Saturday, April 11, 2009

Kolej Rafflesia

semalam. jam 5 petang. aku menjejaki kaki ditempat baru. menjadi warga pertama yang menginap di Kolej Rafflesia di UiTM Kampus Puncak Alam. kehadiran di sini atas keperluan kursus kepimpinan & pengurusan organisasi. sangat teruja. cantik. sejuk. maklulmah. kampus atas bukit. macam di awangan. bukan fasiliti yang utama tetapi sekililing yang menarik mata aku. menarik untuk aku sentiasa berfikir. berfikir. berfikir. dan berfikir. sentiasa berfikir.

wajah-wajah yang dulu berjuang bersama aku pada hari itu, telah ke depan. aku seperti keseorangan ditinggalkan di belakang. sedikit terkilan. aku tak menjadi seperti mereka. perjuangan aku bukan di sini. mungkin. ada rezeki ditempat lain. bukannya di sini. aku seronok dengan mereka. tak perlu rasa segan. bukan rasa setaraf tetapi rasa sahabat itu timbul semula. perasaan 'adik-beradik' yang dulu sering diungkapkan seperti hadir kembali di dalam fikiran aku. tak macam dulu lagi. aku bukan seperti mereka. aku hanya biasa. manusia kecil yang dambakan kebesaran. manusia yang kosong memerlukan kekuatan.

hari baru bermula. malam yang semakin cemburu membuatkan mata aku seakan-akan mahu melupakan hari-hari yang telah berlalu. melupakan untuk menghentikan kesangsian. melupakan untuk hilangkan rasa rindu dihati. lupakan kisah yang menyakitkan. fikirkan kegembiraan yang diraikan.fikirkan kesejahteraan jiwa dan hati. lepaskan sayang di hati untuk yang memerlukan. cuma aku tak mahu hilangkan jatidiri aku sebagai Melayu.

ya. aku rindu. aku sayang. aku kasih. sebagai Melayu. semangat ini sentiasa mengalir seperti darah di dalam tubuh aku.

sekian, selamat malam.

No comments: