Thursday, August 21, 2008

tafsiran mimpi

"kalau kita mimpi gigi kita patah atau reput,
itu tandanya ada ahli keluarga kita akan meninggal dunia"


aku tak berapa percaya sangat statement tu. tapi sejak awal januari 2008 aku selalu mimpi sedemikian. mimpi gigi aku patah. mimpi gigi aku reput.nak dikatakan hari2 la macam tu. sepanjang berbulan2 aku macam mimpi sedemikian.

aku rasa seperti dihimpit perasaan bersalah. aku ceritakan mimpi aku yang sedemikian kepada seorang rakan yang arif. dia kata dia penah mimpi macam tu. berulang2 kali katanya. selepas beberapa bulan ayah dia meninggal dunia. aku tergamam. tapi aku still tak berapa nak percaya dgn tafsiran mimpi yang dikatakan itu.

aku tanya lagi pada beberapa orang yang arif.jawapan mereka sama sahaja. lama kelamaan aku buat tak endah sahaja. aku sebenarnya risau gak dengan tafsiran mimpi seperti itu. tapi aku tak nak layan sangat kerisauan itu sebab ia pasti akan menganggu kehidupan aku kelak.

selepas beberapa bulan. aku tak lagi dapat mimpi ssdemikian. aku pun hampir2 lupa yang aku telah bermimpi sedemikian.sehinggalah pada suatu hari iaitu dalam beberapa minggu yang lalu.ketika itu aku berada di ukm bersama2 dengan pak agi dan rakan2 aku.aku dikejutkan dengan panggilan dari mak akau yang mengatakan nenek tiri aku meninggal dunia. aku betul2 tersentap langsung aku teringat akan mimpi aku yang lalu itu.aku rasakan ia cuma kebetulan.aku biarkan.

selepas beberapa hari nenek tiri aku meninggal.aku menjalani kehidupan seperti biasa.sehinggalah pada suatu hari, pada waktu tengahari.aku tertidur kepenatan.dalam tidur itu, sekali lagi aku mimpi yang semua gigi aku reput dan gugur kesemuanya.aku langsung terjaga.aku mula rasakan seprti dihantui oleh sesuaru persaan yang sangta bersalah.aku biarkan mimpi itu bermain2 dikepala aku.

setelah beberapa minggu.pada masa itu aku baru sahaja sampai di puncak perdana kira2 pukul 1230 malam.aku baru blk dari uitm dungun.penat teramat sangat menempuh perjalanan selama 7 jam.aku pilang ke rumah sewa dan terus mandi.kira2 jam 2 pagi aku baru nak lelap mata tetapi hanfon celcom aku tetiba menjerit2.tertera nama bonda.dalam hati kau fikir apa la mak aku nak malam2 buta macam ni. aku jawab call tersebut.mak aku gtau pak ngah dah xde.baru meninggal td.hati2 aku betul2 takut dan tersentap seluruh badan. langsung sekali lg aku teringatkan mimpi aku mingu lepas.kali ni aku betul2 percaya tafsiran mimpi aku.aku tidak bercerita tentang mimpi itu kepada ahli keluarga aku.

kini sesuatu perasaan yang tenang sedang menjiwai aku.aku terkenangkan arwah pak ngah aku.aku terkenangkan arwah nenek tiri aku.semoga roh mereka berdua ditempatkan bersama2 orang yang di redhai Allah.........

Al-Fathihah......

2 comments:

adik said...

doakan saja yang dah pegi..ALLAH lebih sayangkan dia..
kita kena tabah dengan apa jua cabaran yang datang..
amin..

fariziskan said...

al-fatihah....