merdeka kah kamu semua? jika ya tolong ertikan merdeka anda kepada aku! jika ya kamu betul-betul merdeka, sila beritahu aku apa nikmat kemerdekaan yang telah kamu rasai melalui diri sendiri! betulkah kita semua merdeka? benar? atau merdeka atas propaganda kerajaan? ya, kita merdeka atas ideologi pemerintah. pada dasarnya kita tidak merdeka lagi. di 'atas' memang kita sudah merdeka. tapi di 'bawah' kita masih terkongkong seperti orang yang tidak merasai erti kemerdekaan diri sendiri. merdeka kita palsu. hanya dimata!
merdeka membawa kepada merdeka dari segi minda dan cara berfikir. serta merdeka dari segi sikap dan tingkahlaku. apa guna bila kita bebas berfikir tetapi di cop sebagai tidak menghargai kemerdekaan. merdeka kah itu? apa guna kita bercakap jika di tuduh sebagai pengkhianat? apa guna kita melawan jika dicop sebagai pemberontak?
semua ini propaganda pemerintah. hanya gah pada ideologi yang kononnya mampu mewujudkan bangsa malaysia yang unggul. Islam hadhari lah. 1 malaysia lah. berkesan kah ideologi ini? atau akan ditukar kepada yang baru. lepas ini apa pulayang cuba di gah kan oleh pemerintah? cuba kamu semua fikir-fikirkan. bukan mahu kamu semua menentang pemerintah. bukan. cuma mahu kamu faham erti sebenar kemerdekaan. jangan harapkan pejuang-pejuang merdeka dahulu. mereka sudah tiada. tak guna memuja yang sudah tiada. yang perlu dipuja yang masih ada sekarang. pemerintah kamu! betulkan ke semua pemerintah kamu. mungkin di situ baru kita kenal erti kemerdekaan sebenar.
jangan pandai melaung 'merdeka!'. sebanyak mana kamu laung tetapi kamu masih berada di zaman yang lama, kamu semakin ketinggalan. bandingkan lah diri kamu dengan manusia lain. merdeka kah kamu semua? lupakan konsep Islam hadhari. belakangkan konsep 1 malaysia. muhasabah diri kamu untuk kemerdekaan.
merdeka kah anda semua?
merdeka kah kita semua?
merdeka kah negara kita?
Selamat menyambut kemerdekaan Malaysia ke-52. Saya Anak Malaysia!
No comments:
Post a Comment