Monday, September 28, 2009

sukar yang menang~

bila tidak memenangi, memang sukar.

tetapi bila memenangi masih juga sukar.

sukar yang tak pernah tahu.

tiada siapa tahu sukar itu bagaimana. hanya hati sendiri yang merasa.

Thursday, September 24, 2009

Pantun Raya Setiap Negeri~

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu.. .
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin


Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

Selangor/K.Lumpur. ..
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

SELAMAT HARI RAYA

Tuesday, September 22, 2009

Manchester Derby : Seven-Goal Thriller (Player Ratings)

Owen buzzing Old Trafford~

win over city

Manchester United

Ben Foster – 4 - He was caught in two minds for the first goal, allowing Tevez to gain possession and square the ball for Barry, who wasn't going to miss. Wasn't convincing at all.

John O'Shea - 5.5 - Was tight in defense, but did little to supplement the attack.

Rio Ferdinand - 4.5 - Had trouble coping with Bellamy for most of the match. Then a disastrous error allowed Bellamy to equalise near the end. Wasn't himself today.

Nemanja Vidic – 6 - Vidic wasn't particularly involved in the game. Got booked for a challenge on Wright-Phillips.

Patrice Evra - 7.5 - Best in defense. Was good when he went forward too. Set up Wayne Rooney for United's first. He's been very consistent so far this season.

Park Ji-Sung – 6 - Was average today. Never really looked like a threat down the right flank.

Anderson – 6 - Not spectacular, but did put in a solid performance. However, was, at times, careless with his passing.

Darren Fletcher - 8.5 - Scored a brace. Was quite a threat in the air. Scored two well-taken headers. Was otherwise efficient in midfield.

Ryan Giggs – 9 - According to me, he was the man of the match. Dominant in midfield, dangerous on the left wing, and delivered good aerial balls for Darren Fletcher. Three assists, wow.

Wayne Rooney - 7.5 - Always good going forward. Scored a good goal early on, and influential throughout most of the game.

Dimitar Berbatov - 7

- Unlucky not to score. Came up with some good headers. On some occasions, went down too easily.

Substitutes

Michael Owen - 6.5 - Didn't play long enough for me to give him a better rating, but did what he's best at, scored the decisive goal.

Antonio Valencia - 6.5 - Did a better job on the right side than Park. But one problem that still remains—he needs to have more imagination and creativity.

Manchester City (The Loser) 

Shay Given - 8.5 - A brilliant performance. United could have scored quite a few more, but for some superb saves. Denied Berbatov a couple of times of headers, too.

Micah Richards – 5 - His impressive performance against Arsenal seemed a distant memory. Was sloppy in defense. Was alright on the few occasions when he joined the attack.

Joleon Lescott - 6.5 - Solid at the back. Didn't win too many aerial battles, though. Had a chance to score, but he blasted the shot well over the bar.

Kolo Toure – 6 - Was also looking fine in defense. Didn't give Berbatov an easy time. Should have done better, though, to stop Fletcher scoring twice with his head.

Wayne Bridge – 6 - Did his bit of job at the back, getting the better of Park mostly. Didn't venture forward much.

Shaun Wright-Phillips - 6.5 - Was pacy down the right flank, dribbled well, but not particularly influential.

Nigel De Jong - 6.5 - Helped the back four, but didn't see really dominate in midfield. Was useful when he had the ball.

Gareth Barry – 7 - Scored off a pass from Tevez. Came up with a decent job in midfield, but like De Jong, didn't see much of the ball in midfield.

Stephen Ireland – 7 - Wasn't his best day, but gave a satisfactory performance from midfield. Brilliant 180 degree spin to set up Tevez at 1-1, who hit the post.

Craig Bellamy - 8.5 - Star man for City. His double kept them in the game till injury time. Stunning shot for the first goal, and capitalised on Ferdinand's mistake for his second, and City's third.

Carlos Tevez - 7.5 - Caused all sorts of problems for the United back line in the first half. Set up Barry's goal, and unlucky to hit the post. Faded away in the second half, though.

Substitutes

Martin Petrov - 6.5 - Only on for the last few minutes of normal time, but made a brilliant pass to Bellamy, who made it 3-3.

united fans unfurled this flag to show city that the reds still rule in manchester

United Fans unfurled this flag to show City that the reds still rule in Manchester~

Glory Glory Man United!

Monday, September 21, 2009

1 Syawal 1430H – kereta kena sondol, sadis!

sangat mudah raya pada tahun ini. pagi-pagi sudah kelam kabut. tak sempat solat raya. ke masjid lambat. sempat dengar khutbah.

kemudian, raya di rumah nenek ayah. nenek ‘kenangisan’. terus ke rumah nenek mak. di sana jumpa dengan saudara yang tak reti nak beraya. cara mereka sangat tidak Melayu. kurang ajar. membesar begitu agaknya. tanpa didikan cara menghormati orang lebih tua dari mereka.

seterusnya terus ke rumah saudara mara. sekejap sahaja. balik ke rumah. aku dan ayah dengan pantas menghantar kakak aku ke Kuala Lumpur. dia bekerja pada 1 Syawal.

sampai di Pavillion. tempat di mana kakak aku korek rezeki. gosip-gosip sebentar dengan kakak. terus balik.

memang pelik. sekitar Kuala Lumpur masih sibuk seperti tiada apa-apa perayaan. tapi tidak satu pun muka Melayu aku nampak. mereka beraya kat kampung kot. muka-muka pelancong asing, mat bangla, indon, cina, india dan muka-muka yang buatkan aku naik darah. huh!

pusing-pusing KL dengan ayah aku. ayah aku berkisah tentang KL 20 tahun dahulu. aku mengangguk sambil menambah beberapa soalan. biasalah.

lalu di depan Istana Negara untuk perjalanan pulang. tiba-tiba kereta Mercedes depan break mengejut. sempat juga ayah aku break. kalau tidak alamat teruk lah. gedegang! kereta ayah aku kena sondol dari belakang. cis! aku toleh belakang tengok lori satu tan sudah sondol kami. keluar dari kereta.

seorang india yang nampak macam mengantuk turun dari lori dengan keadaan takut. disebelah pemandu terdapat dua orang bangla yang nampak mabuk juga. maki dan marah. india itu pasrah dan terima dengan rela hati. nak minta duit dia cakap dia pokai. amik butir-butir dia. terus balik.

ayah aku terus buat repot polis kat Balai Polis Batang Berjuntai.

teruk juga kereta, bonet remuk. dinding bonet habis remuk. lampu pecah. bumper hampir tertanggal. ayah aku balik dengan muka bengang.

terus tiada mood nak jalan raya. malam itu duduk rumah sambil layan tetamu. aku pula layan Man United vs City. bertuah, Man United menang.

Selamat Hari Raya semua~

 

Friday, September 18, 2009

berbuka puasa pada 09.09.09 di F.A.C.T

DSC_1580 DSC_1585 DSC_1609 DSC_1621 DSC_1681 DSC_1564 DSC_1790   DSC_1588

 

 

terima kasih semua~

aidilfitri yang datang, ramadhan ditinggalkan. . .ada sesiapa yang suka ini?

hanya sekelip sahaja ramadhan mahu habis. sedarkah kamu semua? ke sedar mahu beraya sahaja? tak banyak mahu menulis di dalam ramadhan ini. hanya yang terasa cuma rasa cinta yang sedang meninggi. ada ketika akitu aku seperti hilang. sesat dalam kekalutan yang melanda. seperti ditinggal cinta. sekeliling tidak langsung membantu. sehinggakan aku tidak ada apa-apa.

raya yang datang ini terseksa dengan kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan. aku tak nak raya! sampai begitu sekali. aidilfitri seperti tiada apa-apa erti. dahulu waktu kanak-kanak raya adalah sesuatu kebahagiaan yang melanda. seperti melayang-layang dalam syurga. tetapi sekarang tiada bezanya dengan dunia yang penuh watak-watak yang cemburu. watak-watak yang mahu senang. watak-watak yang sendiri. pentingkan diri. tidak pernah merasa kasih pada manusia.

aku masih di sini. sedang cuba dengan cinta yang baru. mahu bahagia. mahu mengisi ruang-ruang yang sudah lama terbiar macam semak samun. tiada siapa yang jaga. harap-harap terjagalah sepanjang masa ruang-ruang yang kosong ini kelak.

perkembangan aku sekarang? itulah, cinta yang datang. tidak ada yang berbeza. dahulu dan sekarang sama. yang membezakan ialah aku. aku semakin memahami erti kedewasaan. wah. macam sudah matang. cuma aku mahukan kebebasan yang semakin dirempuh. dunia ini kadang-kadang adil. yang tak adilnya manusia itu sendiri.

aku ini manusia yang kurang tahu menahu dengan kasih sayang. dengan kata lain aku bukan anak yang kurang kasih sayang! aku kurang mengerti dengan erti kasih sayang. mudahkah dengan jatuh cinta dengan seseorang jikalau kita tak tahu maksud kasih sayang itu. cinta? samalah dengan kasih sayang. cuma yang bezakannya adalah manusia itu sendiri. cinta akan sentiasa menjalar dalam hidup aku. juga hidup manusia.

dunia membuatkan aku terkejar-kejar tanpa menghiraukan keadaan asal kejadian aku. dulu aku bersih seperti kain putih. kain putih yang aku miliki telah tercorak dengan pelbagai corak hidup manusia. 23 tahun aku corakkan. sudah macam-macam rupa aku boleh lihat. yang suka. yang marah. yang benci. yang meluat. yang sayang. yang cinta. yang mulia. yang suci. yang macam-macam lah. sudah jemu dengan keadaan ini. cubalah cari dunia sendiri. jangan hanya mengharap pada yang asal. kerana yang asal tak akan bawa apa-apa kejayaan pada kita. yang penting hari yang mendatang. perlu bijak mencorak.

aku sedang dilamun cinta. wah! jujur sangat ni. . . . . . . . . . . . . . . .

Mitos Ideologi

 

1Malaysia is Mythmaker. . .

Agree?

Wednesday, September 9, 2009

yang datang sebagai indah bukan selalu~

bila cinta itu berlabuh.meleraikan sayap-sayapnya. hati megah. memagari cinta yang baru disulam. diri terasa indah, bila cinta yang diberi menjadi ikhlas.

selamat bercinta~

Tuesday, September 8, 2009

ketika ber ‘bubur lambuk’ di fakulti.

 

DSC_0169warga-warga SMF serta sukarelawan baru sahaja melepaskan penat membahagikan bubur lambuk yang sangat enak.

nantikan bubur lambuk yang seterusnya. . . .

salam~

 

 

Friday, September 4, 2009

kenapa perlunya memimpin?

pemimpin itu perlu. manusia dilahirkan untuk pemimpin. manusia adalah khalifah di muka bumi. setiap yang dijadikan Tuhan punyai sifat kebergantungan. sifat untuk mahukan sesuatu. sifat yang inginkan sesuatu. dan sifat untuk tunjukkan sesuatu. itulah sifat sebagai seorang khalifah. rasa tanggungjawab itu sudah tertanam secara semulajadi di dalam diri masing-masing. rasa bersalah terhadap sesuatu yang dipertanggungjawabkan. rasa ungin tahu terhadap bebanan tanggungjawab yang dipikulnya. rasa diri bagus untuk memimpin. kenapa perlunya ada sifat sebegitu di dalam diri?

sudah biasa. serta memang sudah termaktub di dalam bahu masing-masing. fitrah manusia adalah khalifah., tetapi, bila difikir-fikirkan, akan timbul sebuah persoalan yang begitu luas. kenapa manusia perlukan sifat sebegitu? manusia hanya mampu jawap asasnya sahaja. di dasarnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. kuasa Tuhan. manusia tak mampu. kita dicipta dari Yang Maha Agung. persoalan kepimpinan manusia akan terus dipersoalkan sehinggalah berlakunya kiamat.

manusia penuh dengan sifat yang buruk. jika buruk itu ditegakkan, mana mampu yang baik mahu menandingi. yang boleh dilakukan adalah terpulang pada diri sendiri. yang mengawal sifat buruk dan baik. tidak guna menggunakan kata-kata kesat untuk memberontak. sejarah juga sudah mengajar, manusia tidak akan berjaya dengan kata-kata kesat. oleh itu gunakan kebijaksanaan untuk menentang. bukannya dengan tuduhan-tuduhan palsu yang menjatuhkan. bukannya menyerang peribadi seseorang pemimpin. memang peribadi itu penting, tetapi ada batasnya untuk dijolok.

jika benar mahu memimpin, kenapa tidak kamu sahaja pergi memimpin? kenapa dengan senang kamu menyalahkan pemimpin? bertukarlah kamu kepada seorang pemimpin yang berfikiran matang.

sekian, salam dari seoarang pemimpin.

Monday, August 31, 2009

hati seorang abang sangat suci~

 

IMG_7785

gambar di atas berbaju merah, si adik, Haddad Hulaif dan dibelakangnya si abang, Hadif Hariri. mereka baru sahaja bergaduh. tapi si abang mengalah. berebutkan coklat cadburry. senang saja aku lihat si abang mengalah. menakjubkan. walaupun si abang baru saja berumur 5 tahun, dia kenal adiknya lebih dari biasa. si abang memang tidak terlepas dengan merajuk. tapi lama-lama dia tegar. biasalah. adik beradik.

aku terfikir dan semakin terfikir setiap kali aku melihat gambar ini. aku yang merakam gambar ini. bagaimana berfungsinya hati seorang abang untuk adiknya. aku juga seorang abang. punyai adik seramai 3 orang. semua dah besar. tapi aku tak pernah rasa fungsi sebagai seorang abang. dunia. tak pernah rasa.

 

akulah abang kepada adik-adik aku~

rumah baru aku nampak kolonial~

IMG_7761 IMG_7764 IMG_7765 IMG_7790 IMG_7755 IMG_7756 IMG_7760

akhirnya siap. tak sepenuhnya. baru 70 peratus. cuma ruang utama sudah siap. kagum dengan idea ayah aku. sangat cantik. lampunya. warnanya. ruangnya. silingnya. indahnya rumah aku. home sweet home.

merdeka kah anda semua?



merdeka kah kamu semua? jika ya tolong ertikan merdeka anda kepada aku! jika ya kamu betul-betul merdeka, sila beritahu aku apa nikmat kemerdekaan yang telah kamu rasai melalui diri sendiri! betulkah kita semua merdeka? benar? atau merdeka atas propaganda kerajaan? ya, kita merdeka atas ideologi pemerintah. pada dasarnya kita tidak merdeka lagi. di 'atas' memang kita sudah merdeka. tapi di 'bawah' kita masih terkongkong seperti orang yang tidak merasai erti kemerdekaan diri sendiri. merdeka kita palsu. hanya dimata!

merdeka membawa kepada merdeka dari segi minda dan cara berfikir. serta merdeka dari segi sikap dan tingkahlaku. apa guna bila kita bebas berfikir tetapi di cop sebagai tidak menghargai kemerdekaan. merdeka kah itu? apa guna kita bercakap jika di tuduh sebagai pengkhianat? apa guna kita melawan jika dicop sebagai pemberontak?

semua ini propaganda pemerintah. hanya gah pada ideologi yang kononnya mampu mewujudkan bangsa malaysia yang unggul. Islam hadhari lah. 1 malaysia lah. berkesan kah ideologi ini? atau akan ditukar kepada yang baru. lepas ini apa pulayang cuba di gah kan oleh pemerintah? cuba kamu semua fikir-fikirkan. bukan mahu kamu semua menentang pemerintah. bukan. cuma mahu kamu faham erti sebenar kemerdekaan. jangan harapkan pejuang-pejuang merdeka dahulu. mereka sudah tiada. tak guna memuja yang sudah tiada. yang perlu dipuja yang masih ada sekarang. pemerintah kamu! betulkan ke semua pemerintah kamu. mungkin di situ baru kita kenal erti kemerdekaan sebenar.

jangan pandai melaung 'merdeka!'. sebanyak mana kamu laung tetapi kamu masih berada di zaman yang lama, kamu semakin ketinggalan. bandingkan lah diri kamu dengan manusia lain. merdeka kah kamu semua? lupakan konsep Islam hadhari. belakangkan konsep 1 malaysia. muhasabah diri kamu untuk kemerdekaan.

merdeka kah anda semua?
merdeka kah kita semua?
merdeka kah negara kita?

Selamat menyambut kemerdekaan Malaysia ke-52. Saya Anak Malaysia!


Sunday, August 30, 2009

http://www.uitm.edu.my/

 

brain-wash

You never learn...You never learn...You never learn

I email you remember? and i notice you have change most of the password after that

(And thanks to unknown wifi owner, borrow your line for a while ya!)

mail to brainwash@live.com and i wont reply...hahahaha

 

 

 

inilah kerja-kerja si keparat yang tidak bertanggungjawab! menggodam web UiTM! memalukan bangsa! pergi kau ke neraka! tanggunglah dosa-dosa yang memaki kau! padan muka!

Saturday, August 29, 2009

The Holy Prophet (SAW) Said. . .


1) Four things that make your body sick:-

a)Excessive talking
b)Excessive sleeping
c)Excessive eating and
d)Excessive meeting/outing with people

 

2) Four things that destroys the body:-
a)Worrying
b)Sorrow (Sadness/Grief)
c)Hunger
d)Sleeping late at night


3) Four things that make the face looking dull and haggard:-
a)Lying
b)Being disrespectful/ impudent (knowingly)
c) Baseless arguements
d)Excessive immorality (committing sins without fear)


4) Four things that make the face glow and shine:-
a) Piety
b) Loyalty
c) Generosity and kindness
d)Helpful to others without being asked


5) Four things make the Rizqi (Sustenance) stop:-

a) Sleeping till late in the morning (from Fajr to sunrise)
b) Not Performing Fardhu or Irregular in Prayers
c) Laziness/Idleness
d) Treachery/Dishonest


6) Four things that bring/increase the Rizqi:-
a) Staying up in the night in prayers
b) Excessive Repentance
c) Regular Charity
d) Zikr (Remembrance of Allah)

 

The Holy Prophet (SAW), also said to communicate to others even if it is just One Verse (Ayaah), for this one verse will stand out on the Day of Judgment for intercession.
Allah Hu Alam.


The Holy Prophet (SAW) said,
" Stop doing everything during the Azaan, even if you are reading the Quran.
The person who talks during the Azaan will not be able to say the Kalima E Shahada on his/her death bed".


Ramadhan Al-Mubarak~

Friday, August 28, 2009

Lebih mudah juara jika pakaian merah~Manchester United

cwc3

 

BERLIN – Satu kajian oleh sekumpulan penyelidik psikologi sukan Universiti Munster di sini mendedahkan bahawa warna merah ialah rona untuk pasukan yang sering mencipta rekod sebagai juara, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut kajian penyelidik Jerman yang diterbitkan dalam keluaran terbaru jurnal New Scientist, pemain yang memakai topi, jaket atau pakaian berwarna merah memperoleh 10 peratus lebih peluang sebagai juara dalam mana-mana perlawanan berbanding jika memakai warna lain.

Pakar percaya bahawa warna merah mampu menjadikan seseorang atau sesebuah pasukan berasa lebih yakin dan dinilai oleh pihak lain sebagai lebih agresif serta dominan.

Antara pasukan sukan yang memakai pakaian merah ialah kelab bola sepak Manchester United dan Liverpool yang masing-masing mencipta rekod sebagai juara Liga Perdana Inggeris sebanyak 18 kali manakala Arsenal turut menguasai tangga teratas lebih lama daripada pasukan lain.

Pasukan kebangsaan England di bawah pimpinan Bobby Moore muncul sebagai juara Piala Dunia ketika menjadi tuan rumah pada 1966 juga memakai jersi merah sebelum prestasi mereka jatuh setelah ditukar kepada warna putih. – Agensi

 

 

Glory-Glory Man United!!!

 

kenapa ayam tidak mahu berkokok di sini?

 

 

dikala hening subuh, ayam masih belum berkokok. kerana apa? kerana subuh yang muncul ini sedang berada di hutan yang tak punyai hati kasihan. sebuah taman yang tak punyai perasaan. sebuah tempat yang tak punyai kemanusiaan. sebab itu ayam tak sudi berkokok di tempat ini. jika direnung keadaan yang mendatang, tidak semua yang dirasa akan dapat dirasai. tidak juga mahu merasakan apa yang dilihat, ditenung, dipandang, dan diapa-apakan.

ketika aku berlari-lari mahu mencari gunung, pendakian yang aku cuba sering kali dibayangi oleh kelemahan diri sendiri. jiwa bagai disentap. disentap dengan kebencian manusia yang tidak mahu melihat aku sampai dipuncak gunung. kenapa ada yang memandang sinis dengan setiap usaha yang kita mahu lakukan? kenapa ada saja yang sering mempersoalkan kemahuan yang diingini? sangat diri sendiri.

mulut berkata tidak sama seperti hati yang berkata. jiwa berkata tidak sama seperti mulut dan hati berkata. ketiga-tiganya saling tidak sama walaupun ketiga-tiganya berada di satu tempat yang sama. lihat, walaupun dalam diri sendiri terdapat tiga yang berbeza, namun ia masih lagi setia bersama yang satu. hebat! tetapi manusia tidak tahu kehebatan itu. mereka buta!

di waktu aku sedang merepek, hujan dengan hati yang tenang mencurah-curah membasahi ruang-ruang yang sempit. walaupun apa yang aku tulis ini tidak akan difahami oleh sesetengah manusia, namun ia masih berguna untuk aku dan diri aku sendiri. untuk berkata-kata amat mudah tetapi untuk berfikir perlukan kata-kata yang ikhlas.

sekian.

Thursday, August 27, 2009

Nota kelas Screen Criticism. . . .sangat berwarna-warni!

 

 

 

IMG_7754

 

aku tak tahu apa yang terjadi. tiba-tiba sahaja nota aku jadi begitu berwarna warni. di dalam kelas, Norman Yusoff menerangkan tentang ‘Film Genre’, hakikat apa itu genre filem. apa yang dikatakan genre oleh Steve Neale ialah ;

are not to be seen as form of textual codification but as system of orientation, expectation, and convention that circulate between subject, text and industry.

siapakah yang menentukan genre sesebuah filem itu? adakah penerbit? ya, penerbit berhak menentukan genre filem yang akan diterbitkan. adakah pengarah? ya, pengarah berhak juga. bagaimana pula penonton? penonton kadangkala tidak sependapat dengan penerbit dan pengarah. pengkritik filem? mereka ini serba tahu untuk menentukan genre filem. persoalannya, siapakah yang lebih layak menentukan genre filem itu sendiri? semua orang boleh kerana untuk menetukan genre sesebuah filem masih lagi terbuka. apa kata anda pula?aku pening dengan kelas ini.

dalam pada mendengar pensyarah membebel, aku seperti biasa dilanda ketiduran tahap gaban. mata pejam celik. untuk menghilangkan semua itu aku mewarnakan nota aku dengan kawan aku punya.pada mulanya aku saja conteng.lama-lama aku tenung, wah!cantik juga aku conteng. terus galak menconteng. akhirnya jadi begini di akhir kelas. tak pernah nota aku secantik ini.

 

wah!

 

Monday, August 24, 2009

Melayu itu terkenal dengan kuasa politiknya…betul tak?

 

 

kalau dulu Melayu berpolitik dengan penuh keikhlasan, kerana ingin menuntut kemerdekaan. tapi sekarang adakah keadaan Melayu yang berpolitik masih sama seperti dahulu. negara sudah merdeka. apa yang mereka buat? mempertahankan kemerdekaan? mempertahankan hak milik Melayu? mempertahankan institusi Kesultanan? adakah mereka sedang melakukan seperti sedemikian? betul kah? rasanya tidak. bukankah mereka lebih suka mempertahankan diri sendiri. lebih gemar mempertahankan hak milik peribadi. lebih suka mempertahankan jalinan peribadi masing-masing. kenapa jiwa mereka tidak seperti jiwa pejuang kemerdekaan dahulu? mahu salahkan siapa? mahu salahkan benih-benih yang nenek moyang kita lahirkan? mahu salahkan abah dan  mak kau? siapa yang salah? siapa yang mampu jawab segala yang persoalan ini untuk aku setelah apa yang aku lalui selama 3 hari ini.

selama 3 hari ini hidup aku penuh dengan warna warni serta kegelapan kehidupan. ramai yang cuba mempengaruhi aku untuk berpihak kepada mereka-mereka yang dibenci. banyak sudah aku temui mental-mental baru di dalam kepala-kepala mereka. sangat berdendam terhadap mereka-mereka yang mereka tidak suka. tanpa tahu. tanpa tanya. serta tanpa sapa. terus mereka menyalah antara satu sama lain. terus berkata antara satu sama lain.terus menerus mengungkit apa yang mereka lakukan dan apa yang mereka taburkan. macam itu kah cara-cara orang yang sedar bekerja? aku rasa tidak sama sekali! mereka semua buta dengan apa yang mereka tanggung! buta dengan diri sendiri!

bukan aku mahu celikkan celaka kau dengan mata-mata yang sedang lihat. cuma kata nista yang kau tabur telah jadikan aku amarah dan kejam. jangan kau fikir kau sangat berpengalaman memerlukan aku hormati kau. jika aku yang cetek ini kau tak hormat, bagaimana mereka mahu hormati kau? jangan jadi buta pada diri sendiri lah! aku dilahirkan dengan sifat amarah tetapi aku mengajar diri aku untuk tidak seperti sedemikian. aku berjaya. tapi tolong jangan bangkitkan amarah aku. sebab aku sangat benci dengan diri sendiri apabila kejam.

 

salurkan maaf kepada mereka-mereka yang faham dan terasa. sekian, padan muka!

 

Saturday, August 22, 2009

Shooting di Bulan Ramadhan

 

 

Assalamu'alaikum

Teristimewa buat semua yang pernah aku kenali seumur hidup ini.......
Sempena tibanya bulan baik Ramadhan ini,
aku terlebih dahulu ingin memohon ampun dan maaf jika

aku ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengajakan maupun yang di sengaja,
aku ada menyakiti hati di antara anda semua,
aku ada terlanjur kata bila berbicara,
dan mohon halalkan makan & minum yg pernah anda berikan kepada aku selama ini,
dan juga mohon dihalalkan semuanya…

Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.


INSYAALLAH.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Salam,
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " " Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:


* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

 

Doakan dipermudahkan segala perjalanan shooting aku di dalam bulan ramadhan ini. . . . . . .Amin~

 

Sekian, wassalam.