Wednesday, October 7, 2009

nightmare…….ah!

serabut sejak akhir-akhir ini. terlalu banyak perkara perlu difikirkan. terlalu banyak benda perlu dipertanggungjawabkan. terlalu banyak hati perlu dijaga. terlalu banyak! terlalu banyak! terlalu banyak!

sudah dua kali di datangi mimpi yang sama. mimpi ini dayang ketika aku berada dalam keadaan yang sangat tidak stabil. oh Tuhan, adakah ia suatu petanda atau mainan tidur semata-mata. aku tersangkut dengan persoalan ini. hanya Tuhan saja yang tahu apakah erti semua ini.

Ya Tuhanku, sekiranya semua ini akan menjadi sebuah perjalanan terakhir penghidupan, izinkan aku mendakap segala yang aku ingini, izinkan aku mendakap semua insan yang ku sayang. izinkan aku wahai Tuhanku. aku seperti seorang insan yang terlalu kecewa dengan apa yang dihadapkan pada aku. bukan aku tidak mahu bersyukur, tetapi keadaan yang memaksa.

benar, dugaan dari Tuhan sangat mencabar diri kita. bila kita susah tiada siapa mahu pedulikan. tiada siapa mahu ambil tahu. tiada siapa mahu dengar apa yang kita perkatakan. aku rimas dengan semua ini. seperti dipaksa untuk menjadi seorang yang kita paling benci!

aku mahu bercerita kepada kamu semua tentang manusia yang paling aku benci. tetapi kebencian yang aku miliki ini tidak sesekali menjadikan aku seorang yang kejam. tetapi mereka yang sering berlaku kejam.

enggan menghadapi apa-apa yang dihadapkan di dalam lehidupan seterusnya.

huh!

No comments: