Friday, August 22, 2008

ENCANG 3 ENCANG

encang 3 encang...

encang 3 encang...

encang 3 encang!!!!!


semangat melayu telah diterapkan di dalam diri aku ketika aku menghadiri revolusi minda 2 anjuran uitm.aku kenal ramai anak2 melayu yang tidak penah aku pikir akan kenal.ya...mereka semua anak melayu seperti aku yang dahagakan ilmu dan ketuanan melayu.mereka juga mempunyai semangat juang melayu yang lebih tinggi dari aku.mereka sangat bersemangat.aku kagum dengan mereka.semangat ini yang aku perlu contohi.orang sekeliling aku akan kata aku buang tebiat sekiranya aku mengamalkan semangat melayu seperti mereka.mereka semua adalah saudara melayu se Islam aku.aku suka dikatakan aku ni sebagai jawa.sebab aku anak jawa yang asalnya dari rumpun melayu juga.

encang 3 encang!!!!

pada mulanya aku sangatla rasa bosan dengan kehadiran aku di uitm dungun.pengisian program aku rasakan seperti aku diperbudakkan.aku seperti mahu memberontak.rasa macam nak pukul jer semua urusetia yang seperti belagak pandai dan poyo nak mampus.tapi lama kelamaan fikiran aku mula berubah.aku mula menerima pengisian program ini.aku mula merasakan semangat melayu aku dinaikkan.ya!melayu aku mula menjiwai hati kau yang sememangnya sudah melayu tetapikan hanya bertopeng sahaja.aku mula merasakan betapa bertuahnya aku dilahirkan sebagai melayu Islam yang beranak di bumi melayu.aku mulai melayu.

encang 3 encang!!!

seperti rakan2 yang baru aku kenali, kami seperti sudah lama berkenalan.aku biasanya susah nak bermesra dengan orang yang baru aku kenali.tetapi disana tidak.aku rasa ikatan kemelayuan yang terjalin di antara kami semua.aku sangat selesa.aku memang anak melayu yang bertuah.semangat melayu itu lebih meluap apabila kami sama2 berganding bahu.aku rasakan bahawa dunia melayu yang aku kini lalui masih panjang.

encang 3 encang!!!

rindu aku terhadap kemelayuan mereka mengingatkan aku kepada pahlawan2 melayu dahulu.hang tuah, hang jebat, datuk bahaman dan byk lagi.semangat melayu merdeka mulai menjiwai dan merantai diri aku.aku sangat sayangkan bangsa aku.aku sangat sayangkan tanahair aku.aku takut akan kehilangan bangsaku dan tanahairku.aku akan jadi melayu selamanya.semangat melayu akan terus menjiwai aku.

encang 3 encang...

encang 3 encang....

encang 3 encang!!!!!

No comments: