Wednesday, June 9, 2010

Hikayat Penunggang Motor Kelas Pertama


Antara Jalanraya, Hujan & Panas

bila panas terik merungut, bila hujan menyumpah. macam itulah nasib penunggang motor kelas pertama. tiada kereta. hanya motor capuk kelas pertama yang ditunggangi saban hari.

memegang lesen kelas B2 sehaj habis SPM. dekat 4bulan tak sedar lesen kelas B2 dah mati. dekat 4 bulan beb! dalam 4 bulan tu juga tak pernah kena tahan polis @ JPJ. kebal dan mantap. tunggang motor dengan penuh perasaan, itulah baru dinamakan penunggang motor kelas pertama. walaupun hanya motor yang dimiliki, tetapi kerana motor inilah juga yang memberi harapan dalam kehidupan seharian. harapan Dunhill, Maxis, Celcom, Facebook, Mamak, Metrowealth dan lain-lain.

tapi di sudut ceruk jiwa dan raga, memang habis dengki dengan pemandu kereta kelas tak bertauliah. panas terik, aircond ada. hujan lebat, tutup aircond! bukan taknak bawa kereta, tapi lesen memang tak tahu bawa. lesen kelas D pun tidak ada. nak ambil lesen kelas D pun perlu ada sekurang-kurangnya RM500. dalam akaun bank ada duit. tapi masalahnya gaji baru masuk jer dah habis buat bayar hutanh piutang. nak ditelan rasa pahit, dah telan rasa mual, bila muntah keluar, rasa macam kuah sate!

apa itu penunggang motor kelas pertama? untuk menjadi sedemikian anda perlu melalui 3 kejadian berbeza yang selepas anda rasai anda terasa keGAMPANGANnya dan keBEBALan diri sendiri.

PERTAMA, anda perlu memotong lori satu tan yang oenuh dengan muatan kelapa sawit. pastikan anda berada di simpang empat dan lori ini berada di hadapan anda. dengan hati yang cekal anda perlu memotong ketika lori ini mahu masuk ke simpang sebelah kanan. pasti anda masuk dalam parit dan kena maki tahap dewa! (ujian pertama untuk jadi penunggang motor kelas pertama)

KEDUA, lokasi mesti di hadapan bengkel tayar lori yang sibuk. dan pastikan banyak macha! anda kena bawa seorang rakan yang duduk dibelakang anda. bila anda lori nak undur , anda lalu belakang lori. dah tentu anda akan kena langgar. pandai-pandailah anda settle! (ujian kedua)

KETIGA, anda memerlukan 4 tahun untuk sampai ke tahap yang ketiga ini. lokasi pastikan di jalanraya yang mana banyak kereta parking dibahu jalan. bila jalan sibuk, anda keluar je tanpa lihat kanan kiri. dan akhirnya anda dilanggar dan melanggar sebuah kereta. tayar kereta itu mesti pecah. tayar depan motor anda pasti terlipat tiga. pandai-pandailah anda settle kan!

itu kisah tauladan bagaimana hikayat seorang penunggang motor kelas pertama. tapi di sudut lain, ceritanya pasti lain tetapi situasi masih sama. oleh itu, sama ada suka atau tak, yang perbezaan perlulah dilihat untuk dijadikan bahan bacaan tambahan.

orang kata,penunggang motor kelas pertama berhujan, berpanas. jika kena hujan orang cakap air itu rezeki. bila berpanas, panas itu rahmat.rezeki ada di mana-mana. (^_^)


1 comment:

dear diaries said...
This comment has been removed by the author.