Wednesday, May 20, 2009

ditegah untuk mengaku ego


aku seorang lelaki. bukan half2 tau!. aku didekati dengan satu soalan berkaitan tentang ego.  yang mana soalan-soalan sebegini sudah biasa dengan aku. dia tanya kenapa lelaki susah sangat untuk mengaku keegoan sendiri. kenapa lelaki susah sangat mahu mengalah dalam bercinta. benarkah? aku sebagai lelaki akan jawab berdasarkan keegoan aku. sebagai lelaki aku memang tidak terlepas dari keegoan diri. bukan aku nak bangga dengan ego sendiri. tetapi aku tak mampu nak halang ego sendiri. aku mengaku aku memang ego. itu pendirian aku. siapa nak kata aku poyo silakan. siapa nak kata aku memburukkan diri sendiri silakan jika anda tak suak anda bole pergi dari sini.

aku sangat terkesan dengan keadaan sebegini. aku tidak maksudkan sesiapa tetapi keadaan seperti ini kerap berlaku. dengan ego perkara apa-apa pun takkan sudah! dengan ego, lelaki dan perempuan akan saling menyalahkan. dengan ego cinta dan benci akan wujud.

jadi, jangan senang nak kata lelaki lebih ego. semua sama sahaja. perempuan pun ego. tetapi perempuan mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan keegoannya. begitu juga lelaki. sama-sama menyimpan ego. dalam keadaan sebegini perlu ada yang mengalah. itu yang penting. nasiblah. terpulang kepada budi bicara sendiri.

sudahlah. setakat ini sahaja. jika anda tak suka dengan apa yang dikatakan di sini anda boleh pergi dari sini.



ego, benci, cinta, telinga menjadi perit. . . . .

2 comments:

Anonymous said...

berhenti menyalahkan diri sendiri. biarkan orang laen. kamu akan ok.
=)

fariziskan said...

to tanpa nama : aku xde pun menyalahkan diri sendiri.