Monday, December 7, 2009

SUDAH LAHIRKAH PEMUDA BANI TAMIM? [berkaitan hal Dajjal]

Perkataan Dajjal sudah termaktub dalam minda setiap muslim bahawa ia berkaitan dengan kejahatan dan manusia akhir zaman. Bahkan bila seseorang itu marah, lantas ia bisa menyebut terus perkataan “Dajjal” itu. Dan kejahatan Dajjal ini tidak disukai juga oleh orang yang engkar arahan Allah.


Cuba anda panggil seorang yang tidak pernah sembahyang dengan gelaran Dajjal, pasti orang termasuk akan marah. Yakni, umat Islam yang kufur juga menganggap Dajjal adalah seteruk-teruk manusia.
Persoalannya, siapa Dajjal itu? di mana ia tinggal? atau wujudkah dia?. Dia adalah makhluk yang memang wujud, serta kewujudan adalah sebagai makhluk yang bernama manusia bukannya gelaran bagi sesuatu kelompok manusia atau pertubuhan atau fahaman. Ya, ianya memang seorang manusia.


Apa buktinya? Untuk membuktikan Dajjal adalah manusia, ada dua perkara yang perlu kita baca, kaji dan fahami. BACA, KAJI dan FAHAMI. Pertama sekali kita perlu baca hadith-hadith yang berkaitan. Setiap hadith membolehkan kita membuat dua tanggapan tentang Dajjal, iaitu tanggapan Dajjal itu sebagai manusia dan kedua tanggapan Dajjal itu sebagai sebuah fahaman atau sikap. Dan ini adalah perkara biasa, sememangnya hadith itu mengandungi makna tersirat yang perlu dibahas oleh umat Islam.


Menganggap Dajjal adalah Sebuah Konsep, Pertubuhan atau pemikiran adalah salah.


Bagi sebahagian orang Muslim, mereka beranggapan perkataan Dajjal yang selalu Rasulullah sebutkan adalah merujuk kepada sebuah sistem, gaya pemikiran, ideologi, konsep pemerintahan, jenis pertubuhan dan sebagainya. Anggapan seperti ini adalah salah sama sekali. Kita ambil contoh sebuah hipotesis, Dajjal adalah sebuah sistem pemerintahan. Jika dikatakan Dajjal mencipta sebuah sistem pemerintahan, itu betul.

 

Dajjal tidak menggunakan nama Dajjal untuk hidup di tengah-tengah manusia, kerana dia sendiri tahu nama Dajjal itu sudah popular dikalangan umat Islam. Dajjal sudah pasti, dan memang PASTI akan menggunakan nama lain untuk mengkaburi mata masyarakat dunia.


Jika Dajjal muncul dengan menggunakan nama asalnya iaitu DAJJAL, tidak perlulah Rasululllah bersabda panjang lebar dalam pelbagai hadith, cukup sekadar satu hadith saja. Rasulullah bersabda tentang Dajjal dengan banyaknya disamping memberikan ciri-ciri fizikal sekali kerana Dajjal itu sukar dikenali. Maka gunanya hadith-hadith yang banyak itu ialah untuk mengenal ia dengan tepat.


Hipotesis 1 : Dajjal sebagai konsep atau sistem

Jika benar Dajjal bukan seorang manusia, dan dia adalah simbolik kepada suatu konsep atau sistem, cuba kita baca hadith di bawah. Orang yang menganggap Dajjal sebagai suatu konsep tidak mampu mentafsir hadith ini. Dan tiada nabi, sahabat, ulama atau imam mengatakan Dajjal itu sebuah sistem.


Hadith Panjang Yang Membatalkan Hujah Hipotesis 1.

Fatimah r.a berkata, “…..maka aku pergi ke masjid dan menunaikan solat bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam pada barisan wanita yang berada tepat di belakang kaum itu. Setelah menyelesaikan solatnya, Rasulullah SAW duduk di mimbar. Sambil tersenyum baginda bersabda; “Hendaklah setiap orang tinggal di tempat solatnya. Selanjutnya beliau bersabda, “Apakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu?”


Mereka menjawab, “Hanya Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.”


Baginda bersabda, “Sesungguhnya aku tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan atau ketakutan. Melainkan aku mengumpulkan kamu semua oleh sebab Tamim ad-Dari, yang dahulunya seorang Nasrani, datang berbai’at untuk masuk Islam. Ia menceritakan kepada ku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu tentang Dajjal. Ia menceritakan kepada bahawa ia mengendarani sebuah kapal bersama tiga puluh orang dari Lakham dan Judzam. Mereka dipermainkan ombak selama sebulan di laut. Lantas mereka berlabuh di suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka duduk-duduk di pantai dekat perahu.”


“Lalu mereka naik ke pulau itu. Maka mereka didatangi seekor binatang yang banyak bulunya, yang mereka tidak dapat membezakan mana bahagian depan dan mana bahagian belakang. Mereka berkata;
“celaka kamu, apakah kamu ini?”


Binatang itu menjawab; “Aku adalah mata-mata.”

Mereka bertanya, “Mata-mata apa?”
kemudian ia menjawab, “Wahai kaum, pergilah kepada orang yang berada di dalam gua, kerana ia merindukan berita dari kamu.”


Tamim ad-Dari berkata, “Ketika binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang, kami meninggalkannya kerana mungkin ia adalah syaitan perempuan.”


Selanjutnya ia berkata, “Lalu kami berangkat segera hingga memasuki gua. Tiba-tiba di dalamnya ada seorang manusia yang paling besar badannya dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi hingga ke dua mata kakinya. Kami katakan,…”

“celaka kamu, makhluk apakah kamu ini?”


Ia menjawab, “Kamu semua telah mengetahui perihalku, kini beritahukan kepadaku, siapakah kamu ini?”

“…..maka kami pun bersegera menjumpai mu. Kami takut pada binatang itu, dan kam tidak tenang, jangan-jangan ia adalah syaitan betina.”


Orang itu (Dajjal) berkata, “Beritahukan kepada ku tentang kurma Baisan?”


“Tentang apakah yang ingin engkau tanyakan?”


“Aku bertanya kepada kamu, apakah kurma itu hampir tidak akan berbuah?”


“Ya…”


Lalu ia berkata lagi, “Beritahukan kepadaku tentang Tasik Tabriyah.”


“Tentang apakah yang hendak engkau tanyakan?”,


“Apakah tasik itu masih berair?”


Nah, bagi mereka-mereka yang beranggapan Dajjal adalah seperti Hipotesis 1, sila tafsirkan hadith ini dengan kaedah “mengandaikan” Dajjal sebagai suatu sistem. Bolehkah anda tafsirkan ia? Mana mungkin anda boleh.


Jika benar Dajjal itu tidak wujud dan bukan manusia, habis! dengan siapa Tamim ad-Dari bercakap? Adakah Tamim ad-Dari bercakap dengan sebuah SISTEM? Mungkin orang yang berpegang dengan Hipotesis 1 akan berkata begini?


“Tamim ad-Dari pergi ke suatu kawasan dan hidup di kawasan itu dengan pemerintahnya menjalankan sistem diktator….bla…bla.. kemudian Tamim ad-Dari kembali ke Madinah dan menceritakan peristiwa hidupnya di kawasan ‘itu’ dengan menggunakan gaya bahasa KIASAN kerana orang zaman dahulu suka bersyair dan bermadah.”


Jika ini jawapan dari kelompok pendokong Hipotesis 1, ini bermakna Rasulullah juga berbahasa kiasan dalam menceritakan hal ehwal Dajjal. Jika Rasulullah bersabda secara kiasan tentang Dajjal, mengapa hadith lain tentang Iblis tidak dianggap kiasan? Mengapa kita percaya Iblis itu ada walaupun kita tidak nampak? sedangkan Dajjal pula kita tidak percaya ia wujud?


Adalah kekuasaan Allah untuk melakukan sesuatu perkara yang di luar jangkaan manusia. Sekiranya ada makhluk berumur panjang seperti jin dan syaitan boleh dicipta adalah tidak mustahil Dajjal juga mampu dicipta Allah.

Berdasarkan keadaan semasa, tiada pihak lain yang berjuang menentang kuasa paling besar di dalam dunia hari ini dan mencapai kemenangan-kemenangan di medan pertempuran kecuali Al-Kaedah dan Taliban sekarang. Pengaruh mereka begitu meluas sehingga muncul gerakan-gerakan jihad yang meniru mereka atau mendapat pertolongan dari mereka di Bosnia, Chechnya, Somalia, Iraq, Algeria, Yemen dan lain-lain tempat. Apabila Amerika dah bengkrap angkara Afghanistan dan Iraq (senang kata, Amerika kalahlah), maka negara-negara lain mula berantakan satu-satu dengan cara yang kita sendiri susah nak jangka. Bila ini berlaku, agak-agak ke arah mana mujahidin-mujahidin ini akan menuju? Tak lain dan tak bukan ke arah Palestin. Masa tu dah jadi semacam global jihad.

Kemungkinan Taliban dan Afghanistan hanyalah pemula dari peristiwa-peristiwa yang akan berlaku di kemudian hari.


Hadith-hadith menunjukkan senario sebeginilah di akhir-akhir zaman.

hadith-hadith yang ada yang berkaitan dengan akhir zaman adalah bersifat abstrak. Jangan terlalu taksub untuk mencari individu yang dimaksudkan sebagai pemuda bani Tamim, atau Imam Mahdi. When they come, they come. Ulama-ulama yang besar pun bercanggahan pendapat tentang siapa mereka. Banyak yang telahpun salah kerana menyangka begitu-begini. Kita pun tak terkecuali berbuat salah dalam pentafsiran hadith akhir zaman. Tapi bukannya satu dosa jika salah tafsir tentang siapa mereka-mereka itu, cumanya salah targetlah.


Bayangkan, setiap 1000 orang tentera Amerika di Afghanistan, belanja mereka adalah 1 billion US Dollar setahun. Tak kurang hampir 70,000 tentera Amerika ada di sana. Belanja 70 billion dollar setahun. Bunyinya nak kena tambah lagi 40,000 orang. 40 billion dollar lagi. Dan dengar khabarnya Amerika terpaksa duduk lama di Afghanistan sebab masih tak menang-menang. Kalau mereka tinggalkan Afghanistan, Hamid Karzai akan jatuh dalam masa seminggu (kiasanlah tu gamaknya). Ini kata Menteri Luar Britain. Dan katanya lagi, kalau Amerika dan NATO cabut lari dari Afghanistan, akan terjadilah Global Jihad.


So, sekarang mereka cuba mengelakkan dari terjadi Global Jihad. Tapi agak-agak tidak bengkrapkah Amerika dan Britain? Siapa sangka tahun 80-an dulu, Soviet Union yang bergitu gagah, besar dan agung pada masa itu boleh jadi bengkrap angkara berperang tak menang-menang di Afghanistan. Akibatnya, siapa sangka pula akibat kebengkrapan itu, Soviet Union terpaksa berpecah sehingga negara USSR sekarang jauh lebih kecil berbanding dulu.


Begitu jugalah nasib yang akan menimpa US dan Britain. Bila mereka dah kalah atau bengkrap, dollar dan pound mula jatuh harga dan seumpamanya, bayangkan apa yang akan terjadi.


Pemuda Bani Tamim memang tak boleh dari orang berketurunan Arab. Tapi mesti kait-mengait dengan perjuangan Taliban, Al-Kaedah, Khurasan. Mungkin juga dia adalah Muhammad Abdul Wahhab?


Ada terdengar tak hadith yang menyuruh umat Islam pergi join tentera imam Mahadi ke siapa tu, walaupun terpaksa merangkak atas ais? Ais ni wujud di mana? Tanah Arab? Malaysia? Indonesia? Atau Afghanistan?
Imam mahdi adalah bermaksud Imam yang Terpimpin. Tak semestinya nama dia Mahdi atau dipanggil Mahdi. Mullah Muhammad Omar pun bernama Muhammad macam nabi. Mungkinkah dia Imam Mahdi?

Perhatikan pula sifat-sifat dan kuasa Dajjal dalam hadith-hadith. Agak-agak raksasa macam dalam Ultraman kah atau Amerika yang serba ultra-canggih sekarang ini? Menembak ke langit, meredah lautan hanya sekadar buku lali, apa yang dia cakap semua manusia mendengarnya, boleh cipta syurga, neraka dll. Matanya buta sebelah. Dari segi duniawi memang hebat, bright. Dari segi ikhirat, buta, gelap tak nampak apa. Di kepalanya tertulis perkataan KAFIR. Orang yang benar beriman nampak dan kenal Dajjal ini sebab 'jelas tertulis di dahi'. Mana ada manusia dan raksasa yang ada huruf atas dahi!


Mungkin juga Dajjal itu adalah Iran? Tapi Amerika lebih menepati ciri-ciri itu. Iran lebih ke arah "70,000 Yahudi dari Isfahan yang akan menolong Dajjal." Siapa yang jadi kerajaan boneka Amerika di Iraq sekarang kalau bukan Syiah, tentera El-Mahdi, Iran? Bukankah 70,000 lebih bermaksud banyak, bukan exact figure?