Saturday, August 30, 2008

malam yang membawa kesenian


berirama kerana lagunya.berpuitis kerana puisinya.harum semerbak kerana kopinya.



hati aku sangat senang pabila berakhirnya majlis.tapi ketika majlis berlangsung, aku sangat tertarik dengan sajak yang dibaca oleh timbalan dekan kita iaitu Prof Madya Rosini Jonit. kalau ingatan aku tak silap tajuk sajaknya MERDEKA yang dikarang oleh anak saudaranya.

dimulakan dengan antara merdeka dengan mentega mana satu harus aku pilih?. sungguh mendalam maksudnya itu.sangat2 menarik hati aku untuk mendengar.aku tidak ingat keseluruhan bait2 sajak yang ditutur oleh prof rosini tp aku sangat suka akan sajak yang dibacanya.

kemudian ia disambung semula denga pembacaan sajak oleh ketua program penulisan artistik kita iaitu Abdul Rahman Hanafiah atau dikenali dengan nama deejay nya iaitu Wiramanja. tajuk sajaknya ialah Lihatlah Peta.sangat menarik juga.sajaknya menggunakan pendekatan seorang guru yang mengajar muridnya tentang peta yang akhirnya melahirkan semangat merdeka.

kenapa entah apabila merdeka dibicarakan hati dan semangat aku seakan-akan terlonjak2 dan sangat prihatin. aku suka jiwa merdeka.disusuli pula persembahan oleh Drs Bambang Suhartono yang diiringi 2 orang musician. Pak Bambang membaitkan sajak Wahai Anak2 Merdeka. persembahan ini berlainan sedikit. ada unsur2 jawa diselitkan didalam persembahan.juga sangat menarik seperti aku kaakan tadi.akan aku tumpukan segala perhatian apabila dibicarakan merdeka.

ketua program teater pula mendendang kan sebuah lagu bertajuk Menanti Senja.sungguh merdu dan lunak suara Hafiz Askiak. kami sudah biasa dengan dendangan Encik Hafiz. dia juga mendendangkan lagu tema Wayang iaitu Kaulah Cahaya di mana trailer filem ini sering diputar2 semasa majlis belum bermula.pandai sungguh dekan promote filemnya.

satu lagi kelainan dapat aku lihat pada malam ini melalui persembahan Norman Yusoff dimana ketua program skrin ini mempersembahkan sebuah puisi video bertajuk A Valentine To Malay Movies.ia disampaikan dlm bahasa inggeris membuatkan aku tak berapa faham sangat.tapi aku suka dengan cara ini.

Pak Agi memang terkenal cara pembacaan puisinya yang berlainan dr pemuisi2 lain.pada malam itu dia membawa sebuah sajak bertajuk Ramadhan Bulan Mulia.macam biasa.aku sudah biasa dan lali persembahan Pak Agi.diakhir persembahannya Pak Agi buat sujud syukur.wow!Pak Agi selalu buat kejutan.

wakil ofis TEKA membaca sajak diberi nama Cinta Damai. Encik Amirul Rashidi membaca dengan baik sekali walaupun aku merasa cara pembacaannya sangatlah biasa.kemudian disusuli pula sebuah tarian puisi oleh Iman amandus Paul.senior aku.dia juga baru memeluk Islam.

pasangan suami isteri ini sekali lagi bergabung membuat persembahan monolog puisi bertajuk Cinta Hang Kasturi & Nurani Hang Kasturi.semua orang serba tahu pasangan suami isteri ini sangat kreatif.persembahan mereka berdua tidak menhampakan semua tetamu yang hadir.

seterusnya giliran pensyarah tamu pula membuat persembahan.Associate Prof Erica Tobolsky mendendangkan sajak bertajuk Inaugural Poem.menurut kawan2 aku, Prof Erica ini merupakan pensyarah Dekan semasa dekan masih belajar.

kemudian Karyawan Tamu TEKA pula mempersembahkan sajak Erti Kemerdekaan. Ahmad Yatim menyampaikan dengan bersahaja sambil duduk diatas pentas.namun aku menghayati maksud bait2 sajaknya yang sangat mendalam menjiwai jiwa merdeka ku.

seperkara yang buat diri aku menjadi seperti 'kenapa x percaya' ialah apabila Maszalida hamzah membuat persembahan.tutor subjek falsafah aku ini menyampaikan sebuah lagu puisi bertajuk Vincent-Stary Starry Night.sedap n merdu.baru aku tau Cik Mas ini ada bakat yang terpendam.

kemudian kumpulan Serambi mengambil alih pentas.aku jga sudah biasa dengan persembahan Serambi.jadi aku tak amik port sangat bila diorang ni perform.aku bersama2 kerol terus stanby untuk persembahan seterusnya iaitu persembahan oleh seorang lagi Karyawan Tamu TEKA iaitu Hasan Mutalib. dia menyampaikan sebuah deklamasi penceritaan puisi bertajuk Pemberontakaan Indonesia Terhadap Kolonial Belanda.

slot terakhir majlis di isi dengan tarian dari kumpulan FESKA.di awal majlis di isi tarian juga oleh kumpulan TEKAS.awal dan akhir pengakhirannya adalah Tarian.


JUMPA LAGI DI MALAM LAGU, PUISI & KOPI 3

No comments: