Monday, August 11, 2008

Kepalsuan dan Kebenaran


TUNGGUL DAN BAYANG - Menurut Kamus Pelajar tunggul mebawa tiga maksud iaitu pangkal pokok kayu yg masih tertinggal setelah pokok ditebang ; batang padi, lalang yg tertinggal setelah padi dituai, lalang disabit ; pancang atau tonggak utk menambat perahu. manakala menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga tunggul didefinisikan sebagai pangkal pokok kayu yg masih tertinggal dlm tanah ; batang padi (lalang) yg tertinggal setelah dituai atau disabit ; pancang, tongkat (utk menambatkan perahu).

Bayang pula didefinisikan di dalam Kamus Pelajar sebagai tempat yang tidak dapat cahaya kerana dilindungi sesuatu ; bentuk hitam yang terjadi daripada sesuatu benda yang menahan cahaya ; gambar sesuatu benda yang dapat dilihat di dalam cermin ; lembaga yang kelihatan di dalam gelap tetapi tidak berapa jelas. Manakala Kamus Dewan Edisi Ketiga mendefinisikan bayang sebagai tempat yang tidak kena sinar kerana terlindung daripada sesuatu ; lembaga gelap yang wujud pada suatu latar belakang kerana sesuatu benda menahan sinar ; gambar pada cermin ; rupa yang tidak jelas dalam gelap ; ki gambaran dalam fikiran, khayalan.

Tunggul disamakan dengan sifat manusia yang selalu kene suruh baru mahu hendak melakukan sesuatu perkara. Bila malam kembali, bayang pun muncul dengan jelas. hidup manusia memang tidak lepas dari bayang dan tunggul. bayangan manusia itu muncul dari sifat manusia yang diibaratkan seperti tunggul. tungul itu sentiasa membayangi kehidupan manusia yang acap kali terlajak dari kehidupan yang hakiki. bayang juga membawa kepada kepercayaan mistik pada manusia dahulu kala. kita dapat lihat manusia menganggap kejadian gerhana matahari dan bulan adalah kemurkaan Tuhan. manusia juga menganggap tunggul sebagai tempat yang mempunyai kuasa mistik sehingga mereka sanggup menyempah tunggul.

Adakalnya bayang adalah sifat sebenar manusia yang berselindung disebalik tunggul. lihat sahaja keadaan politik kita sekarang. tersangat la kotor. ramai pemimpin sekarang berselindung disebalik tunggul untuk melindungi sifat atau kelakuan sebenarnya. bayangan mereka ini akan memakan diri sendiri pada masa akan datang.

Tunggul itu palsu dan yang benar itu bayang. seperti manusia juga.fizikal manusia itu palsu dan yang benar itu hati. renungkan dan fikirkanlah............

No comments: