Wednesday, April 22, 2009

7.50 petang at 22 April 1986 & 22 April 2009

segala puci bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

celiknya mata aku pagi ini, terdengar suara azan subuh mendayu mengejutkan manusia menghadapa Tuhan. celik sahaja aku terus melihat hanfon aku. maxis aku, ada satu nombor yang tidak dikenali sms selamat hari lahir. celcom, nombor aku kenal, sms hari lahir. terima kasih. kemudian aku terus menghadap skrin lcd samsung aku. apa yang aku lihat, ucapan selamat hari lahir dari rakan-rakan YM aku. seseorang telah menjelaskan bahawa aku telah mendapat A- dalam sebuah subjek semester ini. alhamdulillah. dia sudi beritahu aku dengan pantas.

kalau ikut betul-betul hari kelahiran. aku belum lagi masuk 23 tahun. ikut surat beranak aku lahir paa jam 7.50 petang hari isnin 22 april 1986. waktu maghrib tu. aku masih menanti menjelang 7.50 petang 22 april 2009.  terima kasih bonda. bersusah payah melahirkan aku yang sangat nakal dan degil. terima kasih juga kepada ayah kerana benih kau menyatukan aku di dunia ini. terima kasih kepada kedua ibubapa aku kerana tanpa jemu membesarkan aku dengan penuh kesabaran. terima kasih juga kepada kakak dan adik-adik aku kerana sudi membesar bersama-sama aku.

terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi bermain dengan aku ketika aku mahu mengenal dunia. terima kasih kepada semua yang melihat aku mengenal dunia yang sangat indah. aku yang naif dan kecil ini memohon seribu kemaaf sekiranya kesalaham yang dilakukan menyakitkan. minta maaf ya.

2 comments: