Saturday, February 28, 2009

bila hati mahu berkata . . .

dalam diam apa yang dilihat menjadi sebuah kenyataan. jiwa semakin terisi, namun yang diisi itu masih belum mampu mengisi yang kosong itu. zahir yang nampak itu menyesakkan diri bersama orang ramai. baru jiwa yang kosong ini seakan-akan terisi. terisi dengan kesibukan dunia. itu saja yang mampu dilakukan untuk melupakankan yang pahit. mencarfi yang manis itu sakit, tetapi yang sakit itu sebenarnya nikmat. mencari yang pasti itu senang tetapi yang x pasti itu adalah samar. untuk merasai kesedapan dunia adalah sesuatu yang mudah seperti menyelam keindahan dunia. namun mencari keindahan dunia yang abadi hanya sekadar merasainya dari kejauhan.

 

tak terkata tanpa kata-kata yang mahu dikatakan dengan kata-kata yang manis. . . .

Thursday, February 26, 2009

after 10 years. . .



p/s : terima kaseh kepada marinamirana kerana menghasilkan gambar ini....paece;-)

Tuesday, February 24, 2009

[UPDATED] event 3. . .malam sehati sejiwa . . .



25 Februari 2009

pelajar-pelajar Jabatan Penulisan Artistik dijemput hadir. . . 

Malam Sehati Sejiwa

sekian terima kaseh. . .

Sunday, February 22, 2009

[UPDATED] event 2. . . .

untuk penyertaan sila tinggalkan email di kipasusahmatiku. . . .

Saturday, February 21, 2009

pagi yang diterbit. . . .


tiada apa yang menarik yang terdapat dalam gambar ini. bukan gambaran pada gambar ini yang harus dilihat, tapi jiwa pada gambar ini memang ada. jiwa seorang yang melihat.

bukan subjek. dan juga bukan terbitnya matahari itu. masih berkisar tentang jiwa gambar ini. jiwa yang tak mampu difahami oleh sesiapa.

how. . .

kenapa. . .

tapi kenapa. . .

  kerana apa. . .

   hendak apa. . .

    kenapa lagi. . .

     entah kenapa. . .

      lalu kenapa. . .

 

bagaimana. . .

entah bagaimana

  bagaimana jika. . .

   bagaimana hendak. . .

    tapi bagaimana. . .

     mahu bagaimana. . .

      lalu bagaimana. . .

 

sedang hati dibuai perasaan yang terawang-awang,

amat susah mahu menyatakan hati ini.

tanggungjawab yang dibebani manusia,

hanya dirasai oleh manusia yang hanya tau erti ketenangan.

ketenangan sangat diperlukan,

tatkala manusia diselubungi kekecewaan yang mendakap.

[UPDATED]event 1. . . . .


tinggalkan komen jika berminat. . .

Tuesday, February 17, 2009

maksud yang mendakap . . .

 

 

dakapan yang memeluk jiwa

jiwa yang tulus tanpa kata-kata

kata yang manis tanpa rahsia

rahsia makna hati jiwa

 

dakapan yang memeluk sunyi

sunyi sebagai selimut diri

diri menjadi sukar begini

namun akur dengan Ilahi

 

dakapan yang menyesak jiwa

jiwa yang mudah merasa

rasa cinta yang menyeksa

seksa dalam merasa cinta

 

dakapan yang menyelubung hati

hati menjadi sebuah saksi

saksi hati kecewa teralir

mengalir disudut yang sepi

 

 

 

nukilan : fariziskan

Monday, February 16, 2009

Lateral Thinking

Pemikiran lateral membawa maksud cara menyelesaikan masalah dengan menggunakan daya imaginasi (bukan dengan menggunakan logik atau cara-cara pemikiran yang biasa) sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yang kelihatan luar biasa (kadang-kadang agak luar biasa sedikit) tetapi amat berkesan.

Pemikiran Lateral ialah satu cara penyelesaian masalah dengan menggunakan daya imaginasi bukan secara logik atau tradisional. Ia adalah pemikiran yang menitikberatberatkan pelbagai jenis jawapan dan ia digunakan untuk lari daripada idea-idea yang sudah lama dan sudah biasa diamalkan. Pada masa yang sama  ia juga bertujuan melepaskan diri daripada cengkaman persepsi-persepsi lapuk untuk mencari dan mencipta idea-idea baru.

Dr. Edward de Bono

 

Perkembangan filem-filem di Malaysia sangat perlahan dari segi kandungan dan pengisiannya. Hal ini kerana filem-filem Malaysia masih berlegar-legar di takuk idea yang lama. Hal ini menyebabkan idea-idea yang disumbang melalui filem-filem adalah idea yang konvensional. Masalah utama yang dilihat ialah melalui filem komedi di Malaysia.

Memang diakui bahawa rakyat Malaysia menonton filem untuk berhibur sahaja bukan untuk berfikir. Ini dapat melihat melalui penerbitan filem-filem komedi yang pesat setiap tahun. Filem-filem komedi ini bukan sahaja mempunyai idea yang konvensional malah ia memaparkan komedi yang memperbodohkan penonton iaitu komedi splastik.

Komedi splastik atau lawak splastik ialah lawak yang menggunakan tubuh badan, memek muka, dan juga mengenakan orang lain untuk membolehkan yang menonton ketawa. Namun jika dilihat dari keberkesanan berfikir, komedi ini hanya untuk menghiburkan penonton sahaja. Tetapi penonton yang melihat filem untuk berfikir akan berfikir adakah mereka akan melihat lawak sedemikian. Oleh itu, mereka lebih dahagakan lawak-lawak yang berintelektual seperti komedi absurd.

Komedi absurd merupakan komedi situasi yang mana lawaknya terletak pada dialog dan situasi. Tidak memaparkan memek muka atau terencat akal untuk menghiburkan penonton. Ia merupakan sebuah konsep komedi yang bukan konvensional kerana komedi ini dibuat memerlukan daya imaginasi yang tinggi dan amat berkesan.

memang tiada masalah jika filem-filem komedi ini ditayangkan Malaysia. namun diakhirnya penonton disajikan sebuah idea yang sudah lapuk. sudah tentu kecewa. tetap juag berlaku paradoks. walaupun filem komedi spalstik ini boleh dianggap sebagai filem sampah, ia tetap mendapat sambutan penonton. panggung tetap penuh walaupun sudah dekat dua bulan ditayangkan.

banyak bezanya filem ini jika dibezakan dengan filem yang bagus. banyak juga celanya jika dibandingkan dengan filem-filem yang intelek. kita ambil contoh filem arahan Afdlin shauki yang terbaru iaitu Los Dan Faun (2008). masuk panggung pada 4 disember 2008. ini pendapat peribadi setelah membuat seberapa penyelidikan. pengarah sudah menyatakan filem ini berunsurkan komedi absurd. dan ia memang wujud di dalam filem ini. bagi yang sudah menonton, filem ini tiada unsur komedi splastik. komedinya sangat menarik kerana ia membuatkan penonton berfikir dan ia mengaitkan sesuatu situasi itu dengan sesuatu.

 

 

p/s : komedi filem ini sangat bagus. kredit untuk Afdlin Shauki. sekurang-kurangnya filem Malaysia sudah nampak perubahannya. . .

menanti pasti. . .

menanti pasti. . . yang seakan tiada kunjung dan tiada penghujung. namun yang pastinya ia semakin menghancurkan tanpa ada kata makna cinta sekalipun. mungkin madah berbunga-bunga ini membuatkan kalian meluat, tapi ia adalah sebuah bingkisan yang mahu dibawa ke dalam hati setiap insan. jika angan yang memaksa kita berfikir sedemikian, angan itulah yang akan membawa kita ke dalam alam yang nyata. itu jika kita bersedia menjadikan angan itu sebuah yang baru. wajah baru. adakah keadaan yang memaksa kita menanti yang pasti atau menanti yang tidak pasti? sukar untuk mengungkap dengan kata-kata. . .

 

menanti sukar. . . jika kesukaran itu dijadikan alasan untuk tidak melakukan sesuatu, akhirnya kita akan menjadi manusia yang sukar. sukar adalah sesuatu yang menghalang perbuatan. namun ia tidak patut dijadikan alasan untuk kita menjadikan cinta sebagai yang sukar. hati ini sentiasa saksikan mata dan perasaan yang di atas. namun hati masih sukar untuk meyatakan kata-katanya kepada kita. sukarnya melalui kehidupan ini tanpa rasa hati dan perasaan. . .

 

jika benar mata itu kabur kenapa ia mampu menyampaikan pemandangan yang sangat indah. . . jika benar lidah itu tajam kenapa ia masih mampu mengucapkan salam pada kamu. . . jika telinga itu tuli kenapa ia masih mampu membisikkan kata-kata kepada kamu. . . jika benar hati itu buta kenapa ia masih mampu mengucapkan kata indah pada kamu. . .

 

 

~menanti yang pasti seakan-akan sebuah angan yang kosong, dan ia akan tetap menjadi anganan manusia~

Wednesday, February 11, 2009

F.A.C.T 10 Years. . . .apa aku dapat?






sudah sepuluh tahun fakulti aku ditubuhkan.  tapi apa yang sudah aku sumbangkan pada fakulti? sumbangannya tak dapat diluahkan dengan kata2 tapi hanya mata dan hati sahaja merasa apa yang disumbangkan. yang penting aku seronok dan bahagia berada di sini. tapi apa yang aku dapat ialah sebuah kehidupan. sebuah kehidupan yang amat sukar untuk diperolehi. terima kaseh Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik. . . . . . . . . .



salam.

jelek sungguh politik~

perkembangan politik sekarang sangat mengecewakan aku. aku sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan sekarang. aku tak tahu siapa yang sebenarnya ‘hantu’ dalam politik sekarang. semuanya bertopengkan sebuah senyuman yang sangat manis namun pada hakikatnya mereka ialah seorang hamba Allah yang sangat hitam hatinya kerana politik mereka mempunyai kepenting sendiri. melompat sana. melompat sini. aku tak mahu mengatakan aku meyokong mana2 parti, tapi aku sangat sedih melihat kita sesama Melayu bertelagah, bergaduh, bertikam lidah, mencaci sesama sendiri, dan bermusuhan. mana semangat Melayu anda? mana semangat mahu memperjuangkan Melayu anda? tidak kiralah anda dari parti politik mana pun jika anda dilahirkan sebagai Melayu, anda akan Melayu selamanya! anda wajib memperjuangkan nasib bangsa Melayu!

minta maaf. aku memang sangat emosional bila bercakap tentang nasib bangsa Melayu. kenapa aku perlu rasa sedemikian? kerana aku kisah dan kasih dengan Melayu kita sekarang. kita dengan senang disogok dengan bermacam2 hal duniawi. dengan senang kita akur dengan benda2 macam ni. mana semangat perjuangan anda? cuba anda tanya pada diri sendiri? apakah niat anda ketika anda mula2 menceburi dunia politik? aku tahu anda2 semua mahu memperjuangkan Bangsa Melayu! tapi kenapa hal seperti sekarang terjadi? anda terlalu mendabik dada. anda semua angkuh. baru sekarang kita sedar betapa pentingnya penyatuan di dalam bangsa Melayu. tapi sesuatu yang sukar untuk kita Melayu bersatu seperti dahulu. sangat sukar. sukarnya kerana terdapat anjing2 yang suka memecah belahkan Melayu kita! anjing2 inilah yang suka melihat kejatuhan Melayu dibumi sendiri!

satu2 aku lihat pemimpin Melayu tunduk pada anjing2 ini. kenapa? kenapa merka perlu tunduk anjing2 yang sudah tempang dan menunggu mati ini? aku tak faham kepentingan anjing2 ini. aku ingatkan sekali lagi kepada semua pemimpin2 Melayu, jangan sampai tanah kita ini tergadai di tangan anjing2 ini. kita sudah tergadai singapura. kita sudah tergadai sedikit kuasa. apa lagi yang akan tergadai kelak? tepuk dada tanya iman anda. aku sebagai rakyat berbangsa Melayu mahu melihat anak bangsa sekarang kenal erti sebuah perjuangan yang anda bawa. kelak aku tak mahu melihat perkongsian kuasa di tanah Melayu. aku mahu melihat tanah ini dikuasai sepenuhnya bangsa Melayu. ini tanah kita!

 

saya anak Melayu yang merdeka~

Sunday, February 8, 2009

rakan 'sejubur' ku sudah KAWEN!

kawan lelaki pertama aku yang berkahwin. Arham Hilmi B Ramli. 30 Januari 2008.

Saturday, February 7, 2009

sekali lagi ; I’M NOT GOOD PERSON BUT YOU STILL WITH EGOISM; kenapa ya selalu begini? tidak cukupkah untuk cermin pada diri sendiri?

“hyep! dude, stop showing great will you? she is one of my strong friends and she is currently in a good hand. you already drop her at the most right place i guess even she never realize it. read my words with nice smile bro.”

*Miranda (@_<)*

i dont understand what should i do; and i dont know how to describe urself bout this; why u still blame me? aku memang tak faham kenapa dan mengapa setelah di tendang sebegini rupa. ‘quotation’ di atas adalah salah satu ‘maut’ yang aku terima. anda2 semua yang membaca saya, adakah anda rasa bagus setelah membaca saya?ataupun adakah anda membaca saya kerana saya bagus? dan juga anda tidak rasa kah ketika anda membaca saya anda mendapat kepercayaan? jika tidak kenapa harus ‘maut’ yang aku terima menjadi sedemikian rupa. . . .

sememangnya aku tidak tahu kenapa kalian bersikap sedemikian. bukan aku yang mahukan keadaan menjadi seperti ini. tetapi bukan juga dia berkeinginan keadaan sebegini. aku tahu dan kenal dia. dia seorang yang setia. tapi aku tidak mahu menjadi bodoh pada diri sendiri. aku tak mahu memperbodohkan dia. cuma cara aku sahaja menampakkan diri aku bodoh. aku tahu itu semua. kerana inilah satu2 nya jalan untuk aku membetulkan keadaan aku. aku tidak mahu dikatakan seperti angin yang menyinggah dan akhirnya keluar menjadi taufan yang memusnah. jadi anda yang membaca dan mengenali saya anda patot tahu apa yang realiti dan nyatanya.

luahan ini bukan tandanya untuk mempersembahan kemarahan. bukan juga untuk menunjukkan ‘stop showing great will you?’.aku cuma mahu mengatakan buta yang memaksa aku meluahkan seperti ini. dan ini juga cara aku menyatakan sesuatu yang terpendam. akhirnya terluah! maafkan aku jika dia dan kau terasa. maafkan aku juga jika marah kau dan dia ternampak. tapi berapa kali maaf pun ia tetap akn jadi!

 

wassalam!

Sunday, February 1, 2009

All About Love And Hate

"macam2 rasa cinta aku lalui. tapi apakah yg datang itu adalah satu fitrah atau kebetulan yang selalu sangat dilupakan manusia"

aku suka apabila wanita mengatakan ia cinta pada seorang lelaki.aku suka apabila seorang wanita itu mengatakan ia suka pada seorang lelaki.aku juga suka pada wanita yang mengatakan ia sayang pada lelaki.aku pun suka wanita yang nampak kelembutan pada zahirnya tetapi mempunyai keharuman di batinnya.aku sangat suka pada wanita yang mengatakan dia benci lelaki mcm aku.aku selalu suka pada wanita yang mempunyai kemanisan secarah fitrah.aku suka wanita yg pada asalnya suka pada aku sepertimana aku yg ada sekaran.aku suka wanita yg melepaskan hatinya pada aku.aku juga suka wanita yg sgt sayang pada diri sendiri.


secara fitrahnya wanita adalah rusuk lelaki.tanpa lelaki wanita tiada.tanpa rasanya sunyi di hati Adam maka wanita tak kan wujud.Adam yg sunyi hidupnya Allah ciptakan Hawa dr tulang rusuknya.begitu istimewa nya wanita dijadikan dr tulang rusuk lelaki.begitu besar pengorbanan seorang lelaki.wanita hanya memandang sebelah mata sahaja.


keegoan lelaki adalah untuk menjaga maruah diri sendiri dan yg plg penting maruah manusia yg berada bersamanya iaitu wanita.semua lelaki akui yg mana lelaki fitrahnya perlukan wanita an begitu sebaliknya.tetapi adakah wanita sedar bahawa lelaki sentiasa inginkan wanita itu menjadi permata hatinya yg suci.bukan kesempurnaan yg diharapkan dr seorang wanita tetapi ketulusan dlm mengenal erti hati dan akal.lelaki mahukan dari seorang wanita yg tulus dan suci.


wanita sangat emosional.sebab itu lelaki yg mempunyai budi yg tenang senang menangani emosi wanita.tak salah rasanya wanita nak beremosi.tetapi emosi wanita itu selalu mencabar keegoaan lelaki.kegoaan lelaki itulah yg menyelamatkan wanita itu.wanita adalah punca segala maksiat(menurut hadis).mana puncanya apabila lelaki digelar jantan jongos?dr wanita yg mahukan lelaki itu hancur.dr wanita yg mahukan lelaki itu tiada apa-apa.

apabila tulisan lelaki sangat istimewa berdiri.semua wanita melatah.kenapa ya?tulisan itu sangat lah benar faktanya.tetapi wanita2 itu mahu mencari silapnya.sungguh emosianal wanita ini.baru saja tulisan ini berdiri tetapi wanita2 ini sudah mula mengatakan lelaki itu patriaki.siapa yang menegakkan feminisme kalau tidak wanita.siapa yg tak rasa wanita itu adakalanya suka sangat menyalahkan lelaki.tapi perlu ingat lelaki tidak mudah melatah dengan apa2 yg ditembak pada mereka.


tulisan ini merasakn bahawa wanita yg disebutkan adalah merupakan wanita yg sangat agung.wanita adalah manusia.tangan yg dilihat memotong kuku suaminya bisa menghukum dunia.itulah wanita, pada dasarnya suka bertindak mengikut emosi.

"wanita perlu meneropong siapa dirinya kalau mahu ditenung oleh lelaki sebagai wanita yang mulia dan agung"

“Pernahkah cinta membawa anda ke suatu tempat yang membahagiakan?”

Aku tidak tahu samada hati ku inginkan sayang ataupun nafsu. Nafsu yg ada pada diriku ini seringkali menerjah hati ku utk melakukan sesuatu yg tidak masuk akal. Tetapi sayang yg sering terpinggir membuatkan aku sedar betapa dalamnya cinta utk didapati walaupun apa yang aku hajati selama ini tidak tergapai. Aku tidak sedar sekiranya minda dan akal aku masih waras memikirkan erti cinta.aku tidak jelas apa makna erti cinta sebenar. aku sangsi walaupun apa yg selama ini aku lalui mengajar aku apa erti cinta.

Aku mengerti akhiran ini aku berfalsafah makna cinta. aku ingin mencari sesuatu yg dapat memuaskan hati aku sehinggalah aku berhenti menarikan jariku di atas skrin menulis rasa cinta yg terbuku.bila aku berbicara rasa cinta, hati aku mula merasakan sunyi dan kosong.rasa cinta ini membuatkan aku rimas dan lemas.kelemasan yg diragui walaupun sekarang aku inginkan rasa cinta itu.

Cinta adalah universal.walaupun ramai manusia mengatakan cinta itu saling bergantungan lelaki dan wanita, aku merasakan apa yg dihajati dalam bercinta itu terlalu kompleks sehinggakan mewujudkan keregangan.


sekian kalinya aku merasakan aku perlu kembali. kembali pada yang masih menjemput hati aku. aku merasakan apa yang dirasakan sekarang adalah sesuatu yang keliru. aku tidak pasti samada aku puas atau tidak. namun apa yang terbit dalam sanubari aku adalah sesuatu yang aku anggap sebagai suatu keberanian. aku perlu menyatakan yang aku perlukan rasa cinta yang sejati. tapi aku sangsi utk memilih samada cinta atau nafsu. sekian kalinya aku keliru. aku tak tahu. apa itu cinta. di ramadhan yang mulia ini hati aku diselimuti rasa cinta yang sangat mendalam.

biarkan hati aku terus berkata-kata utk membuktikan bahawa hati aku memerlukan rasa cinta itu. aku pernah di rasakan pelbagai rasa cinta. namun tidak satu pun rasa cinta itu menjiwai aku. aku masih mencari nya. apa yang aku usahakan dan diseliakan ini bukanlah satu omongan kosong seperti kata orang yang mengatakan kelakuan aku ini.

ada satu peristiwa membuatkan hati aku benar2 menjadi liat. liat seperti angin yang berterbangan yang bisa pergi ke mana-mana. pemikiran yang menyatakan cinta itu adalah universal sebenarnya mereka itu menyatakan bahawa cinta itu adalah segalanya. kita juga perlu ingat yang cinta itu mendatang keinsafan di dalam hati manusia. cinta juga merupakan satu landasan untuk manusia memahami kejadian alam. cinta juga memerlukan pelaksanaan yang mendalam dari pemikiran akal hinggalah kepada kata-kata hati seterusnya di fizikal kan oleh kelakuan.

pernah ada rakan-rakan aku mengajuk aku berkenaan persoalan cinta. aku membiarkan mereka berkata-kata pasal cinta. aku hanya mendengar dan melihat. tapi yg aku rasakan kefahaman cinta mereka berbeza dgn aku. aku tidak tahu mengapa aku begitu merasakan mereka sampah disebabkan kata-kata mereka berkaitan pasal cinta. aku tdk bersetuju dgn mereka. malah aku hanya mendiamkan diri dan tdk pula aku membuihkan mulut aku utk bercucuk dgn mereka.


