Monday, April 27, 2009

adaptasi jiwa rasa

semalam. aku ketemu sesuatu. yang pastinya ia bukan manusia yang dahagakan cinta. yang juga oasti bukan manusia yang mencekik. yang sentiasa pasti bukan dari golongan manusia ‘bajet bagus’. dan memang bukan manusia seperti aku. aku tertarik dengan kesungguhan yang dipancarkan melalui kelembutan yang semulajadi. aku bukan memuji dan bukan juga menyanjung. tetapi aku merasa aku perlu berkata sebegini untuk aku jadikan sebahagian daripada jiwa rasa aku. sebahagian apa yang jiwa rasa aku temui telah ditafsirkan menjadi sebahagian daripada diri aku. cuba di adaptasi ke dalam jiwa rasa aku. jika jiwa rasa aku sesuai, maka akan terus aku rasai jiwa rasa yang baru ini. jika tidak akan aku terus mencampakkannya ke lembah sampah hati manusia.

yang bagusnya, jiwa rasa aku dapat rasa! seolah-olah kehidupan yang selama aku tempuhi ini rasa seperti angin yang berlalu. sangat nyaman seperti merasa penghawa dingin dikala terik mentari menggigit dengan rakus. aku aman. damai dan senang sekali tatkala ini. tiada yang lain untuk aku membenci dan teriak marah. sebelum ini aku sering dibangkitkan dengan sesuatu yang indah tetapi tercela dengan keburukan. pagi tadi juga begitu. sudah tiga hari berturut-turut aku sebegini. tidak tenang tatkala mata pagi menjenguk sinar matahari pagi. namun aku akui, tidak juga tercela sampai ke petang dan malam. petang dan malam yang tercela itu terus mendiamkan diri. hanya yang indah sahaja terang menerangi malam aku.

 

aku semakin bersemangat dengan jiwa rasa.

12 comments:

Anonymous said...

engkaw....engkaw....rantai rasa cinta...

yeah, ak pn leh menulis..haha.

Unknown said...

to gema : yeah! semua boleh menulis. yeah!

Huzaimah Mat Razaly said...

waahhhh....
mmg ada stu rasa yg telah di adaptasi, tp br eksposisi, aku nak tggu klimaksnya...mst best...hahah

Unknown said...

to imah : klimaks nya lame lg kot...hahahaha...selepas 10 tahun!

Huzaimah Mat Razaly said...

gilerrr...lm tu, atau ko nak aku tlg cipta klimaksnya??? hahahah

Unknown said...

to imah : kalo ko yg cipta gamaknya aku matila....hahahahahah

Huzaimah Mat Razaly said...

mana ada hero mati kat tgh2 cerita...
ko bior btl...

Unknown said...

to imah : aku hero ker?hahahahaaa

Huzaimah Mat Razaly said...

not bad............hahahah

Unknown said...

to imah : hero yang bagaimana ya?boleh kah saya tahu?

Huzaimah Mat Razaly said...

hero biasanya x ambil kisah tentang dirinya...yang perlu di ambil kisah adalah baktinya pada yang memerlukan bantuan...adakah anda begitu????

tettttt!!!!
tepuk dada tanya iman...:p

ko adalah hero yg .................

Unknown said...

haiyyaaaa..

cita2 aku nak jadi superman!!!!