Wednesday, September 24, 2008

azam~

“Pernahkah cinta membawa anda ke suatu tempat yang membahagiakan?”

Aku tidak tahu samada hati ku inginkan sayang ataupun nafsu. Nafsu yg ada pada diriku ini seringkali menerjah hati ku utk melakukan sesuatu yg tidak masuk akal. Tetapi sayang yg sering terpinggir membuatkan aku sedar betapa dalamnya cinta utk didapati walaupun apa yang aku hajati selama ini tidak tergapai. Aku tidak sedar sekiranya minda dan akal aku masih waras memikirkan erti cinta.aku tidak jelas apa makna erti cinta sebenar. aku sangsi walaupun apa yg selama ini aku lalui mengajar aku apa erti cinta.

Aku mengerti akhiran ini aku berfalsafah makna cinta. aku ingin mencari sesuatu yg dapat memuaskan hati aku sehinggalah aku berhenti menarikan jariku di atas skrin menulis rasa cinta yg terbuku.bila aku berbicara rasa cinta, hati aku mula merasakan sunyi dan kosong.rasa cinta ini membuatkan aku rimas dan lemas.kelemasan yg diragui walaupun sekarang aku inginkan rasa cinta itu.

Cinta adalah universal.walaupun ramai manusia mengatakan cinta itu saling bergantungan lelaki dan wanita, aku merasakan apa yg dihajati dalam bercinta itu terlalu kompleks sehinggakan mewujudkan keregangan.

3 comments:

mastikus said...

bila kita tidak meletakkan cinta pada tuhan yang satu paling utama, nescaya segala rasa kebahagiaan cinta yang kita harapkan dari manusia takkan tercapai.

"kurang beribadat, tapi persoalkan kenapa tidak dapat cinta sejati"

p/s: aku mahu insaf, aku mahu taubat, tapi aku masih jahil mencari cinta untukNYA

sekian, love lesson dr mastikus..

hehe

fariziskan said...

mastikus : semua manusia sama saja bik..

tp yg membezakan hanyalah persepsi mereka pada cinta...

cinta itu tdk membelakangkan Tuhan selagi manusia itu masih waras...

Anonymous said...

Cinta itu cahaya sanubari, kurniaan Tuhan, fitrah insani, di mana adanya cinta, di situ Tuhan bersama kita...

Cinta takkan lahir tanpa ada penciptaNya...

Asal tiap saat kita bersamaNya... janganlah kisah tentang taqdir cintaNya...tetapi kisahlah tentang Rahmat CintaNya...sesungguhnya apa yang di beri itu lebih baik daripada apa yang diminta...

"Ingatlah pada angin yang berhembus mesra...lupakan taufan yang menyesak jiwa...Ingatlah pada embun yang suci menitis...lupakan badai yang semakin menghakis..."

Ingatlah semua yang menemanimu sebelum cahaya...

>> ImA <<