Friday, September 18, 2009

aidilfitri yang datang, ramadhan ditinggalkan. . .ada sesiapa yang suka ini?

hanya sekelip sahaja ramadhan mahu habis. sedarkah kamu semua? ke sedar mahu beraya sahaja? tak banyak mahu menulis di dalam ramadhan ini. hanya yang terasa cuma rasa cinta yang sedang meninggi. ada ketika akitu aku seperti hilang. sesat dalam kekalutan yang melanda. seperti ditinggal cinta. sekeliling tidak langsung membantu. sehinggakan aku tidak ada apa-apa.

raya yang datang ini terseksa dengan kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan. aku tak nak raya! sampai begitu sekali. aidilfitri seperti tiada apa-apa erti. dahulu waktu kanak-kanak raya adalah sesuatu kebahagiaan yang melanda. seperti melayang-layang dalam syurga. tetapi sekarang tiada bezanya dengan dunia yang penuh watak-watak yang cemburu. watak-watak yang mahu senang. watak-watak yang sendiri. pentingkan diri. tidak pernah merasa kasih pada manusia.

aku masih di sini. sedang cuba dengan cinta yang baru. mahu bahagia. mahu mengisi ruang-ruang yang sudah lama terbiar macam semak samun. tiada siapa yang jaga. harap-harap terjagalah sepanjang masa ruang-ruang yang kosong ini kelak.

perkembangan aku sekarang? itulah, cinta yang datang. tidak ada yang berbeza. dahulu dan sekarang sama. yang membezakan ialah aku. aku semakin memahami erti kedewasaan. wah. macam sudah matang. cuma aku mahukan kebebasan yang semakin dirempuh. dunia ini kadang-kadang adil. yang tak adilnya manusia itu sendiri.

aku ini manusia yang kurang tahu menahu dengan kasih sayang. dengan kata lain aku bukan anak yang kurang kasih sayang! aku kurang mengerti dengan erti kasih sayang. mudahkah dengan jatuh cinta dengan seseorang jikalau kita tak tahu maksud kasih sayang itu. cinta? samalah dengan kasih sayang. cuma yang bezakannya adalah manusia itu sendiri. cinta akan sentiasa menjalar dalam hidup aku. juga hidup manusia.

dunia membuatkan aku terkejar-kejar tanpa menghiraukan keadaan asal kejadian aku. dulu aku bersih seperti kain putih. kain putih yang aku miliki telah tercorak dengan pelbagai corak hidup manusia. 23 tahun aku corakkan. sudah macam-macam rupa aku boleh lihat. yang suka. yang marah. yang benci. yang meluat. yang sayang. yang cinta. yang mulia. yang suci. yang macam-macam lah. sudah jemu dengan keadaan ini. cubalah cari dunia sendiri. jangan hanya mengharap pada yang asal. kerana yang asal tak akan bawa apa-apa kejayaan pada kita. yang penting hari yang mendatang. perlu bijak mencorak.

aku sedang dilamun cinta. wah! jujur sangat ni. . . . . . . . . . . . . . . .

No comments: