Thursday, February 4, 2010

feminine, feminisme, & feminist!

* taksub pasal filem menyusutkan rasa cinta terhadap sosial. jadinya kehidupan seperti 'anti-sosial'.

* taksub pasal cinta menyusutkan pemikiran anda tentang sosial. kebodohan melata di dalam kehidupan.

kenapa filem itu wujud? mungkin kerana kemahuan manusia. kenapa cinta itu wujud? sudah sememangnya fitrah manusia perlukan cinta. ia sebuah keperluan. keperluan boleh jadi kemahuan. kemahuan boleh jadi keperluan.

bila bercakap pasala filem, tak kan sudah. semua yang berkata pasti cuba tegakkan pendapat sendiri. tak salah. tiada siapa nak larang pun selagi tiada undang-undang melarang. filem itu seni, seni itu jiwa. bila jiwa merasa tentang seni maka seni itu pasti di angkat. bila jiwa tidak rasa seni itu pasti seni itu ditolak. situasi ini sering terjadi di dalam industri kita. industri filem dunia. mana-mana pun sama. orang kata, kalau nak filem di angkat di dalam sebuah festival, tengok jurinya. kekaburan di dalam seni itu kadang bagus. bila kekaburan itu dapat ditafsir maka ia angkat di angkat. bila yang dungu cuba menafsir yang kabur itu, maka dungulah jadinya seni itu. dungu mendungu, tuju menuju, tiada siapa mengaku salah.

bila tiba tentang cinta, semua jadi indah. bila cinta di dusta, semua jadi benci. hati manusia sangat sensitif. walau macam mana pun anda kata anda kuat, hati manusia tak pernah tipu. hati sangat sensitif. yang bezanya cuma cara anda mengawal sensitif itu. bercakap pasal cinta memang seronok. orang kata terbaik! macam kitalah yang handal pasal cinta. tetapi sebaliknya kitalah yang dahagakan cinta. hilang cinta. orang yang bercakap pasal cinta sebenarnya tidak tahu sangat pasal cinta. apa yang mereka katakan adalah berdasarkan pengalaman mereka. seperti Dr. Love la!

seronok dapat merapu!

No comments: