Monday, August 31, 2009

hati seorang abang sangat suci~

 

IMG_7785

gambar di atas berbaju merah, si adik, Haddad Hulaif dan dibelakangnya si abang, Hadif Hariri. mereka baru sahaja bergaduh. tapi si abang mengalah. berebutkan coklat cadburry. senang saja aku lihat si abang mengalah. menakjubkan. walaupun si abang baru saja berumur 5 tahun, dia kenal adiknya lebih dari biasa. si abang memang tidak terlepas dengan merajuk. tapi lama-lama dia tegar. biasalah. adik beradik.

aku terfikir dan semakin terfikir setiap kali aku melihat gambar ini. aku yang merakam gambar ini. bagaimana berfungsinya hati seorang abang untuk adiknya. aku juga seorang abang. punyai adik seramai 3 orang. semua dah besar. tapi aku tak pernah rasa fungsi sebagai seorang abang. dunia. tak pernah rasa.

 

akulah abang kepada adik-adik aku~

No comments: