Tuesday, May 17, 2011

terlajak kata, padan muka, terlajak laku, sendiri tahu~

saya bukan sesiapa untuk menuntut cinta itu kembali. tetapi saya masih sangsi dengan cinta yang diraih kembali~


tahukah anda, bulan lima ini sahaja gua dapat banyak invitation wedding dari kawan-kawan, serba salah jadinya. kalau kawan lelaki yang kahwin tak datang pun takpe, ni pulak perempuan, kena datang sebab nanti dia ingat sampai mati kita tak datang. sebab ape kalau kawan lelaki kahwin tak datang takpe, sebab nanti gua akan cakap macam ni, "gua tak datang sekarang tapi gua akan datang untuk wedding lu yang lain," ingat, kuota lelaki empat. kah kah kah

hujung bulan ni gua jadi pengapit wedding sepupu gua. orang kata sesiapa yang jadi pengapit ni suwey, susah nak kahwin katanya. gua peduli apa, lantaklah kah kah kah

malam tadi gua mengalami situasi yang sangat serba salah. ex gua merayu-rayu nak kembali ke pangkuan gua. macam mana ni, gua malas nak berdrama lagi. entahlah, gua serba salah. itu kes pasal dia punya kawan.

kalau nak dikatakan sayang tak jugak, benci dan kecewa lebih menjadi topik utama dalam kes ini. gua bukan sombong dan jual mahal, beb ini semua maruah gua. gua lelaki kot. ego mestilah tinggi. lantak lu orang nak cakap apa. janji gua suka dengan apa yang gua buat. tapi gua masih terima teguran kawan-kawan. ingat, kawan-kawan. 

ok, gua nak load footage. jumpa lagi~