Saturday, February 28, 2009

bila hati mahu berkata . . .

dalam diam apa yang dilihat menjadi sebuah kenyataan. jiwa semakin terisi, namun yang diisi itu masih belum mampu mengisi yang kosong itu. zahir yang nampak itu menyesakkan diri bersama orang ramai. baru jiwa yang kosong ini seakan-akan terisi. terisi dengan kesibukan dunia. itu saja yang mampu dilakukan untuk melupakankan yang pahit. mencarfi yang manis itu sakit, tetapi yang sakit itu sebenarnya nikmat. mencari yang pasti itu senang tetapi yang x pasti itu adalah samar. untuk merasai kesedapan dunia adalah sesuatu yang mudah seperti menyelam keindahan dunia. namun mencari keindahan dunia yang abadi hanya sekadar merasainya dari kejauhan.

 

tak terkata tanpa kata-kata yang mahu dikatakan dengan kata-kata yang manis. . . .

3 comments:

Anonymous said...

pandanganku...hati tidak akan mampu untuk berkata-kata, dia hanya mampu merasa, rentetan itu...pasti ada rasa tersimpan yang mungkin atau tidak mungkin akan terluah...tidak ada sebab sebenarnya rasa itu akan terluah kerana tidak ada pemangkin atau momentum untuknya meluahkan, atau munkin saja dengan senang akan meluahkan tanpa ada daya yang menolak. apa pun...yang pasti hati tidak akan berkata-kata dengan sendiri...hanya rasa yang akan memandu tiap hati mencari jwpnnya sendiri...yang kosong juga akan terisi..

Unknown said...

sebab itu mulanya hati akan berkata..

tidak mampu...

Anonymous said...

kalau hati tidak berkata...

manakan sampai makna dihati...