Wednesday, April 30, 2008

pak samad....

Lidah Selina
oleh : Datuk (DR.) A. Samad said

Tergugur abjad terlengking vokal,
berpusu pusar ejekan nakal;
Selina perjuang sesasanya
maruah wanita setulusnya.

Di sini berbisul dipecahkan;
kahak penghinaan diluahkan.
Tapak di batas menumbuh seri,
selendang darjat asyik menari.

Dari lantera di resah pondok
bunyi seruling nyaring berlawan;
wanita Bangla tak rela tunduk
disanggah benteng ketakadilan.

Di Korea raung ini gempa,
Lidah Selina atas kertasnya.


Dipetik dari buku Pak Samad yang terbaru iaitu 68 Soneta Pohon Ginkgo.



Aku beli buku ni semasa Pak Samad datang ke PTAR Puncak Perdana. Pak Samad ke sini pun atas jemputan kami sekelas kerana kami sekelas telah membuat satu majlis untuk meraikan harijadi Pak Samad pada petang itu. Sepetang Bersama Datuk (DR) A. Samad Said pada 9 April 2008. Program ini dibawah bimbingan pensyarah subjek Penulisan Puisi kami iaitu Abdul Ghafar Ibrahim (Pak Agi).  Aku berasa bangga kerana majlis ini berjalan lancar dan lebih membanggakan lagi dapat menjemput sasterawan negara yang tersohor di Malaysia datang ke PUncak Perdana tanpa sebarang masalah. lebih-lebih lagi dapat menyambut ulang tahun beliau yang ke-73. ramai juga khalayak yang datang utk melihat Pak Samad. walau apa pun aku ingin  mengucapkan banyak2 terima kasih kepada khalayak yang sudi hadir memeriahkanb majlis ini.

terima kasih banyak2.

1 comment:

Anonymous said...

hidup ni memang penuh dugaan...soaku thu ko seorg yg strong...so be a tufff guy, ok...citer2 ko wat ape sedih ar....thankz budy!