepatlah mekar sebelum terlerai

 

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

 

Sunday, October 25, 2009

HARAM KAHWIN DENGAN GADIS 1 KAMPONG!

JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru. Setelah diadakan perbincangan dan diskusi di antara para pemimpin, JAKIM dan ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 3 February tahun 2006:


"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SATU KAMPUNG"


Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan terburu-buru. Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut:


Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis satu kampung?


Pegawai Kanan: Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat, apalagi kalau menikahi 'satu kampung'...!!! Kau dah 'gilo'?!

 

Jangan Marah!…..;-)

maklumat dari NASA (Kebenaran Islam)


Allah sahaja yang tahu kebenarannya .Bukti kebenaran Al Quran. Fenomena ini telah disebut dalam Quran 1400 tahun dahulu dan 1999/2000 tahun gambar itu diambil oleh NASA :

Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun. sekarang sudah 1439 = 426 + 13 tahun hijrah. daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066.


Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket. Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi. Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi. Dan planet ini lebih besar daripada bumi.  Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065.


Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007. Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa. Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.  Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062. Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066.

Wallahu 'alam...

Semua ini telah dikaji. Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun. Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun. Cubalah anda kirakan sendiri. Beribadatlah wahai umat Islam sekalian. Ini adalah antara berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini. Dan jangan tunggu artikel seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia shj yang akan rugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar.

 

terserah pada anda semua untuk percaya atau tidak~

Saturday, October 24, 2009

Alumni SMKRMM

besar

di sini bermulanya aku melangkah ke UiTM. terima kaseh~

Thursday, October 15, 2009

Friday, October 9, 2009

teaser ‘KALUT’

Producer : Fariz Iskandar, Director : Faliq Sharif

Wednesday, October 7, 2009

iTalk Card Manchester United!

MUCARDX3new

saja mahu letakkan gambar ini di sini. sila tatap dengan puas.

kemaruk sungai.

picture 014

bawa aku kembali ke sini wahai kawan-kawan ku. mahu melepaskan segala keserabutan di sini.

rindu dengan suara-suara sungai!

nightmare…….ah!

serabut sejak akhir-akhir ini. terlalu banyak perkara perlu difikirkan. terlalu banyak benda perlu dipertanggungjawabkan. terlalu banyak hati perlu dijaga. terlalu banyak! terlalu banyak! terlalu banyak!

sudah dua kali di datangi mimpi yang sama. mimpi ini dayang ketika aku berada dalam keadaan yang sangat tidak stabil. oh Tuhan, adakah ia suatu petanda atau mainan tidur semata-mata. aku tersangkut dengan persoalan ini. hanya Tuhan saja yang tahu apakah erti semua ini.

Ya Tuhanku, sekiranya semua ini akan menjadi sebuah perjalanan terakhir penghidupan, izinkan aku mendakap segala yang aku ingini, izinkan aku mendakap semua insan yang ku sayang. izinkan aku wahai Tuhanku. aku seperti seorang insan yang terlalu kecewa dengan apa yang dihadapkan pada aku. bukan aku tidak mahu bersyukur, tetapi keadaan yang memaksa.

benar, dugaan dari Tuhan sangat mencabar diri kita. bila kita susah tiada siapa mahu pedulikan. tiada siapa mahu ambil tahu. tiada siapa mahu dengar apa yang kita perkatakan. aku rimas dengan semua ini. seperti dipaksa untuk menjadi seorang yang kita paling benci!

aku mahu bercerita kepada kamu semua tentang manusia yang paling aku benci. tetapi kebencian yang aku miliki ini tidak sesekali menjadikan aku seorang yang kejam. tetapi mereka yang sering berlaku kejam.

enggan menghadapi apa-apa yang dihadapkan di dalam lehidupan seterusnya.

huh!

Friday, October 2, 2009

bosan : orang bercakap ketika kita mahu mereka mendengar

kurang ajar. tidak beradab. tidak menunjukkan sistem yang bagus. walaupun otak-otak mereka telah dibentuk dengan sistem yang sedia ada. kalu berkata dengan nada yang sinis bukan mahu didengar, malah hanya diambil dan dicampak jauh.