aku tahu aku mahu kembali, namun aku tdk yakin dgn diri aku. aku tdk mahu perkara yg berlalu akan terjadi semula. itu adalah ketidakselesaan aku. biarkan hati aku terus meyakinkan aku. aku percaya yg akal dan hati aku akan membantu perasaan rasa cinta ini akan terus mekar dan tumbuh dgn setia dan ia akan menampakkan lelembutan dan juga mengeluarkan keharuman yg diidamkan aku selama ini.

sekian kalinya jari jemariku berlari-lari mengejar apa itu makna lagu sahabat dan apa makna lagu cinta. jiwa aku tidak pernah dirasai apa itu sahabat kerana maksud sahabat itu jiwaku tidak mengenalinya. sahabat yang sentiasa gelak ketawa senang didapati, akan tetapi sahabat yang berkongsi duka hati kita sangat susah hendak di ketemu. apa erti sahabat jikalau hidup kita tidak dirasai sahabat? sahabat adalah pelengkap jiwa bukan sahaja perlu diisi dengan cinta. jika sahabat dirasakan membawa seribu penyesalan, maka sahabat itu bukanlah membawa erti jiwa sahabat tetapi membawa erti sebenar dia adalah erti kehidupan.


kebiasaan sahabat yang membawa erti kehidupan selalu menyakitkan hati. kebiasaan sahabat yang membawa erti sahabat adalah segalanya bagi insan. sahabat jenis ini perlu kita noktahkan sehinggalah ajal menjemput kita. jangan dibiarkan kelakuan kita disalahertikan. sahabat yang membawa erti sahabat bukan memaksa kita untuk segalanya tapi dia memerlukan kesucian dalam bersahabat. bukan cinta sahaja memerlukan kesucian dan ketulusan.


jiwa pernah dirasai kosong tanpa sahabat yang dimaksudkan. ia perlu! ia patut!
ia kesan! ia ada! tapi apakah sahabat itu perlu dicari atau kita sekadar menunggu sahabat itu dtg? aku rasa kalian tentu faham apa yang dimaksudkan. ianya bukan sekadar omongan kosong tanpa ada rasa jiwa sahabat tetapi omongan yang sedalam2nya mahu menyelami maksud sahabat. kalian semua tentu juga faham apa yang ditulis. ianya bukan satu ilusi insan tetapi satu bayangan yang perlu direalitikan.

"manusia perlu sedar sahabat yang membawa erti sahabat ada dlm jiwa masing2"

wanita boleh rasa cemburu walaupun insan yang disayanginya berjauhan dengannya. ini adalah fakta. sebenarnya jiwa wanita itu sangat kuat apabila ia mencintai seseorang. kepada anda-anda yang sedang bercinta pasti anda merasai. pasangan suami isteri juga turut merasai apatah lagi kita yang sedang bercinta walaupun tiada ikatan rasmi. inilah yang dikatakan cinta sejati. wanita seperti ini lah yang perlu dicari. wanita seperti inilah juga sering dikecewakan oleh para lelaki yang tidak mengenal erti cinta.


wanita hanya menyayangi lelaki yang dia rasa mampu melindunginya dalam apa jua bentuk. wanita hatinya untuk lelaki yang telah disenanginya. cinta di dalam hati wanita bukan untuk ditatang seperti anak tetapi perlu di jaga se adanya dan menerima se ada nya. jika lelaki itu menyintai wanita se adanya, maka kenapa ia perlu membeza-bezakan sifatnya? perlulah menerimanya selagi ia masih menyayangi diri kamu.


wanita perlu didampingi hatinya selagi ia mengatakan 'aku cinta padamu'. lelaki adalah pelengkap wanita. begitu juga senaliknya. saling berkait dan saling menginginkan jiwa dan raga. jiwa manusia adalah sangat kompleks untuk difahami walaupun kita ada hati dan perasaan untuk memahaminya. namun ia masih membataskan kita kerana kita hanyalah manusia. begitu juga wanita, ia memerlukan picisan kasih sayang setelah bercinta untuk memekarkan lagi cinta yang telah subur.

sayang, jika aku mengenali kamu dahulu pasti aku akan melupakan kamu begitu pantas. tapi sekiranya aku tak mengenali kamu pasti aku akan mencari insan seperti kamu. apa yang aku rasakan sekarang adalah aku sangat sayang pada kamu wahai kekasih. kenapa kau sering menerbitkan kesangsian yang remeh dalam sayang kita? bukan aku meremehkan kamu tetapi aku sering berkecil hati dengan apa yang kamu lakukan sejak akhir-akhir ini. bukan maksud aku mahu menidakkan kamu, tetapi aku mahu ruang untuk aku bernafas dengan bebas. izinkan aku bebas menyelami hati kau dan hati aku sendiri. 

sayang, selalu aku berkata sendirian, tegarkah aku menyayangi kau? tegarkah aku dengan pendirian kamu? tegarkah aku menempiaskan cinta kepada kamu? persoalan itu yang sering bermain difikiran aku setiap kali dirimu bermain dikepala aku. aku sangat tak mahu apa yang berlaku sebelum ini. ia sangat menyakitkan dan sangat menghibakan. aku tahu kau begitu tegar menyayangi aku. aku tahu kau begitu tegar setia pada aku. dan aku tahu juga tanpa aku kau bagaikan kehilangan. maafkan aku sayang sekiranya tingkah aku akhir-akhir ini membuatkan kamu berjauh hati dan terbang. aku tetap sayang kamu.

sayang, jika kita ditakdirkan akan bertemu lagi akan aku sematkan didalam kepala bahawa sayamg yang mengisi kekosongan hati kita akan terisi.  jika aku menegnali kamu sewaktu aku mencari kehidupan, maka akan aku meyintai dan menyayangi kamu sepenuh jiwa. maafkan aku sayang. aku cuba menerima kau seadanya. tidak terlintas niat aku mahu mengecewakan kamu. ikhlas dari jiwa seorang pencari.

kasih kita adalah pada diri sendiri. tapi adakah kita kisah juka hati sendiri kasih pada orang lain? jangan berpura2 di sini! kasih yang tercipta mampu menjalankan diri menjadi sebuah yang agung. adakah kasih yang dijunjung akan membinasakan? bukan membinasakan tetapi ia akan meleraikan diri sendiri yang kusut. namun apakah kematangan dalam berkasih akan membawa kita kepada kebahagiaan hidup? mampukah kita sebagai seorang insan mengasihi diri dan orang lain dalam satu masa yang bergerak seiringan? cuba tanya pada cermin yang menampakkan muka anda yang begitu suci. adakah anda bersedia jika kasih itu diambil dengan rakus. adakah anda rela kasih itu hilang seperti angin yang mendatang dan pergi? adakah anda mampu menanggungnya?fikirlah wahai anda2 sekalian.......

cinta. cinta kita pada bangsa sendiri. bukan kasih yang menguatkan bangsa tetapi cinta yang akan lebih menguatkan bangsa. bangsa yang di bina bersama2 dengan cinta akan utuh jika cinta itu sentiasa disemai dan dibajai. turun temurun kita mewarisi bangsa ini tanpa ada satu orang pun mampu mengganggu gugat bangsa kita. tapi apa yang kita lihat hari ini? bangsa kita senang di cucuh dengan bara sendiri. bangsa kita senang di tarik kesana ke mari. untuk apa kita mempertahankan bangsa sendiri? anda pergi pada cermin besar yang boleh melihat keseluruhan tubah anda. anda berbogel depan cermin dan perhatikan apakah bangsa anda?adakah anda layak dan mampu membela bangsa anda? jika anda rasakan anda MELAYU, pakai kembali pakaian anda kerana bangsa MELAYU tidak seperti itu. bangsa kita adalah bangsa berdaulat! bangsa kita perlu menjadi raja di bumi sendiri. jangan suatu hari nanti anak bangsa kita menagih simpati pada bangsa asing!

maknanya cinta sememangnya sangat mendalam. kita tak dapat memaknakan cinta untuk orang lain. cinta itu adalah diri sendiri. cinta yang dilihat hanyalah sebuah cinta yang manusia itu sendiri rasa. kita hanya melihat luaran cinta itu sahaja. dalamannya hanya diri semdiri yang rasa. cinta tidak membawa kita menjadi lupa. tetapi yang melupakan diri sendiri adalah sifat manusia. cinta juga tidak menyalahkan sesiapa tetapi manusia itu sering menyalahkan diri sendiri. tapi mengapa manusia sering menodai cinta yang dibina? kerana cinta itu adalah pendorong. pendorong yang membawa manusia kepada segala-galanya.

jika manusia mengatakan cinta itu membawa kemusnahan, katakan pada manusia itu, dunia ini wujud kerana cinta. manusia wujud kerana cinta. tanpa cinta siapalah kita ini. tanpa cinta meragukan kita hidup sebagai manusia. Tuhan sangat Pengasih kerana mengurniakan perasaan cinta kepada setiap kita. tanpa cinta kita tidaka akan kenal siapa Tuhan. cinta manusia kepada Tuhan adalah mengabdikan atau menghambakan diri kepada Pencipta. secara fitrahnya di dalam hati manusia terdapat secebis untuk mempercayai Tuhan. tidak kira kepercayaannya itu waras atau tidak waras. ini membuktikan manusia mempunyai cinta terhadap Yang Maha Esa. cinta yang dibawa ini mendorong kepada penghidupan yang abadi di akhirat nanti.

cinta yang dirasai semasa manusia menjadikan manusia itu kenal apa itu dunia dan sekitarnya. manusia tidak akan hidup tanpa cinta. keluarnya manusia dari rahim ibunya sudah terbit perasaan cinta yang sangat suci. ikatan cinta yang wujud menyebabkan manusia itu sering rasa dihargai dan disenangi.kalau cinta yang dibawanya indah, maka indahlah penghidupannya di dalam pecintaan. kalau kata buruk cinta manusia itu, maka buruklah dunia yang sedang dilaluinya. cinta sangat halus maknanya. manusia akan sentiasa bercakap mengenai cinta. manusia tidak akan berhenti bercakap mengenai cinta. cinta akn terus melakuakan apa yang patut dilakukannya ke ats muka bumi terhadap manusia.

selalu orang berkata lelaki lebih ego daripada wanita. benarkah kenyataan tersebut sehinggakan tiada siapa berani menyatakan sebaliknya? secara jujurnya aku memang seorang lelaki yang ego. ya, aku memang ego. ego untuk menyatakan aku adalah seorang lelaki! wanita mengatakan keegoaan lelaki adalah penyebab kehancuran sesebuah hubungan. tapi kenapa wanita selalu menyalahkan lelaki dalam masalah perhubungan? kenapa mereka ini senang sahaja melabelkan lelaki ini pencetus masalah kerana ego? aku rasa seperti disentap melalui atas. banyak sangat persoalan yang timbul apabila benda klise ini terjadi. sering kali terjadi, sering sahaja berlaku yang sama berulang-ulang kali. kenapa dan apa sebabnya sangat kompleks untuk diungkap dengan kata-kata. walaupun dia yang telah berbelas-belas kali gagal dalam bercinta tetapi dia masih sangsi kenapa dan apa sebab dia sering gagal dalam bercinta.


aku bukan mahu menimbulkan persepsi buruk terhadap kaum wanita. tetapi adalah wanita-wanita diluar sana sedar bahawa kaum lelaki juga punyai perasaan dan jiwa yang halus untuk difahami dan dikagumi!adakah wanita-wanita yang sedang membaca entri ini sedar bahawa lelaki juga punyai naluri dan kehendak yang sensitif untuk disayangi dan dijiwai! masih ingat aku pada seseorang yang menyatakan cinta hanya sebuah dugaan. cinta yang ditagih hanya akan kekal apabila pasangan memahami apa itu cinta. cinta tidak membawa kita kepada kehancuran. tetapi cinta hanya tempat manusia melepaskan perasaan yang terbuku dan terpendam di dalam hati masing-masing.


tegar aku mengatakan bahawa wanita memang sangat ego. ego nya sama dengan kaum lelaki. tak tahulah macam mana nak dikatakan ego wanita itu. sisipan baru dalam kehidupan aku. sisipan yang mengatakan wanita itu ego. rasuk aku setelah dia mengeluarkan egonya di depan aku. aku tidak tertekan dan tidak rasa bersalah walaupun hati kecil aku berkata aku kejam. kejam melakukan dia sedemikian rupa. tapi aku terpaksa. terpaksa melupakan kepura-puraan aku yang selama ini aku bebankan ke atas diri aku dan dia.


biarkan yang telah berlaku. atasi nya dengan perilaku yang baru tanpa ada sebarang dendam dan hasutan. jangan jadikan kata-kata yang di dengar sebagai tohmahan untuk di sebarkan. jangan juga merasakan mimpi untuk dijadikan sebuah tempat persembunyian. dan akhir kata buat kau, maafkan aku sebagai insan yang pernah menyayangi kau!

 

cinta yang dirasai…

back on top!




chelSHIT

arSUCKnal

liverFUCK