Tuesday, September 16, 2008

mr.Nafsu~

kenapa cinta itu buta?

jika lelaki dikatakan buaya...kenapa wanita masih tegar menyintai lelaki ini?

kenapa akal yang sangat agung diciptakan Tuhan sanggup tunduk pada nafsu?

adakah wanita lebih terasa berbanding lelaki didalam rasa cinta dan nafsu?


rasa cinta yang dipendam selama ini telah terungkai disebabkan perasaa ingin tahu. tapi kadangkala manusia tak sedar bahawa dalam bercinta nafsu adalah duri. si laknat yang sering berusaha menggoda cucu-cucu adam kita tolak tepi sebab dalam bercinta adalah fitrah dan ia bergantung pada hati dan perasaan sendiri.

akal yang diciptakan Tuhan sangat la suci dan agung.nafsu pula adalah simpulan atau bayangan si laknat.cinta adalah fitrah yang di dalam setiap hati manusia.namun cinta nafsu sangat sukar hendak dibezakan.cinta sekarang berlandaskan nafsu semata-mata.jika nafsu menguasai akal maka cinta itu menjadi satu takungan yang tidak membawa erti pada hati dan perasaan.

seorang wanita yang dapat menyintai lelaki yang gagah akan menjadikan lelaki itu tunduk kepadanya.ia satu fakta di mana wanita mempunyai naluri yang sensitif di dalam rasa cinta dan nafsu.wanita memandang jijik kepada lelaki yang berpersepsi wanita adalah untuk seks semata-mata. namun perlu diingat, kenapa wanita-wanita ini masih tegar menyintai golongan lelaki seperti ini? siapa harus dipersalahkan? lelaki atau wanita? bagi rasa cinta nafsu dan akal lah yang membawa segala-galanya.

cinta itu buta kerana dibutakan oleh nafsu.nafsu membutakan mata hati orang yang bercinta melebihi akal fikiran. apabila nafsu menguasai cinta maka timbullah suatu perasaan yang mahu memberontak inginkan kesempurnaan dan kesenangan di dalam rasa cinta.sejatinya rasa cinta itu semakin jauh dalam dakapan pasangan.


rasa cinta yang dirasai akan menjadikan manusia dalam keadaan yang sangat menyedihkan. perasaan dan hati berada dibawah separuh sedar kerana dipengaruhi oleh nafsu. manakala akal yang dugunak utk berfikir serta hati yang bertindak sebagai kata-kata akal akan terus membisu.maka terjadilah rasa cinta yang tiada penghujung.


rasa cinta ini diibaratkan seperti keropok ikan.

No comments: