Tuesday, August 12, 2008

ABC The Movie – Part 2



Apis, seorang berpewatakan lembut. Berumur 21 tahun.bekerja sebagai pembantu kedai di warung Wak Korji. Apis merupakan pembantu Wak Korji yang paling berjaya. Kerana Apis lah warung Wak Korji semakin laris dikunjungi pelanggan. Hal ini disebabkan perwatakan Apis yang lemah lembut dan peramah malahan dia teramatlah rajin. Wak Korji senang dengan sikap yang ditunjukkan Apis.

Setiap kali kedatangan Fiq dan Pejol ke kedai Wak korji, pasti Apis akan melayan mereka berdua kerana Fiq dan Pejol gemar mengusik Apis. Apis memainkan peranan penting dalam penubuhan syarikat pejol yang berasaskan ABC. Apis lah yang memujuk Fiq supaya menyertai Pejol.

Cerita bermula apabila Pejol sedang sibuk mencari tapak untuk membina kedainya. Manakala Fiq pula sedang membuat penyelidikan resepi2 ABC di seluruh dunia. Manakala Apis secara senyap2 membantu Pejol dan Fiq dalam survey pelanggan. Apis melakukannya secara rahsia kerana Wak Korji adalah antara individu yang paling kental membantah penubuhan syarikat pejol. Ini kerana Wak Korji takut perniagaannya akan lingkup. Pada masa yang sama, Apis banyak terhutang budi dengan pejol kerana pejol banyak membantunya dalam meneruskan kehidupan (Apis dulu bekas Mak Nyah sepenuh masa).

Akhirnya pejol telah mengenal pasti sebuah kawasan tapak perniagaan yang strategic. Kawasan itu berdekatan dengan kampus UNISEL Bestari Jaya dan bersebelahan dengan kawasan perniagaan utama pekan Batang Berjuntai. Dengan modal yang serba mencukupi, pejol dan Fiq membeli terus bangunan itu. Mereka mula mengumpul rakan2nya untuk renovated kedai barunya itu. Antara rakan2nya ialah Shah, seorang interior designer, Arul, pakar Feng Shui, Totok, pengusaha perabot jati, Ang, pembekal makanan mentah, Shira, seorang chef ternama dan akhir sekali fariz, pakar dalam membuat ABC.

Maka dengan bertungkus lumus dan berhempas pulas mereka menyiapkan kedai Fiq dan Pejol. Shah sedang memikirkan design dan konsep kedai itu. Totok pula memilih perabot yang sesuai dengan konsep kedai itu. Arul pula berserabut memikirkan ‘ong’ kedai itu dengan kemahiran feng shui nya. Manakala Shira sudah mencongak2 resepi yang akan menjadi sajian kedai mereka. Begitu juga denga Ang dan Fariz, mereka berdua sudah bersedia.

Adakah mereka berjaya?nantikan..part3...coming soon...

No comments: