Monday, September 21, 2009

1 Syawal 1430H – kereta kena sondol, sadis!

sangat mudah raya pada tahun ini. pagi-pagi sudah kelam kabut. tak sempat solat raya. ke masjid lambat. sempat dengar khutbah.

kemudian, raya di rumah nenek ayah. nenek ‘kenangisan’. terus ke rumah nenek mak. di sana jumpa dengan saudara yang tak reti nak beraya. cara mereka sangat tidak Melayu. kurang ajar. membesar begitu agaknya. tanpa didikan cara menghormati orang lebih tua dari mereka.

seterusnya terus ke rumah saudara mara. sekejap sahaja. balik ke rumah. aku dan ayah dengan pantas menghantar kakak aku ke Kuala Lumpur. dia bekerja pada 1 Syawal.

sampai di Pavillion. tempat di mana kakak aku korek rezeki. gosip-gosip sebentar dengan kakak. terus balik.

memang pelik. sekitar Kuala Lumpur masih sibuk seperti tiada apa-apa perayaan. tapi tidak satu pun muka Melayu aku nampak. mereka beraya kat kampung kot. muka-muka pelancong asing, mat bangla, indon, cina, india dan muka-muka yang buatkan aku naik darah. huh!

pusing-pusing KL dengan ayah aku. ayah aku berkisah tentang KL 20 tahun dahulu. aku mengangguk sambil menambah beberapa soalan. biasalah.

lalu di depan Istana Negara untuk perjalanan pulang. tiba-tiba kereta Mercedes depan break mengejut. sempat juga ayah aku break. kalau tidak alamat teruk lah. gedegang! kereta ayah aku kena sondol dari belakang. cis! aku toleh belakang tengok lori satu tan sudah sondol kami. keluar dari kereta.

seorang india yang nampak macam mengantuk turun dari lori dengan keadaan takut. disebelah pemandu terdapat dua orang bangla yang nampak mabuk juga. maki dan marah. india itu pasrah dan terima dengan rela hati. nak minta duit dia cakap dia pokai. amik butir-butir dia. terus balik.

ayah aku terus buat repot polis kat Balai Polis Batang Berjuntai.

teruk juga kereta, bonet remuk. dinding bonet habis remuk. lampu pecah. bumper hampir tertanggal. ayah aku balik dengan muka bengang.

terus tiada mood nak jalan raya. malam itu duduk rumah sambil layan tetamu. aku pula layan Man United vs City. bertuah, Man United menang.

Selamat Hari Raya semua~